BAB 14

Action Completed 2234

“Aku belum membalas dendam…Aku nak membela kematian aku….”

“ Balas dendam kepala bapak kau…yang jadi pun bukan hal kau… Kau tu jin yang cuba nak menyesatkan anak Adam. Hidup dan mati itu ketentuan Allah. Kau yang kena laknat jangan cuba-cuba nak berlakon jadi roh manusia. Aku sembelih kau nanti!!!!”

“Aku tak takut mati..kalau kau sembelih aku..budak ni pun akan mati…ha..ha..ha” ugut Makhluk di dalam badan Furqon .

Ustaz Ismail tidak menjawab. Dia masih terkumat-kamit membaca ayat-ayat suci al-quran. Perlahan-lahan dia duduk bersila diatas lantai. Dua orang rakannya turut diberi isyarat supaya duduk.

Furqon mula mendengus seperti lembu yang disembelih. Menggelupur diatas lantai. Semakin lama-semakin perlahan.

Ustaz Ismail mengeluarkan air mineral berbotol kecil dari poket jubahnya. Dia membacakan surah al-Fatihah dan Tiga Qul. Air itu kemudiannya disapukan ke muka Furqon .

“Kat mana saya ni?” Furqon yang tersedar bersuara.

“Alhamdullillah..kamu selamat. Sekarang ni di bilik sakit.” Ucap Ustaz Ismail sambil tersenyum.

“Makhluk tu ke mana Ustaz?” Tanya Cikgu Khalil yang kembali semula ke bilik sakit itu.

“Kami dah sembelih dia tadi. Insha Allah, lepas ni dah tak ada gangguan”

“Budak ni dah Ok” Tanya dia lagi, merujuk kepada Furqon .

“Dia tak apa-apa. Cuma kena pulihkan semangat dia saja”

“Syam!!” laung Cikgu Khalil .

“Kenapa Cikgu?” Anas muncul di muka pintu.

“Dah sedia untuk cerita?”

“Cerita apa cikgu?”

“Cerita kat kami semua ni apa punca si Furqon jadi macam tu”

“Saya pun tak pasti Cikgu…”

………

“Kamu seorang sahaja yang pegang kunci bilik elektrik tu kan..”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience