20 Jom Nikah!

Family Series 57531

“Kenapa Rhett? Kenapa buat saya macam ni?”

Rhett memalingkan wajah. Hati bagai disayat-sayat mendengar tangisan Deila. Melihat sikap acuh tak acuh Rhett, tangisan Deila menjadi semakin nyaring.

“Saya benci kau! Saya benci kau, Rhett Raffendy! Kau syaitan! Syaitan bertopengkan manusia!!!”

Habis bantal dihumban, Deila sambar apa saja yang ada berhampiran dengannya lalu dibuang ke arah Rhett.

“Jantan sial! Jantan celaka! Puaka!!! Saya benci kau, Rhett!”

Rhett diam tidak berkutik. Membiarkan Deila melampiaskan kemarahan, membiarkan tubuh diratah oleh benda-benda yang dilemparkan oleh Deila. Dia tahu Deila terluka dengan perbuatannya dan dia tidak menyesal. Dia nekad menjadi jahat demi memiliki Deila Araferro.

“Deila Araferro… jom nikah.”

“Tak sudi!” Bersama tangisan Deila jawab. Hancur hatinya diperlakukan seperti itu oleh seorang insan yang dia percayai, insan yang dia cintai.

“Kau takde pilihan, Del. Kau kena nikah dengan saya.”

“Syaitan! Kau memang dah rancang semua ini kan? Kau sengaja perangkap saya, bubuh sesuatu dalam makanan saya hingga saya langsung tak sedarkan diri supaya senang kau lakukan perbuatan terkutuk itu kan?”

Rhett masih kelihatan tenang ketika dia menarik nafas sebanyaknya sambil merenung Deila dengan tajam.

‘Nikah dengan saya, Del. Saya dah uruskan semuanya. Bagi saya peluang untuk bersama kau. Saya janji saya akan jaga kau sebaiknya.”

“Kau memang syaitan, Rhett Raffendy. Kau hancurkan semuanya dan dengan mudah kau ajak saya kahwin dengan harapan semuanya akan settle macam tu je? Bagaimana dengan hati saya? Bagaimana dengan rasa hormat saya kepada kau? Bagaimana dengan kepercayaan saya terhadap kau? Semudah itu kau ajak saya kahwin? Saya ni apa di mata kau, Rhett? Boneka? Orang kampung yang kau anggap bodoh? Atau anak tak sah taraf yang kau anggap hina dan boleh diperlakukan sesuka hati kau?”

“Tak, Del! Ya Allah, jangan cakap macam tu. Tolong jangan berfikiran macam tu Deila!”

Rhett meluru lalu menarik Deila ke dalam.pelukan. Deila meronta keras sambil menjerit-jerit.

“Lepaskan saya! Jangan sentuh saya! Lepaskan saya!!!”

“Demi Allah Del, saya tak pernah anggap kau macam tu. Di mata saya, kau wanita paling sempurna! Saya akui, saya bertindak melampau hingga rosakkan kau tapi percayalah, saya cintakan kau Deila. Saya hampir hilang akal bila tok beritahu kau nak kahwin! Saya tak boleh. Saya tak mampu lepaskan kau kepada lelaki lain. Saya merayu Del… beri saya peluang untuk terus mencintai kau, beri saya peluang untuk bahagiakan kau. Kalau dulu papa tak mampu bahagiakan ibu kau, izinkan saya tebus kesalahan papa dan buat kau bahagia, Deila!”

Deila meraung sepenuh hati bila Rhett petik tentang sejarah ibu tercinta. Rontaan kerasnya mendadak mati.

“Kau kejam, Rhett! Sampai hati kau buat saya macam ni. Saya bencikan kau!”

“Ya, saya kejam. Saya layak dibenci. Bencilah saya buat masa ini, Del. Tapi, benci macam mana pun, kita kena kahwin Del. Please… kau kena setuju supaya saya boleh bertanggungjawab dan jaga kau.”

Deila menangis semahunya di dada Rhett kerana Rhett tidak mahu melepaskan pelukan malahan semakin dia eratkan. Rasa bersalah memukul sukma apabila melihat tubuh Deila yang hanya berbungkus selimut sedikit terlondeh menayangkan bahu telanjangnya, Rhett menarik selimut lalu menutup bahu Deila yang terdedah.

“Deila… demi Allah, saya lakukan semua ini kerana saya dah jatuh cinta, dah sayang gila dekat kau. Saya serius nak nikah dengan kau, saya serius nak jaga kau…”

“Saya masih tak maafkan kau atas perbuatan terkutuk kau, Rhett!”

“It’s okay. Kita selesaikan perkara penting dulu. Lepas kahwin, kau boleh perlahan-lahan belajar untuk memaafkan saya.”

Tangisan Deila semakin menjadi-jadi. Terasa diri benar-benar tiada harga dengan perbuatan terkutuk Rhett itu. Tak dia pedulikan selimut yang hampir melorot saat kedua tangan naik memukul, menampar dan menumbuk dada Rhett sekuat hati.

“Saya bencikan kau, Rhett!”

“I am sorry, tapi kau kena buat keputusan secepat mungkin. Tak lama lagi pegawai dari jabatan agama akan datang. Kita akan ditangkap berkhalwat, Del! Now kau buat pilihan. Nak nikah atau kena tangkap khalwat?”

Deila menangis semahunya. Sungguh tak dia sangka, Rhett telah buat perancangan yang begitu teliti. Memerangkap dia hingga dia tiada pilihan selain nikah dengan lelaki itu. Nak biar mereka ditangkap khalwat? Pengsan opah di kampung dengar.

“Kita tak punya banyak masa, Del. Putuskan sekarang.” Rhett langsung tak pedulikan apa yang Deila rasakan saat itu, semakin dia desak. Sengaja buat Deila tersepit dan tidak mampu berfikir dengan waras.

Deila mengesat air mata. Nafas ditarik dalam-dalam dan dilepaskan dengan satu hembusan panjang. Cuba menenangkan diri supaya dia boleh berfikir dan buat keputusan tepat agar tiada penyesalan di kemudian hari.

“Kau tak beri saya pilihan selepas kau rampas kesucian saya, Rhett. Kalau kita kahwin, apa jadi dengan pertalian kita?”

“Kita boleh je kahwin Del. Kita bukan mahram. Kau bukan…” Rhett cepat-cepat kemam bibir. Hampir je dia terlepas cakap mengenai siapa Deila sebenarnya.

“Saya bukan apa? Bukan sah taraf sebab berbintikan Abdullah?”

“Tak, bukan itu yang saya nak cakap. Anak sah taraf ke, tak sah taraf ke semuanya sama di mata Allah. Itu tak menjadi isu pada saya pun.”

“Habis tu, kau nak cakap apa tadi?”

“Maksud saya tadi…” Rhett jeda beberapa saat. Cuba mencari alasan terbaik untuk cover kesilapannya. “Kau bukan berbintikan papa. Tiada masalah untuk kita kahwin.” Dia hentam je bagi alasan.

“Ya, bapa saya bernama Ahmad, bukan bapa kau! Bapa kau orang lain dan bapa saya orang lain. Kau kena fahamkan tok kau tentang hal ini kerana sampai bila-bila pun saya takkan mengaku yang bapa kau adalah tukang sumbang benih hingga saya wujud di muka bumi!”

Rhett tergelak halus lalu dia usap kepala Deila dengan penuh rasa kasih. Yala tu Miss Pepeyo, kau kutuklah papa sepuas hati kau. Dia tak marah. Memang papa salah dan wajib terima sumpah seranah.

“I love you, Miss Pepeyo!” Ucap Rhett tiba-tiba. Sontak Deila menengadah. Terkejut dengar gelaran itu.

“Kau ca....” Belum sempat menghabiskan kata, bibir Rhett dah mendarat di bibir Deila.

“Rhett!” Pantas Deila menolak tubuh Rhett menjauh. Marak mata Deila kerana dia masih marah, dia terlalu sakit hati. Bibir dikesat dengan kasar. Rhett tersengih sambil menjilat bibir.

“Kau mandi dan bersiap cepat sikit. Kita kena gerak cepat.”

“Nak ke mana?”

“Nikah!”

“Saya belum bagi persetujuan, Rhett!”

“Kau tiada pilihan selain menikah dengan saya, Del. Saya adalah pilihan terbaik buat masa ini. Kenapa saya begitu yakin? Siapa lagi yang mencintai kau lebih tinggi dari langit tu? Saya, Del! Siapa lagi yang sanggup curi bulan selain dari Gru despicable man tu? Kalau kau minta, saya akan buat! Nak ukir nama kau di bintang? Boleh, saya akan buat kalau itu yang kau mahu Del! Nampak tak? Sehebat itulah cinta saya kepada kau…”

Urgh! Deila memutar bola mata. Kemain manis mulut Rhett sekarang! Siap bagi list perkara yang mustahil. Memang mengada.

“Saya masih tak maafkan kau, Rhett! Macam mana dengan keluarga kita nanti? Kalau saya setuju kahwin dengan kau, bagaimana dengan opah? Bagaimana dengan tok? Mereka mahu hubungan kita sebatas adik-beradik, bukan suami isteri.” Deila berkata sayu. Teringat opah. Rasa sebak menghurung diri.

“Kita fikirkan itu kemudian. Kita tak punya banyak masa untuk fikir tentang itu sekarang, Del. Kau pergilah bersiap.” Rhett mendesak. Hanya kahwin dalam fikirannya ketika itu. Dia tidak mahu semua yang dia rancang jadi sia-sia.

Dengan hati berat, Deila menurut. Dia tidak mahu mereka diserbu oleh pegawai pencegah maksiat. Deila terbata-bata mahu turun katil sambil pegang selimut, takut terlepas dan menayangkan yang tak patut dilihat oleh Rhett walau pun Deila tahu, Rhett pasti sudah puas melihatnya semalam.

“Kau mandi dan bersiaplah. Saya keluar dulu.” Seolah memahami, Rhett bingkas bangun.

Perjalanan diteruskan selepas mereka bersarapan di restoran hotel. Deila tidak tahu ke mana arah tujuan Rhett sebenarnya. Kata nak pergi nikah tapi mengapa perjalanannya begitu jauh dia rasakan? Mahu bertanya, Deila tiada mood lantaran marah masih bersisa buat lelaki itu.

Rhett berhenti di depan sebuah bangunan. Deila memandang hairan sebaik sahaja melihat tulisan besar di papan tanda depan bangunan tersebut. Jabatan Imigresen?

“Tunggu sekejap. Nak isi borang dan cop passport.” Terkejut Deila dengar. Kenapa perlu guna passport bagai? Rhett menghilang di dalam bangunan tersebut. Tidak lama kemudian Rhett muncul dan meneruskan pemanduan.

“Kita nak ke mana, Rhett?” Akhirnya, setelah tak mampu menahan penasaran, Deila mengaju soalan.

“Pergi nikah, Del.”

“Ya, saya tahu kita nak nikah. Tapi, kenapa kena berurusan dengan imigresen?” Rhett diam. Panas je hati Deila melihat sikap Rhett yang nampak jelas cuba menyembunyikan sesuatu darinya.

“Kenapa diam?” Tanya Deila dengan rasa sebal mencanak.

“Sabarlah, nanti kau tahu jugak. Saya nak fokus memandu ni. Banyak betul kereta hari ni.”

Deila memaling tubuh, menghadap jendela. Bengkak hatinya dengan sikap Rhett. Suka sangat biarkan soalan dia tergantung tak berjawab.

Setelah meredah kesesakan jalan, akhirnya Rhett menghentikan kereta di depan sebuah bangunan. Deila kembali menegakkan tubuh lalu memandang sekeliling.

“Rhett!”

“Jom turun, kita dah sampai. Lepas cop passport, kita akan dibawa oleh seorang tourist guide untuk ke pejabat agama.”

Deila masih pegun di tempat duduk.

“Rhett!” Sekali lagi Deila memanggil. Rhett yang sedang sibuk menyediakan dokumen yang berkaitan menoleh sejenak.

“Kenapa Del?”

“Kita nak buat apa di Jabatan Imigresen Thailand ni?”

“Nak nikah, Del.” Selamba Rhett jawab. Sekeping buku berwarna merah merun Rhett hulur ke arah Deila.

“Ini passport kau.” Pantas Deila ambil lalu dibeleknya buku tersebut. Terkejut dia lihat gambarnya yang diambil beberapa tahun lalu terlekat di dalam passport itu.

“Macam mana kau buat passport saya tanpa pengetahuan saya?”

“Ada kawan tolong. Saya cuma sediakan dokumen yang berkaitan.”

“Macam mana kau dapat semua dokumen saya?”

“Borang interview kau, selebihnya opah bagi.”

“Macam…”

“Dahlah, nanti kita cerita. Jom keluar, nanti terlambat.”

Deila tergamam. Masih tidak percaya! Bagaimana Rhett melakukan semua itu di luar pengetahuan dia?

“Encik Rhett, Cik Deila. Saya Kak Siti. Saya akan bawa kamu berdua ke Songkhla untuk urusan pernikahan kamu.”

Berkunang-kunang mata Deila saat itu. Selama ini dia hanya dengar orang kampung mengutuk pasangan yang berkahwin di Siam. Tak sangka, hari ini dia bakal melakukan perkara yang sama!

Kahwin jgk akhirnya

Share this novel

norsila
2024-03-02 16:39:36 

ye ye betul tu sbb dell tk rasa sakit di bhgian sulitnya..hahaha..jln cm biasa joo..huuu...sbb tu reff ugut dell nikah samo dio...hahaha pilihannya samo joo nikah dgn bbeza situasi joo..

Hawani Hashim
2024-03-01 20:50:20 

Aku rasa lah Del tu masih perawan la Rhett tu xkan lah nk buat xbaik pd Delkan mesti lah Rhett nk simpan tuk 1night


NovelPlus Premium

The best ads free experience