"Ha Nura, ni ada bonda bekalkan serawa durian dengan pulut tanak". Kaklong memberikanku mangkuk tingkat warna putih dengan hiasan bunga kecil merah jambu. Bonda hanya memerhatikan kami dari sofa kegemarannya.
"Apa ni, sampai berbekal pula ni kaklong", ujarku malu untuk mengambilnya. Dah la aku datamg tempoh hari dengan tangan kosong. Perut aku pun masih kenyang lagi dengan lauk tengah hari tadi.
"Tak banyak ni. Untuk Nura je. Orang lain dah kenyang makan. Yeh lagi la bertambah. Kaklong suruh Yeh kejutkan Nura tapi dia kata Nura sedap sangat tidur".
Aku tersipu. Aku terjaga tadi pun dek azan solat asar di telefon. Harapkan Arif kejutkan, aku rasa dia lupa bila dah balik rumah bonda. Ada aje benda yang dia buat.
"Yeh kata Nura teruk morning sick ya? Maaf kaklong tak tau. Kalau tau, takde la kaklong biarkan nura dengan bonda je pagi tadi. Tadi tidur nyenyak tak?"
Aku tersipu malu, dah tentulah kaklong tau betapa nyenyaknya aku tidur. Perut kenyang, penat beriadah lagi - kombinasi terbaik.
"Yeh tadi ambil buah kelapa pandan kat belakang. Ada kaklong simpan air kelapa muda untuk Nura. Atas meja tu", ujar kaklong seperti mengarah aku supaya ke dapur. Arif baru melangkah masuk dengan peluh berjuraian, basah bajunya. Entah apa la yang dia buat kat luar tu.
Janji tadi nak mandi sekali, haram. Aku ditinggalkan selepas dikerjakan. Banyak betul tenaga Arif, sedang aku??. Ye la, dengan kondisi badan begini. Arif ketika pusingan kedua makin agresif dan lama.
"Sayang, abang mandi kejap ye", ujar Arif ketika lalu di depanku. Aku tadi pun terpaksa berlama sedikit di dalam bilik air kerana mandi wajib walaupun aku rasa resah saat itu. Kalau Arif mandi sekali, tidaklah aku tak rasa takut sangat.
"Eh.. cincin baru?", soalku, baru terperasan cincin tersarung pada jari Arif. Dah lama jari Arif kosong. Cincin terakhir yang tersarung di jarinya telah dijadikan cincin nikah kami.
"Ha.. bonda beri. Batu mata kucing. Nah, cuba sayang tengok ada garis tengah tu, macam mata kucing kan?", kata Arif menanggalkan cincinnya dan diberi padaku dengan membiarkan stereng tak berpegang. Mujur jalan di lebuhraya lurus saja, kenderaan pun tak berapa banyak.
"Cantik", pujiku spontan. Sama macam mata kucing yang aku jumpa pagi tadi ketika keluar dari bilik usai berehat seketika selepas muntah.
"Sayang sihat ke tak ni? Macam pucat je. Penat ye?".
Aku menjeling pada Arif, dah kau balun aku dua kali. Sendiri mau ingat la.
"Sedap air kelapa pandan tu. Bila masa abang pergi ambil?", soalku mengalih topik perbualan kami.
"Tadi la, abang cium cium sayang tapi sayang tidur cam kayu balak. Tak sedar apa. Abang pun keluar la. Bonda minta abang ambilkan buah kelapa muda".
"Bila?".
"Tadi la. Siapa yang kuat moan tadi, buat abang rasa nak lagi. Tau tau dia tidur mati".
Aku memandang Arif, "Ye ke? Bukan abang ke yang tidur?"
"Mana ada. Abang tidur ayam je la. Lepas tu abang peluk peluk, sayang terus tertidur. Malas la abang nak tunaikan hajat second round. Abang tau sayang penat semalam, hari ni. Nasib baik bonda dan ayah tak naik angin pasal kita. Abang risau je kalau bonda serang ayang macam dulu dulu. Mulut bonda pun dah tak lancang kan sayang?"
Aku memandang ke luar, sedang fikiran masih mengimbas kejadian dalam bilik. Aku mimpi je ke untuk pusingan kedua? Macam betul. Dah dah.. tak payah fikir lagi. Arif kata sekali, maknanya sekali la. Aku ni mimpi yang bukan bukan selama di rumah bonda. Bimbang juga apa pula mimpi malam ni jika kami bermalam lagi.
"Kenapa senyap ni? Baby kita ok?". Arif meletakkan tangannya di perutku.
"Ok kot. Minggu depan ada check up. Abang boleh ikut sekali?". Tangan kami sama sama di atas perutku yang dah mulai menampakan bentuk.
"Minggu depan? Sorry sayang. Lusa abang dah mula shooting kat Terengganu. Nak cancel tak boleh. Abang kena cari duit extra untuk baby kita. Abang nak hias bilik baby kita cantik cantik. Nak siapkan duit kenduri lenggang perut sayang, bonda minta buatkan di rumah dia. Budget kenduri aqiqah lagi", ujar Arif sedikit teruja dengan perancangan dia sendiri tanpa berbincang dengan aku.
Aku mengangguk faham. Itu kerja Arif, aku harus beralah. Takkan asyik nak berkepit. Dah banyak tawaran Arif tolak kerana aku. Arif tak mahu aku bantu perbelanjaan rumah. Katanya haram. Dia masih kuat bekerja.
"Sayang, esok ada staff baru masuk tau". Kata Arif memperlahankan kenderaan bila kami menghampiri susur keluar.
"Staff baru? Untuk apa?". Pantas aku bertanya dengan dahi yang berkerut.
"Ganti tempat sayang. Abang tak nak sayang penat kerja dari pagi sampai malam. Abang nampak sayang suka kerja di stesen tv. Lagipun kerja tu santai, takde tekanan". Arif menggenggam tanganku dan dibawa ke bibir.
Eh.. kenapa tak bagitau pun? Hangin jugak aku. Suka suka hati berhentikan aku. Aku tau la dah banyak minggu aku tak masuk pejabat. Aku report kat pejabat buruh kang, padan muka.
"Elaun sayang abang bagi macam biasa plus gaji. Cuma sayang tak perlu kerja", pujuk Arif seolah tau apa yang bergolak dalam hatiku.
"Bang", panggilku dari ruang cucian yang terletak bersebelahan dapur.
"Ya....", sahut Arif dari ruang tamu, terbaring di sofa sambil menukar saluran tv.
"Ada nampak tak baju yang kita pakai masa balik rumah bonda? Nak basuh ni", ujarku sambil menterbalikkan beg kain itu. Kot kot la ada yang terselit. Aku rasa aku dah sumbat semuanya ke dalam beg pagi tadi.
"Oh. Lupa nak cakap, tadi kaklong tanya ada baju kotor tak, dia nak basuh. Sebab dia nak basuh baju bonda sekali. Abang nak tanya sayang tapi sayang dah tidur, jadi abang ambil je baju kita pakai kelmarin bagi kaklong basuh".
"Eiii... kan dah masuk dalam beg. Maknanya nak bawa balik la basuh kat rumah", kataku sedikit marah.
"Biarlah kaklong basuh. Bonda kata biar tinggalkan baju kat rumah tu. Senang kita balik nanti, dah ada baju spare".
Aku membentak dalam hati. Malu tau orang basuhkan pakaian dalam aku. Dengan mak pun aku malu, ini kan pula biras.
Setelah aku masukkan baju dan seluar kecil kami yang dipakai semasa bercuti ke dalam mesin basuh dan meng'set' kan jenis cucian lembut, aku naik ke tingkat atas. Aku nak berbaring, terasa makin lesu badan. Makan malam tak perlu bimbang, bonda dah bekalkan lauk ikan pari bersama lauk sampingan untuk Arif.
*******
"Puan Nura, saya dapati ada sesuatu yang abnormal dalam kandungan ni". Hati aku berdebar dengan kata kata Doktor Rose Dayana. Sejuk terus tanganku terasa seperti ais. Mata kami terpaku pada skrin di hujung kakiku manakala tolok pengimbas ditekan ke atas perutku berulang kali. Kemudian ditekan sesuatu pada panel mesin, sekeping gambar keluar dari situ.
Doktor Rose Dayana mengambil cetakan gambar tadi manakala jururawatnya membersihkan perutku dengan tisu sebelum dimintanya aku mengemaskan diri dan duduk di kerusi bersebelahan meja doktor.
"Ada apa doktor?", soalku melabuhkan punggung perlahan lahan sambil menenangkan hati. Berdoa agar 'ianya' tak berulang kembali.
"Mengikut rekod kesihatan puan di sini, puan pernah mengambil UPA 5mg beberapa tahun lalu". Doktor Rose Dayana berkata tanpa melihat aku di sisinya, matanya tertancap pada skrin komputer.
Aku menarik nafas sedalam dalamnya dan dengan nada suara yang bergetar aku berkata, "Ya, dalam tiga empat tahun lalu. Everything was okay then. Takkan berulang semula doc?"
Langsung Doktor Rose memegang tanganku bagi menenangkan aku yang mula bergenang air mata.
"Jangan bimbang puan. Kita akan buat beberapa ujian dulu untuk mengesahkannya. Apapun buat pengetahuan puan, banyak sudah patient kami mengalami keadaan begini. Mereka tetap melahirkan anak secara normal. Kes puan bukan kes pertama kami. Jika ini benar fibroid seperti yang kita syak, ianya kecil saja. Selalunya fibroid tak mengganggu kehamilan. Apapun kami akan pantau keadaan puan dari semasa ke semasa", ujarnya menunjukkan ketulan kecil yang dinyatakan di dalam gambar bercetak tadi. Kata katanya sedikit sebanyak melegakan aku.
"Betul tak membahayakan baby saya?", tanyaku inginkan kepastian.
"Puan hanya perlu jalani hidup sihat dan amalkan makanan yang sihat. Sekiranya puan merokok atau minum minuman keras, saya nasihatkan berhentilah demi kandungan puan".
Aku mengangguk. Aku dah tak sentuh rokok bila strip kehamilan menunjukkan dua garis merah. Arif melarang aku dan aku sendiri inginkan ianya begitu. Peristiwa keguguran tempoh hari telah menyedarkan aku. Tak semua perempuan bertuah dilahirkan dengan rahim yang sihat. Aku dari awal punya masalah rahim dan aku tambahkan lagi masalah dengan tabiat tak sihat. Kerna itu aku berazam untuk kali ini, aku korbankan semuanya demi dia. Dia permata hati aku dan Arif.
Aku bertembung dengan Aedy di cafe hospital, dia sedang membayar di kaunter pembayaran. Lalu aku menegurnya.
"Buat apa kat sini?"
Aedy ketawa besar melihat aku, tak sangka kami akan bertemu di hospital.
"Joy nak buah tembikai ni. Kau buat apa?". Aku tak menjawab soalan itu tapi leka memandang apa yang Aedy pegang.
"Sejak bila Joy suka makan tembikai?"
"Sejak..". Aedy menggayakan perut Joy membesar. Aku ketawa kegirangan.
"Mana Joy? Korang kawin tak panggil aku pun". Kataku merajuk sambil menarik Aedy supaya menunjukkan padaku di mana Joy.
"Woiii... diam diam ubi berisi", kataku sambil mencucuk pinggang Joy.
"Haa.. diam diam aku yang berisi", sambungnya. Kami berpelukan. Dah lama tak bertemu. Kumpulan menyembang kami pun dah sejuk kaku, tiada isu nak diperkatakan. Masing masing sibuk dengan keluarga.
"Berapa minggu dah ni?". Aku mengusap perut Joy kecil dari perut aku. Aedy meninggalkan kami berdua.
"Baru nak jumpa doktor. Minggu lepas aku buat UPT, double line. Kau?",
"Nak masuk 17 minggu. Mengada kan kau, baru berapa hari dah mengidam nak tembikai". Joy ketawa dengan kata kataku.
"Pregnancy kau ok?", soal Joy.
Aku mengetap bibir dan merenung Joy, "ada balik Joy". Terasa panas di pipi aku. Segera aku mengesat dengan tangan.
"Hei.. jangan nangis. Aku ada. Tak serius kan?", kata Joy memeluk aku sekali lagi.
"Tak. Tapi doktor buat pemantauan. Aku bimbang Joy. Aku tak nak kehilangan lagi", bisikku dalam sendu.
"Arif mana? Dia tau tak?".
Aku menggeleng lalu berkata, "Dia outstation. Yang kau ni kenapa kawin tak cakap kat aku?"
"Tak sempat lagi. Tau tau dah lekat. Aedy suruh aku gugurkan. Kali ini aku berkeras, aku tetap nak teruskan. Dah berapa kali dah aku abort. Aku rasa berdosa tau".
"So, kau belum pergi pejabat agama?"
"Belum".
Share this novel