PANCING

Horror & Thriller Completed 39857

"Man.. kau nak kemana tu?" Soal Che Kalsom kepada anak bujangnya, Leman. "Mancing mak.." jawabnya sambil menyarung selipar jepun dan terus menuju ke motosikalnya. "Kau ni.. dah pukul 6 baru nak keluar. karang kau balik lambat, maghrib kemana, haish.." leter Che Kalsom. "Mak, orang qadha' " Jawab Leman selamba sambil berlalu meninggalkan perkarangan rumahnya.

"Zam...Zam.. cepatlah.... lama betul aku tunggu kau" Pekik Leman. "Takde orang lah ni., bodoh la Zam. janji hari ni, bayang pun tak nampak" gumamnya. Elok dia mahu keluar simpang perkarangan rumah Zam, "Man, tunggu aku, tadi aku pergi beli barang sikit." Kata Zam sambil berlari laju menuju ke dalam rumahnya dengan tangan yang penuh dengan beg plastik. "Kau lambat lah... aku tunggu kau sana lah, kampung sebelah tau" Kata Leman lalu hilang dari pandangan mata Zam. "WEHHH.. MANNNNN!!!, lantak kau arrr" monolog Zam.

"Ikan-ikan sekalian... kemari lah ke papa.." jerit Leman, konon nak seru semangat lah tu. "Segera dikeluarkan jorannya dan apa lagi dia pun duduk disitu, menuggu hasil tangkapan. Kawasan bekas lombong yang selalu dikunjungi Leman, sudah tidak seronok lagi, mungkin sebab ramai yang memancing disitu. Leman mahukan suasana yang sunyi. Sungai kecil di kampung sebelah merupakan kawasan kesukaannya. Walaupun rakan-rakan sekolahnya pernah menceritakan bahawa kawasan tersebut tempat bunian, dan berpenunggu, disitu juga Leman mahu membuat pemerhatian, satu nak kan ikan, dua nak tengok betul atau tidak ada penunggu.

Sedang asyik dia memancing, tiba-tiba dia dikejutkan dengan bunyi telefon dari Zam. "Man, aku tak jadi datang lah, abah aku tak bagi.. lagipun dah nak dekat maghrib ni." kata Zam. "Aduiii anak abahlah.. dah lah... malas nak layan, kau pergi cium ayah kau tu Zam..." marahnya. Tak lama lepas tu, Zam berlalu membawa joran dan juga peralatan memancing. "Pegii daaa... abah tak bagi bagai.... sudahnya datang juga..." kata Leman.

"Weh, kau pahal senyap je doe!!! kau marah aku ke????" soal Leman. "Sini takde ikan, kau pergi hujung sana, situ lubuk ikan" kata Zam. "Sana!!! Okay... jom, sedang dia mengemas, kelihatan Zam tiada di pandangan. "Babi punya Zam.. ditinggalnya aku kat sini." marah Leman. Lalu Leman pun meneruskan misinya untuk mendapatkan ikan. Sejam selepas itu, jorannya mengenai sasaran, hampir putus tali pancing Leman, tapi skillnya yang dipelajari dalam youtube tempoh hari, akhirnya dapat diguna pakai. Besar juga ikan yang ditangkap. Punya lah leka Leman memancing tak sedar yang waktu maghrib sudahpun habis, dan semakin gelap. Namun setiap kali dia mencampak umpan, mengenai sasaran. Memang kalau boleh dia tidur lah kat situ.

Sedang dia leka memasang umpan baru, fokusnya terganggu apabila melihat air seakan pusaran kuat, sehingga terasa gegarnya. Kelihatan seorang tua muka berkedut, mata yang terjojol keluar, dan juga dagu sehingga mencecah bumi keluar dari pusaran tersebut. "Pulangkan hak aku...anak muda!!!!!!" katanya, suaranya bak halilintar membelah bumi. Leman yang ketakutan, terus pengsan.

"Mannnn!!!!!! Lemannnnn!!!!!" panggil Zam. "Zam.... tolong aku zam ada momok zam kacau aku zam.... ikan aku mana Zam????" tanya Leman yang baru sedar dari pengsan. "Leman.. kau ni kenpa kau pergi mana selama ni ?? kau tahu mak kau risaukan kau..." tanya Zam. "Ehh Zam... kau ni memang setan lah.. kau tunjukkan aku lubuk ikan... kau boleh tanya mana aku pergi. dah lah tinggalkan aku!!!" marah Leman.

"Man, Zam kat sini je. mana ada dia kemana-mana. Masa kamu jumpa dia kat rumah, tu dia nak kabor ke kamu, jangan pergi sana. Kamu menggatal sangat nak pergi.. Kamu tahu tak 3 minggu kami ni orang kampung cari kamu!!" leter Che' Kalsom. "Mak bior betul mak?" soal Leman. "Ada kamu nampak muka aku ni nipu kamu?" soal ibunya kembali.

Jadi macam mana boleh Zam ada waktu dia memancing?

Siapa orang tua dengan wajah menggerunkan tu? penunggu kah?

-END-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience