BAB 1

Romance Series 63808

Hani begitu leka menatap handphonenya sambil berbaring di atas katil manakala Sara pula sedang sibuk memasak di dapur. Biasalah, kebetulan kawannya itu sedang mengangkat bendera merah, bagi chance pula kawannya itu untuk memasak. Dia yang ketika itu baru sahaja selesai menunaikan Solat Zuhur. Dengan keadaan masih bertelekung dia masih bermalas - malasan di dalam bilik.

"Kejap lagilah pegi dapur tengok lauk apa yang Sara masak." Hani bermonolog. Sedangkan mata tak lepas menatap pada skrin handphonenya.

.....Bos saya kena balik kampung, ada urusan keluarga. So, saya nak mohon cuti tiga hari. Bolehkan bos?...

.....Emmm, baiklah. Nanti saya minta Julie cover awak untuk pameran esok dan lusa.

.....Tq bos sebab faham masalah saya.

Handphonenya dia letak kembali di atas katil. Teks yang dia hantar pada bosnya dua hari lepas dia ulang baca kembali sekali lagi.

Bukan dia sengaja mengelak dari kerjanya tapi emosinya sungguh tidak stabil. Jiwanya meronta - ronta untuk balik ke kampungnya.

Masih terbayang wajah yang muncul di depannya ketika dia berura - ura mahu menutup tempat pamerannya dua hari lepas setelah selesai program pada hari itu. Program yang menghimpunkan semua syarikat - syarikat Interior Design telah berlangsung selama seminggu. Program yang turut disertai oleh syrikatnya itu akan berakhir lagi tiga hari.

PLAKKK!!!

"Errr, maaf,,, saya tak sengaja." Hani menundukkan sedikit wajahnya memandang pada lelaki yang sedang membongkok kerana mahu mengambil handphone yang terjatuh dari atas lantai. Wajah itu sedikit tersorok dengan kaca mata hitamnya.

"Ada yang retak atau pecah ker?" Hani menyoal lagi apabila ucapannya tadi tidak mendapat respon dari lelaki itu. Wajahnya mula terbit perasaan risau. Dia menelan liur apabila melihat handphone yang berjenama dan mungkin berharga ribuan ringgit itu. Habis gajinya bulan ini jika berlalu kerosakan pada handphone tersebut. Matilanak, tak memasal dia kena mengganti, handphonenya sendiri pun hanya Android biasa yang berharga tujuh ratus ringgit. Itupun dia terpaksa mengikat perut kerana mahu membeli telefon pintar itu.

Lelaki itu berdiri tegak. Dia menanggalkan kaca mata hitamnya. Mata lelaki itu tunak memandang pada matanya yang sudah berubah cuak itu.

Hani tergamam. Sungguh dia tak duga. Wajah itu...

"Abanggg..." Hampir terluncur suara dari bibirnya. Perkataan itu hanya bergumam di dalam tekaknya sahaja.

"Lain kali jalan tengok depan bukannya tengok handphone." Akhirnya lelaki itu bersuara. Wajahnya kelihatan bersahaja tetapi kata - kata lelaki itu sedikit sinis pada pendengaran telinga Hani.

Hani terkedu. Fikirannya yang melayang entah ke mana sebentar tadi kembali terfokus kepada lelaki itu. Wajah arwah tunangnya bertali - arus menyesakkan mindanya ketika ini.

"Ss... Sa... Saya tak sengaja. saya minta maaf, jika ada yang pecah atau retak saya akan bertanggungjawab." Mohon Hani. Matanya dikalihkan ke arah lain. Tidak sanggup dia membalas tatapan mata lelaki itu. Dadanya sudah sesak memikirkan nilai kerosakan handphone yang bakal dia hadap nanti.

"Awak bernasib baik, handphone saya takde kerosakan. Jika tidak saya akan tuntut." Lelaki itu membalas kata - kata Hani sebelum berlalu pergi dari situ. Nampak sangat lagak dan egonya. Sangat kontra dengan sifat Arwah Ezar. Lelaki itu selalu bersikap lembut.

Hani masih berdiri kaku di situ memandang kepada figura yang berjalan semakin menjauh itu.

Air matanya semakin lebat mengalir ke pipi. Emosinya juga berubah secara mendadak. Wajah lelaki yang dia telah buang jauh - jauh dari ingatannya telah bertalu - talu menghiasi ruang matanya.

Dia hapuskan sejenak ingatan itu. Dia bingkas bangun, melipat telekung dan segera menapak ke arah dapur.

Bau masakan dari dapur menusuk ke segenap rongga hidungnya.

"Kau masak apa tu?" Hani menyoal apabila melihat Sara sedang asyik mengacau lauk di atas dapur.

"Kau dah siap solat? Aku buat masak lemak cili api pucuk ubi. Sayur - sayur kampung yang kita bawa balik sinikan banyak dekat dalam peti ais tu." Sara membalas sapaan sahabatnya itu. Harini kebetulan hari minggu. Sengaja balik ke sini lebih awal setelah tiga hari pulang ke kampung kerana mahu merehatkan badan. Walaupun pada hakikatnya perjalanan mereka hanya memakan masa beberapa jam sahaja.

"Hmmm dah... Mesti sedap ni. Okaylah kalau macam tu aku buat sambal belacan. Nanti kejap lagi aku rebus telur masin. Semalam umi aku ada bagi telur masin," tukas Hani sebelum mengatur langkah ke arah peti ais. Bahan - bahan membuat sambal belacan dia keluarkan dari dalam peti ais.

"Cukuplah menu makan tengahari kita harini. Ada sayur masak lemak pucuk ubi, ikan selar goreng, sambal belacan dengan telur masin. Rosak diet aku macam ni." Sara pula menambah.

Hani tergelak kecil.

"Jomlah kita makan. Aku dah lapar sangat ni. Kau tolong isikan nasi dalam pinggan." Sara mengarah sementara dia mencedok masak lemak cili api pucuk ubi ke dalam mangkuk.

Makan tengahari mereka hanya santai - santai sahaja dengan gelak ketawa. Sara yang kadang - kadang berperangai gila - gilanya dapat menghilangkan ingatan dan bayangan Hani terhadap lelaki yang berwajah persis Arwah Ezar. Wajah sahaja yang sangat seiras tetapi perwatakan jauh berbeza.

"Sempat lagi kau mengelamun. Fikirkan apa tu?" Sara menegur bersama petikan dua jari di depan muka Hani. Pantang lepa, entah ke mana - mana perginya.

"Errr, tak fikirkan apapun... Aku tengah makan ni. Mana ada mengelamun," Hani berdalih.

"Hmmm, yela tu..." Sara melepas nafas.

"Sudah - sudahlah fikirkan 'kembar' Arwah Ezar tu. Kau kena ingat, dalam dunia ni ada tujuh manusia yang berwajah serupa. Kau dah jumpa seorang. Nanti mana tau, kau akan jumpa lagi yang lima orang tu." Ujar Sara seraya meneruskan suapan ke dalam mulutnya. Macamlah dia tidak tau apa yang bermain di dalam fikiran sahabatnya itu.

"Hmmm..." Giliran Hani pula melepas nafas panjang. Sahabatnya ini macam tau - tau pula dia sedang memikirkan tentang apa.

"Aku dah siap." Hani menyudahkan suapan terakhirnya.

"Sikit je kau makan. Tak sedap ke aku masak?" Sara memandang ke arah pinggan kosong Hani. Setengah senduk je sahabatnya ini makan. Tak boleh kalah dengan dirinya yang sudah bertambah dua pinggan.

"Aku takde selera. Nanti kalau aku lapar, pandai - pandailah aku makan lagi. Kau masak sedap. Cuma aku je yang kurang selera." Hani membalas. Pinggannya dia angkat dan bawa ke sinki.

*******

"Macam mana urusan awak di kampung? Semua dah selesai?" soal Tengku Mukhris tanpa memandang wajah wanita di depannya ini.

"Duduk Hani," sambungnya lagi. Apabila dilihat staffnya itu masih berdiri.

"Errrr, terima kasih bos, Alhamdulillah semua dah selesai." Hani membalas secara sepontan sambil menarik kerusi dan duduk di hadapan bosnya. Dia menundukkan sedikit kepalanya kerana malu dengan tatapan tajam mata bosnya itu. Dia sendiri pun tidak pasti apa yang 'selesai' dia buat di kampungnya itu. Niatnya cuma satu, ingin menziarahi kubur arwah tunangnya. Semuanya gara - gara lelaki yang dia langgar tempohari. Lelaki itu berjaya membuat emosinya kembali tidak stabil dan ingatan kepada arwah Ezar kembali memutar di dalam kepalanya.

"Emmm, baguslah. Urusan apa tu? Awak bertunang ker?" Tengku Mukhris masih cuba mengorek apa tujuan Hani balik ke kampungnya. Entahlah, hatinya berkobar - kobar ingin mengetahui apa asbab staffnya itu memohon cuti secara mengejut.

"Urusan yang terlalu peribadi bos. Maaf, saya tak dapat nak kongsi." Hani menelan liur. Entah apa punya soalanlah. Dia mengomel di dalam hati.

Tengku Mukhris bergumam. Tak boleh ke dia tau. Dia selaku bos kepada wanita di depannya ini. Susah betul nak korek cerita. Wanita ini terlalu berahsia.

"Bos, ni hasil kerja saya yang saya dah siapkan ikut date yang dah ditetapkan oleh bos. Bos boleh semak dulu, jika ada yang perlu diperbaiki, bos boleh maklumkan semula kepada saya." Hani mengalihkan tajuk perbualan. Memang itu tujuan dia pagi - pagi masuk mengadap ke dalam bilik bosnya ini. Lelaki yang sudah berusia pertengahan 30-an tetapi masih belum mempunyai suri hati. Entahlah, bosnya ini bukannya tiada rupa, kalau dia buka permohonan pencarian calon isteri, mungkin beratur wanita - wanita cantik yang nakkan bosnya ini. Mungkin juga bosnya ini seorang yang terlalu memilih. Nak mencari seorang Mrs. Perfect bukannya mudah.

Tatapan matanya masih tak lepas memandang pada wajah cantik di depannya ini.

Hani sudah berasa tidak selesa. Dia membetulkan duduknya.

"Kenapa awak tiba - tiba diam? Mengumpat saya dalam hati yer?" Semakin galak matanya memandang pada wajah yang sudah menggelabah itu.

"Tak - tak... Mana ada... Tak baik fitnah. Okaylah bos saya keluar dulu nak sambung kerja saya." Hani menolak ke belakang kerusi yang dia sedang duduki itu. Berura - ura mahu bangun.

Tanpa riak, Tengku Mukhris menarik fail yang ada di hadapannya.

Aik, tiba - tiba ketat pula wajah itu. Hmmm, sekejap sahaja mood lelaki itu berubah - ubah. Manakala Hani pula masih berdiri tegak di situ.

"Emmm, okay, nanti saya semak. Awak boleh sambung kerja awak semula." Mendatar sahaja suaranya. Tetapi hakikat sebenar, dia adalah seorang yang mudah tertawa. Ketawanya hanya bergema di dalam hati. Suka benar dia melihat wajah cuak Hani. tersangat comel pada pandangan matanya.

Tanpa menunggu lebih lama, Hani angkat kaki dan keluar dari bilik itu. Banyak lagi kerja - kerjanya yang masih pending ekoran setelah tiga hari dia pulang ke kampung.

*******

"Hani, malam nanti awak temankan saya pergi jumpa klien. Tak payah balik dulu. Awak stay je dekat office, saya nak bincang design - design dan gambar apa yang sesuai untuk kita bawa sekali nanti." Tengku Muhkris memberi arahan.

"Errr, malam tu pukul berapa bos?" soal Hani, sempat menelan liur. Baru dia plan dengan Sara nak makan dekat luar malam ni. Hmmm, terpaksa tundalah nampaknya.

"Lepas maghrib kita gerak. Kita naik satu kereta jer."

"Tapi bos, kalau pergi asing - asing tak boleh ker? Saya nak terus balik selepas selesai perjumpaan tu." Kendur suara Hani dalam mencari alasan menolak.

"Hummm..." Dengusan nafas terhembus perlahan dari mulut Tengku Muhkris.

"Takpe naik kereta saya. Dah selesai saya akan hantar awak balik." Tegas suara yang terkeluar dari mulut itu.

Hani terdiam sejenak. "Emmm, baiklah bos." Hani termati kata - kata.

Tengku Mukhris ketawa di dalam hati. Emmm, baru dia tau siapa yang bos...

Enjoy reading ♥️ -Es Lilin-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience