MALAM itu, Cassian merasakan sesuatu yang lain. Sebelum ini, dia akan melawan tidurnya dengan segala cara – terlalu takut untuk terlelap kerana mimpinya yang selalu mengerikan. Mimpi yang tak pernah seindah milik orang lain. Insomnia itu sudah menjadi teman setia. Tapi malam itu, dia menelan ubat tidur, berharap ia memberi ketenangan yang sekejap. Tidak dia tahu, ia akan membawanya ke satu dunia yang lebih gelap daripada yang pernah dia bayangkan.
Jam 10:30 malam, akhirnya dia lelapkan mata. Mimpi itu datang, sama seperti yang dia jangkakan—ngeri, penuh darah, dan kematian.
“Aku di mana? Apa ni?!”
Cassian melihat dirinya berada di dalam dunia mimpi yang gelap dan berasap tebal. Di hadapannya, Nathan, sedang meronta-ronta, tubuhnya separuh tenggelam dalam tanah berwarna hitam pekat seperti lumpur neraka. Nafasnya tersekat-sekat, matanya melilau ke kiri dan kanan, cuba mencari pertolongan. Tapi tiada siapa yang peduli.
Dari bayang-bayang kegelapan, muncul gadis misteri itu—Enma Raii. Matanya merah saga, gaun hitamnya melambai seperti ditiup angin dari dimensi lain. Di belakangnya, tiga pengikutnya berdiri tegak, Ensai, Reika dan Shien, wajah mereka tanpa emosi, hanya menunggu perintah.
Nathan menjerit, merayu, "Tidak! Tidak! Aku tak bersalah! Aku tak mahu ke neraka!"
Tapi suara itu tenggelam dalam bunyi angin yang bergema dengan bisikan-bisikan halus.
Cassian cuba bergerak, cuba masuk ke dalam kegelapan itu untuk menghalang sesuatu yang terasa sangat salah. Tapi tubuhnya berat. Seakan ada rantai tidak kelihatan yang menahannya.
Namun, lebih mengejutkan adalah apa yang Cassian lihat seterusnya. Nathan bersama perempuan lain, melakukan pengkhianatan terhadap Beatrice. Dia melihat dengan jelas bagaimana Nathan memukul anak kecil Beatrice, membuatkan hati Cassian berdegup laju. Kejam. Terlalu kejam.
Enma Raii melangkah perlahan ke arah Nathan yang masih meronta. Senyumannya dingin, dan suaranya terpantul di seluruh ruang mimpi itu.
“Dosamu telah dicatat.”
“Penyesalanmu sudah terlambat.”
“Tiada siapa yang dapat menyelamatkanmu.”
Nathan menjerit semakin kuat. Tangan dan kakinya ditarik ke empat arah berbeza oleh rantai berduri yang muncul dari tanah.
“Selamat datang ke dalam kegelapan abadi.”
Snap!
Tubuh Nathan tercabik-cabik—kedua-dua tangannya putus dan disusuli kaki. Sementara itu, tubuh Nathan terpaksa menanggung rasa sakit yang tidak tertanggung – alat sulitnya turut terpisah dari tubuhnya dalam keadaan yang mengerikan.
Tetapi yang lebih menakutkan adalah fakta bahawa tiada siapa mendengar jeritan atau tangisan lelaki itu. Hanya kesunyian yang menemani, seperti dunia ini sudah tidak lagi peduli pada siapa pun, akhirnya tenggelam dalam lautan api yang tiba-tiba muncul di bawahnya.
Cassian terkejut. Terasa haba panas membakar kulitnya. Dia menoleh ke arah Enma Raii, dan untuk pertama kalinya—gadis misteri itu melihat ke arahnya.
Seakan tahu Cassian sedang memerhati.
CASSIAN tersentak. Matanya terbuka luas, jantungnya berdegup laju. Dia terbangun dari tidur—peluh membasahi tubuhnya.
Dia mengatur nafas, menatap jam di sisi katilnya.
11:59 PM.
Satu minit sebelum tengah malam.
"Sial... apa semua ni?" katanya dengan suara serak, tangan menggigil sambil mencari telefon di atas meja.
Dia tak peduli, terus sahaja mendail nombor yang diberikan Beatrice pagi tadi.
Layar telefon menyala, tapi hanya gelap. Tak ada bunyi.
"Tak ada apa-apa... Jadi, dia cuma nak mainkan aku ke?"
Cassian menatap telefon itu dengan tajam, jari-jari mengetuk-ngetuk meja.
"Kalau aku tahu dia nak buat lawak bodoh, aku..." dia berhenti, mengetap bibir, cuba menenangkan diri. Tapi dia tak boleh.
Dia duduk di tepi katil, terhuyung-hayang seketika. Tangan kasar meraup muka.
"Apa benda ni, Cassian? Kau ni lelaki waras ke?" Dia berdiri, kembali berjalan, lebih bising daripada yang sepatutnya.
"Mimpi macam ni buat aku jadi gila! Semua ni tak masuk akal! Apa nak jadi dengan hidup aku?"
Dia terus meracau, berjalan keliling bilik tanpa arah tujuan.
"Jangan bagitahu aku yang aku kena percaya semua ni!" kata Cassian dengan suara yang penuh kekeliruan dan kemarahan.
"Aku tak bodoh. Aku tak peduli apa pun benda ni, Beatrice!"
Cassian yang tidak tidur sepanjang malam itu, duduk tegak di tempat duduk belakang kereta, pandangannya kosong ke luar tingkap, merenung dunia yang tak nampak apa-apa kecuali kekeliruan dan amarah. Mata merah dan letih, tapi dia cuba menahan dirinya.
“Kenapa muka macam tak tidur, Tuan Cassian?” tanya Encik Jang dengan nada ringan, seperti cuba mencairkan suasana.
Kemudian, tiba-tiba, dalam keadaan tidak menentu, dia buka mulut.
“Encik Jang, kau percaya tak dengan karma? Atau ada benda-benda supernatural ni?” Suara Cassian terkeluar begitu sahaja, seolah-olah melontarkan soalan itu untuk melepaskan rasa berat di dada.
Encik Jang ketawa kecil, seperti tak serius. Tapi dia diam seketika, memikirkan jawabannya.
“Hmm… Susah nak percaya benda ni. Tapi, karma? Itu memang wujud. Cuma… supernatural tu, ada yang susah nak terima.”
Cassian menjeling Encik Jang melalui cermin tengah kereta, pandangannya tajam, penuh persoalan.
“Karma wujud? Macam mana kau tahu? Benda macam tu... betul ke wujud? Atau semua tu cuma cerita untuk menakut-nakutkan orang?”
Encik Jang balik ke arah cermin depan, sambil memandu.
“Saya suka baca komik tentang supernatural, tuan. Banyak benda yang kita tak nampak, tapi ada. Karma? Kita tak nampak, tapi setiap tindakan ada balasan. Itu memang hukum alam.”
“Karma... hmmm. Aku rasa aku tengah hidup dalam karma orang lain ni.” Cassian melepaskan nafas berat, membiarkan kereta bergerak tanpa mengubah posisi duduknya.
-
Cassian bersandar di kerusi kulit, rokok hampir habis di tangannya. Di depannya, Adrian duduk gelisah. Budak yang tak pernah belajar hargai peluang.
“Kau nak pinjam duit?” Cassian bersuara malas, sinis. “Umur kau cukup 18?”
Adrian menunduk. “Saya cuma nak makan, bos.”
Cassian ketawa kecil, langsung tak simpati. “Makan? Atau ke mesin game sebelah?”
Adrian terkejut. Cassian menggeleng. “Muka kau tu dah macam perabot tetap kat sana.”
Adrian merayu. “Tolonglah, bos! Sekali ni je!”
Cassian berdiri, mendengus. “Tak makan sehari takkan mati. Balik! Sebelum aku suruh orang aku cari bapak kau yang susah payah besarkan kau! Balik! Nanti aku yang dipersalahkan sebab bagi duit dengan budak macam kau!”
Adrian mendongak, matanya tajam. “Semua orang benci aku! Semua patut mati dan masuk neraka!”
Tanpa menunggu, dia berlalu, beg diheret kasar.
Cassian mengerutkan dahi, terpinga. “Aik? Aku pulak kena?” Dia mendengus, menggeleng kepala sambil memandang budak remaja lelaki itu hilang dari pandangan. “Budak ni kalau berani sikit lagi, boleh masuk sekolah gangster terus.”
Tiba-tiba pintu pejabat terbuka sekali lagi.
Cassian tak angkat kepala pun, tapi dia tahu siapa yang masuk berdasarkan bunyi hentakan tumit di lantai. Gaya dominan, confident—memang Vivian.
“Apa hal budak sekolah datang sini? Kau dah gila ke bagi pinjaman kat bawah umur?” Vivian menjeling ke belakang, tengok Adrian keluar dengan muka mencuka.
Cassian mendengus, bersandar malas sambil urut dahi. “Tolonglah, kau rasa aku tahap mana nak bagi budak hingusan pinjam duit?”
Vivian mendekati meja, tangan silang di dada. “Habis tu, dia datang sini buat apa? Nak jual gula-gula amal?”
Cassian ketawa kecil, sinis. “Nak pinjam duit buat makan, konon. Tapi aku rasa dia nak top-up akaun game.”
Vivian geleng kepala. “Dunia makin pelik. Tapi kau pun satu, entertain buat apa?”
Cassian menjulingkan mata ke atas. “Kau ingat aku ada pilihan? Hari-hari muka dia ada kat bangunan sebelah main game, aku hafal dah corak hidup dia. Ayah dia tak bagi duit, tapi bukan sebab tak mampu, sebab dia tau anak dia buat benda tak guna. Aku malas layan, tapi... ah, sudahlah.”
Vivian duduk atas meja depan Cassian, sebelah kasut tinggi dia hampir kena dokumen yang bertimbun. “Ohh... jadi kau kononnya dermawan la ni?”
Cassian senyum sinis, keluarkan sehelai duit RM50 dari dompet, goyang-goyangkan depan Vivian sebelum letak tepi. “Dermawan kepala otak kau. Aku bagi untuk makan. Aku bukan tak ada hati perut.”
Vivian angkat kening, ambil duit RM50 tu dan belek macam tengah buat ujian makmal. “Tak sangka Cassian-sama ada jiwa murni.”
Cassian menjeling. “Kau nak aku tarik balik ke?”
Vivian ketawa kecil, campak balik duit ke meja. “Relax lah, aku cuma amazed. Tapi kan, aku pelik...” Dia pandang Cassian sambil memiringkan kepala sikit. “Sejak bila kau ada masa nak peduli pasal orang lain?”
Cassian diam sekejap, jari-jemari mengetuk meja. Dia sendiri tak tahu kenapa dia peduli sangat. Tapi itu bukan hal yang Vivian perlu tahu.
“Entahlah. Aku rasa aku patut layan perempuan seksi je dari dengar kau bebel.” katanya sambil mencapai rokok.
Vivian tergelak sinis. “Huh, dasar Cassian. Pakai buang, boring je.”
Cassian tersenyum separuh bibir, menyulut rokoknya. “Kau pun sama.”
Vivian melangkah mendekati Cassian, punggungnya mendarat di atas meja tanpa segan, kaki bersilang, jari-jarinya perlahan meluncur ke paha Cassian. Senyuman menggoda terukir di bibirnya, tapi mata dia penuh keyakinan, bukan jenis perempuan yang terhegeh-hegeh.
“So...” Vivian bersuara lembut, tapi ada nada main-main. “Nak tak keluar malam ni? Minum-minum, enjoy? Aku baru balik dari overseas, jetlag pun belum habis.”
Cassian menjeling sekilas, nampak cara Vivian menggoda dia tu bukan sebab cinta, tapi lebih kepada mengisi masa lapang. Dia senyum nipis, ambil rokok yang dah separuh habis dari bekas abu, menyeretnya lagi sebelum bersuara malas.
“Kau baru je sampai, dah bosan? Duit banyak sangat sampai tak tahu nak buat apa?”
Vivian ketawa kecil, kakinya bergoyang sedikit di udara. “Boring la. Kau pun tau, aku tak reti duduk diam. Lagi pun, aku rindu nightlife kat sini. Kat luar negara tak ada thrill macam dekat Tokyo.”
Cassian menghembuskan asap rokok perlahan. “Huh. Rindu nightlife, ke rindu drama?”
Vivian menjeling, sengih separuh bibir. “Maybe both?”
Cassian ketawa kecil, geleng kepala. “Kau memang suka cari pasal.”
Vivian angkat bahu, tangannya masih di paha Cassian, mengusap dengan jari telunjuk seakan mencabar. “So? Kau nak ikut ke tak?”
Cassian tunduk sedikit, bibirnya hampir ke telinga Vivian sebelum dia bersuara rendah, sengaja buat suspense. “Entahlah... aku malas nak buang masa dengan benda yang aku dah hafal coraknya.”
Vivian buat muka bosan. “Ugh, kau ni makin susah diajak keluar.” Dia turun dari meja, betulkan baju sambil menghela nafas. “Fine. Aku keluar sorang, cari lelaki lain yang lagi fun.”
Vivian baru nak berpaling, tapi sebelum sempat dia melangkah jauh, Cassian dah bangkit dari kerusi. Dengan satu gerakan pantas, dia menangkap pergelangan tangannya dan menarik Vivian ke arahnya.
Dada mereka bertembung.
Vivian mendongak sedikit, keningnya terang kat. “Oh? Mood kau dah berubah?”
Cassian senyum miring, penuh dengan godaan yang hanya dia tahu cara mainkan. “Gurau je tadi. Tak rindu aku ke?”
Vivian nak balas sindiran, tapi Cassian dah rapatkan wajahnya ke wajah Vivian, menghirup aroma rokok premium yang masih melekat di bibir pink itu, Djarum Black, ada hint manis dan rempah yang mengusik deria.
Tanpa banyak bicara, bibirnya menyentuh bibir Vivian.
Vivian tersentak sekejap, tapi tak menolak. Cassian mencium dengan cara dia, perlahan tapi penuh kawalan. Dia bukan jenis gelojoh, tapi cukup untuk buat Vivian rasa rindu yang dia takkan mengaku.
Saat Cassian menjauhkan sedikit wajahnya, dia lihat Vivian masih pejam mata beberapa saat sebelum sedar dan menjeling tajam.
“Lepas ni, kalau aku ajak kau keluar, tak payah buat jual mahal, faham?” Vivian bersuara malas.
Cassian ketawa kecil. “Kita tengok nanti.”
Vivian membetulkan baju, mengambil clutch di atas meja, lalu keluar dengan gaya penuh keyakinan. Well, malam ini mungkin tak bosan sangat, bisik Cassian senyum.
MALAM itu berlalu macam mimpi singkat di hotel lima bintang yang Vivian tempah, tak jauh pun dari syarikat Cassian. Suasana bilik masih hangat dengan sisa keintiman. Jam berdenting 11:30 malam. Vivian dah lena di bawah selimut tebal dengan berbogel. Cassian, sebaliknya, tak boleh tidur.
Dia berdiri di tepi tingkap, separuh bogel dengan hanya boxer menutupi tubuh sasa nya. Rokok terselit di bibir, asap membelit udara. Tiga batang dah habis, tapi fikirannya masih kusut nombor diberi Beatrice tempoh hari. Tentang… gadis neraka.
Sial. Kenapa otaknya tak boleh lepas dari benda ni?
Dia menghembus asap terakhir, sebelum perhatiannya tertarik pada sesuatu di luar sana, di bawah sana. Dari tingkat tiga hotel, pandangannya jatuh ke lorong suram berhampiran kedai game. Jelas itu ayahnya, menarik Adrian keluar dari premis itu. Mereka bergaduh. Lelaki tu marah, Adrian meronta. Tak ramai orang lalu-lalang. Hampir tiada siapa perasan.
Tapi Cassian perasan dia.
Di sudut paling gelap lorong, berdiri sosok yang terlalu familiar—gadis misteri berbaju hitam.
Jantung Cassian berdegup kencang. Mata dia membesar sedikit.
"The f*ck?" bisiknya, seolah-olah mahu pastikan dirinya masih dalam dunia nyata.
Kenapa? Kenapa dia nampak dia lagi?
Kenapa setiap kali ada kekacauan, dia mesti ada?
Share this novel
best, emosi bercampur-campur...apa kaitn Enma Raii dgn Cassian ya..kasihan betul..
best... uc chapter as usual heeeeee