"Aku dengan Chah keluar... tengok Chot dekat luar jatuh motor."
"Kau aje ada dalam kedai Di!".
Suara Mek mula naik. Sejak setengah jam yang lepas masih bertekak kronologi cerita awal pagi tadi.
"Di tak ambik Mek... tak kan Mek nak Di mengaku kalau Di tak ambik."
Suara Khaleeda mula serak. Dari setengah jam tadi mak buyung itu masih menjawab mempertahankan dirinya.
Dia yang menahan mak buyung itu supaya tidak dapat balik walau waktu kerja perempuan itu habis satu jam yang lalu. Mek sudah merengus-rengus di kaunter bayaran.
"Eyyy... geram je aku dengan kau ni!".
Dia berbunyi lagi. Semakin kuat suaranya bila Mek di kaunter mengembur habis segala laci dan celah-celah meja dan almari berdekatan.
Beg tangan, Mek sudah baling tergolek di kaki Khaleeda. Semua sudah huru-hara setengah jam yang lepas. Bukan!... sekarang sudah menjadi 45 minit.
Azan Maghrib sudah lama berbunyi. Tiada tanda-tanda Mek akan melepaskan Khaleeda pergi.
Mek yang sudah mengembur habis segala barang menangis mengongoi-ngongoi.
"Masa kitaorang dekat luar pagi tadi engkau ke depan kan. Kau nampak duit Mek atas meja. Kau ambik kan! baik kau mengaku la!."
Dia menembak lagi sebarang.
"Sumpah Mek... Di tak ambik!."
Khaleeda angkat tangan separas dada. Cuba membentengkan diri dengan sumpah.
"Kalau bukan kau siapa lagi!?. Kita berempat aje dalam kedai ni!".
Mek sudah menuduh terang-terangan meniru cara dia tadi sambil menangis.
"Heh, perempuan! Semalam aku dengar kau bertelefon dengan orang pasal bayaran lawyer untuk mak bapak pengedar dadah kau tu!"
"Hari ni duit Mek hilang lima ribu! kalau bukan kau siapa lagi! Aku!? Chot!?".
"Kitaorang dah kerja lama dengan Mek! benda macam ni tak pernah jadi tau tak!?".
Dia memetir lagi. Biar tenggelam terus suara Khaleeda. Nampak sudah perempuan mengandung itu kepenatan. Dia juga sudah penat tapi hal yang ini mesti selesai pada Khaleeda.
"Apa benda kau ni Chah!? Menuduh macam tu!"
Khaleeda sudah terjerit.
B@8i! berani perempuan itu jeritkan dia!. Berasap kepala Chah sakit hati dengan Khaleeda.
"Lawyer tu dari Biro Bantuan Guaman. Cuma bayar processing fee rm10".
"Buruknya perangai kau Chah curi dengar hal orang, lepas tu menuduh macam tu!".
Tak boleh jadi ni!. Dia mesti lemahkan perempuan ni. Terberanak di sini pun dia tak kisah! Ini peluang dia.
"Kau jangan nak ubah cerita ye perempuan."
"Kau dah nak beranak. Nak guna duit tu untuk beranak kan!"
"Laki tak ada nak tanggung, mencuri la jalannya."
Suaranya memetir lagi. Lebih kuat, lebih keras dari tadi.
"Melampau kau ni Chah!".
"Mek! tak payah cakap banyak! balai cerita!".
Dia kena cepat. Dia yakin mak buyung itu sudah kepenatan dan lelah dengan semua ini.
"Apa benda ni!?. Di tak ambik Mek!".
"Tolonglah percaya!".
Dia cengkam tangan Khaleeda yang cuba berundur mungkin mahu keluar dari ruang kedai yang kepanasan.
Ini saja caranya!.
@@@@@@@
Penatnya...
Dia panjat mata tangga untuk naik ke bilik sewanya. Tak sabar mahu baring dan tidur. Sampai pagi hari baru urusan duit lima ribu ringgit selesai di balai polis.
Boleh tahan degil mak buyung tu. Mujurlah perempuan itu tidak terberanak ketika masih berdegil mempertahankan diri walaupun padan muka jika berlaku begitu.
Nasibnya baik perempuan itu beralah juga akhirnya apabila urusan yang sudah huru hara itu menyebut Khaleeda kena mencari penjamin untuk kes itu.
Entah sudah penat atau sudah sakit amat akhirnya mak buyung itu membayar kepada Mek lima ribu ringgit.
Selesai!.
Senang hatinya.
Tombol pintu dia pulas gopoh. Tidak sabar mahu melepaskan pakaian dan menghempas tubuh ke atas katil melelapkan mata.
Daun pintu dia tutup. Berbekalkan cahaya suram dari lampu jalan di luar bilik sewa dia memetik suis lampu di dinding bilik.
Terang bilik sewanya.
"Argh... silaulah!"
Hah! Hantu...!
Dia terlompat kecil. Terperanjat dia kerana sudah mamai dan kepenatan dikejutkan pula suara garau yang terbujur di atas katilnya.
Bantal kecil di hujung katil dia ambil dan hempuk kepada empunya suara. Tiada riaksi kerana sekujur tubuh itu sudah tertidur semula selepas menutup seluruh kepala dengan selimut miliknya.
Chah sudah malas. Malas mahu berlawan. Tunggu siang sahaja yang sudah tidak lama akan muncul. Baik dia segera tidur merehatkan badan yang keletihan.
Chah tanggal semua pakaiannya kemudian menyarung sehelai kain batik. Dia tolak kasar tubuh besar di atas katil supaya beralih sedikit memberinya ruang untuk ikut baring di situ.
Lampu bilik masih menyala. Chah sudah tidak larat untuk bangun. Dia terus pejam mata dan belayar ke alam mimpi.
@@@@@@@
Chah celik mata yang teramat kelat. Kemudian tutup semula dan buka semula. Lepas itu dia celik terus. Terkebil-kebil memandang siling bilik.
Tangannya menahan bersekali meramas kepala yang berada di atas dadanya. Kepala kepada pemilik mulut yang sedang buat kerja di atas dadanya.
Seketika kemudian dia ikut sama memberi kerjasama kepada si punya kepala yang sudah beralih kerja ke aras bawah. Bertungkus-lumus berdua.
"Nah..."
Sejumlah duit lelaki itu campak ke tepi tubuhnya yang terbaring keletihan. Melihat duit yang dicampak lelaki itu Chah segera bangun dan duduk di birai katil berjejak kaki di lantai bilik seperti lelaki di sebelahnya.
Lima puluh keping not lima puluh.
Hmm... baik hatilah pula bahagi dua seperti permintaan awalnya.
"Asyik cakap tak ada duit aje... banyak rupanya ha."
"Dia memang banyak duit tapi kedekut."
"Lagi-lagi sejak si bodoh tu kerja dengan dia. Masak sedap, jualan laku.
"Lepas ni balik asal la... sendu."
"Kenapa?".
"Abang rasa perempuan tu masih nak kerja lagi dengan Mek ke?".
Apalah bodoh sangat soalan. Chah merungut dalam hati.
"Tak faham. Apa cerita?".
Huh! lembab!.
"Mek tuduh perempuan tu yang ambik duit dia."
"Sebab tu Chah balik lambat semalam. Lama kat balai sampai pagi."
"Aduhh!..."
"Kenapa jadi macam tu!?."
Lelaki dengan suara garau dan keras itu merungut sebal. Chah tersentak. Eh! dia ni! Kenapa? Dia ni pun dah angaukan perempuan itu ke!?.
"Eh, Abang ni! Biarlah kalau Mek tuduh dia. Kan bagus macam tu!".
"Bagus apanya!?
"Abis tu! Abang nak suruh Mek tuduh Chah!? Tuduh Chot!?".
"Pecahlah semua rahsia nanti!".
Chah sudah berang. Sudahlah penat dan bingung semalam tak hilang lagi. Lelaki ini tidak tahu pula mahu bersyukur. Eh,...?
"Taklah macam tu."
Suara garau itu sudah turun sedikit kuatnya.
"Patutnya Chah buatlah sesuatu sampai Mek fikir duit tu customer ambik ke, toyol ambik ke."
Tangannya di atas riba lelaki itu capai untuk memujuk. Chah tepis laju dan berpaling tubuh menghadap tingkap nako berlangsir lusuh berwarna jingga.
"Janganlah merajuk. Abang cakap yang betul apa."
"Bisnes Mek sejak setengah tahun ni nampak bagus sejak budak tu ada."
"Mek pun mood dia elok aje sekarang sebab kurang penat."
"Kalau bisnes Mek bagus tak adalah dia sibuk nak duit Abang."
"Banyaklah Abang dapat bagi Chah macam sejak kebelakangan ni."
"Ni budak tu dah tak ada mesti bisnes Mek sendu macam dulu."
"Chah faham tak Abang cakap apa?".
Chah diam sahaja tapi barulah akalnya terfikir benda yang sama. Sejak kebelakangan ni dia memang mewah dapat duit poket lebih dari lelaki di sebelahnya ini.
"Abang marah Chah ke?".
Chah berpusing lalu memaut lengan lelaki itu untuk dipeluk ke dada montoknya yang terdedah. Chah lentokkan kepala pula minta di pujuk.
"Tak kanlah Abang nak marah Chah. Nanti Chah merajuk laparlah budak kat bawah ni."
Si lelaki membawa tangan Chah mengurut sesuatu di bawah. Chah mendongak lalu tersenyum miang.
"Chah cari kerja tempat lainlah. Yang gaji besar sikit."
"Eh, jangan!. Nanti perempuan tua tu meroyan tak ada siapa tolong dia. Biar dia buat bisnes tu jadi dia tak kacau Abang... tak kacau kita."
Lelaki itu memujuk dia. Chah masih mendongak memandang wajah si lelaki. Sudah lama dia dengan lelaki ini. Sejak awal dia datang dari kampung bekerja dengan Mek.
Mek fikir dia bertahan di restoran kerana setia dengan Mek. Setia tu dah betul tapi bukanlah pada Mek. Dia setia pada laki Mek ini.
Sejak mereka terlanjur selepas tiga bulan dia bekerja dengan Mek dahulu sudah tidak ada patah balik lagi cerita mereka. Terus sahaja dia ikut laki Mek menikah di Golok.
Untuk mengaburi mata Mek laki yang dikongsi itu menyuruhnya melayan Chot seolah dia dan Chot sedang berhubungan. Lagipula supaya Chot juga kekal bekerja dengan Mek tidak beralih kerja mengejar gaji besar.
Dia ikutkan sahaja cakap laki yang dikongsi itu kerana cinta. Lagipun setiap bulan dia dapat gaji dari dua sumber. Satu Mek bagi, satu lagi laki yang dikongsi bagi.
Dia juga yang untung. Lebih untung lagi Chot yang berwajah buruk dan tidak mungkin dapat mencari pasangan itu juga berkongsi gajinya dengan dia.
Dia acah sahaja cemburu Chot cuba mengurat Khaleeda. Saja nak bagi Chot perasan perempuan tergilakan dia. Strategi saja tu. Untung dapat pada Chah juga.
Apalah salahnya dia melayan dua lelaki. Laki dia yang izinkan. Cuma Chah tak cakaplah dia melayan Chot cara mana. Laki dia ingat Chah melayan Chot gitu-gitu saja. Hmm... Chah tak perlu risau apa-apa.
Dia tak takut pasal benih ke apa sebab dia memang tak boleh mengandung kerana rahimnya sudah rosak selepas beberapa kali melakukan penguguran haram ketika berkasih dengan bekas teman lelakinya dahulu.
Sebab itu dia suka sangat bila laki Mek mengajak dia bernikah walau ke Golok sekalipun kerana dia sudah rosak. Tiada apa untuk dia pertahankan. Janji hidup dia senang. Tak perlu bekerja bertungkus-lumus atau beria sangat.
"Maknanya perempuan tua tu tak rugi apa-apalah kita ambik duit dia lima ribu ni?".
"Si bendul tu dan ganti duit dia."
Hilang semua fikiran jauh Chah dengan soalan lelaki di sebelahnya.
"Yelah. Sebab tu Chah ikut aje Mek menuduh budak pengor tu."
"Abang tengok... orang cantik tak semestinya bijak tau."
"Eh, adalah cantik yang bijak."
"Siapa?".
"Chah la sayang."
Lelaki itu mencuit dagunya kemudian mengutil pula butang di dadanya yang terdedah.
Chah kulum senyum kerana suka dipuji kemudian mereka ketawa suka sebelum rebah semula ke atas tilam yang masih lembap.
@@@@@@@
Mek paut tebing meja. Sakit sangat rasa lututnya sejak kebelakangan ini. Rasanya esok dia kena tutup restoran. Mahu bagi lututnya rehat dua tiga hari hingga kurang sikit rasa sakitnya.
Mek tarik bangku dan segera duduk. Waktu sibuk makan tengah hari baru selesai. Dia berdua Chot bertungkus-lumus pada waktu puncak tadi.
Geram sungguh dia dengan Chah. Ada saja akalnya mahu mengelat. Senggugutlah, sakit perutlah, kejanglah... ada aje!.
Waktu macam ni dia teringat sangat dengan Khaleeda. Bekas pekerjanya yang sangat rajin. Selama dia berniaga makanan, rasanya itu satu-satunya manusia yang dia jumpa rajin dan bersungguh bekerja.
Betul ke duit lima ribu itu Khaleeda yang ambil?. Sudah masa sekarang dia jadi ragu-ragu pula dengan tuduhannya dahulu.
Agaknya dah beranak budak tu.
Dia sudah tidak nampak kelibat Khaleeda turun naik bilik sewanya yang hanya berselang dua unit dari restorannya ini. Mungkin selepas cerita lima ribu itu Khaleeda terus keluar dari bilik sewanya.
Iyalah tu Khaleeda yang ambil!.
Sudah malu terus hilangkan diri. Mek mengeluh ralat. Kenapalah buat perangai macam tu?.
Kalau nak guna duit tanyalah dia dulu. InsyaAllah dia tolong.
Ye ke dia akan tolong?. Atau rasa macam akan tolong itu sebab kesakitan dan kesusahan dia rasa selepas Khaleeda tak ada?.
Mek mengeluh panjang.
Tak payah berjualan minum petanglah.
Tak larat sangat rasa batang tubuhnya hari ini. Bekerja berdua saja dengan Chot yang harus diarah semua perkara sangatlah memenatkan.
Ya, tak payah berjualan untuk petang ini juga. Esok pun tutup sehari atau dua hari. Rehat bagi sakit di lutut lega barulah buka semula.
Dia tak boleh tutup restoran lama-lama. Nanti tak ada pendapatan. Anak-anak seramai tiga orang itu semua sekolah lagi. Semua dia yang tanggung.
Dah serupa ibu tinggal nasibnya walau masih bersuami. Suami yang tidak pernah mahu menghulur duit belanja.
Peliknya bila keluar kata suaminya pergi bekerja, hilang dua tiga hari baru nampak muka. Balik pula tangan kosong. Gaji hari tidak, gaji bulan pun bukan.
Makanya semua dia yang kena menanggung belanja seisi rumah.
Hmmm...
Mek mengeluh lagi sambil mengurut-urut perlahan kepala lututnya yang pedih dan bisa sakitnya.
assalamualaikum sume. lps gian kitenye. jmpt bce ye. blh tk jmpt msuk bce Gangster Yang Cedera Parah. Sy rase tiga cite Sy tulis cite tu yg Sy best. haha perasan kan. sb bnyk kesusahan Kasmah Mak Badriah tu Dr cite owg sebenar cuma Sy buat lbih sadis aje. try la bce kpd reader baru. tqvm
Share this novel