IMANI SOPHIA mengejapkan matanya apabila merasa geli pada bahagian lehernya. Dia tahu siapa lagi kalau bukan Izz Zaquan, suaminya.
"Abang, Imani ngantuklah," rengek Imani Sophia perlahan, cuba menjauhkan kepala Izz Zaquan dari lehernya. Suaminya itu bahkan sudah tidak berpakaian apa-apa.
"Sekejap je," balas Izz Zaquan lembut sambil menurunkan gaun tidur Imani Sophia. Bibirnya mulai bermain-main pada tubuh Imani, manakala tangannya pula bergerak di bahagian bawah.
"Janji sekejap…ah!" Imani Sophia gagal menahan desahan apabila Izz Zaquan mulai sentuhannya yang tidak terkawal sehingga pukul 12 malam baru suaminya itu melepaskan dirinya.
Tubuh Imani rasa sakit dan penat tetapi perutnya lapar. Dia bangun lalu mengambil gaun tidurnya yang tercampak di lantai.
Imani Sophia mengeluh melihat gaun tidurnya sudah berkedut teruk. Dia tidak lagi mempercayai janji ‘sekejap’ daripada Izz Zaquan.
“Dia punya sekejap tu tak boleh percaya langsung. Kalau aku tak pakai Implanon ni, entah-entah setiap tahun aku buka buku pink,” bebel Imani Sophia berani bila Izz Zaquan berada dalam bilik air.
Dengan malas, Imani capai bathrobe dan turun ke dapur perlahan-lahan. Mujur sudah lewat malam dan pembantu rumah semuanya sudah kembali ke rumah belakang. Jadi tiada masalah Imani menyarung bathrobe saja.
Laju Imani buka lampu dapur dan menuju ke peti sejuk untuk mencari makanan yang boleh dipanaskan semula. Sedang dia mencapai mangkuk dari rak atas, tiba-tiba tangan seseorang melingkar di perutnya.
"Ahhh! Abang! Apa ni? Buat Imani terkejut je,” rungut Imani Sophia yang tahu benar itu tangan suaminya.
"Buat apa malam-malam ni?" soal Izz Zaquan tanpa melepaskan pelukan.
"Imani lapar, tadi mana sempat makan malam," jawab Imani Sophia sambil mula memanaskan makanan.
"I pun lapar juga, tapi I lapar nak makan you lagi," bisik Izz Zaquan, membuat tubuh Imani Sophia meremang.
"Kan dah tadi, Imani lapar ni," jawab Imani Sophia sambil cuba melepaskan pelukan Izz Zaquan.
"Janji last round," rayu Izz Zaquan sambil mematikan suis microwave lalu mengangkat tubuh Imani Sophia ke meja makan. Melihat keadaan isterinya yang hanya memakan bathrobe memudahkan kerja Izz Zaquan.
“Abang takkan kat sini?” tanya Imani Sophia yang mula teragak-agak.
“You bagi sekejap je kan? So, kat sini jelah,” balas Izz Zaquan.
Imani Sophia mula teringat janji sekejap Izz Zaquan tadi tapi sudah terlambat bila Izz Zaquan terlebih pantas mencium bibirnya yang buatkan Imani Sophia turut membalas ciuman hangat mereka.
Entah kenapa Imani Sophia tidak mampu menolak kehendak suaminya malah turut menikmati. Mungkin kerana ini kali pertama mereka bersama selain di bilik tidur, memberikan sensasi yang berbeza.
Kali ini Izz Zaquan menepati janjinya. Setelah selesai dia membantu membetulkan bathrobe Imani lalu mendudukkan isterinya di kerusi.
"Duduklah dulu," arah Izz Zaquan sebelum memanaskan semula makanan untuk Imani Sophia.
Imani Sophia hanya memandang tingkah suaminya tanpa kata sehingga Izz Zaquan meletakkan pinggan berisi makanan di hadapannya.
“Makanlah.” Sepatah saja kata Izz Zaquan tapi Imani Sophia sudah terbiasa.
Baru sahaja Imani Sophia ingin mula makan tiba-tiba telefon bimbit Izz Zaquan bergetar. Baru Imani Sophia perasan yang telefon bimbit Izz Zaquan berada dengannya. Kenapa suaminya tidak berenggang dengan telefon bimbit?
"Ya, hello? Okey, I datang sekarang. You jangan ke mana-mana atau buka pintu." Suara Izz Zaquan terdengar cemas.
"Siapa?" tanya Imani Sophia. Hatinya mula terus rasa tak sedap.
"I nak keluar. Ada hal kejap. Lepas makan, you terus masuk bilik," suruh Izz Zaquan yang sudah bangun mahu pergi bersiap.
"Siapa call abang tengah malam ni? Ivy ke?" soal Imani Sophia sekali lagi.
"She need me," balas Izz Zaquan tergesa-gesa.
"Abang tak boleh pergi!” Halang Imani Sophia.
"I janji kejap je!" tegas Izz Zaquan sambil melangkah mahu meninggalkan Imani Sophia yang merenung kosong makanannya.
"Kalau Imani larang abang pergi, abang tetap pergi juga ke?" tanya Imani Sophia dengan suara lirih, masih menunduk.
"Dia perlukan bantuan I."
"Patut ke seorang suami pergi ke rumah perempuan lain tengah malam macam ni?" tanya Imani Sophia dengan hati yang sakit.
"Jangan buat perangai macam budak-budak, boleh tak! I cuma nak pergi tolong dia je," bentak Izz Zaquan yang mula rasa nak marah dengan sikap Imani Sophia.
"Budak-budak? Fine, pergilah. Lepas ni Imani takkan pedulikan abang lagi," bisik Imani Sophia perlahan.
Izz Zaquan terdiam seketika tetapi panggilan Ivy membuatnya kembali melangkah pergi, meninggalkan Imani Sophia yang menangis sendirian.
"Ini pilihan abang," ujar Imani Sophia lirih, air matanya terus mengalir.
Pedih hatinya melihat suaminya pergi memilih wanita lain. Imani Sophia terasa seperti hanya dipergunakan, habis manis sepah dibuang, akhirnya tetap juga ditinggalkan.
IZZ ZAQUAN pulang ke rumah pada jam 7 pagi tetapi Imani Sophia sudah tiada di dalam bilik mereka. Dia memandang katil kosong yang dikemas rapi dengan perasaan campur baur. Perlahan-lahan dia keluar dari bilik dan mencari pembantu rumahnya untuk bertanyakan di mana Imani Sophia.
"Mak Limah, mana Imani?" soal Izz Zaquan gelisah.
"Puan dah keluar awal pagi tadi," jawab Mak Limah. “Tuan nak sarapan awal ke?’
"Tak apalah, saya nak rehat je," kata Izz Zaquan sebelum naik semula ke bilik.
Di pejabat, Imani Sofia termenung sendirian di rooftop, hatinya masih sakit memikirkan perbuatan Izz Zaquan malam tadi.
"Tak elok termenung sorang-sorang kat sini." Suara Helmi menyapanya sambil menghulurkan air tin sejuk.
"Terima kasih."
"Kalau ada masalah, jangan sorang-sorang datang sini. Saya tak nak esok keluar berita perempuan cantik terjun bangunan," gurau Helmi.
Imani Sophia tergelak kecil, "Awak jangan risau. Saya masih ingat dosa pahala lagi. Hmm, saya pergi dulu. Dah start office hour dah.”
Imani Sophia segera turun ke lobi dengan lif. Dia cuba menenangkan hatinya daripada terus memikirkan Izz Zaquan.
"Ehemm," deham Suraya mengejutkan Imani Sophia.
"Kenapa?" tanya Imani Sophia dengan pelik.
"Boleh aku tanya something? Suami kau ada buat benda tak elok ke kat kau?" soal Suraya serius.
"Apa maksud kau?" Imani terkejut.
"Tengoklah ni," kata Suraya sambil menghulurkan cermin kecil.
Wajah Imani Sophia merah padam melihat tanda merah di lehernya akibat gigitan cinta Izz Zaquan. Dia segera menutupnya dengan concealer. Itulah akibatnya kalau kelam kabut dia keluar rumah semata-mata tak nak bertembung dengan suaminya sampai lupa kesan-kesan tersebut.
"Ini alergi je," jawab Imani Sophia malu.
"Aku bukan budak kecil tau, aku tahu tu apa. Aku tak sangka suami kau macam tu eh," usik Suraya sambil tersenyum nakal.
"Sudahlah, pergi balik tempat kau. Aku nak buat kerja!" balas Imani Sophia sambil berpura-pura sibuk, cuba menutup rasa malunya.
