BAB 4

Family Series 2595

2 Ramadan - 5.15 pagi

"Fadzil...haa meh turun sahur dulu. Nanti dah azan. Cepat la mama dah cedukkan nasi nih" kata Puan Yusnita. Fadzil mengangguk sahaja

Fadzil ternampak ayahnya,Encik Shuhaimi dan adiknya Faridah sedang menjamah hidangan sahur. Fadzil ingin bersalaman dengan ayahnya.

"Ayah bila balik. Sihat tak" kata Fadzil kepada ayahnya dan menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan ayahnya.

Encik Shuhaimi tidak mempedulikan anaknya yang hendak bersalam tetapi dia meneruskan makan. Puan Yusnita memandang sahaja perilaku suaminya yang tidak mahu bersalaman dengan anaknya sendiri.

"Fadzil. Makan lah cepat. Nanti azan. Meh makan" kata Puan Yusnita.

"Okay mama" kata Fadzil.

Setelah menikmati sahur,Encik Shuhaimi terlebih dulu naik ke atas biliknya

"Abang nak pergi mana" kata Puan Yusnita.

"Saya nak naik atas dulu. Nak rehat jap. Duduk bawah rasa penat lak" kata Encik Shuhaimi.

"Ida pun mama. Naik atas dulu ye mama. Nak study jap. Nanti Ida turun balik pagi nanti tunggu mama hantar Ida pergi sekolah" kata Faridah lalu membasuh pinggan dan naik ke atas menuju ke biliknya.

Puan Yusnita hanya menggeleng kepala melihat kelakuan suaminya dan anaknya.

"Mama...jangan macam nih. Sepatutnya Fadzil yang banyak buat salah. Mungkin inilah balasan Allah kat Fadzil nih. Fadzil nak bertaubat" kata Fadzil sambil menangis.

"Kau ni jangan la menangis. Benda yang berlaku nih semua ada hikmah. Kalau kau bersungguh nak mintak ampun kat Allah,kau solat taubat lepas solat subuh nanti. Mama mintak maaf pasal ayah dengan Ida tuh. Nanti mama bincang dengan diorang. Mama cuba nak kembalikan ahli keluarga kita macam dulu. Insyaallah sabar Fadzil" kata Puan Yusnita sambil memeluk Fadzil.

"Fadzil mintak maaf atas semuanya. Fadzil dah banyak buat salah" kata Fadzil.

"Ye mama maafkan kau. Dah dah kau pergi bilik kau. Amik wuduk buat solat sunat Subuh. Pastu solat Subuh and then solat Taubat. Mintak ampun kat Allah bersungguh-sungguh" kata Puan Yusnita.

Fadzil naik ke atas bilik dan mengambil wuduk di dalam bilik air. Kemudian Fadzil menunaikan solat sunat Subuh dan selepas itu dia menunggu azan Subuh. Handphone Fadzil berbunyi menandakan panggilan dari isterinya, Azralina.

"Hello assalamualaikum sayang" kata Fadzil sambil memberi salam.

"Waalaikumussalam b. B kat rumah mama lagi ke" kata Azralina

"Ye b kat rumah mama lagi. Ingat lepas subuh b nak balik rumah kita. Awak kat mana nih. Dah balik ke. Dah sahur ke" kata Fadzil.

"Dah balik pun. Dalam pukul 1 pagi saya balik. Pukul 5 tadi saya dah sahur dengan kawan-kawan saya. Macam mana kat rumah mama. B okay tak" kata Azralina.

"Hmm okay jugak. Masih diorang tak terima saya lagi. Takperla bukan senang. Nasib baik mama boleh tolong" kata Fadzil.

"Takperla nanti lepas subuh b balik lah ye. Saya tunggu kat rumah. Nanti sampai rumah tido la. Rehat esok nak masuk kerja kan" kata Azralina.

"Okay awak. Jangan lupa solat Subuh tau sayang. Bye assalamualaikum" kata Fadzil.

"Hmmm...waalaikumussalam" kata Azralina lalu meletakkan telefonnya.

"Tak pernah pun nampak laki aku solat. Hmmm pelik" kata Azralina dalam hati.

