P R O L O G

Drama Completed 23833

RAISA menghampiri Aqeef yang sedang duduk diatas kerusi, kelihatan suaminya itu sedang meneliti telefon bimbitnya. Raisa mengatur langkah kakinya ke arah lelaki itu, kini Raisa berdiri dihadapan Aqeef. Sesekali wanita itu melepaskan keluhan perlahan, apabila Aqeef menyuruhnya pulang dengan segera.

" Apa perkara yang penting sangat awak nak cakap dengan saya? sampai tak boleh tunggu saya balik " soal Raisa sambil memandang ke arah Aqeef yang masih lagi sedang meneliti telefon bimbitnya itu.

Tangannya itu disilangkan sambil menayangkan wajah menyampah.

Aqeef menutup telefon bimbitnya itu, kini lelaki itu mengalihkan pandangannya itu memandang ke arah Raisa yang kini sedang berdiri dihadapannya itu.

Aqeef menarik nafasnya itu secara perlahan dan dihembus perlahan, Raisa hairan melihat wajah tegang suaminya itu tika ini.

" Siapa dia? " soal Aqeef dengan suara yang mendatar. Anak mata lelaki itu tepat memandang ke arah anak mata Raisa.

Raisa membeku dihadapan suaminya saat ini, wanita itu memandang ke arah wajah Aqeef yang kelihatan begitu tegang saat ini. Namun wanita itu cuba kelihatan tenang. Siapakah yang disoal oleh Aqeef dan apa maksud Aqeef.

" Er.. ap..apa maksud awak? sa..saya tak
faham,.. " jawab Raisa berlagak tenang. Walaupun jantungnya terasa ingin gugur sahaja.

Aqeef tersenyum sinis mendengar jawapan yang diberi oleh isterinya itu. Sesekali kepalanya digelengkan, namun senyuman itu perlahan-lahan mati.

Sudah lama dia telah mendapat tahu bahawa Raisa mempunyai hubungan dengan lelaki lain, namun dia cuba menidakkan perkara tersebut sehinggalah bukti mempunyai depan mata. Dan pada masa yang sama lelaki itu turut, berharap yang Raisa akan jujur padanya. Namun wanita itu memilih untuk tidak jujur.

" Dah berapa lama? Dah berapa lama kau buat perkara jijik ni Raisa! " Jerit lelaki itu sambil mencampakkan pasu kecil yang berada diatas meja itu di dinding dengan kuat.

Berderai serpihan kaca pasu tersebut, tanah yang berada di dalam pasu itu turut jatuh ke lantai.

Terkedu Raisa tika ini melihat keadaan lelaki itu yang sedang naik angin, Raisa dapat melihat kedua belah tangan Aqeef yang mengigil kerana sedang menahan amarahnya. Dia tahu Aqeef cuba sedaya upaya menahan emosinya, merah wajah lelaki itu saat ini kelihatan.

Aqeef menumbuk dinding yang berada dihadapannya itu, perlahan-lahan darah mulai mengalir dari tangannya itu akibat hentakan kuat itu. Lelaki itu menundukkan wajahnya itu, dia tidak tahu ingin mengambarkan bagaimana perasaannya yang begitu kecewa dengan Raisa.

Setelah jeritan Aqeef memecah keheningan, Raisa Helena terdiam sejenak. Dia merasa terkejut dengan reaksi Aqeef yang begitu kuat.

Terasa hendak terberhenti sahaja jantungnya, melihat wajah Aqeef ketika ini.

" Kau ingat kau siapa hah! kau fikir aku ni
bodoh ke! " Jeritnya. Satu penampar terus hinggap di pipi Raisa dengan kuat, lelaki itu tidak dapat lagi menahan amarahnya.

PANG !

Raisa tergamam, wanita itu memegang pipinya yang kini terasa hangat akibat ditampar oleh Aqeef Maleeq. Bertakung air matanya saat ini pada kelopak matanya itu.

" Sakit sangat Raisa, sakit yang aku tak mampu nak gambarkan macam mana " suara lelaki kedengaran bergetar.

" Kau khianat cinta kita
berdua " bergetar suara Aqeef saat ini kedengaran.

Adakah lelaki itu sedang menyoalnya tentang Haiyan, adakah hubungan nya bersama Haiyan sudah diketahui oleh suaminya.

Walaupun suaminya itu begitu dingin dengannya, namun tidak pernah sekalipun Aqeef mengamuk seperti ini dan menaik tangan itu kepadanya.

Perlahan-lahan, Raisa merasakan jantungnya berdegup kencang. Raisa melangkah mendekati Aqeef, dan mencuba untuk menenangkan dirinya sendiri sebelum berbicara.

" Kau jangan dekat dengan
aku! " Lantang suara Aqeef kedengaran.

" Kau ada hubungan dengan Haiyan tu kan! baik kau mengaku sekarang! " Tengking lelaki itu.

Raisa tergamam, namun wanita itu cuba berlagak tenang.

" Awak jangan nak berani tuduh saya bukan-bukan ya, awak ingat saya ni
apa? " ujar Raisa cuba menegakkan benang yang basah.

" Awak ada bukti ke? kalau tak der bukti. Awak siapa nak tuduh saya? " Soal Raisa dengan suara yang sinis.

" Tuduh? aku tuduh kau? stop lah bodohkan orang Raisa! "

Mengaku? haruskah dia mengaku?

Aqeef semakin geram, rambutnya itu diraup dengan kasar. Geram dia dengan sikap Raisa yang tidak mengaku kesalahannya.

Aqeef mencapai beberapa keping gambar yang berada diatas meja kerja milik Aqeef itu, lelaki itu terus mencampakkan beberapa keping gambar itu pada wajah isterinya itu.

Perlahan-lahan Raisa menundukkan badannya itu dan mengutip kepingan gambar yang dibaling oleh suaminya itu. Terkejut Raisa apabila melihat wajah yang tertera itu adalah wajahnya dan Haiyan yang sedang kelihatan mesra sekali.

" Kau buat apa ni Raisa? apa kau cuba buat dengan jantan ni? " soal Aqeef dengan suara yang kuat. Namun ada bunyi getaran sedikit pada suaranya itu.

Raisa membeku, suaranya seakkan tidak mahu keluar saat ini. Semuanya sudah terbongkar, rahsia yang disimpan dengan kemas itu akhirnya terbongkar sendiri.

" Aqeef.. , saya " belum sempat Raisa ingin meraih tangan suaminya itu. Lantas Aqeef menepis tangan Raisa dengan kuat sehingga Raisa terjelepuk ke lantai.

" Kau jangan sentuh aku! aku jijik dengan kau Raisa! perempuan jenis apa engkau ni? mana maruah kau sebagai isteri? "

" Kau tahu tak apa aku rasa sekarang, aku rasa macam orang bodoh! sebab kahwin dengan perempuan murah macam engkau Raisa! "

Aqeef mengeluarkan beberapa keping wang yang berada didalam poketnya itu, dan dicampakkan diwajah Raisa.

" Apa lagi yang tak cukup hah! apa lagi yang kurang! kau bagitahu aku berapa dia
bayar kau! "

" Sampai sanggup kau khianat aku? bagitahu aku berapa dia bayar kau hah! "

" Kau boleh biarkan dia sentuh engkau? kau boleh biar dia masuk dalam hati kau " suara Aqeef kini kedengaran bergetar.

Air mata Raisa mulai bertakung pada kelopak matanya itu, mendengar hinaan tajam yang dikatakan oleh lelaki itu. Dia dapat lihat didalam mata lelaki itu yang begitu kecewa akan dirinya.

" Sedangkan kau dah ada aku, suami kau
yang sah "

Riuh-rendah kedengaran suara Aqeef dan Raisa yang saling menengking antara satu sama lain.

" Perangai kau ni memang serupa iblis! Aku tak sangka aku kahwin dengan perempuan yang bertopengkan setan macam engkau Raisa " marah lelaki itu lagi.

" Perangai saya macam iblis? habistu awak. Awak macam mana pulak, dalam kepala awak tu tak habis-habis ingat Adeena! "

" Asyik Adeena! Adeena! Adeena! macam mana pulak hah! " Tengking Raisa sambil air matanya yang kini bergenang di kelopak matanya itu.

" Dan, siapa yang iblis awak ke saya? awak jangan ingat saya tak tahu perangai setan awak tu dulu! tak payah berlagak baik dekat sini,! " ujar Raisa dengan suara yang tinggi.

Mendengar sahaja kata-kata itu kelihatan dari mulut Raisa, benar-benar membuatkan wajah lelaki itu berubah dan tersentak.

Aqeef meraup wajahnya itu dengan kasar, lelaki itu terus mengatur langkah kakinya ke arah Raisa. Lelaki itu memegang kedua belah bahu Raisa itu.

Kini Aqeef memandang tepat ke arah Raisa yang kini sedang berdiri dihadapannya itu.

" Kau dengar baik-baik Raisa, ya memang aku cintakan Adeena! aku sangat cintakan dia. Tapi itu dulu, itu dulu Raisa "

" Ya aku masih dalam fasa lupakan dia, tapi aku tak pernah terfikir sekalipun nak duakan kau. Apatah lagi nak ada hubungan dengan Adeena "

" Sebab aku sedar aku dah ada isteri yang cukup baik untuk aku, isteri yang dapat terima kekurangan aku. "

" Seorang isteri yang ada dikala aku susah ataupun senang, aku dah ada isteri yang sangat..
ak.. aku.. " rasa serbak mulai menerpa ke dalam hatinya itu. Aqeef mendonggakkan kepalanya itu, agar air matanya itu tidak mengalir.

Saat ini lelaki itu sedaya upaya cuba menahan tangisannya itu, walaupun hatinya sudah sangat terluka dengan sikap Raisa. Siapa tidak kenal dengan sikap Aqeef yang tidak mahu menangis walaupun dilanda kesedihan.

" Aku dah ada isteri yang sangat aku cintai, aku cintakan kau Raisa! tapi ini yang aku dapat. " Perlahan-lahan Aqeef menurunkan tangannya yang berada dibahu isterinya itu.

Inilah kali pertama Aqeef berkata sebegini terhadapnya, siapa sahaja tidak kenal dengan sikap Aqeef yang susah untuk mengambarkan perasaannya kepada orang lain.

" Kau sendiri takkan dapat bayangkan betapa aku cinta dan sayang pada kau Raisa, perlahan-lahan air mata Raisa mulai mengalir membasahi pipinya itu. Apabila mendengar lelaki itu berkata sedemikian.

Raisa tersentak!

Selama ini dia ingatkan lelaki itu langsung tidak mencintainya, dan membencinya. Namun itu semua salah. Aqeef begitu mencintai Raisa.

Raisa dapat melihat wajah Aqeef yang begitu kecewa pada dirinya itu.

" Kalau awak cintakan saya, kenapa awak masih tak boleh lupakan Deena? " ujar Raisa suaranya kini perlahan.

" Dan awak cakap awak masih dalam fasa lupakan Adeena? 6 tahun Aqeef Maleeq! masih tak cukup ke? Masih tak cukup ke? " bergetar suara Raisa kedengaran.

" Isteri mana hah boleh terima, suami dia tak habis-habis ingat dekat perempuan lain? " Air matanya yang mengalir itu dikesat.

Aqeef melepaskan keluhan kasar, rambutnya itu diraup dengan kasar.

" Saya tahu awak takkan boleh dapat lupakan Adeena! sebab awak cintakan dia dan
bukan saya "

" Siapa? kata siapa hah? aku tak pernah cakap macam tu. Aku takkan kahwin dengan kau kalau aku tak cintakan kau lah! "

" Kau faham ke tidak hah! " Semakin meninggi suara lelaki itu kedengaran tika ini.

" Apa yang susah sangat kau nak faham hah! " Aqeef meraup wajahnya itu. Terselerah sungguh wajah kecewa lelaki itu.

Aqeef melepaskan keluhan kasar, lelaki itu memerhatikan cincin perkahwinan yang tersarung pada jari manisnya itu. Perlahan-lahan lelaki itu menanggalkan cincin yang tersarung pada jari manisnya itu dan diletakkan di atas meja.

Tindakan Aqeef itu mengejutkan Raisa, Aqeef laju memalingkan wajahnya itu memandang Raisa yang masih lagi berdiri dihadapannya itu.

