ARP-9

Action Series 1082

Iszran menggunakan gudang di Zehir Heavy Industries untuk buat senjata baharu. Kakaknya memberi arahan kepada supply chief untuk membekalkan segala bahan diperlu oleh adiknya.

Gudang besar ini dibahagi 2. Separuh menjadi bengkel, separuh menjadi tapak ujian senjata.

"Tunjuk."
Kasturi berdiri depan meja.

Iszran memasang rifle tanpa masalah dan berdiri sebelah dekat panglima;
"Pusing untuk kunci. Peluru masuk sini. Cocking atas ni dan putar yang ini untuk tukar firing rate."
Dia menyerahkan rifle kepada beliau.

Kasturi melutut, menyasarkan tong berisi air dan menarik pin;

*Tatatatata..!*

Tong bocor dan air mengalir ke lantai. Kasturi guna binokular untuk lihat ketepatan tembakannya tadi.

Kasturi memberi perhatian pada tong yang lain untuk ujian kali kedua.

Kasturi memutar tuil di tepi senapang selepas menukar katrij;

*Tatata..! Tatata..!*

Kasturi memperoleh keputusan yang sama dan meletakkan senjata di atas meja;

"Keadaan rifle kau semakin bagus, lebih tepat dan konsisten. Syabas."

Iszran menghulurkan segelas air kepada panglima. Dia membuka setiap satu bahagian rifle untuk memeriksa keadaan komponen dalam senapang prototaip itu.

"Sekarang ini kira-kira yang saya buat bila buat prototaip ni dan cuba bagi pandangan tuan."

Kasturi mencapai kertas dan membelek setiap satu halamannya;

"Kenapa murah sangat ni?"

Dahinya berkerut, tidak mempercayai nilak yang dilihatnya depan mata.

"Penggunaan besi keluli dan plywood. Komponen senang dijaga, susah nak overheat dan cuma seberat 4.7kg, kalau ada peluru.

Iszran mengelap komponen yang sedikit kotor.

"Tuan boleh saya tanya satu dua benda?"

"Cakap."

"Seandainya rifle saya kena terima oleh dod. Adakah saya ada hakmilik pada senapang ni?"

"Tak. Sebab di penghujung pertandingan segala kos yang kau keluarkan akan dibayar balik oleh dod."

Iszran terpaku dan Kasturi senyum lebar.

"Kenapa? Menyesal?"

"Tujuan saya cipta senapang ni untuk mempertahankan tanah air kita. Bukan jadi salah saya kalau ia disalah pakai."

Iszran memasang semula rifle dan menyimpannya di dalam locker.

"Dasar Zehir Thalassocracy adalah berkecuali dan takkan suka hati mulakan perang tanpa membuka meja rundingan.
"Tiada manfaat kalau empayar kita mulakan perang terlebih dulu dan kesannya akan kena balik pada kita juga."

Kasturi menenangkan keadaan.

Pvt_Spec_Iszran,
IZA_North_Base,
Muskgrad_Oblast, Zehirskaya,
Zehir_Thalassocracy.

Hari yang dinantikan sudah tiba, pertandingan berlangsung di kem tentera belah utara, Muskgrad Oblast, Zehirskaya.

Staff Sergeant datang masuk ke padang sasar;
"Model peserta yang pertama, Alexi Borkin!"

Askar I menletakkan rifle buatan Alexi ke dalam tong berisi air berlumpur sebelum bergerak ke posisi penembak.
Tembakan dilepaskan mengenai sasaran sehingga berhenti separuh jalan.

"...
"Bolt rifle tersangkut."
Askar I menghantar rifle ke meja belakang.

"Model peserta yang kedua, Zayn Malq!"
Staff Sergeant merekod hasil ujian pertama.

Askar I menimbus rifle Zayn dengan pasir dan mengambil tempat di posisi penembak.
Apabila picu ditekan, tiada tembakan dihasilkan oleh rifle tersebut.

"...
"Rifle gagal berfungsi."
Askar I kembali ke belakang.

Staff Sergeant terus membuka helaian kertas ujian yang baharu;
"Model peserta yang ketiga, Iszran Hetzerneuer!"

Askar I membasuh rifle Iszran dengan air berlumpur dan bersedia untuk menembak.
Tembakan pertama dilepaskan sehingga selesai dan katrij terus ditukar.

"Senapang berfungsi tanpa sebarang masalah teknikal."
Askar I melaporkan.

"Teruskan ujian."
Arah Staff Sergeant.

Askar I menuang pasir lalu memutar kunci pada tepi rifle dan bersedia untuk meneruskan ujian.
Tembakan dilepaskan sehingga katrij kehabisan peluru selepas menembak dengan kadar lebih laju.

"Senapang masih berfungsi tanpa masalah teknikal."
Askar I melaporkan.

Staff Sergeant habis menulis atas kertas ujian;
"Kesemua peserta dibenarkan balik dan keputusan akan keluar dalam masa sejam."

Iszran, Alexi dan Zayn masuk ke kantin selepas lama berdiri di padang sasar yang penuh bersalji.

Panglima Kasturi tanpa buang masa berjumpa dengan Iszran untuk membantunya panaskan badan;
"Kau ada nama untuk rifle tu kah?"

Iszran hirup kopi panas;
"Ada."

"Kawan."
Alexi dan Zayn datang kepadanya;
"Tahniah atas kejayaan awak, lain kali kami pasti dapat tempat pertama."

Iszran bersalaman dengan dua askar itu sebelum mereka meminta izin untuk beredar.

General Staff Supply keluar dari pejabat, menjemput Iszran ke dalam.

"Sediakan dokumen tentang kos yang kamu keluarkan masa buat senjata ni. Lepas tu department of defence akan reimburse segala kos tersebut.

"Tahniah, awak menang dalam pertandingan kali ini. Tolong isi borang ni untuk documentation."

Ujar General Staff Supply.

"Baiklah. Terima kasih."

Iszran mengambil borang dan mula mengisi butiran yang diminta oleh DoD.

"Awak pastikah ini nama yang awak nak beri pada ciptaan awak ni?"

"Ya. Automatic rifle pawana, arp-9."

"Baiklah.
"Semua sudah selesai. Terima kasih private. Saya doakan supaya kamu terus berjaya."

Iszran mengangkat tabik dan beredar dari pejabat.

Semasa Iszran tiba di berek, ada askar memakai baju tebal dan memegang sekeping surat berwarna kuning-kekuningan.

"Selamat petang, kawan. Ada surat sampai dari pakma. Alamat, cherry street."

Askar itu memberi surat dan keluar dark berek. Iszran masuk ke dalam bilik dan duduk atas katil sebelum membuka surat tersebut.

"Kepada, Iszran Hetzerneuer. Harap surat ini sampai pada kamu dengan baik.
"Selepas melakukan penilaian saat akhir, posisi kamu sebagai [Active Duty] akan dipindahkan ke [Reserve Duty] bagi membantu kamu fokus dalam pembelajaran di dalam universitat.
"Lokasi dikekalkan, [Marine Corps Depot, South Zehilina] dan kamu hanya akan dipanggil untuk melapor diri apabila dikehendaki oleh pihak atasan.
"Arahan ini berkuatkuasa 24 jam selepas tarikh surat ini dikeluarkan. Sekian."
Iszran baring atas tilam dan menutup matanya lalu berbisik...

"To begin is easy, to persist is an art."

-TAMAT-

Sampai sini sajalah cerita kali ini. Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang membaca sampai hari ini. Tanpa anda, tiada cerita dari saya pada hari ini. Kelak bila sampai masanya akan kita bertemu kembali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience