Yusoff menolong mendukung Baby Boo ketika Yunus menyuap makan tengah harinya. Bergilir makan dengan Yunus, dia baru sahaja sudah makan. Saja dia mahu membelanja Yunus makan kerana sudah agak lama tidak bertemu Yunus.
Kali terakhir selepas keluar dari balai ketika diminta memberi maklumat tentang ibu bapa mertuanya. Selebihnya mereka sekadar bertelefon atau berpesanan telefon sahaja.
Tiga hari lagi dia akan mendaftar ke sebuah universiti tempatan di ibu kota sebagai kelas persediaan untuk ke luar negara kemudian barulah dia akan ke Perancis.
Separuh hati rasa tidak sabar manakala separuh lagi bagai tidak mahu meninggalkan tanah air.
Meninggalkan Yunus ketika abangnya yang satu ini masih dalam masalah rumahtangga yang belum selesai.
Yusoff harap sangat hati Yunus kekal tegas kali ini. Jika Yunus mahu keadaan lebih baik untuk Baby Boo abangnya itu memang wajib tinggalkan Wati.
Sikap Yunus dan sikap Wati tidak se rata untuk saling menyokong membina keluarga mawaddah sakinah.
Empat tahun sudah cukup dia menjadi saksi ketidak serasian hubungan Yunus dan Wati, lima tahun termasuk zaman bercinta dua makhluk itu yang membuat arwah mama makan hati berulam jantung.
Tapi... bukan dia pun sama ke? Masih dalam masalah rumahtangga yang lebih pelik dari Yunus. Hmm...
"Uii Pak Busu!".
"Jauh nau kau menung."
Sudah bersih tangan Yunus. Pinggan makan juga sudah bertindih dengan pinggan kosongnya. Yunus sedang menyedut sirap ais di dalam gelas. Baby Boo juga sudah tertidur di bahunya.
"Kes ugut Wati macam mana?".
"Aku belum cerita dengan kau kan...".
Yusoff tepuk-tepuk perlahan punggung Baby Boo yang tertidur di bahu, menunggu Yunus teruskan ceritanya.
"Kau sibuk... aku sibuk, lupa pulak nak cerita."
"Nak cerita kat telefon tak best. Memang tunggu nak jumpa kau hari ni cerita depan-depan."
"Kes Wati tak sabit... Aku dengan abah ke balai hari tu diaorang cakap tak payah teruskan..."
"Sebab orang kaya tu polis nak sabitkan kes besar... kes dadah."
"Kalau nak teruskan pun tak akan dapat untung apa-apa."
"Membazir bayar lawyer je."
"Dengar cerita semua harta orang kaya tu dah kena sita. Bukti semua dah cukup, dah kuat."
"Pendakwaraya tak akan panggil Wati jadi saksi... tak layak katanya."
"Bimbang jadi complicated dan panjang."
Yusoff yang tunduk sahaja mendengar cerita Yunus dari tadi mengangkat kepala.
"Dida macam mana?".
Soal Yusoff tidak sabar. Ketika Yunus membuka cerita tadi memang si mata bundar itu yang terus terbayang di dalam kepalanya.
"Ermm... tak pasti pulak aku."
"Kenapa kau tanya?. Bukan aritu kau kata boyfriend dia dah balik dan nak bertanggungjawab?."
"Apa pendapat kau Yun kalau aku cari Dida?".
Alamak! Yunus terkedu.
Dia mahu Yusoff pergi belajar. Sekurang-kurangnya ada satu dia sudah tolong arwah mama untuk masa depan dan kebaikan hidup Yusoff yang dia sudah calarkan.
Aduh...
@@@@@@@
Panjang leher Khaleeda meninjau-ninjau ke bangunan seberang jalan.
Mana tahu nasibnya baik tidak perlu ke dalam sudah nampak sosok yang dia ingin bertemu. Hmmm... Macamlah dia kenal orangnya.
Dia mahu bertemu Khairul sepupunya, anak kepada Pak Long Hamsan, abang Papa. Khaleeda mendapat alamat dan maklumat Pak Long Hamsan dan Khairul melalui Encik Salim.
Lelaki itu seorang peguam yang dengar cerita melalui encik Salim bertugas di sini. Di bangunan tinggi di hadapannya ini. Sebuah firma guaman di ibu kota.
Nampaknya dia harus masuk ke dalam pejabat juga mencari Khairul. Lambat-lambat dia mendaki tangga untuk ke aras dua di mana firma guaman itu berada.
Sejak akhir-akhir ini badan manjanya lelah dengan corak kehidupan baru yang harus dia lalui.
"Assalamualaikum..."
"Waalaikummussalam..."
"Ya, Cik..."
Penyambut tetamu di kaunter hadapan firma, seorang gadis berkaca mata menyambut salamnya.
"Boleh saya jumpa Encik Khairul?."
"Client ke? Kes yang mana ye?."
"Bukan... saya sepupu Encik Khairul. Boleh Cik cakap kat dia, Siti Khaleeda anak Hamdan nak jumpa?."
"Sekejap ye."
Khaleeda menunggu penyambut tetamu itu menyampaikan pesannya melalui panggilan interkom.
Jari-jemarinya tidak berhenti meramas satu sama lain. Dia gugup berat. Mahukah sepupunya itu menolong kerana kes Papa dan Mama bukan kecil anak.
Tapi dia tiada pilihan. Dia tiada duit, tiada sokongan. Semua dia tiada. Dia hanya anak lepasan SPM yang tiba-tiba tercebur dalam masalah berat bertimpa-timpa.
Pintu di belakang penyambut tetamu dibuka dari dalam, keluar seorang lelaki tinggi lampai berkulit cerah terus memandang kepadanya. Segak dengan persalinan pejabat.
"Terima kasih Kak."
Sambil melangkah ke arah Khaleeda yang berdiri menunggu di hadapan kaunter, sempat lelaki itu berterima kasih kepada penyambut tetamu.
"Dida ye?". Soal lelaki itu.
"Ye... Abang Khai?."
Senyuman lelaki itu melebar. Khaleeda ikut tersenyum. Lebih kepada lega melihat reaksi mesra sepupunya.
"Last kita jumpa... Dida empat ke lima tahun, ingat Abang ke tak ni?".
Khaleeda senyum gugup dan canggung. Dia langsung tidak ingat tentang lelaki ini. Pertemuan ini nampak sangatlah ada tujuan yang terdesak.
"Maaf Abang... Dida tak ingat. Ermm... Pak Long ada cakap Abang tak, Dida nak datang jumpa Abang?."
"Ada... ada. Malam tadi ayah Abang call cerita."
"Jom, ofis Abang."
"Boleh kita jumpa di luar?".
"Di belanja Abang minum."
"Okay, boleh. Jom."
"Kak! kalau Boss tanya... cakap saya jumpa potential client ye."
Sepantas menjawab Khairul tinggalkan pesan kepada si penyambut tetamu di belakang kaunter hadapan.
Meremang roma Khaleeda mendengar perkataan 'potential client' yang diucap Khairul.
Dia hanya ada kurang lebih seribu sahaja di dalam tangan. Duitnya yang sedikit habis digunakan untuk urusan Papa dan Mama di penjara.
Mereka menyusur kaki lima bangunan. Mengikut langkah Khairul ke hujung blok, kata lelaki itu ada sebuah restoran mamak di sana.
Sepanjang perjalanan Khairul bertanya-tanya tentang dirinya. Lebih kepada soalan ringan yang pada Khaleeda mungkin menghilangkan canggung mereka yang tiba-tiba berjumpa.
"Di!..."
Langkahnya dan Khairul yang beriringan terhenti. Mereka serentak berpusing ke belakang, ke arah datangnya suara yang memanggil.
Bulat mata Khaleeda. Tak percaya dengan sosok di hadapannya. Yusoff berdiri di situ dengan sebelah tangan memegang helmet. Dia rindu yang amat!.
"Di... okay? Di apa khabar?."
"Oo... Okay... Ap...a Abang buat kat sini?" gugup.
"Abang kejar Di. Tadi Abang dari bilik sewa tempat tinggal Di... nampak Di naik grab. Abang kejar... entah tiba mana tadi Di hilang. Syukur sangat jumpa Di semula. Abang Ayun dah ajak balik dah."
Yusoff yang kacak menjawab soalannya dengan riang. Tersenyum manis seperti sebulan terakhir mereka bersatu sebelum Papa dan Mama pisahkan mereka.
Khaleeda toleh ke mata tangga melihat sosok yang memanjat dua mata tangga untuk naik ke kaki lima.
Lelaki itu meletak jari telunjuk ke bibir kemudian menggoyang-goyangkan jari itu. Memberi amaran dengan pandangan mata.
Kepala Khaleeda rasa berpusing. Semuanya harus difikir dalam satu masa. Rindukan Yusoff yang sudah di depan mata.
Risaukan perbincangan tentang Mama dan Papa dengan Khairul yang memandang pelik drama hidupnya dan... amaran Yunus lewat telefon malam kelmarin.
"Mana Abang tau Di tinggal situ?".
"Abang mintak Encik Salim..."
"Di ada urusan apa ni? Lama lagi ke? Abang ada perkara nak bincang dengan Di".
Suara teruja dan gembira Yusoff meletuskan sayu di hati Khaleeda. Lelaki kesayangannya ini sepanjang dua bulan sebumbung dengannya tidak pernah bercakap panjang seperti sekarang ini.
Dia sudah tahu tentang apa yang mahu dibincangkan Yusoff dengannya. Jika tidak kerana amaran dan rayuan Yunus yang berdiri di belakang Yusoff pasti Khaleeda sudah memeluk suami yang dirindui di hadapannya ini.
"A bang... ermm... kenalkan Khairul, boyfriend Di."
Khairul yang berdiri memeluk tubuh di sebelah melihat drama hidupnya tersentak dan terus berdiri tegak. Sempat menoleh wajah Khaleeda dan Khaleeda merayu kerjasama lelaki itu dengan pandangan mata.
"Oh, Hai!... saya Khairul."
Khairul hulur tangan kepada Yusoff tapi tidak dijabat. Wajah Yusoff jelas terkejut dan hilang seri yang penuh keriangan tadi.
"Siapa ni Di?"
Khairul menyoal sekadar memainkan peranan dan mahu juga tahu duduk cerita.
"Ermm... kawan. Kawan sekolah Di."
Khaleeda gugup
"Di! please... Abang boleh jaga Di."
Suara Yusoff kedengaran perlahan dan sayu. Kepala Khaleeda semakin berpusing. Sepasang mata Yusoff berkaca dan tunggu masa untuk pecah dan berderai. Hati Khaleeda semakin remuk.
Dia tersepit sekarang. Pandangan mata Yunus di belakang Yusoff mengingatkan dia tentang janjinya malam kelmarin.
Urusan Papa dan Mama pula belum ada mukadimah lagi dengan Khairul di sisi.
"Khai ni lawyer Abang! Kami sedang uruskan Papa dan Mama Di. Semua akan balik asal dengan pertolongan Khairul".
"Di tak pernah susah dan Di tak mau hidup susah!."
"Ermm... urusan Di dengan Abang dah selesai macam yang Papa cakap haritu. Abang tunggu sahaja surat lawyer dari Di. Ikut aje macam perjanjian!".
"Please... jangan ganggu Di!."
Khaleeda kepal jari kedua tangannya dengan kuat sepanjang bercakap. Tergigil-gigil kepala lutut Khaleeda mahu menghabiskan ayatnya.
Dia rasa mahu tumbang dan muntah di situ. Air mata kasar-kasar butirnya jatuh dari tubir mata.
"Yus! Jom! orang dah tak nak janganlah dipaksa."
Yunus di belakang Yusoff menarik lengan adiknya. Mata Yusoff yang berkaca berderai juga akhirnya ketika berpaling kerana lengannya ditarik Yunus.
Yunus paksa Yusoff naik ke motor memboncengnya di belakang. Sekali lagi Yusoff toleh kepada Khaleeda dengan linangan air mata. Dua beradik itu hilang mencelah di dalam kesibukan jalan.
"Eh! eh! Di! Di!"
Sayup sahaja suara Khairul di telinganya sebelum dia rasa tubuhnya yang melorot dipaut sepasang tangan.
Gelap dan sunyi.
mengantuknye
Share this novel