Bab 21

Romance Series 30911

“Makan sikit. Lepas tu boleh makan ubat.”

Dahlia kesat air matanya. Mesti Umar pun dah meluat agaknya tengok dia asyik menangis tak sudah-sudah. Sekarang ni air mata dia dah tak laku. Menangislah teruk macam mana pun, tetap tidak dapat meluluhkan sekeping hati Umar.

“Buka mulut,” arah Umar. Dia menyuap Dahlia dengan menggunakan tangan sahaja.

Buatkan Dahlia teringat kali pertama Umar suapkan dia makan dulu lepas beberapa jam mereka bernikah. Dalam bilik ini juga. Cuma sekarang keadaan dah berbeza.

Tengah makan pun air mata Dahlia tetap mengalir. Puas dia cuba tahan. Tapi tak boleh.

“Pedas ke lauk ni sampai menangis?” soal Umar. Padahal bukannya dia tak tahu kenapa Dahlia menangis.

Dahlia menggeleng. Makin dia pandang muka Umar, makin sesak dadanya. Lelaki ini… Yang tak pernah berhenti mencintainya sejak daripada dulu. Tapi dia langsung tak hargai perasaan Umar kepadanya dulu.

Mungkin apa yang jadi adalah kifarah atas perbuatannya dulu. Sekarang dia rasakan apa yang Umar rasakan dulu.

Umar letak pinggan di bawah. Tangan kirinya naik mengesat air mata Dahlia. Daripada tadi dia tahan dirinya daripada buat begitu.

“Tengah makan tak elok menangis. Janganlah ambil hati dengan mak. Marah seorang ibu tak akan lama.”

“Marah seorang suami pula macam mana?”

Umar terdiam. Wajahnya dilarikan daripada pandangan mata Dahlia.

“Umar, Umar marahkan Lia kan? Tapi Umar dah salah faham.”

“Aku nak pergi hantar pinggan ni dekat dapur.” Umar terus bangun dan meninggalkan bilik.

Dahlia mengeluh kecewa. Nampak sangat yang Umar sengaja nak mengelak daripada dia.

***
Orked share teaser dulu je kat sini ya. Nak baca sambungan boleh follow/add orked dekat ig dan fb.

ig - orkedungu_14
fb - Orked Ungu
***

“Sepatutnya daripada awal lagi aku tak paksa kau buka hati untuk terima aku.”

Sebaris ayat yang keluar daripada mulut Umar buatkan dunia Dahlia seakan terhenti seketika.

“Umar! Lia tak main-main. Lia betul-betul cintakan Umar. Ikhlas.” Dahlia tak sangka yang Umar tidak mempercayainya. Sedangkan hatinya benar-benar ikhlas mencintai Umar.

Umar menggeleng lemah. Kalau Dahlia cintakan dia, Dahlia tak akan berpaling kembali pada Edri.

“Kau patah balik pada aku semula sebab Edri dah tak ada ke?” Perlahan Umar menyoal.

Soalan Umar buatkan hati Dahlia bagai disiat-siat. Teganya Umar menuduh dia begitu. Air mata Dahlia mengalir perlahan mewakili suaranya. Bibirnya seakan terkunci tidak mampu menjawab soalan Umar.

Umar menarik nafas dalam-dalam. Nafas yang terasa tersekat dihembus perlahan.

“Jangan Lia. Jangan paksa lagi hati kau untuk cintakan lelaki macam aku. Aku sedar yang aku ni tak ada pun yang boleh dibanggakan. Aku tak mampu penuhi semua keinginan dan impian kau. Aku bukan dia. Dan sampai bila-bila pun aku tak akan jadi macam dia.” Merah mata Umar menahan tangis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience