FLASHBACK
SECANGKIR TEH diletakkan ke atas meja hadapan Tuan Samsoong oleh Kyren sewaktu lelaki tuan tersebut sedang duduk bersilang kaki memandang buah catur di situ. Riak wajah dingin lelaki itu penuh dengan aura beramaran.
Suasana bilik bacaan tersebut lengang dan senyap walaupun dua orang lelaki tersebut berada di dalamnya.
Begini la rutin Kyren setiap kali hujung minggu atau di akhir jam bekerja. Dia akan datang menemui Tuan Samsoong untuk memberi laporan mengenai aktiviti dan semua perkara yang melibatkan Zane. Sejak awal lagi dia ditugaskan untuk bekerja di bawah Zane, sejak itu juga Kyren menjadi mata-mata Tuan Samsoong. Dengan alasan memantau cucu kesayangan lelaki itu.
Seusai menguruskan minuman di meja itu, Kyren berdiri tegak semula dengan tangan di hadapan perut. Menghadap Tuan Samssong di situ tanpa mengatakan apa-apa.
"Ada apa-apa yang menarik sepanjang minggu ni?"soal Tuan Samsoong semasa menggerakkan buah catur di papan situ.
Kyren merenung raut wajah tua itu tanpa mengatakan apa-apa untuk seketika. Dia sedang berkira-kira apa yang patut dia sampaikan supaya tidak kedengaran mencurigakan tetapi meyakinkan.
"Tiada tuan. Tuan Zane menjalani rutin seharian mengikut jadual dan aktiviti yang telah ditetapkan. Setiap urusan rasmi dan bukan rasmi telah dibuat secara formal tanpa sebarang masalah atau isu."ujar Kyren dengan mendatar.
Jeda panjang kedengaran dari Tuan Samsoong tidak lama kemudian selepas lelaki itu berjaya membuang bidak hitam dari papan catur di situ.
"Itu saja? Tiada apa-apa lagi yang kamu hendak laporkan?"
"Ya tuan."angguk Kyren. Dia tidak dapat menceritakan tentang Dihya kerana arahan Zane kepadanya supaya merahsiakan hal itu dari pengetahuan Tuan Samsoong. Jadi dia tiada pilihan selain menafikannya.
Berdengus kecil Tuan Samsoong kerananya. Lelaki itu menarik sengih sinis sewaktu memandang Kyren di hadapannya ketika itu. Wajah yang sudah dia lihat sejak Kyren remaja lagi. Wajah yang sama seperti milik mendiang ayah Kyren. Orang yang dia percayai dan kasihi seperti anak sendiri.
"Kamu tahu, saya boleh rasakan kamu cuba rahsiakan sesuatu dari saya sekalipun kamu tak beritahu..." kata Tuan Samsoong. Dia mencapai cangkir berisi teh tadi lalu dihirup sedikit.
Kyren tidak terkutik. Dia balas tatapan Tuan Samsoong tanpa berkedip. Terkejut tapi tidak boleh dijangka. Sebab dia sudah dibesarkan oleh Tuan Samsoong sejak kecil lagi. Obviously orang tua itu boleh membaca gerak gerinya.
"Apapun hal tu, saya cuma minta satu perkara dari kamu, Kyren. Pastikan Zane tidak hilang fokus pada tanggungjawabnya dan tidak menganggu kerjanya. Jangan sehingga ianya merosakkan apa yang saya telah usahakan selama ni."tegas Tuan Samsoong.
Kyren mengangguk patuh. " Saya faham tuan. "
END OF FLASHBACK
Sejak kehadiran gadis ini, Zane sudah lagi tidak lagi berkelakuan aneh. Zane lebih fokus, ekspresi lelaki itu juga tidak lagi gelap. Lelaki yang terkenal dengan sikap dingin dan tidak berhati perut itu perlahan-lahan menjadi manusia normal semula semenjak bergaul dengan Dihya Maelani ini.
Jadi Kyren hairan, dia tertanya-tanya apa yang ada pada Dihya hingga dapat mengubah sikap Zane 360 darjah dalam masa yang singkat.
Paling penting, adakah Dihya seseorang yang boleh dipercayai?
Oleh kerana persoalan-persoalan yang bermain dalam fikiran, Kyren sentiasa curiga pada Dihya hingga menimbulkan rasa tidak suka pada gadis ini.
"Kalau macam tu boleh saya tanya, encik tahu masakan daging apa yang Tuan Zane suka?Dah alang-alang ada bahan saya ingat-"
"Cik Dihya tahu tak yang cik ni cuma ikat kontrak dengan Tuan Zane hanya untuk jadi companion beliau sahaja bukan untuk jadi seorang isteri atau kekasih untuk beliau?" sampuk Kyren tanpa menunggu Dihya menghabiskan kata-katanya.
Bungkam Dihya di situ. Riak cerianya tadi menjadi kelat. Kata-kata Kyren itu buatkan dia berasa tersentap kerananya. Yalah, dah kenapa tiba-tiba aje nak bersikap hostile dengan dia. Kalau tak suka dekat dia sekalipun tak payah la nak cakap macam tu!
"Jadi saya nasihatkan pada cik supaya elakkan daripada terikat secara emosi dengan Tuan Zane. Saya taknak tindakan cik ini mempengaruhi tuan sekali. Sebab cik lakukan perubahan yang tak sepatutnya pada tuan. Tolong peka pada tugas dan kedudukan cik sekarang, kerana hubungan kalian ini hanya sementara sahaja."
Mereka berdua saling bertatapan ke antara satu sama lain dengan renungan penuh maksud masing-masing.
Kyren pandang Dihya dengan renungan tidak suka.
Dihya pandang Kyren dengan renungan mencabar sebab cara Kyren pandang dia ketika itu seakan memperlekehkan dirinya. Tak sedar ke kerana siapa dia berada di sini?Kalau bukan kerana Zane, ya tak mungkin la dia bersama dengan lelaki itu. Rasanya Kyren tahu tentang hal ni tapi masih jugak nak mengungkit sebab nak sakitkan hati dia ke?
Dengusan kecil lepas darinya bersama sengih kecil di bibir.
"Ah...ya tak ya. Terlupa pulak."kata Dihya semasa menyelak anak rambut ke belakang telinga. Dia faham kenapa Kyren cakap macam tu. Lelaki ni fikir dia telah merosakkan Zane. Tapi Kyren tak tahu yang Zane sendiri pilih untuk jadi seperti sekarang. Bukan dia yang menghasut Zane apalagi mengubah lelaki tu!"Baiklah. Saya akan lebih berhati-hati lepas ni ya Encik Kyren." dia tak kuasa nak bertekak apalagi berdebat tentang hal ni. Jadi sebaiknya dia mengalah dari terus berasa jengkel.
Kyren pula yang terkejut. Dia ingatkan Dihya akan cuba melawan kata atau pertahankan diri lepas dia cakap macam tu pada gadis itu. Rupanya tidak, Dihya malah menurut begitu saja. Kalau perempuan lain dah meroyan agaknya pada dia lepas ditegur begitu.
"Ya tak ya. Kalau diingatkan balik, ada seseorang datang ke sini beberapa hari yang lepas...dia pun cakap perkara yang sama pada saya."Dihya melirik wajah Kyren dengan sinis. "Adakah encik secara kebetulan tahu siapa orang tu?"kepalanya terlentok sedikit semasa bertanya.
"Saya tak tahu apa-apa mengenainya. Kenapa cara Cik tanya seakan cik cuba menuduh saya?Adakah cik beranggapan saya yang beri mereka alamat kediaman tuan supaya mereka ke sini?"
Dihya tersengih kecil.
"Eh, bila saya kata saya tuduh encik. Kan saya cuma tanya aje. Memandangkan encik sendiri yang mention tadi bahawa selain encik tiada sesiapa yang dibenarkan untuk masuk ke kediaman ni?"
Rahang Kyren berketik. Dia mengepal penumbuk dalam diam.
"Kata-kata cik tu buat saya terasa. Seakan cik cuba meletakkan kesalahan ke atas saya. Cik fikir hanya Cik Sarah aje yang akan datang hanya kerana dia tahu Tuan Zane tinggal di sini?"
Hm?Kening kiri Dihya terangkat hairan bila dia dengar Kyren cakap macam tu. Apa yang dia baru dengarkan tadi?
"Maaf kalau pertanyaan saya tadi kurang sopan, bukan niat saya nak buat encik terasa hati."kening kirinya di garu perlahan. "And by the way, saya tak cakap pun orang yang datang ke sini tu adalah Cik Sarah. Macam mana Encik Kyren boleh tahu?" pandangnya ke Kyren selepas itu dengan sengih meleret dibibir.
Menahan nafas terkejut Kyren selepas itu. Dia tersentak selepas menyedari bahawa dia sudahpun terlepas kata.
"I-itu....sebab itu..."
"Ah...ini mesti sebab encik dengar dari bodyguard ya tak?"Dihya mengetap garis nipis di bibir.
Sebenarnya dari awal lagi Dihya dah tertanya-tanya. Pada hari kejadian tu, Zane langsung tidak tahu menahu mengenai kehadiran Sarah apalagi kemunculan gadis itu ke sini. Biasanya Zane sentiasa tahu apa yang berlaku pada hari-harinya.
Namun tidak pada hari tu.
Kenapa? Itu yang Dihya tertanya-tanya kan.
Selepas difikirkan semula. Baru la Dihya sedar. Zane tidak tahu apa yang terjadi adalah kerana tiada sesiapa yang laporkan kejadian itu pada Zane sejak awal lagi.
Itu bermakna ada orang telah buatkan Sarah datang ke sini untuk buat kecoh dan rahsiakan hal tersebut dari pengetahuan Zane kemudiannya.
Dan orang yang hanya mampu lakukan hal tersebut hanya satu-satunya orang yang ada kuasa untuk kawal semua tentang Zane.
Orang itu tak lain tak bukan Kyren sendiri.
Kyren menelan liur gugup. Matanya tidak lepas dari melirik tatapan Dihya. Raut wajah itu memang nampak mesra, tapi tatapanDihya jelas penuh dengan maksud. Yang mana buatkan Kyren berasa awas sendiri.
"Jangan risau. Sebab saya sendiri tak berniat nak Tuan Zane tahu apa yang terjadi. Elok jugak sebab encik sendiri yang tolong saya untuk pastikan hal tu dari pengetahuan dia." senyum Dihya selepas itu.
Kyren selesai memakai kasut. Memang dia tahu apa yang berlaku. Dan dia sengaja sembunyikan hal mengenai Sarah datang menemui Dihya agar ianya tidak menganggu konsentrasi Zane nanti. Sebab dia tahu Zane akan naik angin dan marah jika lelaki itu tahu Sarah jejak kaki ke kediaman peribadinya itu.
"Kalau macam tu, saya harap cik tak lupa dengan pesanan saya tadi."
Namun dengan mengejut pintu rumah terbuka ke dalam dengan perlahan-lahan sebelum seseorang meluncur atas lantai tersebut lalu jatuh dalam keadaan bersimpuh sesaat kemudian.
Melompat Dihya dan Kyren dibuatnya. Masing-masing membuntang mata ke arah wanita yang bersimpuh di lantai depan mereka dengan nafas tertahan.
Apabila Dihya pandang ke depan, dia di sapa dengan keadaan Zane yang kelihatan berang tetapi beriak wajah dingin sedang berjalan masuk ke situ. "Ya. Saya jugak nak tahu apa yang telah kau orang borakkan semasa ketiadaan saya selama ni. Apahalnya tu? "soal lelaki itu semasa jalan masuk ke dalam.
"Tuan!"pandang Kyren bungkam.
Dengan renungan tajam, Zane jeling Kyren marah-marah." Care to tell me?"soalnya semula.
"Apa yang berlaku ni?"tanya Dihya cuba hendak tunduk mendapatkan Sarah.
"JANGAN SENTUH DIA!"bentakan Zane menyebabkan Dihya terus menarik tangannya ke dada.
Bersama nafas tertahan-tahan Dihya pandang Zane dalam keadaan tidak berkedip. Dia bingung dengan situasi di situ. Apa yang sedang berlaku? Kenapa Zane balik dalam keadaan marah begini? Kenapa Sarah dicampak dalam keadaan macam tu sekali?
Dalam keadaan tersedu sedan Sarah dongak ke atas. Memandang Dihya bersama perasaan bingung dan marah.
Kenapa Zane marah macam ni sekali hanya kerana dia dekati Dihya?
Semata untuk perempuan murahan ni!!
Sorry tinta take down sekejap sebab nak repair sikit sebab ada yang kekok sikit dkt beberapa Part.
Share this novel