" Saya tak boleh terima semua ni Raisa.. saya tak boleh terima dengan apa yang awak buat
sekarang ni " suara lelaki itu kedengaran serak.

" Saya pun tak boleh teruskan perkahwinan ni Aqeef, sebab.. saya tak bahagia bersama dengan awak " ujar Raisa perlahan.

Kenapa hati aku bagaikan ditikam berkali-kali namun tidak berdarah ya? Raisa Helena nama perempuan yang telah membuatkan aku mengenal cinta sekali lagi, namun mengapa pengakhirannya tetap sama seperti dahulu.

" Tak bahagia?" soal Aqeef perlahan. Selama 6 tahun ini, adalah tidak pernah sekalipun Raisa bahagia apabila bersamanya?

Raisa menundukkan pandangannya itu, wanita itu mengalihkan pandangannya itu dari Aqeef yang sedang memandang ke arahnya itu.

" Kisah kita tamat disini, kita takkan bahagia selagi kita bersama Aqeef. Saya pun tak nak hidup bersama dengan awak lagi "

" Ceraikan saya Aqeef "

" Saya lebih bahagia bersama Haiyan.. "

Bagaikan hendak terberhenti detak jantung lelaki itu saat ini, apabila mendengar permintaan daripada Raisa itu. Dan mengatakan bahawa wanita itu lebih bahagia apabila bersama dengan Haiyan.

Mengapa itu yang keluar daripada mulut wanita itu? Bukankah sepatutnya kata maaf yang keluar daripada mulut Raisa? Bukan ini yang Aqeef mahu dengar.

Aqeef mengangguk, air matanya yang sedikit mengalir itu dikesat. Jika benar, hanya Haiyan yang mampu bahagiakan Raisa.

Lelaki itu terus meraup wajahnya itu dengan kasar.

" Terima kasih sebab dah menghancurkan istana yang kita bina bersama selama 6 tahun
Raisa Helena " ujar lelaki itu dengan suara yang mendatar.

" Raisa Helena aku.. ak..aku.. " berat sekali lelaki itu ingin melafazkan kata cerai itu saat ini. Air matanya yang ingin menitis itu ditahan, dia tidak sangka perhubungannya dan Raisa akan berakhir seperti ini.

Aqeef menarik nafasnya itu perlahan-lahan dan dihembus perlahan, Aqeef memandang tepat ke arah wajah Raisa saat ini.

" Raisa Helena binti Kamarul aku ceraikan kau dengan talak 1 , " ujar lelaki itu dengan suara yang tenggelam timbul kedengaran.

Dan saat itu jugalah air mata Aqeef mengalir membasahi pipinya itu, dia tidak dapat menahan kesedihan yang sedang melanda ketika itu. Aqeef terus meraup wajahnya itu.

Air matanya mulai gugur satu persatu membasahi pipinya saat ini, bukankah ini yang aku mahu kan. Mengapa aku harus menangis? Bukan kah selepas ini aku akan bahagia bersama lelaki yang tulus mencintai aku seperti Haiyan. Raisa mengesat air matanya yang kini mengalir itu.

" Sumpah Raisa.. Aku cintakan kau " bisik hatinya perlahan.Kakinya terus mengatur langkah meninggalkan rumah agam itu, meninggalkan Raisa yang masih lagi berdiri itu.

Perlahan-lahan badan Raisa melorot jatuh ke lantai, kakinya saat ini seakan lumpuh ingin terus berdiri. Air matanya mulai perlahan-lahan membasahi pipinya itu. Benarkah semua ini? Tanpa Raisa dan Aqeef sedar ada sepasang mata yang memerhati pergaduhan itu sejak tadi.

Gugur air mata anak kecil melihat apa yang sedang terjadi saat ini, walaupun dia tidak faham dengan apa yang terjadi sekarang ni. Dia dapat rasakan sesuatu yang sedih sedang terjadi.

Assalamualaikum, kembali lagi kita selepas tamatnya CYM. terima kasih kpd yang masih sudi membaca penulisan Hairah lagi. Hairah sangat menghargai :) so enjoy the first novel Hairah untuk Tahun 2024 ini yaaaa. Tunggu next chapter tauuuu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience