Bab 12

Romance Series 72307

"HENSEMNYA suami Rhea ni," puji Rhea sebaik melihat kelibat Hayyan keluar daripada bilik. Baju kemeja berwarna biru gelap tersarung di tubuh lelaki itu.

Hayyan senyum segaris mendengar pujian Rhea. Tak tahu mengapa tapi hatinya senang mendengar pujian itu walaupun itu cuma pujian yang sudah biasa dia dengar.

"Demam awak dah kebah ke?" soal Hayyan. Dia datang merapati Rhea. Tangannya dilekapkan pada dahi isterinya itu.

Rhea agak terkejut dengan tindakan spontan Hayyan. Kalau sebelum ni, Hayyan nak dekat dengan dia pun nampak teragak. Tapi sekarang nampak Hayyan dah tak kekok nak sentuh dia. Dan... Rhea sukakan perubahan suaminya itu!

"Alhamdulillah, badan awak dah tak panas," ujar Hayyan. Dia tarik kerusi di meja makan lalu melabuhkan duduknya di situ.

"Mungkin sebab abang yang jaga Rhea kut." Rhea tersengih sambil menayangkan barisan giginya.

Hayyan berdehem perlahan. Dia membetulkan duduknya. Terus pandangan dialihkan ke arah lain.

"Abang nak air kopi atau teh?" soal Rhea mengubah topik bila nampak Hayyan seperti tidak senang dengan gurauannya. Takpa, dia masih punya banyak masa lagi. Dia tidak boleh terburu-buru untuk mengambil hati suaminya itu kembali.

"Kopi," balas Hayyan ringkas. Matanya ralit merenung skrin telefon bimbitnya. Terkejut bila tengok ada berpuluh panggilan terlepas daripada Trisha.

Semalam dia sibuk menjaga Rhea. Langsung tak tengok telefon. Tak sangka pula Trisha menelefonnya berpuluh kali. Itu belum kira pesanan yang dihantar lagi. Tak larat Hayyan nak baca satu-satu. Terlalu banyak.

Muk berisi kopi panas diletakkan di hadapan Hayyan. "Minum, abang."

Tak sempat Rhea nak mencedok nasi goreng ke dalam pinggan, Hayyan sudah menegahnya.

"Takpa. Saya rasa tak sempat nak breakfast ni. Saya nak kena cepat." Hayyan terus bangun. Kopi yang dibancuh Rhea tadi pun dia tak sempat nak minum.

Rhea terpinga-pinga di situ. Nak kata Hayyan dah lambat, baru pukul 7.30 pagi. Selalunya Hayyan akan masuk pejabat pukul 9 pagi. Adakah kerana Trisha?

Ah, sakitnya hati ini jika mengenangkan hakikat itu.

Selepas menghantar Hayyan ke muka pintu, Rhea kembali ke dapur. Muk yang berisi kopi panas tadi dipandang sepi. Keluhan lemah terlepas daripada bibirnya.

Baru saja semalam Hayyan memberikan sepenuh perhatian kepadanya tapi hari ini... Ah, mungkin kerana dia sakit semalam. Sebab tulah Hayyan ambil berat. Kalau waktu sakit je dia dapat perhatian Hayyan, dia sanggup sakit.

"I ada surprise untuk you," ujar Trisha teruja. Ingatkan nak merajuk dengan Hayyan hari ni sebab semalam lelaki itu langsung tidak menghubunginya.

Tapi bila tengok muka Hayyan selamba je. Macam tak ada apa-apa yang berlaku, Trisha batalkan niatnya. Buat penat je merajuk kalau tak ada orang yang nak pujuk.

"Apa dia?" soal Hayyan.

"Jom, ikut I pergi parking lot," ajaknya. Tangan Hayyan terus ditarik.

Hayyan tersentak. Perlahan dia menarik kembali tangannya. "Err... Trisha, tak manis kalau orang nampak nanti," tegurnya.

Trisha mencebikkan bibirnya. Apa-apa je lah! Tak kisahlah kalau orang nak cakap apa pun, dia tak peduli! Berani ke staf papa dia nak cakap macam-macam tentang dia? Kalau rasa nak hilang kerja, buatlah!

"Suprise!" jerit Trisha sebaik mereka tiba di kawasan parking.

Hayyan terpinga-pinga pandang Trisha. "You beli kereta baru?" soalnya.

Trisha tergelak kecil. Alahai, lurus betullah Hayyan ni!

"Bukan I. Tapi you."

"I tak ada beli kereta baru," balas Hayyan bersama kerutan di dahinya.

"Kan I cakap suprise. I hadiahkan kereta ni untuk you."

Hayyan tergamam. Dia tahu Trisha lebih daripada mampu. Setakat nak beli kereta baru, bila-bila pun Trisha boleh beli. Tapi dia tak sangka yang Trisha hadiahkan dia kereta mewah ini.

"Trisha, I tak nak." Hayyan menggeleng perlahan. Raut wajahnya nampak tak senang dengan apa yang Trisha lakukan ini.

"Hayyan... Kenapa?" Trisha cuba meraih tangan lelaki itu tetapi Hayyan lebih pantas mengelak. Dia perasan dah banyak kali Hayyan cuba mengelak bila dia cuba pegang lelaki itu.

"Trisha, I tahu kalau I kerja bertahun-tahun pun I tak akan mampu nak beli kereta ni."

"Hayyan... Jangan salah faham. Bukan itu maksud I. I kesian tengok you bawa motor pergi kerja. Kalau hujan, habis basah."

Selama ini Hayyan kemana-mana dengan motosikalnya saja. Dah banyak kali Rhea suruh dia bawa kereta mereka tapi dia lebih memilih untuk membawa motosikal. Kalau dia guna kereta nanti, susah pula jika Rhea nak bergerak kemana-mana.

Lagipun Rhea memang perlu menggunakan kereta untuk menghantar pesanan pelanggan-pelanggannya.

"I okey je bawa motor pergi kerja."

"Ya, I tahu you okey. Tapi I yang tak okey. Hayyan, terimalah kereta ni. Kalau you tak nak anggap ni hadiah daripada I, anggap ni hadiah daripada company. Please..."

"Hayyan, terima ya?" soal Trisha lagi.

Hayyan diam. Dia bukan jenis lelaki yang sewenang-wenangnya nak mengambil kesempatan ke atas orang lain.

DARIPADA dalam kereta, Hairi memerhati Rhea yang sedang melayan pelanggan di kedainya. Sesekali bibirnya ikut sama tersenyum bila nampak Rhea tersenyum.

Mengenangkan kenyataan Rhea itu isteri orang, Hairi cepat-cepat beristighfar. Ya ALLAH, salah Hairi! Salah.

Teringat kembali pertemuan pertama mereka berdua beberapa tahun lalu. Waktu itu Hairi baru berpindah di sini.

"Assalammualaikum."

"Waalaikumsalam." Rhea panggung kepala.

"Awak jual apa?" soal Hairi. Tadi saja dia meronda-ronda sekitar kawasan taman perumahan ini. Dia nampak Rhea berniaga di hadapan rumahnya. Itu yang membuatkan dia berhenti singgah.

"Dessert. Ada kek cheese. Cheese tart pun ada," balas Rhea.

Hairi mengangguk sambil melihat-lihat kek yang dijual oleh wanita itu. "Saya nak cheese tart dengan kek pandan cheese ni."

"Boleh." Rhea langsung membungkuskan pesanan lelaki itu.

Hairi hulurkan sekeping not RM50 kepada Rhea. "Baki tu simpan je."

"Eh, banyak ni encik..." Rhea serba salah.

Hairi senyum segaris. "Tak apa. Rezeki awak."

"Awak tinggal seorang je ke?" tanya Hairi ramah.

"Saya tinggal dengan anak saya."

Jawapan Rhea buatkan Hairi terdiam. Anak? Dah kahwin rupanya. Alahai... Melepaslah nampaknya.

"Saya ingatkan awak masih bujang." Hairi tersenyum canggung.

"Suami awak mana?" tanya Hairi lagi. Memang nampak dia macam penyibuk tapi entahlah dia memang nak tahu siapakah lelaki beruntung yang berjaya memiliki wanita di hadapannya itu.

“Suami saya koma.”

Sejak itu hubungan mereka semakin rapat. Hairi banyak membantu Rhea dan Armel. Hairi sedar Rhea itu isteri orang. Dia cuba membuang jauh-jauh rasa sukanya pada Rhea.

“Uncle Hairi!” Armel berlari mendapatkan Hairi yang baru keluar daripada perut kereta itu. Riak kegembiraan terpancar di wajahnya saat melihat lelaki itu.

“Hai Armel,” sapa Hairi ceria.

Rhea hanya tersenyum melihat telatah Armel. Macam tu lah reaksi Armel setiap kali jumpa Hairi. Sayang sangat dekat lelaki itu.

“Hai Rhea,” tegur Hairi. Dia datang menghampiri Rhea.

“Hai. Hari ni nak beli apa? Saya belanja awak.”

“Eh, tak apalah. Kenapa pula nak belanja saya?” tolak Hairi.

“Asyik awak je belanja kami. Biar saya pula belanja awak. Bagilah saya cari pahala juga.”

Hairi tergelak kecil. “Okeylah. Bagi saya cheese tart je macam biasa.”

“Saya ada menu baru, cromboloni matcha. Awak nak rasa tak?”

“Wah... Mesti sedap. Bolehlah. Bagi saya satu. Tapi yang ni biar saya beli.”

“Okey, sekejap.”

Hayyan yang berada di muka pintu mengetap kuat bibirnya menahan rasa. Dia tak suka melihat lelaki asing itu rapat dengan isteri dan anaknya. Dia lelaki dan dia faham dengan pandangan seorang lelaki.

Tengok gaya lelaki itu seperti menyimpan rasa pada Rhea. Setiap hari datang kedai! Agaknya tak boleh lelap kalau tak nampak muka Rhea.

Tambahan lagi melihat hubungan Armel juga mesra dengan lelaki itu membuatkan Hayyan semakin cemburu. Dengan dia pun Armel masih malu-malu. Ini tak adil! Sedangkan ayah kandung Armel itu dia. Bukan lelaki tak tahu malu tu.

Happy reading semua! selamat berpuasa juga

Share this novel

norsila
2024-03-17 13:36:22 

lamo tggu...tq sdiri yg layan acuh tk acuh dgn isteri pon samo dn curang dopan mato isteri..tluka hati isteri .byk dosa kat isteri..huuu memang tk bahagia lah kau nnti..

Siti Rohani Idris
2024-03-17 12:06:27 

kau sendiri lyn anak nak tak nak je hayyan. what do you expect

Siti Rohani Idris
2024-03-17 12:05:51 

tq update


NovelPlus Premium

The best ads free experience