BAB 2

Horror & Thriller Completed 7342

Saya capai phone saya dalam poket, dan saya ON telefon.

Alamak! Dah pukul 11 malam rupanya. Patut la gelap je.

Lagipun tempat tu memang sunyi. Saya pun terus ambil kunci kereta, kunci pejabat dan terus pulang ke rumah.

Dalam perjalanan pulang, perkara seram tadi terus bermain di fikiran. Kerana saya hairan, kalau ada orang yang sengaja mengusik saya, tak mungkin dia boleh lari dengan begitu pantas.

Di kawasan pejabat tersebut, langsung tiada sudut-sudut yang boleh bersembunyi. Lif dan tangga pula agak jauh. Kalau yang mengusik itu juga adalah penyewa di bangunan tersebut, kenapa langsung tak dengar pintu terbuka dan tertutup.

Kenapa langsung tak dengar apa-apa. Saya tersangat hairan. Pelbagai soalan terus bermain di minda saya.

Keesokan hari, saya beli dua buah CCTV dan juga satu set magnetic access door. Dan untuk menguatkan lagi sekuriti, saya upah pula orang untuk memasang pintu grill besi di pejabat saya.

Dipendekkan cerita, semua tu selesai dipasang. Saya letak sebuah CCTV di luar yang menampakkan depan pejabat saya iaitu pintu masuk.

Satu lagi saya letak di dalam pejabat sendiri sebagai langkah jikalau ada apa-apa kejadian yang tak diingini.

Magnetic Access Door saya letak di pintu pejabat. Jadi, hanya orang yang mempunyai kad akses sahaja yang boleh masuk pejabat.

Selepas siap kesemuanya, saya terus pulang ke rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience