HFM 15 | | Bawah Pengawasan

Romance Series 73463

Ah! Laparnya.

Dihya mendongak ke siling sewaktu duduk bersandar pada katil kerana bosan tidak berbuat apa-apa sepanjang hari ini. Pagi tadi dia bangun awal kerana biasanya dia akan keluar bekerja sebagai penghantar surat khabar ke kawasan kejiranan mewah belakang Block apartmen. Namun disebabkan dia sedang berada di bawah pengawasan, Dihya end up terperuk di dalam rumah sepanjang hari.

Matanya terarah pada sawang labah-labah di penjuru siling untuk seketika. Agaknya kalau dia keluar sekejap tak apa kan. Bukannya dia buat hal yang tak sepatutnya.

Tapi sekejap....

Dihya menegakkan kepala semula ke depan. Keningnya berkerut. Kenapa tiada sesiapa cuba mencari dia? Manager takkan tak kisah sekiranya dia tidak muncul bekerja untuk tempoh yang lama?

Kotak rokok dikeluarkan dari poket kanan hoodie. Nampaknya Mereka boleh menggantikan tempat dia begitu sahaja tanpa ambil peduli apa yang terjadi pada dia. Baru sahaja Dihya ingin membawa buntut rokok ke bibir, fikirannya terus terlintas akan wajah serius Zane. Kata-kata lelaki itu mengenai tabiat merokoknya berulang-ulang dalam kepala.

                     Tsk! Rokok itu di campak ke atas katil dengan jengkel. "Kenapa muka lelaki tu jugak yang muncul!" sungut Dihya berdiri marah-marah dari lantai itu. Dia kemudiannya capai kunci rumah dan dompet dari almari sebelah rak lama.

Peduli la situ. Bukannya dia kisah apa akan terjadi sekiranya keluar dari kediaman sendiri tanpa pengetahuan Zane. Apa yang dia tahu, perut dia lapar. Dan mulutnya ini ingin mengunyah sesuatu!

SERIOUSLY? DIHYA TERCENGANG. Seorang lelaki kurus  dengan riak bingung berdiri di laluan keluar apartmen semasa Dihya tiba di situ. Apabila Dihya bergerak ke kanan, lelaki itu turut gerak ke kanan. Apabila Dihya bergerak ke kiri lelaki itu turut bergerak ke kanan.

Apahal pulak ni? Mata Dihya naik turun memandang geram akan lelaki besut hitam di hadapannya ketika itu.

                     "Ke tepi boleh tak?" arah Dihya perlahan.

                     "Maaf cik. Tuan kata cik hanya boleh keluar  sekiranya ada kecemasan sahaja." serba salah lelaki itu beritahu.

                     "Well this is emergency."jawab Dihya. " Saya lapar. Tiada apa-apa yang boleh dimakan dekat rumah tu. Macam mana kalau saya pengsan sebab kelaparan, tak ke tuan awak tu marah. "dia berjalan melepasi pengawal tersebut.

                    " Tapi cik boleh aje arahkan saya untuk belikan makanan untuk cik... " pengawal tersebut mengekori langkah Dihya dengan bingung. Riak susah hati dan gelabahnya jelas di wajah.

Dihya buat tidak endah dengan pengawal itu. Dia malah terus laju berjalan meninggalkannya di belakang sehingga tiba di hadapan sebuah restoran kecil di tepi jalan. Namun belum sempat Dihya hendak membuka pintu, muncul pengawal keselamatan tadi lantas menghadang laluan masuk restoran. Memandang Dihya dengan tatapan merayunya.

                     "Please cik, kita balik semula ke apartment cik. Cik beritahu apa aje yang cik nak makan. Saya akan belikan dan bawakannya kepada cik. Jadi cik balik dan tunggu saya di situ."

                    Bersama renungan tidak kisah dan bosannya, Dihya terus menolak pengawal itu jauh dari pintu lantas berkata. "Kalau awak risau sangat. Tunggu aje dekat dalam. Perhatikan saya aje dekat situ."

                    " Ta-tapi cik-"tidak sempat pengawal keselamatan itu hendak menghabiskan kata-katanya Dihya sudahpun melangkah masuk ke dalam restoran itu. Betapa gelisahnya dia rasakan ketika itu. Entah apa akan terjadi padanya jika Tuan Zane tahu mengenai hal ini.

                    
                   

   

         
DINER BURGER YUM  merupakan antara lokasi kerja separuh masa Dihya di siang hari. Selain menjadi bartender di pub pada waktu malam, Dihya juga meluangkan sisa waktu siang harinya dengan melakukan beberapa pekerjaan separuh masa bagi mendapatkan wang tambahan. Dan diner ini adalah salah satunya.

                      "Dihya?" Makcik Regina pemilik diner memanggil dari kanan apabila Dihya melangkah  masuk ke kedai itu. "Kamu ke tu?"

Dihya berpaling lantas diterpa oleh wanita berusia 50 tahun itu dengan erat.

                      "Iyanya benar-benar kamu. Makcik ingat takkan berjumpa kamu lagi." dengan cemas Makcik Regina membelek tubuh Dihya dari atas ke bawah. "Ke mana kamu menghilang? Hah? Kamu tahu ada lelaki menakutkan datang mencari kamu. Dia tanya makcik kamu di mana. Makcik tak tahu nak jawab apa sebab dah seminggu lebih kamu tak masuk kerja?"

Dihya memandang akan pengawal keselamatan yang sedang berdiri di kiri hadapannya. Wajah berkerut lelaki itu sudah cukup untuk beritahu yang Zane telah datang menemui Aunt Regina semasa lelaki itu hendak mencarinya.

                      Agaknya apa aje yang telah terjadi sepanjang kehilangan dia seminggu ni. Memangnya Zane selongkar satu bandar ni semata hendak mencari dia ke? Habis semua orang lelaki tu temui. "Maaf kalau ianya menganggu aunt. Macam mana dengan bisnes hari ni?" namun dia enggan jelaskan hal sebenar kepada sesiapa buat masa sekarang.

                     "Macam tu la. Sejak kamu tak masuk kerja, aunt upah orang, tapi entah kenapa hari ni orang tu tak masuk. Jadi hari ni aunt sensorang jaga kedai."

Dihya mengerling ke sekeliling diner itu sepintas lalu. Ianya padat dengan pelanggan. Kebanyakannya adalah murid sekolah menengah tinggi dan pekerja buruh yang melakukan Kerja-kerja pembinaan beberapa blok dari diner itu. Tambah-tambah pula waktu itu waktu makan tengah hari. Memang sibuk la jawabnya.

                    "Kalau macam tu, saya makan dulu. Nanti saya tolong aunt."beritahu Dihya memegang lembut tepi lengan wanita itu.

                     "Oh. Terima kasih Dihya. Aunt betul-betul happy kamu dah kembali. Kamu tunggu sekejap. Aunt siapkan makanan."mata Makcik Regina terarah pada lelaki lampai di sebelah mereka kemudian. Dia tilik dari atas ke bawah ingin tahu." Encik ni sekali nak makan ke?"tanya dia kemudiannya.

             "Berikan aje yang sama untuk dia."jawab Dihya untuk pengawal keselamatan itu.

                    "Ah-okay. Sekejap ya." senyum Makcik Regina sebelum melangkah ke arah dapur.

                     Dan pengawal itu terus merapat ke Dihya. Dia berbisik keras pada gadis itu. "Makan di sini? Kerja? Apa maksud cik? Bukan ke cik cakap cuma nak dapatkan makanan aje? Kenapa kita makan di sini dan cik kerja di sini pulak?"

Tidak menghiraukan pengawal tersebut, Dihya dengan bersahaja menarik kerusi dari meja yang kosong di situ lalu duduk di situ.

                      "Kita kena balik semula ke rumah cik sekarang. Dengan segera." tegas pengawal itu lagi.

                      "Siapa nama awak ya?"Dihya dongak ke tepi. Renungan kosong tanpa reaksi terarah pada wajah bergelut pengawal keselamatan itu.

                    "Hah? Nama? "kebil pengawal keselamatan itu." Sam."

                    "Okay Sam. Apa kata awak duduk kemudian diam. Bebelan awak tu buat kepala saya pening. Lagipun saya tak pergi jauh mana pun. Dan kamu kan ada di sini. Apa yang awak nak risaukan sangat. Sekalipun tuan awak cari, kita boleh lari balik." ketika itulah Makcik Regina datang ke meja mereka dengan dua mangkuk ramen panas.

Hendak tak hendak pengawal keselamatan itu hanya mampu melepaskan keluhan mengalahnya dengan kening berkerut susah hati.

Sejam kemudian, Dihya mula sibuk berjalan ke hulu dan hilir diner itu menguruskan Dan menerima pesanan dari pelanggan. Apron merah merun terpasang di sekeliling pinggangnya. Langsung tidak kelihatan seperti seseorang yang baru sahaja diselamatkan selepas diculik oleh samseng dan hampir dijual sebagai pelacur.

Sementara Sam sudah panas punggung di tempat duduk sejak tadi. Setiap saat yang berlalu mengundang gundah resah padanya. Peluh dingin pecah membasahi dahi dan telapak tangan.

Mana la lelaki itu tidak gelabah, sewaktu Dihya sibuk bekerja, dia yang terpaksa membalas pesanan dari ketuanya. Lelaki itu sedang bertanya mengenai aktiviti yang Dihya lakukan. Beberapa kali Sam cuba mengelak untuk tidak jawab tetapi tindakannya tidak bertahan lama. Kerana cubaannya itu berjaya dihidu oleh ketuanya. Yang mana membuatkan Sam terpaksa juga mendedahkan hal sebenar.

Dan sekarang live location keberadaan Dihya sudahpun dikongsikan kepada lelaki itu. Bila-bila masa aje mereka berdua bakal ditimpa masalah besar.

                  "Aunt, nak dua gelas air Coke!" laung pelanggan remaja di penjuru diner.

                 "Siap!"Makcik Regina sahut tetapi waktu itu sedang menghidangkan beberapa hidangan di meja lain.


"Sepinggan lagi salad buah aunt! "


"Baik! "

Dihya yang mengambil alih pesanan itu. Dia gerak ke belakang kaunter kemudian untuk menyediakan minuman tersebut tetapi baru sahaja dia hendak mengeluarkan gelas dari laci, pintu diner terbuka.

Disebabkan kaunter itu betul-betul bersebelahan dengan pintu masuk Dihya adalah orang pertama yang menyedari akan kehadiran pelanggan yang berjalan masuk ke situ ketika itu.

Sekali, baru sahaja dia ingin menyambut pelanggan, matanya serta merta terarah pada tiga susuk lampai bersut hitam yang berdiri di hadapan kaunter. Dan paling menarik perhatian Dihya adalah lelaki yang berdiri di hadapan sekali.

Majestik dan misteri seperti mana kali terakhir mereka bertemu. Sut mewah yang terpasang di badan lampai itu pula membuatkan lelaki itu kelihatan tidak sesuai untuk suasana diner usang tersebut.

Leka dek memerhatikan Zane di situ, Dihya langsung tidak perasan akan wajah serius dan berang lelaki itu. Entah kenapa dia sering terpukau kerana wajah itu.

                   "Let's go."

Menung Dihya tersentak sebaik suara dalam itu menggetar gegendang telinganya. Matanya dikedip sekali. Kalau bukan mengenangkan situasi antara mereka berdua, dia tidak akan berasa begini.


"Dihya Maelani. I'm just gonna say once. Don't make me repeat it."

Tanpa mengatakan apa-apa, Dihya menanggalkan apron dari pinggangnya dan keluar dari belakang kaunter itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience