Drake tiba lebih awal dari Fea dan Taylor. Dia sebenarnya tidak sabar mahu tahu kenapa Rey tiba-tiba mengajak mereka makan malam bersama kerana acara ini jarang-jarang sekali mereka adakan. Mungkin Rey ada agenda yang mereka tidak tahu. Adakah telahan adiknya itu benar?
Matanya sesekali menjengah kearah jendela besar, mana tahu ada 'tetamu penting' yang akan datang pada malam ini.
"Kamu kenapa?" tanya Rey hairan. Dia seolah dapat membaca fikiran anak sulungnya.
Drake tersentak.
"Ehem..er.."
"Selamat malam papa, abang Drake" sapa Fea sambil melangkah masuk ke dalam mansion bergandingan tangan dengan Taylor.
Satu tangan Taylor memegang sebuah bouquet buah bersama beberapa kuntuman bunga ros dan daisy.
"Untuk papa" suara Taylor dengan senyuman manisnya.
"Untuk papa? Wah!" Rey sedikit teruja dengan buah tangan yang dibawa anak dan menantunya sambil tersenyum lebar.
"Terima kasih" Rey menyambutnya dengan senang hati.
Taylor dan Fea ikut duduk disofa berhadapan dengan Drake. Sesekali Fea dan Drake berlawan pandang sambil memberi isyarat muka dan mata.
'Betul ke papa nak kahwin?' soal Fea dalam hati sambil menatap wajah Drake.
'Manalah aku tahu. Kamu tanyalah papa sendiri' balas Drake hanya sekadar isyarat mata dan sedikit pergerakkan badan.
'Papa nampak ceria malam ni' adu Fea yang masih bermain mata dengan Drake, sesekali bibirnya ikut mengerucut seiring dengan memek muka.
Mereka berdua seolah-olah faham dan dengar perbualan antara keduanya. Padahal, tiada langsung antara mereka yang bersuara.
Taylor yang berada di samping Fea memandang isteri dan abang iparnya dengan bingung. Perkara apa yang sedang isteri dan abang iparnya lakukan?
"Sayang.." tegur Taylor lembut sambil menjengah sedikit memandang wajah isterinya.
"Erm, ya" sahut Fea sontak menoleh ke arah suaminya. Bola matanya bergerak memandang ke arah Rey.
Fea menelan ludah. Dia membetulkan duduknya,
"Papa.."
"Mmm"
"Kenapa kita belum makan lagi, Fea dah lapar ni. Erm, ada tetamu lain lagi ke yang akan sertai makan malam kita malam ni?" Fea cuba mengawal tonasi suaranya agar lebih mendatar dan tenang.
Rey terkekeh ketawa tatkala mendengar pertanyaan anak perempuannya.
Fea ikut tersengih, tetapi tawanya terlihat begitu hambar.
"Dari mana kamu tahu yang kita sekarang sedang menunggu tetamu?"
Sengihan diwajah Fea serta merta pudar.
"Tak tahu, tapi..Fea cuma beranggapan begitu kerana kita masih berada diruangan ni sedangkan hidangan sudah siap disana" ujar Fea terkekeh kecil sambil menunding tangan ke arah ruang makan.
Sekali lagi Rey ketawa sehingga memperdengarkan suara garaunya.
"Kamu memang pintar dari dulu."
Fea tersenyum tatkala menerima pujian dari Rey sebelum dia tersontak!
"Apa, jadi benarlah sekarang ni kita masih menunggu tetamu?" Fea semakin penasaran. Dia menjeling sekilas ke arah Drake yang sedang menatap kearahnya seolah-olah mahu dia bertanyakan lebih.
"Hmm" Rey sekadar mengangguk.
"Siapa?" Drake tersenyum saat adiknya mengajukan pertanyaan itu pada Rey. Dia sudah siap memasang telinga.
Keadaan disitu berubah tatkala tetamu yang dinantikan telah pun tiba.
Rey bersama keluarga melangkah keluar mansion lalu berhenti tidak jauh dari sebuah kereta mpv Mercedes berwarna hitam.
Seorang lelaki separuh usia turun dari kereta bersama seorang wanita.
"Hey..selamat datang, Noh" sambut Rey mesra lantas mereka berpelukkan seketika.
"Yah, sudah lama kita tidak bertemu" sambut Noh dengan senyuman lebar terukir diwajah kacukan english dan Philippines itu.
Fea menyambut mesra wanita yang datang bersama teman papanya.
"Kamu tentu puteri bongsunya Rey."
Sapa wanita itu mesra.
"Iya, benar." akui Fea lembut dan mesra.
Rey dan Taylor ikut menyapa tetamu dengan ramah.
"Ini bukan ke...?"
Kata-kata Noh terhenti apabila Rey mencelah pantas
"Ya, dia bodyguard dan juga personal assistant saya. Tak sangka akhirnya menjadi menantu dalam keluarga ni" ujar Rey sambil terkekeh ketawa.
"Itu perkara baik. Kamu begitu beruntung" puji Noh kepada Taylor.
Taylor hanya tersenyum saat dipuji begitu.
"Oh ya,kami mohon maaf kerana tidak hadir ke majlis pernikahan anak kamu, Rey. Waktu itu kami berada di Philippines. Sebaik saja pulang, kami terus datang ke sini." cerita Noh dengan perasaan bersalah.
"Owh begitu. Tak mengapa, saya faham. Eh! oh ya, kamu datang berdua saja, mana Sofia?"
Rey begitu penasaran.
"Tengah jawab panggilan dari hospital. Sebentar lagi dia turun" balas Noh perlahan.
Rey mengangguk faham.
"Ini kami bawakan hadiah pernikahan untuk Fea. Maaf sekali lagi kerana tidak dapat datang pada malam tu" ujar wanita itu lagi lantas menghulurkan sekotak hadiah berukuran kecil berbalut kemas dengan pembalut kertas berwarna perak.
Fea menyambutnya,
"Terima kasih untuk hadiah ni, buat susah-susah saja" luah Fea sekadar basa basi. Tuturannya kedengaran lembut dan sopan.
Wanita itu sekadar tersenyum sambil mengusap lembut bahu Fea.
Dalam masing-masing sibuk berborak, seorang wanita turun dari kereta.
Penampilannya tampak simple tetapi begitu sempurna. Dress berwarna hitam melekap elok pada tubuhnya sepadan dengan sepatu hak tinggi berwarna senada. Rambutnya yang panjang separas pinggang dibiarkan mengurai lembut bersama solekkan tipis pada wajah menampakkan wajahnya begitu mempersona pada pandangan seorang lelaki yang berada tidak jauh dari Taylor.
Dia sempat terkedu! Tatapan pesona pada wanita yang rasanya dia kenali itu. Yah, benar! Pertama kali dia bertemu dengan wanita ini saat dia berada di hospital di Ireland.
"Sofia" belum sempat Noh memperkenalkan, Drake terlebih dahulu menyapa.
Semua mata tertumpu pada Drake.
Penampilan lelaki itu tampak simple namun sangat kacak. Jika sekarang ini dia hanya mengenakan pijama tidur juga, penampilannya tetap kelihatan tampan dan bergaya kerana dia sendiri mempunyai susuk tubuh yang atletis dan memiliki raut wajah yang sangat tampan.
Ramai wanita yang tergila-gilakannya namun tidak ada satu pun yang berjaya menambat hati lelakinya sehinggalah...
"Ya. Apa khabar Drake" sapa Sofia lembut dengan senyuman lebar di wajah.
Drake terkedu saat wanita itu menghulurkan tangan.
Taylor yang berada disisi lantas menyiku perlahan.
Drake tersentak lantas menyambut huluran tangan Sofia dengan pantas.
Kesemua yang melihat situasi itu ketawa geli hati.
..
Makan malam berlangsung dengan suasana santai dan serba bersahaja. Namun begitu mendebarkan bagi Drake.
Sejak awal makan 30 minit yang lalu sehingga sekarang, dia hanya menjamah beberapa suap sahaja kerana seleranya sudah berpindah kepada seorang wanita yang duduk berhadapan dengannya.
Dia meletakkan sudu dan garfu,
"Sofia, kalau awak tak keberatan boleh saya bawa awak jalan-jalan di luar mansion?"
Yang lain menoleh memandang Drake dan kemudian menatap ke arah Sofia.
Sofia perlahan meletakkan sudu dan garfu, mengambil sapu tangan lalu mengusap bibirnya lembut sebelum membalas tatapan Drake. Dia tersenyum lantas mengangguk lembut,
"Mari" ajaknya.
Keduanya bangun
"Kami berdua mohon beredar sebentar" mohon Drake sopan.
Rey dan Noh tersenyum. Itulah yang mereka mahu lakukan. Tak sangka semuanya berjalan seperti yang dirancang.
...
Langit kelihatan cerah walaupun malam sudah pun larut. Cahaya bulan penuh menyinari bumi New York. Taburan bintang berselerakkan mengindahkan lagi suasana pada malam itu. Sesekali angin sejuk menyapa tubuh kedua pasangan yang tampak agak kekok berjalan berduaan di kawasan laman mansion.
Sofia memeluk tubuh, sesekali dia mengusap lengannya.
Drake melepaskan kotnya lalu dipakaikan pada belakang tubuh Sofia.
Suasana disitu terasa kembali hangat dan romantis.
"Terima kasih" ucap Sofia sambil tersenyum.
Tanpa segan, Drake mencapai tangan Sofia,
"Mari saya hangatkan"
Sofia tidak menarik atau tidak membantah sama sekali. Dia hanya membiarkan lelaki itu mengusap tangannya lembut. Terasa hangat dan nyaman.
"Tangan awak sangat sejuk" ujar Drake dengan tatapan pesona terhadap Sofia.
Sofia mendongak,
"Tapi tangan awak kenapa begitu hangat?" suara Sofia tanpa sedikit pun mengalihkan tatapannya dari terus menatap wajah lelaki dihadapannya.
Dalam samar malam, wajah lelaki itu terlihat tak ubah seperti seorang putera raja bersusuk tegap dan tampan.
Dia merasa ada pesona pada lelaki ini.
'Kenapa dia...begitu tampan?' saat dia bersuara di dalam hati, detak jantungnya ikut berdegup kencang.
Ternyata tatapan balas dari Drake mampu menggugah hati wanitanya.
Angin menderu menyapa keduanya. Rambut Sofia yang mengurai sedikit terbang ditiup angin sehingga menutup wajahnya.
Tangan kanan Drake terangkat lalu menyelak rambut itu lembut, diselitnya perlahan di belakang telinga, menampakkan semula raut wajah cantik Sofia.
Kelakuan Drake sudah pasti membuat Sofia lebih berdebar.
Sejak pertama kali dia bertemu dengan lelaki ini di bilik kerjanya, dia sudah melihat pesona lelaki ini dan dalam masa yang sama dia tertarik dengan sikap possesif dan ambil beratnya terhadap Fea. Lelaki itu benar-benar mempertahankan martabat dan maruah keluarganya. Itu membuatkan dia kagum walaupun saat itu, wajah lelaki ini terlihat begitu tegang.
Tapi, bila saat dia tahu lelaki ini dipenjarakan buat sementara untuk siasatan, dia sudah tahu jawapannya, lelaki ini tidak bersalah! Jadi, selama ini dia tidak salah menaruh hati pada jejaka tampan yang sekarang sedang berdiri dihadapannya, dekat, malah bersentuhan dengannya. Langsung tidak dijangkanya sama sekali.
Tanpa sedar, dia mara selangkah.
"Aku dapat lihat cahaya bulan terpancar indah di raut wajahmu" tatapan Drake semakin lekat. Bola matanya menyapu lembut ke seluruh wajah lembut Sofia sebelum berhenti pada bibir merah muda yang hanya berjarak beberapa inci darinya.
"Hurm" Drake terlebih dahulu maju saat melihat respond dari Sofia. Dia melumat bibir Sofia lembut.
Satu tangannya merangkul pinggang ramping Sofia, menarik tubuh Sofia rapat dengannya dan satu tangan lagi menekan belakang kepala wanita itu, memperdalam lagi lumatan, lama sebelum tautan itu terpisah perlahan dengan deruan nafas yang tidak keruan. Tatapan mata mereka bertaut, dekat sehinggakan puncak hidung keduanya bergesel lembut.
Dada keduanya turun naik dengan pantas.
"I love you" luah Drake tanpa rasa ragu.
Ya. Sejak pertemuan mereka pertama kali di hospital, dia akui ada satu perasaan aneh dalam dirinya yang selama ini dia tidak pernah rasai dari mana-mana wanita. Namun ketika itu, masalahnya lebih besar jika hendak dibandingkan dengan perasaannya yang dia sendiri tidak pasti. Mungkin rasa itu hanya singgah untuk sementara.
Tapi di pertemuan kali ini yang agak berbeza, wanita itu datang bukan sebagai perawat dan dia bukan sebagai pesakit, membuatkan perasaan itu timbul semula dan hatinya rasa menggebu.
Sofia terkedu. Dia sendiri tidak menyangka bahawa lelaki ini akan meluahkan isi hatinya pada malam ini.
Dia? Bagaimana dengan hatinya sendiri?
Deg! Deg! Deg!
Itu yang dia rasakan. Degupan jantungnya bergetar kuat saat ungkapan itu terucap dari bibir Drake.
"Awak single, sama juga denganku. Jadi tak ada masalah kalau.." Drake menggenggam tangan Sofia erat.
"Kita kahwin"
Sofia mengulum senyum saat ungkapan keramat itu keluar dari bibir Drake.
Dia rasa lega saat lelaki itu melamarnya. Itu yang sebenarnya dia harapkan. Ternyata dia juga bukan bertepuk sebelah tangan.
Sofia tertunduk malu saat renungan romantis Drake menyapu lembut seluruh wajahnya.
"Kenapa?"
Sofia menggigit bibirnya. Di kalah dengan tatapan Drake.
"Sudikah awak menjadi isteriku?"
Keduanya terdiam. Detak jam terasa seakan terhenti, namun tatapan mata keduanya masih beradu, hangat dan romantis sebelum keduanya ketawa.
"Awak setuju?" tanya Drake yang masih dengan sisa tawanya.
Sofia tersenyum lalu mengangguk,
"Yes" balasnya.
"Yes! Yes! Yes!"
"Ahhh" Sofia menjerit girang saat tubuhnya diangkat lalu dipusing oleh Drake, melayang diudara.
Kedengaran tawa keduanya pecah di tengah laman mansion sambil diperhatikan dua pasang mata dari tingkat 3 mansion.
"Dari awal lagi saya sudah dapat menjangka, mereka berdua memang sepadan"
Sorot mata Fea menatap sinis wajah tampan Taylor.
"Really? You know about it, sayang?" tatap Fea galak.
Taylor tersenyum.
"Since when?" soal Fea teruja.
Taylor memutar tubuh isterinya. Dia menatap wajah cantik Fea lembut dengan penuh kasih sayang.
"Erm, mungkin saat sayang pertama kali dirawat di.."
Fea menganga.
"Macam mana saya boleh tak sedar tentang semua tu?"
Fea berasa dirinya kurang peka.
Taylor tersenyum.
"Mungkin kerana waktu tu sayang belum berbaik dengan Drake. Dan waktu tu juga sayang masih belum sihat sepenuhnya."
Taylor memeluk pinggang isterinya. Dia merendahkan tubuhnya,
"Berhenti fikir tentang mereka. Mari fikirkan tentang kita"
bisik Taylor.
Taylor meraup wajah Fea, lalu bibirnya menyentuh lembut bibir Fea.
"Aku menginginkanmu sekarang, boleh tidak?"
Fea tidak membalas pertanyaan suaminya. Dia malah menyambung lumatan suaminya dengan lembut.
"Aku sudah tidak boleh bersabar lagi" Taylor lantas mengendong tubuh isterinya masuk ke dalam bilik.
Fea hanya tersenyum dengan setiap tindakbalas dari suaminya.
Dia sendiri tidak menjangkakan cintanya hanya pada seorang bodyguard yang pernah menjadi drivernya ketika kuliah.
Beberapa kali dia cuba mengelak dari dihantar lelaki itu, namun beberapa kali itu juga lelaki itu berjaya mengejarnya. Amanah yang diberikan oleh papanya kepada lelaki itu, tidak pernah dia sia-siakan. Dia melakukan tugas dengan penuh dedikasi dan disiplin.
Dari awal dia berniat mahu melarikan diri dari lelaki itu, namun siapa sangka perasaan itu berubah sedikit demi sedikit sehingga membuatnya terperangkap dalam kehidupan lelaki bernama Taylor.
Atas dasar kerja, mereka perlu sering bersama sehingga membawa keduanya ke Ireland. Dia sedar, dia tidak boleh hidup sendiri tanpa pengawasan dari lelaki itu. Hidupnya rasa teratur dan lengkap jika lelaki itu sentiasa bersamanya. Dirinya rasa begitu selamat. akhirnya mereka disatukan dengan atas dasar C.I.N.T.A.
"Sayang.." seru Fea lembut.
"Hmm.." Taylor meraup lembut wajah isterinya dengan penuh kasih sayang.
Kedua tubuh t*lan*ang mereka hanya ditutupi dengan selimut tebal. Keduanya baru selesai 'bercinta'.
Jiwa lelaki Taylor tidak boleh terpisah lagi dengan isterinya. Dia tidak lagi bertugas sebagai pengawal peribadi. Sejak menikah dengan Fea, dia tugaskan sebagai CO satu bahagian dengan isterinya. Jika Fea perlu ke site, dia akan ikut serta kerana pada waktu yang sama, dia masih boleh menjaga isterinya.
Fea menangkap tangan suaminya.
"Kenapa?" Taylor merenung isterinya.
"I think..now I'm ready.." bahas Fea lembut tanpa ragu. Senyuman terukir di bibirnya.
Taylor termanggu dengan pengakuan isterinya.
"Ready for what, honey?" dahinya berkerut tidak mengerti maksud isterinya.
Fea mengangkat tubuh, menongkat tubuhnya dengan lengan sambil menatap tepat ke dalam anak mata suaminya.
Fea merendahkan kepalanya lalu mendekat dan sejajar dengan wajah suaminya,
"To be a mother" bisik Fea.
Raut wajah Taylor berubah.
Dia menganga sambil senyuman lebar terukir diwajahnya.
"Oh my god honey.." Taylor kelu.
"Jika sayang ready, saya juga 101% ready. Yuhuu" Taylor bersorak gembira.
"Arghh!" Fea menjerit manja saat tubuhnya ditarik Taylor lalu ditindihnya. Sekarang, tubuh Taylor berada di atas tubuh isterinya.
Wajah Fea ditatap lembut,
"Mari kita berusaha" bisik Taylor lantas melumat bibir Fea.
TAMAT
Mohon maaf buat pembaca sekalian kerana lewat publish last episod ini. Banyak perkara yang berlaku dalam beberapa bulan ini dan salah satunya, saya baru kehilangan abang tersayang dalam satu kemalangan jalan raya. Disebabkan itu, penulisan saya banyak yang tertangguh, fikiran saya jadi blank! Sekarang saya harap saya dah okay dan InsyaAllah boleh teruskan menulis.. Thanks sebab masih support penulisan saya?
Share this novel