BAB 8

Horror & Thriller Completed 175

Ifaah hanya mampu terkapai-kapai dilambung ombak. Dia sudah kehilangan
tenaga untuk bertarung dengan ombak. Sedikit-sedikit dia berkayuh untuk
mengimbang badan dan menahan dari dilambung ombak. Bayangan suami dan
anak-anaknya mulai muncul di kotak fikirannya. Tubuhnya hampir pitam
akibat kesejukan dan keletihan.

Hampir saja dia menjerit melihat susuk lelaki berjambang yang muncul
dari dalam air. Suaranya tersekat di kerongkong kerana terkejut!

Lelaki tadi mencapai jaket keselamatannya dan menarik dia ke arah
pantai. Iffah terapung dengan badan menghadap ke langit. Renangan orang
tua itu cukup pantas untuk menyelamatkan dia dari terus dibuai ombak.
Sebaik terasa kakinya mencecah pantai, Iffah berpusing untuk merangkak
ke arah pantai. Pegangan lelaki tua tadi pada jeket keselamatannya sudah
dilepaskan. Sekoyong-koyong dia berasa ditarik di bahagian kaki meredah
pasir. Tangannya terkapai-kapai mahu meminta pertolongan. Pandangannya
pula tiba-tiba gelap!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience