Bab 22

Romance Series 39746

Keesokan harinya, taufiq telah pun bangun lebih awal daripada talhah supaya tidak terserempak dengan adiknya sendiri

"Hello sayang, you dekat mana?"

"I dekat tempat yang you cakaplah" jawab ariana

"Okay, tunggu tauu. I baru nak gerak"

"Okay, bye. Jumpa nanti" kata talhah lalu beredar pergi

Talhah yang perasan abangnya turun awal pagi, talhah tahu abangnya berjumpa dengan a.k.a tunangnya itu ariana. Tapi talhah tidak mengendahkannya kerana tidak penting baginya. Baik dia keluar pergi office jumpa tania lagi bagus

Talhah sampai awal sikit harini kerana niatnya ingin sarapan pagi bersama tania. Setibanya dia cafe bawah office, dilihat tania baru sahaja keluar daripada keretanya selepas meletakkan di tempat letak kereta dikhas kan kepadanya oleh pihak office

Talhah pun cepat-cepat meletakkan keretanya di tempat khas, lalu terus mengikut tania masuk ke dalam cafe. Tanpa tania sedari, sehingga ke meja. Barulah tania perasan yang talhah mengikutinya

"Eh mr talhah, you daripada mana? Tiba-tiba je wujud belakang i?" tanya tania

"Ouh........ emmm i daripada rumahlah, saje nak datang awal harini so boleh breakfast dekat sini. I tak sangka yang you pun datang awal harini?"

"I kan selalu datang awal, so everyday i breakfast dekat sini. Sebab i sorang je kann? so for what nak memasak"

"Ouhh, yeahh. So boleh breakfast sekali dengan you kann?" usik talhah

"Suka hati you la mr talhah, but you belanja i. Boleh?" kata tania lalu terus pergi ke meja kosong dan duduk disitu lalu memesan makanan dan minuman untuk breakfastnya

"Boleh je, nope" kata talhah lalu menarik kerusi dan duduk di hadapan tania sambil memandang tania tanpa tania perasan

Talhah menilik daripada kening turun ke warna mata hazel, bulu mata panjang lentik dan hitam. Turun ke hidung mancung, pipi merah-merah malu. Turun ke ke mulut merah bak delima lagikan berkilat dengan kulit putih gebu macam pau. Tidak dilihat ada cacat cela di wajah cantik menawan itu. Apabila tania terperasan yang talhah memandangnya tanpa berkelip. Tania terus menyedarkan talhah semula

"Hello? hello mr talhah??" panggil tania sambil memetik jari di hadapan talhah supaya talhah sedar

"Encik talhah!" sergah tania sedikit kuat

"Yeahh, yes? you panggil i ke?" jawab talhah kelang-kabut

"Yeahh, i panggil you. Kenapa you pandang i macam tu? Mean macam termenung je?" tanya tania keliru

"Ouhh, ermmmm........... nothing. I cuma nak cakap you cantik actually" kata talhah segan silu

"Ouhh, really? emmm thanks" jawab tania malu-malu sehingga merah wajahnya

Mereka pun memesanlah makanan dan minuman kopi kegemaran masing-masing. Setelah hampir 15 minit, mereka pun naiklah keluarlah daripada cafe lalu menuju ke lobi office. Tiba-tiba ditegur oleh seorang staf di office itu

"Ms tania" kata staf itu lalu menghulurkan sejambak bunga kepada tania

"Yes, daripada siapa ni?" tanya tania hairan

"Entah, dia cuma tanya. Cik tania sofiana kerja dekat sini ke? Lepastu saya jawab ya. Lepastu dia amanahkan saya suruh bagi bunga ni dekat ms tania, tu je" kata staf itu kepada tania

"Ouhh, really??"

"Yes ms tania, takpelah kalau macam tu. Saya naik dulu lahh" kata staf itu lalu menuju ke tingkat atas

"Wowwwww ms tania, you dapat bunga lagi" kata talhah sejak daripada tadi hanya memerhatikan sahaja gerak-geri tania dam stafnya tadi

"Yeahh, dikatakan everyday seseorang bagi bunga dekat i" kata tania sambil pegang bunga pun nak atau tak je

"Ouhh, really? everyday? banyak betul duit dia. Bunga yang dia bagi dekat you tu bukannya murah dan la colourful yang dia bagi" kata talhah sambil melihat bunga di tangan tania yang hampir jatuh lalu dicapainya dan memegang bunga itu dan menghidunya

"Yeahhhh, that why dalam bilik i tu dikatakan everyday i tukar. Sebab everyday i dapat bunga baru"

"Ouhh, patutlah. But sape seseorang tu?"

"Entah i pun tak tahu, dia tak tulis pun sape dia dekat kad tu"

"Ouhh, are you sure? but dekat kad ni harini punya lah. Dia tulis for my honey tania sofiana. Jadi maksudnya dia kenal you la kann? Sebab tu dia tahu nama penuh you right?"

"Yeah, but i tak kenal sape dia. I tak tahu pun dia sape"

"Maybe your secret admire ke? or your ex-boyfriend ke?" kata talhah lalu dahinya berkerut

"Apasal hati aku bila sebut ex-boyfriend dia aku rasa sakit eh? aku sebut, aku sakit?" kata dalam hati talhah

"You pernah ada boyfriend?" tanya talhah ingin tahu

"Pernahlah, tapi dah lama masa i sambung master dulu" kata tania lalu berjalan menuju ke lif

"Ouhh, you putus ke dengan dia?"

"Yup, i putus sebab dia.............." kata tania tersekat

"Sebab dia?" tanya talhah ingin tahu

"Tak ada apalah, benda dah lama. I pun dah lupakan pasal tu. I dah malas nak fikir pasal dia" kata tania di dalam lif sambil melihat nombor tingkat lif

"Ouhhhh"

Ting, pintu lif pun terbuka lalu tania terus menuju ke arah biliknya dan masuk. Talhah yang berada di dalam lif masih lagi tidak bergerak

Talhah pun keluar daripada lif dan berjalan terus menuju ke arah biliknya sambil memegang bunga itu. Dia masuk ke dalam biliknya lalu meletakkan bunga itu di atas meja sambil melihat bunga itu besar kecik sahaja kerana geram

"Sape yang bagi bunga tu dekat dia eh? untuk apa dia bagi eh? dan dia siapa eh nak bagi bunga dekat tania? siap tahu nama penuh lagi. Mesti dorang pernah berkawan atau berkenalan, tak kan magik tetiba je tahu nama penuh ni. Pelik bin ajaib lahh.......... tapi geram betul aku tengok bunga ni, benci aku tengok bunga ni" kata talhah lalu buang ke dalam tong sampah dalam keadaan geram

"Huhhhh, puas hati aku" kata talhah lalu membetulkan kot bajunya sebelum duduk semula di mejanya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience