BAB 11

Romance Series 10150

IZWAN melabuhkan duduknya di sofa biru ruang tamu rumahnya. Juga merupakan rumah peninggalan arwah ayahnya. Matanya sembam. Masih terbayang di mindanya, kata-kata arwah Tuan Haji Anuar dua tahun yang lalu di mana arwah berpesan agar dia dan abang kembarnya, Azwan jangan berpisah tetapi, kini Azwan juga turut pergi meninggalkan dirinya untuk selama-lamanya.

"Ayah, Abang Azwan dah pergi tinggalkan Wan. Wan dah tak ada sesiapa lagi dah sekarang ni, ayah. Kenapa semua orang pergi tinggalkan Wan? Apa salah Wan? Ibu..."

Izwan bermonolog sambil mengurut pelipis dahinya. Air matanya juga sudahpun mengalir. Masih terbayang di matanya di mana saudara kembarnya, Azwan bertarung nyawa pada saat-saat akhir hayatnya.

??????

Pergelangan tangan Izwan digenggam erat. Matanya yang sayu merenung tepat wajah adik kembarnya itu. "Wa... Wan, ab... abang say... sayangkan... Wan..."

Izwan membalas genggaman tangan Azwan, diusap dan diciumnya pergelangan tangan saudara kembarnya itu. Air matanya yang mengalir keluar berjuraian di pipi dibiarkan. "Abang, Wan juga sayangkan abang, abang akan selamat, Wan yakin. Abang kena ingat, abang sekarang dah ada isteri, dan bakal bergelar ayah."

Azwan tidak membalas kata-kata adiknya itu. Tangannya menggigil. Dia berusaha menggerakkan bibirnya namun dihalang oleh jari telunjuk Izwan.

"Abang jangan cakap apa-apa, Wan yakin abang akan selamat."

"Wan..."

Azwan memanggil adik kembarnya itu yang sedang duduk di kerusi bersebelahan dengan katilnya di wad ICU itu.

"Ye abang... Wan ada di sini," jawab Izwan sambil menggenggam pergelangan tangan saudara kembarnya itu.

"Wan... ab... abang nak Wan tolong abang... tolong jag... jaga Hanna untuk abang... Izwan tolong jaga dia untuk abang..." pinta Azwan dengan suara yang serak dan bergetar-getar itu.

"Hanna... siapa Hanna tu? Wan tak kenal..." balas Izwan. Air matanya sudah pun berjuraian di pipi, tak sanggup melihat keadaan Azwan yang penuh dengan lilitan wayar di seluruh badannya itu.

"Hanna... Hanna Nadira, isteri abang," balas Azwan lagi. Air matanya juga sudah berjuraian mengalir membasahi pipi.

"Macam mana Wan nak jaga dia? Wan tak kenal pun dia... Abang pun kahwin senyap-senyap dengan dia..." ujar Izwan lagi.

"Maafkan abang... tol... tolong abang, dik... tolong jagakan dia untuk abang... ab... abang percayakan... Wan...."

Sebaik sahaja ayat-ayat terakhir itu keluar dari mulut Azwan, dia terus kaku dan tidak sedarkan dirinya lagi.

"Abang... abang?"

Izwan memanggil Azwan namun tetap tiada respon dari Azwan.

??????

TELEFON bimbit arwah Azwan yang diletakkan di atas meja kecil di sudut dinding itu dicapai. Cepat-cepat Izwan menekan punat power. "Hmm... nasib baik la handphone arwah Abang Azwan ni tak ada password."

Sebaik sahaja skrin telefon bimbit itu bercahaya, tertera gambar Azwan bersama isterinya, Hanna Nadira di skrin. Izwan terlopong. Cantiknya... getus hati Izwan sebaik sahaja pandangan matanya tertumpu pada gambar wanita bertudung bawal berwarna biru laut di sebelah kiri abangnya itu.

"Eh, bukan ke perempuan ini yang aku nampak di tanah perkuburan semalam?" Izwan teringat akan wanita yang berjalan sambil menangis menuju ke arah sebuah kereta Honda accord berwarna putih semalam. "Jangan-jangan dia..."

Izwan segera mengeluarkan telefon bimbitnya yang diselitkan di dalam poket seluar jeans birunya itu. Nombor sepupunya, Aryan didail.

"Helo, assalammualaikum Aryan, kau dekat mana?" ucap Izwan.

"Waalaikumsalam, Izwan... aku dalam kereta sekarang tengah drive, ada apa kau call?" sahut Aryan seraya bertanya di hujung talian.

"Kau nak pergi ke mana pulak tu?" soal Izwan.

"Aku nak jumpa kaulah."

"Ha... elok sangat. Aku ada something nak cakap dengan kau. Cepat sikit tau!"

"Okey, lima minit lagi aku sampai rumah kau," sahut Aryan seraya menamatkan talian.

Telefon bimbit itu dilempar ke atas sofa berwarna biru muda ruang tamu itu. Izwan mengatur duduknya semula. Matanya merenung siling ruang tamu. Otaknya ligat berfikir. Aku yakin sangat perempuan menangis yang aku nampak semalam tu adalah Hanna.

Izwan meraup mukanya berkali-kali. Kalau betul itu dia, aku harap dia boleh terima aku sebagai adik ipar dia, tapi... dia nak ke? Abang Azwan... tak mungkin dia tak ceritakan pada isteri dia pasal aku...

"Assalammualaikum..."

Sedang Izwan duduk mengelamun di ruang tamu itu, Aryan yang berdiri terpacak di hadapan pintu utama rumah itu tidak dipedulikan.

"Izwan, hoi... Tuan Inspektor Khairil Izwan Bin Tuan Haji Anuar, aku bagi salam pun kau tak jawab..." Aryan menapak masuk seraya melabuhkan punggungnya di sofa biru ruang tamu itu.

"Helo Izwan... Ya Allah, sepupu aku ni... tak kusangka seorang pegawai polis berbadan sado, tinggi lampai ni berhati tisu, cengeng!" ujar Aryan panjang lebar sebaik sahaja melihat air mata yang mengalir di pipi sepupunya itu.

"Maaf, aku tak perasan kau masuk. Kalau kau berada di tempat aku sekarang ni baru kau faham." Izwan berkata seraya menyeka air mata yang membasahi pipinya.

"Alah... sorry la bro, aku faham," balas Aryan, kesal. "Ni apa yang kau nak bagitahu aku tu? Macam urgent sangat bunyinya tadi."

Izwan mengambil semula telefon bimbit arwah abangnya yang diletakkan di atas meja di hadapannya itu seraya menekan punat power sebelum mengarahan skrin telefon bimbit itu di hadapan Aryan sepupunya itu.

Kecil besar mata Aryan merenung skrin di hadapannya itu seraya menoleh ke arah Izwan. "Kau ni dah kenapa tunjuk skrin telefon ni depan aku? Yang ada di situ gambar arwah Azwan dengan isteri dia aje..." Berkerut dahi Aryan ketika itu.

Izwan mencerlung merenung sepupunya itu. "Kau kenal kan dengan isteri arwah Abang Azwan?"

"Err... mestilah aku kenal, apa kau dah lupa aku ni PA arwah?" balas Aryan seraya menggaru kepalanya yang tak gatal.

Izwan mendepakan tangannya, lega. Sekurang-kurangnya senang sikit kerja aku, tak perlu nak cari di mana Hanna.

"Hoi, kau ni asyik termenung aje... ada masalah ke?" soal Aryan, hairan dengan tingkah sepupunya itu.

Izwan bingkas bangun dari sofa biru itu. Telefon bimbitnya diselit ke dalam poket seluar jeans biru yang disarungnya. Dia segera menapak ke arah pintu utama. Aryan terlopong seketika.

"Kau nak pergi ke mana pulak tu, Wan?"

"Jom, temankan aku pergi jumpa Hanna!"

Sekali lagi Aryan melopong. Izwan tergelak melihat sepupunya yang melopong itu. Dia mengatur langkahnya menuju ke arah sepupunya itu seraya menarik lengan kekar Aryan. "Dah... tak payah kau nak melopong sangatlah... meluat pulak aku tengok."

Aryan mengikut sahaja Izwan meluru ke arah pintu utama. Tombol pintu ditarik. Anak kunci dipulas seraya meneruskan perjalanannya menuju ke arah kereta Toyota Vios berwarna putih miliknya. Izwan segera melolos masuk ke dalam perut kereta. Aryan pula masih terpinga-pinga. Beberapa saat selepas itu pintu kereta di sebelah penumpang hadapan itu ditolak dari dalam.

"Kau tunggu apa lagi dekat situ? Masuklah cepat." Tersengih-sengih Izwan mengarah Aryan.

Tanpa membuang masa, Aryan segera masuk dan menghempas punggungnya di tempat duduk itu. "Kau nak bawak aku pergi ke mana pulak ni, bongok?"

"Pergi jumpa Hanna."

"Hah?! Nak buat apa?" soal Aryan, inginkan kepastian.

"Aku ni membawa amanah arwah Abang Azwan, kau kena faham..." ujar Izwan sambil menekan pedal minyak. "Dekat mana rumah dia? Tolong bagitahu aku."

"Mont Kiara," jawab Aryan ringkas. "Tapi...."

"Tapi apa pulak?!" pintas Izwan, tegas.

Aryan terdiam. Kalau Izwan ni tahu Hanna sekarang ni dalam perjalanan ke Pulau Pangkor, pasti dia akan kejar sampai ke sana jugak, dan pasti aku jugak akan diheret bersama, baik aku diam."

"Senyap pulak dia..." bebel Izwan.

"Tak... tak ada apa-apa."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience