Series
                        
4680
                    Awal pagi lagi dia sudah datang ke rumah usang itu . Rumah ini penuh dengan kenangan indah bersama dia . Insan yang sangat dicintainya dengan sepenuh hati . 
    Tapi mengapa ? Mengapa dia tidak pernah sedar akan perasaan ini ? Tidak kah dia menyedari bahawa hati ini sudah lama mencintainya ?
“ Argh ! ” jeritnya lantang serentak segala perabot dihempas dengan perasaan kecewa dan marah .
    Cintanya bertepuk sebelah tangan . Sakit hatinya apabila melihat dia bahagia bersama orang lain .
    Perasaan bencinya terhadap orang itu semakin bertambah . Merah matanya menahan kemarahan sebelum dia tiba-tiba ketawa dengan kuat . Bagaikan orang gila saja rupanya sekarang ini . 
“ Emelyn.. ” katanya perlahan .
Dia ketawa lagi . Ketawa dengan penuh dendam yang terkumpul di hatinya .
“ Tak sangka dia hidup di dalam jasad seorang manusia . ” katanya sambil tersenyum sinis .
“ Senanglah urusan aku kali ini . Pasti seronok bila dapat bunuh dia untuk kali kedua . ” sambungnya lagi .
Teringat kembali situasi dimana dia membunuh gadis itu secara senyap-senyap . Makhluk terkuat konon .
“ Baiklah . Aku nak tengok sejauh mana kau dapat bertahan ! ” katanya sambil ketawa kuat .
Tidak kira apa pun yang terjadi , dia akan tetap menjadi milik aku ! Kerana aku yang layak menerima cintanya ! Bukan kau Cealyn !
••••
    
   Emelyn terjaga dari lenanya saat sebuah mimpi ngeri menghiasi mimpinya pada malam itu .
   Mimpi dimana Cealyn dibunuh dan rebah di dalam pangkuan Cleo .
   Mimpi itu lagi ! Argh ! Hilang terus moodnya untuk tidur semula .
   Emelyn meraup wajahnya . Sudah puas dia mimpi tentang perkara ini . Bukan dapat apa-apa petunjuk pun !
   Setiap kali gadis itu rebah , disitu lah dia mulai terjaga dari lena .
   Perlahan-lahan kedua tangannya memegang dadanya sendiri . 
“ Cealyn , kau jangan risau . Aku akan cari pembunuh tu sampai dapat . ” katanya sambil menepuk-nepuk dadanya perlahan .
Habis sekarang nak buat apa ? Sambung tidur balik ? Hm mari kita cuba .
Emelyn memejamkan matanya semula . Baru sekejap matanya terpejam , tiba-tiba ada suara asing menerpa ke pendengarannya .
“ Walau apapun yang terjadi , saya akan tetap mencintai awak Cealyn . ”
   Tak lain , tak bukan . Confirm suara Cleo ni . Haish awal pagi lagi kena dengar sweet moment Cleo dan Cealyn ni .
   Tak kesian ke dengan aku yang solo ni hah ? 
“ Pegang kata-kata awak . ” kata Cealyn . Serius nada suaranya .
“ Jangan risau , tak ada siapa yang dapat gantikan awak dalam hati saya . ” kata Cleo pula .
    Bukan ni ke yang Cleo cakap dengan aku semalam ? 
    Oops , bukan . Dia cakap dengan Cealyn . Maaf , over pula aku ni . 
“ Tapi macam mana dengan dia ? Awak tahu dia cintakan awak kan ? ” soal Cealyn .
    Wah ! Ni yang aku nak dengar ni ! Tapi kan , boleh pula kau rasa bersalah kan Cealyn ? Cleo dah pilih kau , terima saja . 
    ‘ Dia ’ tu tak payah ambil kisah sangat . Cinta kan tak boleh dipaksa ehem . 
“ Awak tau kan yang saya dan.. ”
    Belum sempat ayat itu dihabiskan , tiba-tiba pula ada bunyi pecah dekat ruang tamu .
    Hoih potong jalan betul ! Sikit saja lagi.. SIKIT lagi nak tau nama si ‘ Dia ’ tu tau tak ?! Eih sabo je lah . 
    Emelyn bangun dari perbaringannya . Tubuhnya diregangkan sedikit . Jam tangan di ambil . Pukul tujuh pagi .
    Awal lagi ni . Siapalah yang pecahkan barang dekat bawah tu . Kalau aku dapat , memang nahas aku kerja kan . 
    Geram pula rasanya bila tak dapat tahu siapa nama si ‘ dia ’ tu . 
    Pintu bilik dikuak sedikit . Memerhati kiri dan kanan . Macam pencuri saja gayanya masa ini .
    Macam sunyi saja . Semua gelap gelita . 
    Pintu ditutup semula . Tidak berani pula dia mahu turun ke bawah . Nanti ada juga yang koma setahun sebab ternampak miss beautiful dekat bawah tu . Faham faham sajalah kan apa maksud aku . 
    Eh aku nak takut buat apa ? Bukannya aku tinggal di dunia manusia pun sekarang ni . Memang semua makhluk di dunia ni hantu kan ?
    Emelyn menepuk dahinya sendiri lalu membuka langkah menuju ke arah bilik air . Mandi lebih baik , dah alang-alang kalau nak sambung tidur sekarang . 
    Sampai saja di bilik air , matanya difokuskan ke arah cermin . 
    Aik ? Macam ada yang pelik saja dekat muka aku ni . Tapi apa eh ? 
    Lama Emelyn memerhati wajahnya sendiri sebelum tangannya perlahan-lahan memegang dagunya sendiri . 
“ Sejak bila aku pakai plaster ? ” soalnya seorang diri .
   Ya dia baru perasan akan kehadiran plaster yang lagi melekat elok di dagunya . 
   Siapa yang baik hati sangat sampai tolong aku ubatkan dagu aku ni ? 
   Emelya ? Mungkin.. 
••••
“ Morning Lyn . ” sapa aunty Bethany apabila terpandang sosok tubuh Emelyn yang baru saja sampai di ruang tamu .
“ Morning too mom . ” kata Emelyn sambil mengambil tempat duduk di sebelah aunty Bethany .
   Emelyn mulai terbiasa dengan nama panggilan ‘ mom ’ itu . Mungkin kerana sudah beberapa minggu dia duduk di dunia ini . 
   Rambut yang masih basah itu dibelai lembut oleh aunty Bethany . Sungguh dia rindu dengan insan bergelar Cealyn itu . 
   Sewaktu Cealyn masih hidup , hubungan mereka sangat rapat . Boleh dikatakan sebagai ibu dengan anak . 
   Dia juga turut berasa kehilangan apabila mengetahui bahawa Cealyn sudah tiada . 
“ Mom ? What's wrong ? ” soal Emelyn apabila menyedari reaksi aunty Bethany yang berubah menjadi sedih .
Aunty Bethany yang baru sedar ke dunia nyata terus memandang Emelyn sambil tersenyum lembut .
“ Nothing . Mommy rindu Cealyn saja . Kalaulah Cealyn masih hidup kan . ” kata aunty Bethany perlahan . Tangannya dari tadi membelai rambut Emelyn .
   Kesian pula aku tengok diorang ni . Nampak sangat yang Cealyn rapat dengan aunty Bethany dulu . 
   Tapi , Cealyn kan hidup dalam diri aku sekarang ni . Jadi tak salah kalau aku jadi Cealyn buat sementara waktu . 
“ Mommy pergi dapur dulu . Mommy nak buat breakfast . ” kata aunty Bethany sambil berdiri dari tempat duduknya .
“ Lyn tolong . ”
   Belum sempat aunty Bethany menjawab , Emelyn sudah berdiri dari posisinya sambil membuat muka merayu . 
   Aunty Bethany tersenyum kecil melihat telatah Emelyn , sama saja perangainya dengan Cealyn . 
   
   “ Marilah . ” kata aunty Bethany sambil membuka langkah menuju ke dapur .
   Emelyn mengikuti langkahnya dari belakang . Lama Emelyn memandang aunty Bethany yang berada di hadapannya .
   Beruntung Cealyn sebab dapat mertua yang baik hati hehe . Emelyn tersenyum kecil dengan kata hatinya . 
   Baiklah , aku akan jadi Cealyn sementara aku tinggal dekat dunia ni . Tapi bukan bermaksud aku izinkan Cealyn untuk hidupkan roh dia dalam jasad aku tau .
    Sebab aku belum bersedia nak jadi salah seekor makhluk yang hidup di dunia ni .
Share this novel