BAB 5

Romance Completed 9878

Mata Izyan Hasna membuntang. Ada lagi? Peluh merembes keluar di dahinya. Tiba-tiba sahaja tubuhnya terasa membahang. “Apa… apa lagi yang dia beritahu awak?”

Danish tersenyum lebar lalu berkata, “Dia kata, awak belum makan coklat yang saya berikan kepada awak tempoh hari. Awak tak sanggup nak makan sebab setiap kali awak tengok coklat tu, awak teringat pada saya.”

“Gila!” Izyan Hasna makin tidak senang duduk. Terasa seperti mahu sahaja dia menyembunyikan dirinya di bawah meja pada saat itu juga!

“Siapa yang gila?”

“Amirah sebab dia beritahu awak cerita mengarut. Dan… saya! Saya pun sama tak betul.”

“Kenapa pulak?”

“Sebab saya boleh beritahu perkara yang memalukan begitu pada dia.”

“Tapi, saya rasa awak tak gila. Awak cuma terlalu jujur tentang perasaan awak.”

“Danish, listen! Saya tak nak semakin banyak salah faham yang timbul di antara kita. Memang saya suka pada awak tapi, ia hanya perasaan suka biasa. Sama seperti bila saya makan coklat, saya cakap saya suka coklat itu. Tapi, tak bermakna saya amat sukakan coklat itu. Ada coklat lain yang lebih saya suka.”

“Coklat apa yang awak suka sangat tu? Dark chocolate? White chocolate?” Danish bertanya spontan.

“Milk chocolate.”

“Kalau macam tu, apa kata awak samakan saja saya dengan chocolat au lait kesukaan awak tu, hmm?” Danish mengangkat kening.

“Danish, awak tak faham! Saya….”

Danish merapatkan jari telunjuk ke bibir. “Shhh….”

Pelayan tadi meletakkan secawan kopi dan secawan coklat panas di hadapan mereka berdua.

Selepas pelayan itu berlalu, Danish mengangkat cawan kopi yang masih berasap lalu berkata, “Minum. Sedap chocolat chaud di sini. Ingat, chocolat chaud. Bukan chocolat au lait. Lain kali, kalau awak pesan chocolat au lait, bermakna awak pesan saya sebagai hidangan.”

“Hish! Tak faham bahasa!” Izyan Hasna bingkas bangun.

“Eh, nak ke mana tu?”

“Balik!”

“Minum dulu. Nanti saya hantar awak balik.” Danish mengarah.

“Tak nak! Kalau saya minum air tu, bermakna saya dah minum awak!”

“Eh? Sekarang ni, siapa yang tak faham bahasa? Saya atau awak? Bukan saya dah cakap ke tadi? Itu chocolat chaud. Awak boleh minum. Saya chocolat au lait. Kalau awak nak chocolat au lait, maknanya awak kena kahwin dengan saya. Banyak mana yang awak nak pun saya boleh berikan.”

“Hish, susah bercakap dengan orang yang bernama Danish ni!”

“Susah juga bercakap dengan Cik Senah ni.” Danish tergelak lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience