HFM 76 | | Maaf Dipinta

Romance Series 131913

Air mata Dihya terus mengalir tanpa dapat ditahannya. Dia menarik tangannya dari genggaman Zane, merasa tidak layak disentuh oleh lelaki itu. Rasa malu yang teramat sangat membakar wajahnya. Dia menundukkan kepala, tidak berani menatap mata Zane yang kini pasti dipenuhi kekecewaan.


“Dihya,” panggil Zane lembut, namun ada nada pilu yang jelas terdengar dalam suaranya. “Pandang saya.”

Dihya menggelengkan kepalanya perlahan, air matanya semakin deras membasahi pipi. Dia merasa dirinya kotor dan penuh kepalsuan. Bagaimana mungkin dia menatap lelaki yang telah memberikan hatinya dengan tulus, sedangkan hubungan mereka bermula dari sebuah penipuan?

Zane bangun dari duduknya dan berlutut di hadapan Dihya. Dia meraih kedua tangan wanita itu dan menggenggamnya erat, meskipun Dihya berusaha menariknya kembali.


“Dihya, dengar cakap saya,” ucap Zane dengan nada yang lebih tegas, namun tetap lembut. “Saya mungkin terkejut… saya mungkin terluka. Tapi itu tidak mengubah apa yang saya rasakan tentang kamu.”


Dihya mendongak, menatap Zane dengan mata sembap dan tidak percaya. Semakin sesak dan sakit dia rasakan tatkala Zane berkata begitu. “Apa maksud awak?” bisiknya lirih. “Selama ini… semuanya palsu. Saya… saya dibayar untuk bersama awak.”


“Ya, itu yang Datuk beritahu saya,” jawab Zane, mengusap lembut air mata di pipi Dihya dengan ibu jarinya. “Tapi apa yang terjadi di antara kita… itu bukan palsu, kan?”

Dihya terdiam, air matanya sedikit mereda. Dia menatap mata Zane, mencari kebohongan atau kemarahan, namun yang ditemuinya hanyalah kesedihan dan… harapan?


“Saya… saya tak tahu,” jawab Dihya jujur, suaranya bergetar. “Awalnya… ya. Saya hanya menjalankan tugas. Tapi… lama-kelamaan… perasaan itu datang dengan sendirinya. Saya… saya betul-betul cintakan awak, Zane.” Air matanya kembali tumpah, kali ini bercampur dengan rasa takut dan harapan.


Zane menghela nafas lega mendengar pengakuan tulus Dihya. Dia mengeratkan genggaman tangannya. “Saya tahu, Dihya. Saya dapat rasakannya. Meskipun awalnya semua ini diatur, apa yang tumbuh di antara kita tu nyata. Cinta yang kita rasakan… itu bukan pura-pura."


Dihya menatap Zane dengan penuh sebak. Bagaimana Zane masih boleh menerima dirinya selepas apa yang dia lakukan?“Maafkan saya. Saya tahu saya patut jujur dari awal lagi. Tapi saya takut....saya takut saya sakiti awak Zane."


Zane tersenyum tipis, namun ada kesedihan yang masih tersisa di matanya. “Saya terluka karena kebohongan ini. Karena saya tidak tahu yang sebenarnya sejak awal. Tapi saya lebih terluka jika saya kehilangan kamu. Cinta saya pada kamu lebih besar dari rasa sakit ini.”


Dihya teresak lega dan memeluk Zane erat. Dia menyembamkan wajahnya di dada lelaki itu, air matanya membasahi kemeja Zane. “Saya betul-betul minta maaf Zane. Tak pernah sekali saya terlintas nak sakiti awak."

Zane membalas pelukan Dihya erat, merapatkan tubuh wanita itu ke dadanya. Dia mengusap lembut rambut Dihya, mencuba untuk menenangkan hatinya yang bergejolak.


“Tapi, Dihya,” ucap Zane setelah beberapa saat, suaranya kembali serius. “ Kenapa kamu tidak pernah memberitahu saya yang sebenarnya? Kenapa kamu biarkan saya hidup dalam kebohongan selama ni?”


Dihya melepaskan pelukannya dan menatap Zane dengan wajah penuh penyesalan. “Saya ingatkan hubungan kita akan berakhir seperti mana yang awak nyatakan dalam kontrak kita. Tapi tak sangka yang awak akan kahwini saya....jadi saya buntu tak tahu nak apakan lagi. Saya takut, Zane. Saya takut awak akan marah dan tinggalkan saya. Saya takut awak tak akan pernah menerima saya lepas tahu yang sebenarnya. Saya cintakan awak, dan saya tak nak kehilangan awak sebab tu saya tak dapat beritahu dari awal.”

Zane menghela nafas panjang. Dia memahami ketakutan Dihya, namun dia juga merasa kecewa karena kebohongan ini. Walaupun begitu, Zane sedar dibalik kebohongan ini, Dihya adalah yang paling banyak berkorban dan menderita kerana dirinya.

Sudahlah dijadikan sebagai objek oleh datuknya demi mempertahankan nama baik keluarga.

Malah dihina dan direndahkan olehnya untuk menjadi Mistress.

Belum lagi kenyataan dimana Dihya hilang upaya deria rasa kerana kecuaiannya.

Siapa dirinya untuk menghukum di atas keputusan Dihya? Sedangkan apa yang Dihya lakukan hanyalah cara Dihya untuk meneruskan hidupnya saja.

Kedua belah wajah itu ditekap. Zane mendongakkan kepala agar memandangnya. Mata mereka saling bertaut untuk seketika. Tanpa mengatakan apa-apa mereka berdua memahami maksud tatapan itu. Lantas Zane mengucup tengah kening itu dengan mata terpejam.


"Please jangan menangis. Jangan menangis kerana saya. Saya dah berikrar untuk bahagia kan awak, Dihya. Bukan sakiti awak...jadi berhenti menangis."

Makin menjadi-jadi tangis Dihya apabila Zane menegurnya begitu. Seluruh tubuhnya menggeletar hebat ekoran terlalu terkejut dan sedih dengan apa yang baru dia dengarkan tadi. Setenang itu reaksi Zane mengenai kenyataan sebenar dia hanya orang upahan Tuan Samsoong selama ini. Dia fikirkan bahawa Zane akan mengamuk dan menghalau dirinya keluar dari hidup lelaki tu. Tapi tak, Zane memang benar-benar mencintai dirinya. Suaminya benar-benar maksudkan akan janji lelaki itu.


Zane menyeksa air mata dari pipi Dihya lalu mendakap tubuh itu dengan erat.Dia pun ada rahsia yang ingin di sampaikan. "Saya pun minta maaf Dihya. Sebab kenyataan awak hilang deria rasa awak adalah kerana kecuaian saya pada malam awak di langgar tu. Kalau saya tak memandu dalam keadaan mabuk. Awak takkan dalam keadaan sulit ni..."

Terkedu Dihya dalam pelukan itu.


"Sejak awal lagi, Datuk saya dah tahu hal sebenar. Dia merahsiakan segalanya dari saya sehingga la hari dimana Kyren beritahu kamu adalah gadis yang diselamatkan oleh datuk saya selepas malam kemalangan tu. Sejak hari tu saya dah janji untuk bertanggungjawab ke atas awak Dihya. Jadi berhenti salahkan diri awak. Sebab yang patut awak salahkan sekarang adalah saya."

Bibir Dihya menggigil. Nafasnya tersekat setiap kali dia menarik nafas dibalik tangisannya. Tiada kata-kata yang dapat dia luahkan sebaik mendengar semua itu. Entah lega entah terkilan, dia sudahpun lupakan memori pahit itu. Sama ada Zane atau orang lain puncanya, tiada apa-apa lagi dia boleh lakukan. Dan ditakdirkan hidupnya begini.

. "Hahaha.." tiba-tiba Dihya tertawa. Bersama air mata mengalir turun di pipi, dia tatap seraut wajah susah hati Zane. "Nampaknya kita sama-sama seri. Jadi tak boleh la nak marah sesiapa."selorohnya dengan sebak." Saya berahsia dengan awak. Dan awak pula simpan rahsia dari saya."

Zane ikut tersengih. Air mata di pipi Dihya disekat sekali lagi. Lantas dahinya di sandarkan pada dahi Dihya. Dia lega kerana segalanya sudah terungkai. Sudah tiada lagi rahsia di antara mereka lagi.


" Lepas ni janji yang kita berdua takkan berahsia lagi. Saya dah penat." lafaz Zane perlahan saat melagakan hujung hidungnya dengan perlahan di hujung hidung Dihya.

Tanpa berkata lebih, Dihya melingkar kan kedua belah tangan ke sekeliling leher Zane lantas memeluk erat kepala itu ke dadanya.


" Saya janji."

Share this novel

fieyluv fieyluv
2025-05-01 06:43:56 

huhuhuhuuu nasib Zane bukan jenis yang meluluu terusss


NovelPlus Premium

The best ads free experience