Satu Permulaan

Drama Series 422188

Maklong Timah hanya sekadar berdehem. Sesekali mengangguk dan menggeleng ketika mendengar cerita dari kami berdua. Angah tersengih je. Lucu sangat kot tengok aku dan Arif kawin cara begitu.

"Tu la... kalau dah jodoh. Berpisah lama, jauh beribu batu pun tetap akan bersatu", ulas maklong Timah di akhir cerita.

Errr.. aku dan Arif belum bersatu lagi.

"Kakak tak tau nak bagitau mak macam mana, maklong. Ni terkejut pasal kes masa kecil dulu tak habis lagi. Patut la mak marah sangat kakak ikut jalan depan rumah maklong".

"Mak marah sebab sayangkan kakak. Bimbang jika ada apa apa terjadi. Bukannya apa", balas maklong Timah.

"Ayeh dah bagitau mak belum?". Arif menggeleng dengan soalan maklong Timah.

"Tak payah la bagitau. Kami bukannya nak teruskan perkahwinan ni. Kami pun belum buat apa apa lagi", sahutku walaupun soalan itu ditujukan pada Arif.

"Abang takkan lepaskan Nura sekali lagi. Takkan", balas Arif jelas sekali. Matanya tepat memandang aku.

Aku mendengus marah.

"Tak elok perangai camni dengan suami. Syurga tu", tegur maklong Timah.

"Angah rasa maklong Yam dah berubah la kak. Penampilan dan mulut pun tak macam dulu kan maklong? Betul tak Arif?", celah angah tiba tiba.

Maklong Timah bersetuju, mengangguk  anggukkan kepala manakala Arif diam tak berkutik, merenung aku meminta simpati. Maklong Yam seingat aku dulu dan sekarang memang jauh berbeza. Maklong Yam dulu ala ala ratu cantik kampung, mulut boleh tahan hebatnya membangga diri. Seolah keluarga dia yang paling kaya di kampung, anak dia je yang comel dan pandai.

Aku mengetap bibir, sukarnya hidup ni. Dah la dapat suami dengan secara tak manis, rupanya memang ada hempedu di sebalik kisah kami.

"Tapi kan kakak ni bawa sial macam Tok Mamat cakap tu. Nanti Arif terpalit sama", kataku sedikit keras tapi dalam hati aku menangis. Kenapa mulut aku ni nak sangat berpisah? Kena talak betul betul, baru padan muka. Jadi janda berhias. Dah la belum sempat merasa syurga dunia, ruginya.

"Mengarut la. Syirik percayakan benda benda tu. Allah dah rancang dan aturkan semua untuk kita. Tiada sial atau tuah pun", bidas Arif tenang.

"Dah la... maklong dah mengantuk ni. Bincang baik baik. Ingat, perceraian bukanlah penyelesaian untuk segalanya", ujar maklong Timah sambil menguap panjang. Aku lihat jam sudah menunjukkan satu pagi.

"Saya balik dulu la maklong. Program pagi esok mula pukul 9. Saya kena iring menteri ni. Dia sampai pagi esok", ujar angah seraya bangun dari kerusi dan menghulur tangan pada Arif dan maklong Timah.

"Nak ikut angah la. Tengok ada bilik kosong tak", sampukku turut bangun dan menghulurkan tangan pada maklong Timah.

"Fully booked dah hotel yang aku duduk tu kak. Sini mana ada hotel 5 star. Yang 3 star aku duduk ni pun tak banyak bilik. Hotel kat sini dah penuh dengan orang kami", ujar angah melenyapkan cita cita aku untuk tidur di hotel. Sudah, takkan nak jelajah dari satu hotel ke hotel lain di daerah ni jika tak percayakan kata kata angah. Bukan ada banyak pun hotel kat sini.

"Tidur sini je kakak. Ada bilik acu nor tu. Bilik pengantin masa dia kawin tahun lepas", cadang maklong Timah. Aku pandang pada  Arif.

"Saya tidur kat sofa je, maklong", katanya seolah tahu maksud pandanganku

"Apa tidur kat sofa? Katil bilik tu saiz king. Besar, muat la korang berdua. Maklong beli set baru untuk kenduri acu nor masa tu. Tapi dia tak nak bawa sekali masa pindah ke rumah suami dia. Katanya dah lengkap rumah tu, masuk cuci kaki je".

Aku menelan air liur, Arif tersenyum penuh makna. Aku jeling, jangan nak mengada.

"Meh tengok", pelawa maklong membuka pintu bilik yang dimaksudkan. Aku kagum sebentar.

"Maklong tak buka buka dari kenduri hari tu ke?", soalku. Mana taknya cadar pengantin warna putih, siap ada langsir. Memang hiasan untuk pengantin la, pendek kata.

"Eh.. bukak dah. Dah cuci, pasang balik. Maklong suka tengok bilik ni cantik", balas maklong. Sememangnya maklong Timah gemar perkara yang cantik dan bersih.

"Wow.. cantiknya", ujar angah kekaguman, menyelit antara aku dan maklong Timah.

"Selamat pengantin baru, kak", bisik angah mengusik. Sempat aku siku perut angah, padan muka!

"Ayeh, bawa masuk beg kalau bawa. Kalau takde, takpe. Baju melayu dan kain pelikat arwah paklong ada ni. Kakak boleh pakai kain batik maklong".

Aku dah berpeluh bila angah ketawa.

"Dah kenapa ketawa ni, ngah?", tanya maklong kehairanan.

"Kakak kalau pakai kain batik, tak sampai lima minit dah londeh. Untung la Ayeh malam ni", jawabnya makin besar ketawa.

Arif menahan ketawa, hanya mampu senyum. Aku dah merah padam muka... Angah!!!!

**********

Disebabkan beg yang aku bawa awal tadi memang untuk cuti melepas rindu kononnya, jadi selamat la aku dari menyarung kain batik. Namun maklong tetap berikan sepersalinan. Begitu juga Arif. Cuma dia mengada nak sarung kain pelikat arwah paklong. Amik feel jadi suami katanya. Gatal!

Maklong dah lama berlayar, sedang kami masih sibuk membersihkan diri. Ya la, balik dari pejabat singgah rumah Arif kemudian terus ke rumah maklong. Tak sempat nak mandi pun.

Aku dah terlentang dengan uniform tidurku waktu Arif membuka pintu bilik, membawa segelas air dan diletakkan di atas meja solek. Ok, itu mungkin habitnya - bangun pagi minum air kosong untuk melawaskan perut.

Aku pura pura melelapkan mata, dalam hati cuak nak mati bila lampu bilik dimatikan. Hanya mengharapkan cahaya lampu jalan.

Aku terasa tilam bergerak seolah diduduki seseorang, siapa lagi kalau bukan suami sendiri. Aku mengubah posisi dari telentang terus mengiring ke sisi, bukan menghadap dia. Rasa sejuk kipas siling tak terasa. Peluh dah mula terbit dari liang roma.

Tiba tiba, aku terdengar bunyi sesuatu jatuh di depanku. Di situ ada ruang lantai antara katil dan tingkap. Aku buka mata dan cuba melihat. Huh, bantal peluk yang aku letak di tengah tengah katil tadi rupanya. Bukan main ganas ye kau malam ni, baling baling bantal pulak.

Aku dah bersedia untuk apa apa situasi. Aku berbelah bagi sebenarnya. Aku perempuan normal walau luaran tak berapa perempuan semata mata kecewa dengan Seth kononnya.

Aku ada keinginan yang sama seperti perempuan lain. Nafsu kami sama saja. Aku nak lelaki, aku bukannya songsang. Dan aku nak lelaki yang aku cinta dan sayang. Buat masa ini, dia disebelah aku. Aku tau dia sayangkan aku juga, dah berulang kali dia menyebut. Kiranya aku tak bertepuk sebelah tangan, yeayy. Tapi....

Hembusan hangat terasa di bahu. Gosh! Jangan nak melatah Nura. Kecoh satu rumah nanti.

Kucupan demi kucupan singgah di bahu, paling lama di tengah tulang bahu yang bersambung dengan tengkok. Aku rasa di situlah tanda yang mereka katakan tadi.

"Abang", panggilku kononnya buat suara romantik tapi kenapa pula jadi macam garau. Ahhhh, sudah. Cepat cepat aku berdehem. Arif kat belakang terhinggut hinggut. Sah, dia gelakkan aku.

"Ye sayang". Ala... dia ni kenapa, boleh ubah ubah tone suara senang senang je. Tak gementar langsung. Jari jemari Arif sudah meniti di sepanjang lenganku. Makin laju keretapi dalam hati ni. Sorry jantung, kau kena kerja lebih malam ni.

"Kenapa tak nak lepaskan saya?". Ha.. ok pun suara aku. Gemersik dalam berbisik.

Jari jemari yang rancak tadi tiba tiba dah tiada. Nafas hangat lagi panas membakar jiwa tiba tiba hilang. Aku berpusing ke belakang. Arif pula yang terlentang. Mukanya terhala ke siling. Sebelah tangan disisi manakala sebelah lagi diletak ke dahi. Dadanya berombak kecik. Ermm.. hanya berkain pelikat, aku menelan air liur.

"Abang", panggilku. Namun dia diam. Matanya terkebil kebil memandang kipas tergantung bergerak laju, seolah tak dengar panggilanku.

Aku mendekatinya dengan penuh debaran. Mungkin dia marah dengan soalanku tadi. Tapi aku perlu tahu memandangkan apa yang dah aku ketahui dan rasai setakat ini, masalah kami bukan sesuatu yang boleh dipandang remeh.

"Abang marah ye? Maaf", tanyaku memujuk. Tiba tiba pandai pula memujuk. Tangannya kuambil dan kukucup.

"Kenapa sejuk tangan sayang? Takut ke?", tanya Arif terus menggenggam tanganku. Aku tersipu, malu weh. Ditariknya aku ke celah ketiak, didakap erat. Aku kaku. Ni bukan takat tangan je sejuk, satu badan silap gaya ni.

"Boleh tak jangan cakap tentang berpisah? Allah dah temukan kita untuk kali kedua. Kenapa kita nak sia siakan pertemuan ni? Ikatan kita dah sah, sayang. Hanya kematian yang akan memisahkan. Kita sekarang bukan lagi hidup dibawah telunjuk mak bapak walaupun kita masih perlu hormati mereka. Kita dah dewasa, sayang. Ini jalan hidup yang kita pilih", ujar Arif tenang dan yakin dengan apa yang dia buat. Sedang aku masih bolak balik, fikir macam macam.

"Tapi kan kita kawin bukan atas dasar cinta", balasku. Pelukannya sudah agak longgar dan aku lebih selesa kerana boleh bergerak.

"Salah tu sayang. Kita belum sempat nak menjalin cinta. Nampak tak betapa Allah itu memudahkannya. Dia halalkan kita dulu, kemudian baru bercinta. Macam orang dulu dulu. Bercinta selepas berkawin, lebih indah, lebih manis dan kebanyakannya kekal hingga ke akhir hayat". Amboiii dia punya ayat, lojik tu memang lojik. Aku tersenyum dengan impian dia. Tanganku yang digenggam tadi, diletakkan diatas dadanya yang berbulu.

"Tapi kita kan kawin sebab ditangkap". Aku mengingatkan dia lagi. Eh.. tanpa sedar best pula main di dada Arif. Memintal mintal buluan yang ada.

"Mulut tu. Abang cium kang", bidas Arif. Eh.. aku suka je. Tetiba aku blush.

"Kita lupakan pasal khalwat tu. Kita lihat pada sudut lain. Sayang dah tau kan sejarah keluarga kita?"

Aku mengangguk perlahan.

"Sayang rasa kan.... kalau kita ikut cara biasa untuk berkawin, dapat tak kita berpeluk macam sekarang ni, atas katil pengantin?"

Aku menghela nafas panjang, menggeleng perlahan. Tersirat di situ, maklong Yam masih macam dulu. Dan jika maklong Yam datang meminang aku sekalipun, mak tak mungkin akan terima.

Aku bangun sedikit, memandang wajah Arif lalu bertanya, "Sampai bila kita nak macam ni?".

Dia berpaling memandangku, mata kami bertemu. Jarinya mengelus lembut rambutku, bibirnya mengukir senyuman.

"Sampai bila bila. Jika perlu, kita tinggalkan bumi Malaysia dan pergi ke tempat yang kita boleh hidup aman berdua. Yang penting, ni rumahtangga kita. Kita yang jaga dan pertahankan".

Aku terpaku bila bibir Arif melekap di bibirku sejurus dia habiskan kata kata. Ditarik aku rapat dengannya. Tanpa segan silu, aku menikmati ciuman itu dan membalas. Disedut lidahku lembut sambil bertikaman.

Perlahan aku naik ke atas badan Arif. Lantaklah, aku tau aku berat tapi aku teruja. Baju aku tersingkap mendedahkan perut, bergesel dengan kulit perut Arif, aaaa...
Perlahan kucupan kami terungkai. Arif tersenyum. Mungkin puas atau mungkin sebab aku sudah berada diatas dia. Dan ya, aku basah. Aku tahu yang dia juga sudah mendongak ke langit.

Arif merangkul pinggangku lalu aku melabuhkan kepala di dadanya.

"Abang sayangkan Nura dari dulu, kini dan selama lamanya".

"Sayang dan cinta tu dua perkara yang berbeza", ujarku.

"Cinta dah berputik, sayang. Kita sama sama baja dan siram agar ianya subur dan berkembang".

"Yakin dah berputik?", soalku menduga.

"Abang nampak dari mata sayang. Abang rasa hati sayang. Cuma mulut sayang tu, suka sangat menafikan. Minta yang bukan bukan".

Aku tersenyum lebar. Lega. Lega sangat sangat buat masa ni. Hari hari mendatang yang belum pasti, akan kami harungi bersama. Ini hakikat kehidupan yang telah ditentukan untuk aku dan Arif.

Terdengar dengkuran halus, aku mendongak sedikit. Arif membuka mata, "kita tidur ya" katanya. Dan aku turun dari badan Arif, menyelit di celah ketiak dan berbantalkan lengannya.

Share this novel

Hani
2019-11-23 05:52:31 

ish.. ajak tido pulak. bila nk rasmi haha

UdangGalah
2019-11-23 02:23:52 

Gelojoh la Nura ni.. gelabah tak tentu pasal.. belum sempat perasmian dah sibuk mintak pisah.. ayo mas Arip, kasi dia tiga round..


NovelPlus Premium

The best ads free experience