Dalam hati Imani Sophia sedar, dia hanya tempat pelampiasan nafsu Izz Zaquan. Lelaki itu akan meninggalkannya bila Ivy memerlukannya. Imani Sophia semakin yakin, dia tidak lebih daripada tempat pelepasan nafsu suaminya.
TERKEJUT Imani Sophia bila buka pintu bilik, Izz Zaquan sudah berbaring di atas katil. Tak pernah suaminya pulang awal begini. Imani Sophia memilih ke bilik air untuk membersihkan diri. Setelah selesai mandi, dia keluar memakai pakaian santai.
Melihat Izz Zaquan yang sudah bangun, Imani Sophia terus keluar bilik tanpa mempedulikan suaminya itu. Hatinya masih terluka mengingatkan keputusan Izz Zaquan semalam.
Izz Zaquan hanya diam menatap Imani Sophia yang berlalu pergi.
"Mak Limah, tolong buatkan saya coklat panas, nanti hantar ke taman belakang ya," pinta Imani Sophia sebelum melangkah ke gazebo, tempat kegemarannya di taman bunga miliknya.
Imani Sophia termenung memandang rumah besar yang terasa sunyi setiap hari. Dulu dia pernah berharap menghidupkan rumah ini dengan tangisan bayi tetapi kini harapan itu seperti mustahil.
"Ini minumannya, puan," kata Mak Limah sambil meletakkan coklat panas dan beberapa kudapan.
"Terima kasih, Mak Limah."
"Maaf puan, Mak Limah nak tanya sikit, Tuan Izz dah bangun ke?" tanya Mak Limah ragu-ragu.
"Dah. Kenapa, Mak Limah?"
"Tuan Izz tak makan lagi dari pagi tadi. Risau juga Mak Limah tadi ketuk bilik dia tak jawab."
"Tuan Izz tak pergi kerja ke hari ni?"
"Tak, puan. Dia tanya puan pagi tadi, lepas tu tak keluar-keluar lagi."
"Nanti keluar lah tu," balas Imani Sophia acuh tak acuh.
Mak Limah pelik melihat Imani Sophia yang biasanya begitu prihatin terhadap Izz Zaquan kini kelihatan tidak peduli.
Malam tiba, Mak Limah cuba panggil Izz Zaquan untuk makan malam tetapi tiada jawapan.
"Nanti saya bawa naik, Mak Limah," kata Imani Sophia kemudian terus membawa dulang makanan ke bilik buat suaminya.
Imani Sophia meletakkan makanan di meja depan Izz Zaquan yang sibuk dengan laptop.
"Kalau Mak Limah panggil tu jawablah. Buat orang risau je," rungut Imani Sophia.
Izz Zaquan menutup laptop dan menatap Imani Sophia. "I masih ada isteri yang boleh panggil I makan."
"Isteri yang mana? Calon isteri atau isteri pelepas nafsu ni?" balas Imani Sophia dengan sinis.
Izz Zaquan menarik tangan Imani Sophia hingga jatuh ke pangkuannya. "You merepek apa ni?" soalnya dengan marah.
"Bukan Ivy calon isteri abang? Mama pun dah suruh Imani izinkan abang kahwin lagi. Salah ke apa Imani cakap ni?" luah Imani penuh emosi.
"Ivy cuma kawan I. Jangan libatkan dia dalam masalah kita!" bentak Izz Zaquan, mencengkam pinggang Imani kuat.
"Abang sendiri bawa dia dalam perkahwinan kita."
"Dia cuma masa lalu I!"
Imani Sophia tersenyum sinis mendengar pengakuan itu. Akhirnya, Izz Zaquan mengaku tentang hubungannya dengan Ivy.
"Lepaskan la, saya nak rehat," pinta Imani, cuba melepaskan diri.
"I akan cakap dengan mama nanti, you tak perlu risau atau fikir bukan-bukan."
"Imani tak kisah kalau abang nak kahwin lagi tapi sebelum tu ceraikan Imani dulu," kata Imani Sophia serius, membuatkan Izz Zaquan terdiam.
Salam perkenalan daripada Imani & Izz. Jemput baca kisah #ImaniIzz yang mungkin tahap pain dia macam kena gigit semut api je hehehe. Novel ni akan update setiap hari pukul 4 petang okey!
Share this novel