11

Romance Completed 95763

Usai saja berjalan mengelilingi pekan itu, mereka pulang ke bilik. Perlahan kakinya melangkah menaiki tangga. Anggun Dahlia menjeling tajam ke arah Ikram Benjamin. Sakit hatinya. Ada lif tetapi tangga juga yang menjadi pilihan selepas dilanda kepenatan. Bagai mahu terputus nyawanya apabila sampai didepan pintu bilik. Keluhan berat dilepaskan.

Klak!

Pintu bilik dibuka. Belum sempat Ikram Benjamin melangkah masuk dia dirempuh oleh Anggun Dahlia dari belakang. Akibatnya badannya ditolak ke dinding. Perempuan itu jika tidak ditegur tingkahnya, pasti tidak akan berubah. Kepalanya digeleng apabila melihat anggun dahlia terus merebahkan dirinya dikatil. Tudung dan baju sejuk perempuan itu masih lagi belum dibuka. Peluh dibadan juga masih belum hilang.

“Sayang, pergi cuci kaki dulu. Kita baru balik berjalan. Kaki kotor. Janganlah terus baring dekat katil tu.” Dia menapak ke arah katil. Arahannya sedikit pun tidak diendahkan oleh Anggun Dahlia. Sebaliknya perempuan itu terus mengambil bantal dan dipeluknya. Layaknya seperti mahu tidur diwaktu malam. Tangan Anggun Dahlia ditarik lembut. Namun, masih tiada sebarang reaksi dari perempuan itu.

“Hey, dengar tak abang cakap? Kalau ya pun penat, pergilah basuh kaki dulu. Lepas tu, tukar baju. Ini dengan tudung pun tak buka lagi. Rimaslah abang tengok.” Tapak tangan Anggun Dahlia diramas lembut. Dia hanya memerhati perempuan itu yang berbaring mengiring dengan bantal didalam pelukannya.

“Hmm,sekejap. Tak larat. Siapa suruh dera Dahlia naik tangga tadi. Penat tahu tak? Hotel ni bukannya tak ada lif.” Suaranya bergema dari dalam bantal. Anggun Dahlia mengeluh kasar. Sudahlah keletihan. Kemudian, rehatnya diganggu pula. Pantang betul!

“Bukan jauh sangat bilik kita. Tingkat satu aje. Sudahlah. Pergi tukar baju dulu.” Pujukanya lembut. Sementara itu, Anggun Dahlia sudah bangkit dari baringnya. Bantal dihenyak ke sisi. Melepaskan geram agaknya dengan lelaki itu. Tudung diletakkan diatas kerusi. Kemudian, dia merebahkan semula badannya ke tilam. Ah,syurganya jika dapat berbaring sebegitu.

Dahi Anggun Dahlia diusap lembut. Kemudian, senyumnya terlakar dihujung bibir. Keningnya juga turut dimainkan. Rasanya dengan cara yang satu ini pasti perempuan itu akan tergesa-gesa bangun. Jika tidak percaya boleh lihat sendiri nanti. Dia tersengih nakal. Dia bangkit dari duduknya. Dengan perlahan dia merangkak naik ke atas tubuh perempuan itu. Ibaratnya perempuan itu berada didalam kepungannya. Dia berdehem sedikit. Mukanya dirapatkan ke sebelah telinga Anggun Dahlia.

“Sayang. Kalau tak nak bangun juga, jangan menyesal.” Perlahan tangannya menarik bantal yang sedang dipeluk perempuan itu. Bantal tersebut dirasakan semakin susah pula untuk dialihkan. Dia menarik sengih. Pasti perempuan itu sedang menahan bantal tersebut. Pandai ya.

“I told you, don’t regret what i will do for you. I will count until three….” Mukanya semakin mendekat dengan perempuan itu. Nampaknya tiada tanda mahu menyerah diri dari perempuan itu.

“One…” bantal ditarik lembut.

“Two… until three I will bite your…..” Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, badannya sudah ditolak ke tepi. Mujur tidak tergolek ke bawah. Ketawanya ditahan. Tahu takut.

“Okey…okey. Dahlia pergi mandi sekarang. Ugh!” Cepat saja tubuh itu lesap ke dalam bilik air. Ikram Benjamin pula masih dengan sengihannya diatas katil.

‘Mungkin malam ini akan lebih menarik.’ Dia ketawa sendiri. Matanya dipejam seketika untuk melepaskan lelah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience