Bab 102

Romance Completed 78326

Fahim hanya memerhati tindak-tanduk Luqman yang serba-serbi tak kena. Entah apa yang dia cari dari tadi sebenarnya. Buka almari, laci apa semua tapi still tak jumpa benda yang dia cari. Dia cari lipas ke apa?

“Luq! Kau cari apa dari tadi tak jumpa-jumpa? Ada lipas ke apa dekat tempat kau sampai kau cari macam tu sekali?” Dia bangun dan menghampiri meja kerja Luqman. Tu…dok cari lagi tapi tak tahu apa benda.

“Aku cari external hard disk aku. Tak tahulah letak mana…” Ujar Luqman sambil tangannya masih ligat mencari external hard disk. Seingat dia, dia simpan dalam beg kerjanya tapi…tak tahu ke mana.

Fahim mengeluh seketika bila ternampak external hard disk Luqman terletak di dalam bakul kecil di sudut meja Luqman. Dia tak nampak ke external hard disk ni duduk dalam bakul ni? External hard disk berwarna merah itu diambil dan diserahkan kepada Luqman.

“Kau jumpa mana?”

“Dalam bakul ni.” Jarinya menunjuk ke arah bakul tersebut. “Kau seriuslah Luq tak nampak benda ni duduk dalam bakul kecil ni?”

“Seriuslah?”

“Ya…dan aku sendiri nampak dengan mata aku tadi kau bawak keluar dan letak dalam bakul ni. Luq, kau ok ke tak ni? Lately ni aku nampak kau teruk tahu tak? Serupa orang hilang arah. Kalau kau tak boleh nak sambung kerja, kau duduk rumah tenangkan fikiran kau dulu daripada kau terus serabut macam ni? Tak elok untuk kau.”

“Aku tak boleh nak duduk rumah je Im. Aku kena jugak keluar cuba busy kan diri. Aku…”

“Ini semua sebab Gia kan?” Luqman mengangguk.
Fahim menarik kerusi dan duduk di sebelah Luqman.

“Weyh…kau tak try ke cari Gia dekat mana-mana? Alah…dia cakap je dia pergi ke lain entah-entah still dekat Filipina?”

“Gia bukan macam tu. Kalau dia cakap dia betul-betul nak pergi, dia akan pergi. Dia tak pernah main-main dengan apa yang dia cakap. Tak tahulah Im…aku rasa aku hilang arah sekarang ni.”

“Benda dah nak jadi bro. Ramai yang cuba nasihatkan kau tapi yelah kau tak nak dengar. Kau kena hadap jugak apa yang kau dah cakap sebelum ni.”

“Aku tahu salah aku.”

“Tapi aku yakin. Gia takkan bencikan kau sampai bila-bila. Apa-apa pun berbalik yang kau ni masih lagi suami dia. Sampai bila sangatlah dia nak bencikan kau sebagai suami dia?”

“Entahlah Im. Aku tak yakin yang dia akan maafkan aku semudah tu je. Sekarang ni aku dah buat keputusan tak nak cari dia dulu. Biarkan dia tenang diri dulu.”

“Sampai bila?”

“Sampai aku rasa aku dah ready nak jumpa dengan dia?”
“Inilah masalah kau Luq. Susah benar nak berbaik. Apa salahnya kalau kau try pergi pujuk dia. Kalau kau tangguh macam ni lagilah dia susah nak berbaik dengan kau. Kau tak bolehlah nak tangguh-tangguh macam ni. Nanti kau sendiri yang terseksa dengan perasaan kau. Time tu bila Gia dah tak nak berbaik dengan kau, dah mula jauh dari kau…mulalah kau nak mentel koyak.”

Sentap terus masuk ke dalam lubuk hati Luqman yang paling dalam. Fahim kali ni memang betul-betul tembak terus. Tapi betul jugak apa yang Fahim cakap. Sekarang pun aku dah koyak apatah lagi masa akan datang. Bertambah koyak.

“HELLO akak. Akak ok ke dekat sana?” Vitalika sibuk bawa turun bagasinya ke ruang bawah. Kejap lagi dah nak bertolak ke airport dengan Kristine. Lepas tu tak tahulah dia akan balik ke Malaysia lagi atau tak. Ibu pulak dah balik ke rumah dia semalam.

“Akak ok je dekat sini. Vi jangan bagitahu sapa-sapa yang akak ada dekat Thailand. Ok?”

“Ye…Vi janji dengan akak. Akak jangan risaulah. Vi boleh pegang rahsia akak. By the way, akak tak balik Manila ke? Manalah tahu bosan dekat Thailand nak balik Manila balik?”

“Akak tak sure lagi Vi. Apa yang akak tahu akak nak tenangkan fikiran akak dulu. Akak takut kalau akak balik sana, Luqman pun ada dekat sana jugak. Dalam masa terdekat ni akak tak nak jumpa dengan dia lagi.”

“Ok, ok. Jericho dengan Lisa macam mana pulak?”

“Emmm still macam tulah. Tak ada progress. Jericho ni hah keras kepala sangat! Saja jual mahal nak merajuk dengan Lisa kononnya,” kemudiannya dia terdengar suara Jericho mengomel sesuatu di dalam talian. Vitalika ketawa. Ha bergaduhlah tu!

“Alah, kau memang jual mahal pun!” Gia dan Jericho masih lagi bergaduh di talian. Vitalika ketawa namun ketawanya terhenti bila loceng rumah berbunyi. Siapa pulak yang datang?

Vitalika menghendap di sebalik tirai rumah. Luqman! Tiba-tiba je dia datang ke sini hari ni.

“Akak…Vi off fon dulu. Luqman datang.”

“Dia datang buat apa?”

“Tak tahulah. Ok bye akak…” Vitalika memutuskan talian dan menyimpan telefonnya ke dalam poket seluar.

Kunci pintu dipulas. Pintu rumah dibuka. Dia berhadapan dengan Luqman.

“Ada apa Luqman awak datang sini hari ni?”

“Kau tahu dekat mana kakak kau sekarang?”

Sudah! Dia tanya pasal kak Gia pulak! Ini sikit-sikit aku mula nak gelabah bewak lain macam. Bukan setakat bewak je gelabah, tenggiling pun boleh gelabah. Sudah! Jangan nak merepek sangat Vitalika.

“Saya tak tahu.”

“Kau tipu kan?”

“Buat apa nak tipu? Kak Gia tak bagitahu apa-apa pun dekat saya ke mana dia pergi. Saya cuba contact tapi tak dapat,” tipulah kau Vi! Baru tadi je kau bercakap telefon dengan kakak kau.

“Mustahil Gia tak bagitahu apa-apa dekat kau sebab setahu aku ke mana pun dia pergi dia akan bagitahu kau. Wajib!”

“Tak semua benda kak Gia akan bagitahu saya. Ada benda yang dia bagitahu dan ada benda yang dia rahsiakan. Tapi, kali ni memang dia tak bagitahu apa-apa.”

“That’s true Luq. She didn’t tell us where she’s going. This is the truth.” Kristine menyampuk.

Luqman tak dapat nak terima. Dia rasa Maya, Kristine dan Vitalika berpakat dengan Gia tak nak bagitahu aku dekat mana dia ada sekarang.

“Ok…” Luqman beredar pergi menuju ke keretanya.
Kristine dan Vitalika sama-sama mengeluh. Kesian dengan Luqman tu kesian jugak tapi mereka lebih kesiankan keadaan Gia. Masing-masing ada dalam posisi lima puluh lima puluh. Nak tolong Luqman tapi kesiankan Gia tapi kalau tak tolong Luqman pun kesian jugak. Tersepit.

“LUQ?” Sebaik saja Ungku Maria membuka pintu rumahnya, dia memandang Luqman yang melangkah longlai masuk ke dalam rumah. Dah kenapa pulak dengan anak aku ni? Pintu rumah ditutup dan segera menghampiri anaknya yang baringkan badannya di atas sofa ruang tamu.

“Luq? Kenapa ni? Luq tak sihat ke?” Ungku Maria melekapkan tapak tangannya ke dahi anaknya. Tak panas pun. Biasa je. Tapi dah kenapa muka masam mencuka sampai macam ni sekali.

Luqman bangun dan merebahkan kepalanya di atas paha Ungku Maria. Perasaannya bercampur aduk. Kali terakhir dia jadi lemah macam ni lepas Dariya dah pergi tinggalkannya.

Ungku Maria mengusap lembut rambut anaknya. “Luq…cakap dengan mama. Apa yang tengah ganggu fikiran Luq sekarang ni? Luq masih terfikirkan pasal Gia?” Soalannya tak dijawab Luqman. Diam dari tadi.

“Luq…dalam hidup kita ni kalau kita nakkan sesuatu, kita kena berusaha sampai kita dapat. Samalah macam Luq nak pikat hati balik. Luq kena bersabar dan terus berusaha jangan putus asa. Percayalah cakap mama, perempuan kalau kita tunjuk effort kita untuk dapatkan dia, dia akan berlembut dengan kita. Mama cakap macam ni sebab mama pun perempuan. Mama faham perasaan perempuan. Apa yang Luq buat pada Gia haritu sedikit sebanyak mama pun terkesan.”

“Hati perempuan ni Luq…lembut. Mudah terluka sebab itulah kita kena jaga hati dia sebaik yang mungkin. Jangan pernah lukakan hati pasangan kita. Andai kata tak sengaja buat hati dia terluka, cepat-cepatlah mintak maaf dengan dia…pujuk dia…perempuan hanya nakkan perhatian dari pasangan dia. Walaupun Luq tak dapat berjumpa dengan Gia dan tak tahu Gia ada dekat mana sekarang ni, sekurang-kurangnya cubalah mesej atau chat. Tunjuk yang kita ada effort untuk mintak maaf pada dia dan cuba berbaik.”

“Tapi…Luq tahu Gia bukan orang macam tu.” Jawabnya perlahan.

“Luq belum cuba Luq belum tahu. Mama yakin Gia kalau dipujuk lama-lama dia akan lembut hati jugak. Perempuan ni kadang-kadang kita nampak luaran dia keras dan macam tak ada perasaan tapi hakikat yang sebenarnya? Kita tak tahu dia macam mana. Mama yakin Gia bukan seorang pendendam. Mungkin dia lari dari Luq sebab dia tertekan. Yelah dengan kematian mengejut dari mummynya yang berlaku depan mata dan ditambah lagi dengan masalah Luq dengan Gia lagi dia buat rasa tertekan. Luq jangan putus asa ye? Kalau tak dapat cari dia sekalipun, cubalah mesej, call atau chat. InshaAllah, lama-lama hati dia akan lembut jugak. Percayalah cakap mama…”

Sedikit sebanyak semangatnya kembali pulih bila mendengar kata-kata mamanya. Sememangnya mama adalah pembakar semangatnya dari dahulu sampai sekarang. Mama tak pernah putus asa memberikan dia semangat dan kata-kata yang positif dalam dirinya. Disebabkan mamalah dia mampu untuk bangkit semula.

“Terima kasih ma…” Luqman masih merebahkan kepalanya di paha Ungku Maria. Seronok kena belai rambut macam tu. Rasa macam kembali ke zaman budak-budak. Ehek! Mengadalah kau!

Ungku Maria tersenyum kecil. Mama yakin satu hari nanti Luq dengan Gia akan bersatu kembali dan mama yakin jugak yang Luq akan bahagia di sisi Gia nanti. Doa mama akan selalu ada untuk luq dan Gia. InshaAllah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience