BAB 16

Romance Completed 2294

“Kalau tak salah, ini Carmen kan?” sambung dia lagi sambil menghalakan pandangannya ke arah Carmen .

“Inspektor tak bertugas ke hari ini?” tanyaku lagi.

“Eh tak usahlah panggil saya Inspektor, panggil Wan Daim cukup.”

“Oh, ah, errr Wan Daim tak kerja ke hari ni?”

“Saya baru balik dari tugas ni, singgah sini kejap nak beli barang, Noriah dengan Carmen nak ke mana?”

“Kami baru habis shopping, ni nak pi McD kejap, nak minum air…errr..” jawab aku sambil menjeling ke arah Carmen , “…Wan Daim nak join kita orang?”

“Boleh juga, I pun haus juga ni….errr..tak mengganggu ke you all kalau nak berbual ke?” jawab Wan Daim yang tiba-tiba menyebut I & you je.

“Eh tidak…of course tidak… jom!”

Ketika bertugas Wan Daim memang tegas orangnya, tapi bila tidak bertugas dia ternyata kelakar. Cara dia berbual dan gerak gaya dia membuat aku dan Carmen tak henti ketawa. Aku dapat tahu yang Wan Daim masih lagi single. Mungkin kerana terlalu sibuk dengan tugasnya hinggakan takder masa nak cari pasangan.

OK I have to admit that at this point of time aku dah tertarik dengan dia. Kadang-kadang dia menelefon aku di rumah bertanyakan khabar, apa aku buat, dah makan ke belum. Setiap kali telefon rumah aku berdering jantung aku berlonjak macam monyet berlonjat bila menang peraduan panjat pokok kelapa. Kehadiran Wan Daim memberi nafas baru dalam hidupku.

Aku lebih bersemangat dan lebih ceria macam enjin kereta yang baru overhaul. Segala yang terpendam di dalam hati tidak aku beritahu pada sesiapa pun. Lama kelamaan perasan senang aku terhadap Wan Daim bertukar menjadi kasih, bertukar menjadi cinta, hingga aku dah mula rindu kalau tak dengar suara dia. Dia tak telefon aku hari-hari, hanya sekali sekala saja. Untuk aku meluahkan perasaan aku yang sebenar amatlah tidak sesuai sekali. Aku takut kalau aku bertepuk sebelah tangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience