49 Kifarah

Family Series 110448

“Rhett Raffendy!”

Rhett mematikan langkah di muka pintu bila dengar namanya dilaung dengan lantang.

Selepas tiga bulan berlalu, akhirnya dia bisa kembali mendengar suara itu memanggilnya. Hiba bercampur rasa hairan. Apa yang buat orang tua tu ubah fikiran dan mahu tamatkan perang bisu di antara mereka?

Rhett sudah penat hadap kenyataan setiap kali mata dibuka. Semua berubah selepas Deila pergi. Rhett hilang fokus. Ibu Zara yang semakin berani ganggu tak kira waktu. Tok menjauhkan diri. Dan yang paling mendera jiwa, seorang Deila Araferro! Selama tempoh tiga bulan yang diberi, Deila tolak sesi kaunseling dan tidak mahu menuntut apa-apa. Rhett sudah buntu di mana mahu cari Deila.

Hari ini, Rhett akan lafaz talak secara rasmi di Mahkamah Syariah. Dia pasrah walau hati tak reda jika itu yang Deila mahukan.

Kemunculan Tok Teh yang kini sudah berdiri bercekak pinggang di depan Rhett pasti berkaitan tentang itu. Rhett mengeluh dalam hati.

“Tok nak ikut.”

Rhett merenung tok dengan sayu sebelum angguk lemah. Sepanjang perjalanan, masing-masing membisu. Tok dengan kekhusyukannya merenung permandangan di luar jendela manakala Rhett sedaya upaya tumpukan perhatian pada pemanduan sedangkan fikiran tidak di situ.

Pertama kali selepas beberapa bulan, Rhett melihat semula Deila Araferro dalam Mahkamah, begitu manis dan ayu memakai baju kurung polos berwarna hitam mengikut potongan tubuh dan tudung dari warna senada. Macam sedang berkabung pun ada. Sengaja pilih warna tu untuk perli dia ke? Rhett mengeluh perlahan.

Rhett langsung tidak mengalihkan tatapan dari wajah Deila. Malangnya, Deila tak sudi mahu memandang dia. Sebak, rasa mahu meraung bila lihat Deila muncul seorang diri, tanpa sesiapa di sisi. Terasa diri adalah lelaki paling tak berguna di dunia. Kata-kata tok terus menghantui, buat Rhett hampir sesak nafas. Kata-kata tok seperti tamparan bertubi-tubi, terusan menghambat jiwa.

“Deila sebatang kara, kaulah yang bertanggungjawab jaga Del, Rhett.”

Apa Rhett Raffendy buat? Dia ceraikan Deila.

“Kenapa kau sekejam itu, Rhett Raffendy?!!! Kau tahu tak bertapa sedihnya Deila? Berapa banyak air matanya yang tumpah lalui semua itu seorang diri?!”

Ya Tuhan! Dia berdosa, sungguh berdosa terhadap Deila. Tega sungguh dia perlakukan Deila seperti itu! Rhett meraup wajah, sebutir air bening bergolek jatuh ke pipi. Betullah kata orang bijak pintar, penyesalan selalu datang lambat.

Saat Rhett lafaz talak depan Hakim adalah suatu penyeksaan yang hampir buat dia rasa mahu mati. Bergetar suara, sedaya upaya cuba kawal diri dari jatuhkan air mata. Bebola mata tak dilarikan langsung dari Deila yang kelihatan begitu tenang dengan wajah menekur lantai.

Rhett mahu berlari mendapatkan Deila, mahu memeluk wanita itu seeratnya dan menenangkan Deila. Dia penyebabnya! Semua salah dia. Ya Allah!

Melepaskan Deila Araferro… adalah satu penyesalan seumur hidup, sebuah penyeksaan sepanjang hayat.

Selepas keluar dari Mahkamah, Rhett cuba mengejar Deila yang semakin menghilang sosoknya di tengah orang ramai,

“Deila!”

Rhett meraung bersama jeritan batin meminta Deila jangan pergi. Tunggu Del! Please wait, there are so many things I want to talk about. Please don’t go… Please don’t leave me! Saya masih cinta, terlalu cinta… bagaimana mampu hidup diteruskan tanpa Deila di sisi? Tidak mahu, tidak sanggup membayangkan!

“Deila!” Rhett jerit lagi, sekuat hati. Malangnya, sosok Deila semakin memudar dan perlahan hilang dari pandangan.

“Deila!” Rhett terjelepok, kepala lutut lebih dulu menghentak lantai. Tak dia pedulikan orang lalu lalang memandang dengan macam-macam ekspresi wajah. Ada yang kehairanan, ada yang mempersenda dan tidak kurang yang kejengkelan.

Air mata mencurah jatuh ke pipi bak air hujan. Deila sudah tak sudi kat dia. Tak sudi memandang, tak sudi bercakap malah berhadapan dengan dia pun gadis itu sudah tidak mahu. Sampai hati kau Miss Pepero!

“Rhett, sudahlah tu. Semua tengah tengok kau. Dah berakhir kan? Jom kita balik.” Suara tok menyapa lembut di belakang. Bahu Rhett ditepuk oleh tok dengan penuh kasih sayang.

“Del… Del dah pergi tok…” Bersama esakan halus, Rhett tekup wajah dengan tapak tangan.

“Tok tahu.”

“Saya… sayangkan Del, tok.”

Tok diam sebentar.

“Kalau sayang, kenapa lepaskan?”

“Saya terlalu ikut perasaan, tok. Saya tak tahu. Sumpah saya tak tahu Deila mengandung. Anak kami, tok… ya Allah! Saya bodoh. Saya benci diri saya. I wish I was there… I wish I was the one lying on the road. How I wish I was there while she was crying in pain! Tok, sakit tok… saya… terlalu sakit kat sini saya, tok…”

Tok Teh dengan pantas menangkap pergelangan tangan Rhett dari terusan menumbuk dada sendiri.

“Hentikan, Rhett! Demi Allah, tolong hentikan! Semua dah berakhir! Kau dan Del dah bercerai. Apa yang boleh kau buat hanya teruskan hidup, Rhett Raffendy!”

“I can’t live without her…”

Tok Teh turut mengalirkan air mata bila lihat keadaan Rhett saat itu. Hilang arah, putus harapan dan suram tanpa sinar. Tok Teh dihambat rasa bersalah yang teramat. Tak habis-habis dia salahkan diri. Keadaan Rhett saat itu mengingatkan Tok Teh tentang anak lelakinya, Razif, suatu ketika dahulu pada saat Mardhiah pergi dari hidup Razif. Sebijik!

Tok Teh reda jika ini kifarah atas perbuatan kejamnya pada Mardhiah dulu. Kini, selepas Razif, cucu dia mengalami hal yang sama. Hancur kerana cinta. Tapi, kali ini Tok Teh nekad akan melakukan sesuatu untuk Deila. Dia sudah berjanji dengan arwah Murni, iaitu opah Deila bahawa dia akan jaga Deila dengan baik. Malangnya, masa adalah kekangan infiniti. Waktu tok sudah hampir ke penghujung, bila-bila masa dia akan ke dunia abadi. Dia mahu pastikan Deila berada di tangan seseorang yang paling dia percayai, yang mampu jaga dan bahagiakan Deila.

Tok Teh merenung Rhett dengan sayu. Menangislah sepuasnya, Rhett Raffendy. Kalau dulu, papa kau terhalang kerana tok. Tapi untuk kau, tok dah usaha sedaya yang mampu. Kau gagal jua kerana kebodohan kau sendiri. Tanggunglah, hadaplah semua akibatnya seperti seorang lelaki sejati!

Seminggu selepas itu, kelihatan Tok Teh sedang bersiap-siap untuk keluar rumah. Waktu pagi hampir ke penghujung ketika tok masuk ke dalam kereta yang sudah siap siaga menunggu tok di halaman rumah.

Tok Teh masuk ke dalam sebuah restoran melayu yang nampak begitu elegan dengan ciri-ciri tradisionalnya. Seorang pelayan restoran membawa tok menuju ke sebuah meja yang dihuni oleh seorang gadis jelita. Gadis itu bingkas berdiri sebaik sahaja melihat tok menghampiri.

“Tok… jemputlah duduk.” Pelawa gadis itu sambil tersenyum mesra.

“Dah lama kau tunggu tok ke, Zara?”

Zara geleng laju.

“Taklah, saya pun baru je sampai, tok.” Balas Zara. Girang melihat reaksi positif Tok Teh kepada dia.

Tok Teh melabuhkan punggung. Sempat bola mata bergolek, memandang sekeliling sebelum dipaku semula ke seraut wajah cantik Zara. Terbit sedikit rasa kagum dalam sanubari tok. Zara Adelia sememangnya seorang gadis yang sangat cantik. Tak hairan suatu ketika dahulu, Rhett begitu tergila-gilakan Zara.

“Tok dengar, kau baru saja sembuh selepas pembedahan buang sebelah rahim kau.”

Zara kelihatan sedikit terperanjat namun reaksi wajah cepat-cepat ditenangkan. Sebuah senyum manis Zara hadiahkan kepada tok.

“Ya, betul tok. Rhett ke yang beritahu tok?” Tanya Zara dengan rasa gusar. Mana taknya, mummy dah janji kepada dia bahawa hanya Rhett saja yang tahu tentang hal itu.

“Anehnya, Zara… mengapa langsung tiada rekod tentang pembedahan kau tu? Sebelum ini, kau ditahan kerana cuba mahu bunuh diri dengan telan pil tidur kan? Tiada dalam rekod hospital, Zara! Rhett yang bodoh tu bolehlah korang anak beranak mainkan, tapi tak orang tua yang dah lebih dulu rasa pahit manis, asam garam kehidupan ni, Zara!”

Zara terpempan. Jemari mulai menggeletar dan berpeluh dingin.

“T-Tok… saya…”

“Diam! Siapa benarkan kau bercakap?! Tok belum selesai lagi, Zara! Mengejutkan bila doktor yang kononnya bertanggungjawab rawat kau, bedah kau tu tiba-tiba berhenti dan buka klinik sendiri. Kau ingat, benda macam ni boleh ditutup selamanya guna duit ke hah? Jangan lupa, Zara… kalau mulut boleh disumbat dengan duit, tak mustahil juga ia boleh dibuka dengan duit. Korang lupa siapa Tok Teh, huh?!”

Zara semakin menggelabah dengar kata-kata tok. Mummy! Batin menjerit panik. Ini semua salah mummy!!!

“Sumpah tok! Saya…”

PANG!!!

Menitik sebutir air mata Zara bila pipinya dilempang deras oleh tapak tangan tua Tok Teh. Zara tunduk saat semua mata yang ada di dalam restoran menoleh ke arah mereka berdua.

“Tok kata diam!!! Kau tiada hak bersuara di sini, Zara! Kau lebih dulu pergi tinggalkan Rhett kononnya kerana mahu kejar cita-cita kau. Bila semuanya tak kesampaian, kau kembali merayu pada Rhett. Tuntut Rhett tunaikan janji sedangkan kau dah lukakan Rhett. Tak cukup lagi ke apa yang Rhett dah buat untuk kau dan keluarga kau? Mengapa perlu libatkan Deila hah?!”

“Tak, tok! Tolong percayakan saya. Sumpah saya…”

PANG!!!

Zara bingkas bangun, cuba memaut lengan Tok Teh untuk memujuknya. Malangnya, sekali lagi pipi mulus Zara dilempang tanpa belas oleh Tok Teh. Zara terjelepok di atas lantai.

“Jangan sentuh tok dengan tangan kotor kau, Zara! Terkutuk! Kau dan ibu kau adalah manusia terkutuk! Jangan ingat tok tak tahu apa yang berlaku, Zara! Peristiwa Deila hampir ditembak dalam bilik hotel tu, angkara kau dan ibu kau! Amirul diculik dan Deila dilanggar, itu juga angkara kau dan ibu kau! Kau dan ibu kau akan mereput dalam penjara!!!”

Tak! Tak mungkin! Bukan salah dia. Zara menggeleng laju bersama juraian air mata. Merangkak dia cuba hampiri Tok Teh. Sepasang kaki tok Zara peluk dengan erat.

“Sumpah tok, saya tak tahu menahu tentang hal itu. Ya, saya ada jumpa Deila dalam bilik hotel tu. Saya akui saya terlanjur kata macam-macam dan sengaja buat Deila berundur dan jauhkan Rhett. Tapi sumpah, saya tak tahu tentang kes tembak-menembak tu. Kemalangan Deila tu pun, saya tahu dari Rhett. Sumpah, tok!” Zara meraung di kaki Tok Teh.

“Zara… asalnya kau anak yang baik. Tapi selepas apa yang berlaku, tok jadi benci pada kau dan keluarga kau. Untuk dapatkan Rhett, kau aniaya gadis yang tak berdosa. Kau ingat, Rhett akan pilih kau selepas Deila pergi ke? Tak, Zara, tak! Rhett bukan seperti kau, mudah berubah hati. Rhett akan terus mencintai Deila walau pun Deila dah pergi dari hidup dia. Itulah cinta sejati, Zara!”

Usai berkata, Tok Teh menolak tubuh Zara menjauhi dia. Tok pusing badan dan melangkah pergi dengan wajah terpampang kepuasan.

“Tok, maafkan saya! maafkan saya!” Zara meraung tanpa mempedulikan mata-mata yang memandang. Ini semua salah mummy! Dia terpaksa akur walau pun sebenarnya dia juga tidak bersetuju. Dia sudah melepaskan Rhett dengan reda. Malangnya, mummy yang tak mahu lepaskan. Bagi mummy, kehilangan Rhett satu kerugian terbesar. Dia juga mangsa. Dia tersepit!

Zara kesat air mata bila dengar telefon bimbitnya di dalam beg tangan berlagu. Zara bingkas bangun.

“Zara, kau masih bersama orang tua tu ke? Dengar sini… mummy nak kau pujuk tok, kau kena pujuk tok walau dengan apa cara sekali pun. Kalau tak, mummy akan ke penjara. Kau dengar tak ni? Zara! Zaraaa!!!”

Tut!

Zara memutuskan panggilan. Dia sendiri tak pernah menduga bahawa mummy akan bertindak sejauh itu. Ketika sedang memandu, sekali lagi telefon bimbit Zara berdering.

“Zara! Hubungi Rhett. Mummy tahu Rhett pasti akan bantu kita. Rhett sangat cintakan kau. Dia takkan biarkan keluarga kita musnah. Zara! Kau dengar tak ni?”

Seperti awal tadi, Zara hanya diam membisu. Air mata merembes laju, bersama esakan halus.

“It’s okay, Zara. Pulanglah, mummy tahu apa yang perlu dibuat. Cepat sikit!”

Tut!

Ketika kereta Zara masuk ke halaman rumah, ibu Zara sudah siap menunggu di luar rumah. Meluru dia hampiri kereta Zara lalu masuk di tempat duduk sebelah pemandu.

“Drive to the airport, now Zara!”

Zara memandang ibunya dengan riak muka tidak setuju.

“Mummy… semuanya dah…”

“I said now, Zara!”

Zara akur bila diteriak oleh ibunya. Kereta kembali bergerak menuju ke lebuh raya. Beberapa minit kemudian, bunyi siren kedengaran dari arah belakang. Zara dan ibunya berbalas pandangan.

“Sial! Itu polis, Zara! Pecut cepat! Mummy tak nak ditangkap!”

Zara juga mulai rasa panik. Pedal minyak dipijak hingga ke dasar. Kereta meluncur laju.

“Zara!!!”

Di depan sebuah selekoh, kerja-kerja pembaikan jalan sedang dibuat. Zara hilang kawalan kerana terlalu laju. Kereta melanggar tembok sebelum terbalik sebanyak dua kali.

“Za… ra!”

Ibu Zara menoleh ke sisi. Tubuh Zara terhumban ke depan, melanggar cermin hadapan kereta. Darah Zara memercik, memenuhi kereta.

“ZARAAA!!!”

NXT chapter akan menyusul secptnya, hrp boleh siap hihi, enjoy!

Share this novel

Zainabzety
2024-07-13 14:29:22 

padan muka hahaha jahat sngat

norsila
2024-07-13 09:17:12 

yess kifarah come..hancur kau huu

zuraida khairi suzali
2024-07-13 01:23:44 

hancurkan hidup org Kau bahagia.. bila hidup Kau hancur salahkan org lain..


NovelPlus Premium

The best ads free experience