Aku terus merasa ingin marah apabila alya berkata begitu
Apa maksudnya? dia inginkan baihaqi? dia ingin berkahwin dengan baihaqi adakah begitu?
"Jadi untuk apa awak bagitahu akak?" suaraku sudah naik senoktaf
"Saya nak bagitahu akak supaya akak tak tersalah faham"
"Tak, tak sekarang ni memang akak tak faham pun. Apa motifnya awak bagitahu akak pasal perasaan awak terhadap baihaqi?"
"Kalau boleh, saya nak kahwin dengan baihaqi" minta alya dengan beraninya dan bertetapan mata aku
"WHAT!!" bergema rumah bila aku berkata sebegitu
"Kau boleh mintak macam tu je tanpa ada perasaan malu ke? kau mintak tu benda bodoh yang aku nak bagilah" marah aku tiada istilah awak akak lagi dah. Semarah-marah aku dengan baihaqi pun tak adalah sampai guna aku kau
"Tapi saya betul-betul sayangkan abang baihaqi kak"
"Habistu kau fikir aku tak sayang ke? aku lagilah sayang dia 100 kali ganda daripada kau. Dia suami aku dulu, dia suami aku sorang dunia akhirat tak ada istilah kongsi atau madu dalam hidup aku" aku sudah menghentak meja
"Tapi kak..."
"Tapi apa!! kau nak lagi dengan suami aku? dah tak ada jantan lain ke dalam dunia ni sampai suami aku nak rembat? dah habis ke anak teruna orang yang single dalam muka bumi Allah ni?"
Terus alya terdiam, manakala baihaqi memandangku dengan riak terkejut kerana dia tidak pernah melihat aku semarah itu. Marah-marah aku dengan dia pun, aku cuma ugut je. Still hormat dia sebagai suami, ni dah melebih
Alya menuju ke arah aku lalu memegang tangan aku untuk memohon
"Kau nak apa lagi?" marah aku
"Akak tolonglah, saya merayu sangat-sangat dekat akak. Tolong izinkan abang baihaqi kahwin dengan saya akak"
Aku menempis tangan alya sekuat hati sampai jatuh tersimpuh dia
"Eh kau fikir aku senang ke nak bagi haa! apa hak kau sampai nak merayu macam tu sekali? aku tahu kau dengan dia pernah bercinta lama, tapi aku yang dipilih sebagai isterinya. Kenapa dia sendiri yang tak sudi nak berkahwin dengan kau lepas apa yang jadi?"
"Ada sebabnya kak"
"Sebab apa?"
"Sebab keluarga baihaqi malu terhadap keluarga saya, tetapi selepas cerita sebenar diketahui mereka setuju untuk menyambungkan semula hubungan kami" terang dia
"Habistu aku?"
"Saya tak kisah kalau abang baihaqi tak ceraikan akak, saya sanggup bermadu kak"
"Tapi aku tak sanggup!!" tengking aku sehingga marah
Terkejut baihaqi bila aku menengking alya sebegitu
"Fatin" panggil baihaqi lemah
"Apa!" marah aku kepada baihaqi
"Awak tengking saya?"
"Yes, memang aku tengah tengking kau. Kau boleh bersubahat dengan perempuan tu, supaya suruh datang sini and minta izin untuk kahwin dengan kau macam tu?"
"Tak" baihaqi tahu fatin sedang menjadi api, jadi dia harus berlembut untuk mengawal api tersebut dia harus menjadi air
"Habistu buat apa perempuan tu datang sini? semata-mata nak merayu dengan aku untuk setujukan kau kahwin dengan dia?"
"Saya tak suruh pun dia ke sini, cuma dia yang nak"
"Jadi kau tak boleh nak berkeras ke dengan dia? atau kau masih cintakan dia kann?"
"Tak, saya dah tak cintakan dia" terang baihaqi sambil melihat aku manakala alya terkejut mendengar luahan baihaqi itu
"Abang..... apa yang abang cakap tu?"
"Betul alya, abang dah tak cintakan alya. Lepas kita putus abang dah move on dengan alya. Abang anggap kita dah memang tak ada jodoh untuk bersama. Bila abang dapat tahu yang alya sudah berkahwin, jadi abang terus buang semua perasaan abang, kenangan abang dengan alya. Abang anggap alya sebagai adik abang je, tak lebih dan tak kurang daripada itu. Abang pun dah ada tanggungjawab sebagai seorang suami. Abang tak nak diri abang dikongsi oleh dua isteri dalam satu masa" terang baihaqi, aku dan alya diam mendengar tanpa masuk campur
"Tapi abang masih mampu untuk berlaku adil zahir dan batin kann?"
"Tak, abang tak mampu untuk berlaku adil dari segi zahir dan batin sebab hanya diri dan cinta abang untuk isteri abang sahaja. Hanya untuk Fatin Areefa sahaja"
Terus aku menjadi terkedu apabila baihaqi mengatakan begitu, betulkah? ataupun hanya untuk menyedarkan perempuan tu sahaja?
"Tapi abang, alya tak boleh nak tipu perasaan alya lagi"
Alya merayu pula pada kaki baihaqi
"No alya, abang tak boleh. Hati abang tetapi untuk kak fatin, bukan lagi alya"
Aku melihat mata alya berair dan bertakung
"Tapi alya macam mana abang?"
"Alya dah berkahwin kan? dan alya tak bercerai lagi dengan dia. Benda yang alya buat ni tak elok, jatuh maruah suami alya" nasihat baihaqi
"Alya tak kisah, alya dah tak mampu nak dengar kata dia lagi. Dia pun selalu tinggalkan alya tinggi suara dengan alya. Dia tak pernah nak layan alya baik-baik"
"Alya yakin? atau alya yang buat dia marah? alya yang tak nak dengar cakap dia? jadi sebab tu lah dia marah dengan alya" terang baihaqi
Terus alya lama terdiam bila dikatakan sebegitu
"Jadi betul la kan apa yang abang cakap?"
"Dan sebenarnya alya pernah mengandungkan? tapi alya yang gugurkan kandungan tu sebab tak nak terikat dengan suami alya. Dan juga supaya senang proses penceraian kan?"
Aku mendengarnya terus terdiam, asal aku tak tahu topik hangat ni? hangat sangat ni boleh jadi bahan gosip
"Alya ingat abang tak tahu ke apa yang alya buat sebelum ni untuk raihkan semula cinta abang? abang tahu tapi abang sengaja nak berdiamkan diri sebab abang nak tahu, berapa lama alya masih boleh pendam"
"Tapi abang tahu kan, yang kak fatin tak cintakan abang?" tanya alya
"Iye abang tahu, malah abang tak kisah pun pasal tu. Sebab abang tahu, dia bila dah sah menjadi isteri abang. Bila-bila masa je perasaan cinta tu boleh dipupuk, sama jugak dengan perasaan sayang tu. Cuma dia perlukan masa tak kira cepat atau lambat"
"Sayang" panggil baihaqi kepada aku lalu menarik tanganku untuk duduk kembali disisinya. Alya masih lagi tersimpuh diatas lantai
Aku duduk sahaja disisinya dan aku terdengar bisikan daripadanya
"Duduk rapat-rapat, lama-lama naik atas riba hubby"
Haaaaa sudah, dia dah bahasakan diri dia hubby. Ni yang buat aku meremang bulu roma panas sejuk panas sejuk je aku rasa
sorry lambat update
Share this novel