Azan Subuh sudah berkumandang. Fadzil mendirikan solat Subuh dan selepas itu Fadzil menunaikan solat sunat Taubat untuk meminta keampunan kepada Allah.

6.30 pagi

Fadzil keluar dari biliknya untuk bergerak pulang ke rumahnya di Shah Alam. Ibunya yang baru sahaja naik ke atas ternampak Fadzil keluar dari biliknya.

"Nak balik ke Fadzil" kata Puan Yusnita lalu turun ke bawah bersama dengan Fadzil.

"Iya mama. Salam mama ?" kata Fadzil sambil menghulurkan tangan kepada ibunya untuk bersalaman. Puan Yusnita membalas salam kepada Fadzil.

"Dah buat ke apa yang mama suruh ?" kata Puan Yusnita.

"Dah mama. Terasa kerdil Fadzil bila berhadapan dengan Allah tadi mama. Allah ampunkan Fadzil ke mama ?" kata Fadzil.

"Insyaallah Fadzil. Kalau dalam hati Fadzil tu ikhlas nak bertaubat kepada Allah,Dia akan mengampunkan hambaNya yang selalu bertaubat. Allah kan Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Nanti mama bincang dengan ayah dengan Faridah ye kalau ada masa. Insyaallah mama akan try sedaya upaya mama" kata Puan Yusnita.

"Terima kasih mama. Jaga diri tau mama. Cakap dengan ayah and Faridah yang Fadzil mintak ampun sangat-sangat dengan diorang. Assalamualaikum" kata Farhad.

"Waalaikumussalam Fadzil. Jaga diri kau elok-elok dengan Lina tuh" kata Puan Yusnita. Fadzil tersenyum dan mengangguk tanda faham.

Puan Yusnita masuk ke dalam bilik dan melihat suaminya sedang bersiap-siap untuk pergi ke kerja.

"Sayang. Abang hantar Ida pergi ke sekolah tau. Awak rehat je dulu" kata Encik Shuhaimi.

"Awalnya pergi kerja bang. Takut jammed ke kat KL nanti ?" kata Puan Yusnita.

"Iyelah sayang oi. Nak masuk KL punya la bersesak. Lagipun meeting saya start pukul 8 nanti. Tu Ida dah siap ke" kata Encik Shuhaimi.

"Dia kata dia tengah siap. Saya dah tanya dia. Nanti dia turun lah kat bawah" kata Puan Yusnita.

"Tu anak awak mana si Fadzil tuh" kata Encik Shuhaimi.

"Dia baru balik bang. Dia nak balik rehat sebab esok nak kerja kan. Fadzil...dia nak mintak maaf kat awak dengan Faridah tuh" kata Puan Yusnita.

"Abang pergi kerja dulu tau. Bye assalamualaikum" kata Encik Shuhaimi.

"Abang. Sampai bila abang nak berdendam dengan Fadzil tuh. Kesian dia tau tak. Sampai dia menangis mintak ampun kat Allah...kat saya lagi. Sekarang ni pun dia nak mintak maaf kat awak tau tak" kata Puan Yusnita.

"Awak,saya dah lewat nih nih. Nanti la kita bincang ek. Byeee" kata Encik Shuhaimi lalu keluar dari biliknya dan turun ke bawah. Puan Yusnita melihat sahaja suaminya yang tidak mempedulikan tentang anaknya sendiri.

"Faridah dah siap ke" kata Encik Shuhaimi.

"Siap dah ayah. Kenapa ayah macam nak cepat je nih" kata Faridah.

"Pakai kasut dulu apa semua. Nanti ayah cerita dalam kereta nanti" kata Encik Shuhaimi lalu memakai kasutnya. Faridah menyiapkan diri dan wajahnya supaya kelihatan cantik dan kemudiannya memakai kasut.

Faridah memasuki kereta ayahnya yang berjenama BMW. Faridah membuka cermin kecil yang dibawanya dan memeriksa dirinya jika ada comot dan sebagainya yang mencurigakan.

"Cantik anak ayah nih. Hahahaha. Patutlah kau famous kat sekolah. Ayah dengar kan kau instafamous kat sekolah kan. Follower beribu-ribu" kata Encik Shuhaimi.

"Mana ada lah ayah. Tak berapa famous pun. Alah follower yang beribu-ribu pun kawan-kawan sini jugak kan. Ayah ni nak cepat nak pergi mana" kata Faridah.

"Ayah ada meeting pukul 8 nanti. Nak sampai tempat kerja ayah makan masa dekat sejam. Lebih baik ayah gerak awal. Insyaallah nanti ayah balik ayah bawak juadah makanan paling sedap punye. Hahahaha" kata Encik Shuhaimi.

"Ouh macam tu. Takperla ayah. Sekolah tak jauh pun kan" kata Faridah.

"Memang la tapi kena cepat. Ni si Fadzil baru balik tadi. Mama cakap dia nak mintak maaf kat kita. Hmmm ayah tak tahu lah. Ayah rasa dia betul-betul ikhlas nak maafkan kita. Kalau maaf pun ? Macam mana dengan si Ad tuh" kata Encik Shuhaimi.

"Entahlah ayah. Ida tak tahu nak cakap camne. Marah Ida kat Fadzil tuh sangat dalam. Tapi tak tahu la sama ada Fadzil ikhlas ke tak nak maafkan kita ni ayah" katq Faridah.

"Tengok la macam mana. Ayah nak tengok macam mana kehidupan dia dekat Shah Alam tuh. Okay Ida dah sampai sekolah. Turun la" kata Encik Shuhaimi. Kereta Encik Shuhaimi sudah tiba di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 4, Kota Damansara.

"Okay ayah. Jaga diri ayah tuh. Assalamualaikum" kata Faridah lalu bersalaman dengan ayahnya.

"Waalaikumussalm Ida. Belajar elok-elok Ida" kata Encik Shuhaimi.

"Okay ayah. Byeee" kata Faridah lalu memasuki pagar sekolah dan seterusnya ke kelas Faridah.

Encik Shuhaimi melambaikan kepada anaknya yang sedang berjalan ke pagar sekolah. Selepas itu barulah Encik Shuhaimi bergerak ke tempat kerjanya di Kuala Lumpur.

Shah Alam - 1 tengah hari

Fadzil terjaga dari lenanya selepas terdengar azan Zuhur. Fadzil mengeliat untuk mengembalikan urat-urat saraf supaya tidak berasa terlalu penat. Dia memandang pada jam dinding. Sudah pukul 1.15 tengah hari. Isterinya,Azralina ternampak suaminya baru sahaja bangun dari tidur.

"Baru bangun ke b. Pergi la mandi dulu. Pastu rehat. Awak penat kan baru balik dari rumah mama" kata Azralina.

"Eh awak wangi-wangi baju lawa nih nak pergi mana Lina ?" kata Fadzil.

"Saya nak pergi jumpa boss saya. Dia nak jumpa saya petang nanti kat Seksyen 3. Saya pergi dulu ye" kata Azralina lalu bersalaman dengan suaminya.

"Awak...baru azan Zuhur nih. Tak nak solat dulu ke. Jemaah la dengan b" kata Fadzil.

"Kejap je jumpa dia. Lepas tu saya solat kat surau ke masjid yang dekat. Pergi dulu" kata Azralina lalu cepat-cepat keluar dari rumah.

Sebelum Azralina memandu keluar dari rumahnya,dia berasa pelik bagaimana perangai suaminya boleh berubah. Sebelum ini Fadzil tidak pernah bersolat di rumahnya. Hidupnya berfoya-foya sehingga lupa kepada Tuhan.

"Apa la yang mama dia menghasut sampai dia berubah jadi ustaz lak nih. Hmm takper aku dah bencikan dia pun" kata Azralina dalam hati lalu bergerak keluar dari rumahnya.

Semasa Fadzil sedang mandi,dia memikirkan adakah benar dia melihat Azralina bersama dengan lelaki lain ataupun perasaan Fadzil sendiri ?

Fadzil bermonolog sendirian.

"Kenapa aku rasa dia macam tak suka aku dah. Siapa lelaki tu" kata Fadzil seorang diri.

Selepas Fadzil menunaikan solat Zuhur,Fadzil berdoa kepada Allah agar dipermudahkan urusan hidupnya.

"Ya Allah...kau ampunilah dosa-dosa silam aku. Kau berikanlah aku petunjuk Mu ya Allah. Kau permudahkanlah urusan aku. Jauhkanlah diriku,isteriku dan keluarga aku dari segala hasad dengki dan akhlak yang buruk ya Allah. Kau berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi dugaan darimu ya Allah. Amin ya Allah...."

6.45 petang - Kota Damansara

"Ding dong....ding dong...." bunyi loceng rumah mengejutkan Puan Yusnita yang sedang menghidangkan makanan untuk berbuka puasa sebentr lagi.

"Aish siapa pulak yang datang nih. Dah lewat petang nih" kata Puan Yusnita lalu membuka pintunya.

"Assalamualaikum mama" kata Farhad,anak keduanya. Dia akhirnya pulang ke rumah setelah beberapa bulan meninggalkan rumah ini.

"Waalaikumussalam. Ya Allah...Farhad ke nih. Berapa lama kau tak balik rumah nak...." kata Puan Yusnita.

"Lama jugak la ma. Boss Ad bagi Ad balik awal petang tadi. Tiba-tiba pulak terdetik hati nak balik sini. Rindu rasanya" kata Farhad.

"Ouhh yeke. Takperlah ni pun rumah Ad jugak kan" kata Puan Yusnita. Farhad mengangguk.

"Kau tidur sini ke malam nih" kata Puan Yusnita.

"Kejap je ma. Lepas berbuka Ad balik Klang semula. Shift malam pukul 12 nanti" kata Farhad.

"Ouh yeke. Takperla Ad. Ada kerja kan nak buat macam mana. Meh la duduk luar jap sementara nak berbuka japgi" kata Puan Yusnita.

"Jom mama. Lama tak jumpa mama nih. Ayah dengan Ida mana ?" kata Farhad.

"Eh Ad. Lamanya kau tak balikk" kata Faridah,baru sahaja mandi dan turun ke tingkat bawah menuju ke arah ibunya dan Farhad lalu bersalaman dengan Farhad.

"Ehh Faridahh. Haah aku lama tak balik kerja kan. Tapi tu la kejap je aku balik sini. Lepas berbuka aku balik. Aku shift malam nanti" kata Farhad.

"Takper Ad. Aku faham kau kan sibuk kerja kat sana" kata Faridah.

"Ida. Pergi siapkan pinggan cawan apa semua" kata Puan Yusnita. Faridah mengangguk.

"Nah Ida. Roti john Ad belikan. Ida kan suka makan roti john. Hahahaha" kata Farhad seraya menyerahkan roti john kepada Faridah.

"Wahh kau macam tahu je kan. Dua bungkus pulak tuh. Thanks Ad" kata Faridah lalu masuk ke dalam untuk menyiapkan juadah berbuka.

"Kau kerja pengimpal besi kan. Macam mana. Okay tak kau" kata Puan Yusnita.

"Okay lah mama. Gaji pun sedap jugak. Eh ayah mana mama ? Tak balik lagi ke" kata Farhad.

"Alhamdulillah la kalau macam tu. Ayah kau kerja lagi. Dia tak balik kerja lagi. Maybe berbuka dia takde la" kata Puan Yusnita.

"Ouh yela takperla. Ida tuh macam mana kat sini ? Okay tak" kata Farhad.

"Ida macam biasa lah. Banyak tolong mama kan. Dia anak dara kena lah banyak buat kerja kan. Abang kau Fadzil tu tak tanya pulak" kata Puan Yusnita.

"Ouh. Kenapa dengan dia ? Dia balik sini ke ma ?" kata Farhad. Ibunya mengangguk.

"Pandai lak dia balik rumah. Ad sebenarnya bersyukur dapat balik rumah nih. Kalau dia takde memang lagi bagus. Dia kan tak nak tengok muka Ad dah" kata Farhad.

"Dia balik sebab nak berbuka kat sini. Tapi dia datang sorang. Bini dia takde. Pastu dia menangis cakap dengan mama semalam" kata Puan Yusnita.

"Menangis sebab apa pulak. Menyesal ?" kata Farhad.

"Memang dia menyesal. Dia sedar apa yang dia dah buat selama nih. Dengan mama,ayah and adik-beradik kau. Dia kata ni balasan Allah kat Fadzil. Dia dah bagitau semuanya sebab apa dia kahwin dengan Lina. Dia bagitau mama yang dia nampak Lina ada laki lain. Maybe sebab tu dia menyesal" kata Puan Yusnita.

"Tahu pulak balasan. Padan muka dia mama. Yang dia sampai nak tumbuk muka Ad pastu maki marahkan Ida dengan ayah tuh. Baru tahu langit tinggi rendah" kata Farhad.

"Ad. Rasanya dia betul-betul nak mintak maaf dekat kita. Kita bagi la peluang kat Fadzil tuh. Dia kan abang sulung kau" kata Puan Yusnita.

"Ad masih terasa dengan dia tu mama. Teruk sangat dia buat kat Ad mama. Ad dah cakap dulu,dia bukan abang Ad dah" kata Farhad.

"Ya Allah kenapa kau nih. Jangan lah kau dendam dengan dia tak baik tau" kata Puan Yusnita.

"Bukan dendam ma. Dia yang salah. Teruk tau. Lagi satu, memang dia kahwin takde niat. Kan dia nampak Lina dengan laki lain. Baik bercerai baru sedar apa yang dia dah buat" kata Farhad. Puan Yusnita menampar Farhad.

"Aku tak pernah ajar anak-anak aku berdendam. Ayah kau pun berdendam dengan anak sendiri. Hancur keluarga aku tau tak" kata Puan Yusnita.

Farhad terdiam lalu keluar dari pagar rumahnya untuk menenangkan dirinya.

"Farhad nak pergi mana tu. Mama mintak maaf sebab naik tangan kat muka Ad tadi" kata Puan Yusnita.

"Takper mama. Ad okay...". kata Farhad.

"Ya Allah hancurlah keluarga aku kalau berdendam lagi macam nih" kata Puan Yusnita lalu duduk di atas buaian kayu di depan rumahnya.

Farhad sedang menapak di luar rumah dan memikirkan apa yang abang sulungnya sendiri sudah buat kepada keluarganya.

"Kau bukan abang aku. Aku tak kenal kau dah. Hmmm" kata Farhad seorang diri. 10 minit kemudian selepas matahari hampir terbenam dia masuk ke dalam rumah.

Semasa berbuka,Farhad senyap sahaja tidak berkata apa-apa selepas ibunya menampar Farhad tadi.

"Wah sedap la roti john nih. Beli kat mana nih" kata Faridah sambil menikmati roti john yang dibeli oleh Farhad di bazar tadi.

"Ad. Kau okay tak. Nape diam je dari berbuka tadi" kata Puan Yusnita.

"Ad okay mama. Ad pening kepala lah ma" kata Farhad.

"Nanti nak pergi kerja macam mana nanti" kata Puan Yusnita.

"Okay je ma. Takper" kata Farhad.

Selepas berbuka,Farhad duduk di luar sambil menghembus rokoknya. Selepas itu,Farhad berjumpa dengan ibunya dan bersalaman dengan ibunya.

"Lah cepatnya Ad. Nak balik Klang ke nih" kata Puan Yusnita.

"Sorry mama. Nanti Ad ada masa Ad balik rumah ni tau. Ad balik dulu. Assalamualaikum" kata Farhad.

"Waalaikumussalam. Hm..Ad. Mama mintak maaf sebab tampar kau tadi. Mama bukannya suruh anak-anak mama berdendam. Korang patut bagi peluang kat dia" kata Puan Yusnita.

"Takper mama. Betulla cakap mama tuh. Nanti la dulu mama. Bye" kata Farhad lalu menghidupkan motorsikalnya dan bergerak pulang ke Klang.

Puan Yusnita melihat sahaja anaknya Farhad keluar dari rumahnya. Dia memikirkan nasib keluarganya selepas ini.

"Lah cepatnya Ad balik ma. Tak sempat salam dengan Ida sebab Ida pergi tandas tadi. Kenapa dengan dia mama. Senyap je dari berbuka tadi" kata Faridah.

"Takde apa la Ida. Dia kan nak kerja malam nih so dia nak cepat la. Dah solat cepat. Mama nak kemas meja makan jap" kata Puan Yusnita. Faridah mengangguk sahaja.

Faridah berasa pelik dengan kelakuan ibunya dan Farhad.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience