Bab 1

Romance Series 15780

Bab 1
SEBUAH kereta sedan merah berhenti di hadapan sebuah banglo yang tersergam indah. Pintu belakangnya terbuka lalu menampilkan seorang wanita jelita yang tiada bandingan.

Seorang wanita muda dalam lingkungan umur awal dua puluhan melangkah keluar dari kereta setelah mengucap terima kasih kepada pemandu dengan sopan.

Alayna.

Hari ini dia berpakaian cantik dengan mengenakan gaun biru paras bawah lutut tanpa lengan, digandingkan dengan kasut tumit tinggi serta beg tangan sepadan yang menampakkan Alana kelihatan sungguh mempesonakan untuk tatapan tunangnya sebentar lagi.

Tetapi wajah Alana kelihatan risau kerana dari tadi dia tidak dapat hubungi Megat Zafran. Di luar rumah lelaki itu, Alana mengeluarkan telefon pintar dari beg tangannya untuk cuba hubungi Megat Zafran sekali lagi.

Sekali lagi panggilannya tidak dijawab.

Sedangkan kereta Megat Zafran ada di garaj rumah menandakan tunangnya itu tidak ke mana-mana.

Tanpa membuang masa Alayna melangkah menuju ke rumah tersebut. Setibanya di pintu hadapan, Alayna menekan loceng tetapi tiada siapa yang buka pintu. Alayna baru teringat yang kunci pendua rumah Megat Zafran masih belum dipulangkan pada lelaki itu lalu dia mengeluarkan kunci dan tergesa-gesa mencuba membuka kunci pintu itu.

Alayna melangkah masuk ke dalam rumah yang nampak sunyi itu walau lampu di ruang tamu masih menyala sedangkan tiada orang. Alayna memerhatikan sekeliling dengan teliti dan dia terpadang dua gelas minunam yang belum habis diminum di atas meja tengah. Salah satu gelas itu mempunyai kesan gincu manakala yang satu lagi tiada.

“Ada orang datang rumah dia ke tadi?” omel Alayna yang tidak berprasangka buruk.

Alayna menoleh ke arah tangga yang menuju ke bilik tidur Megat Zafran.

“Hmm…mesti Zafran tengah rehat kut? Why not aku buat surprise kat dia?” ujar Alayna bersendirian.

Alayna terus melangkah ke tingkat atas menuju ke bilik tidur lelaki itu dengan perasaan teruja di mana Megat Zafran pasti akan terkejut melihat dia berada di sini sedangkan selama bercinta dengan lelaki itu, Alayna memang jarang ke rumah Megat Zafran.

‘Apa salah sekali sekali aku datang buat surprise kan?’ bisik Alayna dalam hati.

KAKI Alayna terkaku bila berdiri di depan sebuah bilik yang jelas dari luar mendengar suara rengekan seorang perempuan yang jelas merintih berani meminta kepuasan pada si lelaki semasa melakukan hubungan intim.

“You, please don’t stop. I want you…Ah! I tak tahan… Zaf…honey”

Dengan badan menggigil, Alayna beranikan diri memulas tombol pintu tersebut kerana dia pasti orang yang dia cari berada dalam bilik itu.

Pintu terkuak dengan kuat namun tiada seorang pun daripada mereka menyedari kehadiran Alayna yang terkejut melihat aksi tidak senonoh di depan matanya sekarang kerana ketika itu mereka sedang asyik dalam dunia sendiri. Langsung tidak peduli kehadiran Alayna.

"Zafran!"

Pasangan itu terhenti serta-merta dan menoleh ke arah suara Alayna yang sudah menjerit lantang di belakang mereka.

Mulut Alayna terbuka luas kerana tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Dia langsung tidak menyangka bahawa gadis yang berada di bawah lelaki itu adalah...

"Kak Trisya!" jerit Alayna.

Alayna tak percaya dengan apa yang baru jadi. Kakak dia dengan tunang dia sendiri, sanggup buat perbuatan terkutuk di belakangnya.

Bukannya Megat Zafran dan Batrisya terkejut atau takut bila terkantoi tapi dua-dua boleh gelak besar tengok muka Alayna yang dah macam nak meletup akibat marah.

"Macam mana korang boleh gelak bila kantoi buat benda terkutuk macam ni hah?" tanya Alayna dengan muka dah merah padam menahan marah.

"Alayna, it took you long enough. Now, I tak perlu nak sorok lagi dari you,” ujar Megat Zafran sambil perlahan-lahan melepaskan pelukan dari Batrisya yang buatkan perempuan tu mengeluh lembut seperti mahu menggoda agar tidak melepaskan pelukan mereka.

Kata-kata Megat Zafran itu buat Alayna makin bengang dan sekarang dia betul-betul mahu mengamuk akibat pengkhianatan mereka.

"Korang ni tak tahu malu ke hah?” Tengking Alayna yang berasa jijik dengan perbuatan mereka. “How dare you, Zafran? Curang dengan kakak I sendiri?”

“Curang?” Sinis Batrisya.

Batrisya bangun dan capai selimut untuk balut badannya kemudian dia berjalan ke arah adiknya dengan wajah berlagak. "Kau ingat Megat Zafran nak pilih kau daripada aku?"

Alayna diam membuatkan Batrisya ketawa sinis.

"Alayna, kau ni betul-betul rasa diri kau hebat sangat ke? Kau ingat Zafran nak kahwin dengan kau?” Sinis Batrisya. “Kau tu cuma nak luar nikah papa aku. Kau tu lahir secara haram bukan macam aku? Papa aku kutip kau buat jadi anak angkat cuma untuk tutup malu je. Sampah macam kau tak layak dapat lelaki macam Zafran. Baik kau berambus je!


“Batrisya!” jerit Alayna dengan air mata yang sudah bergenang menunggukan masa untuk tumpah mengalir saja bila kakaknya itu menghina asal usul kelahirannya.

"You look so pitiful right now, sister."

"You cakap you cintakan I?, Kenapa you sanggup buat I macam ni, Zafran?" tanya Alayna pada tunang dia sambil memandang lelaki itu dengan mata tak percaya.

"Cinta?" Megat Zafran gelak sinis sambil jalan dekat ke arah dua beradik tu. "Cinta I hanya untuk Batrisya, bukan untuk you. Bukan untuk perempuan murahan dan penipu macam you. You pun curang juga."

"Perempuan murahan?! Curang? Apa benda? I tak pernah curang dengan you, Zafran. I setia dengan you selama ni.” Alayna cuba pertahankan diri dari tuduhan yang dilemparkan oleh Megat Zafran padanya. “Bukan ke you nak ajak I dinner malam ni?" ungkit Alayna.

"I dah lama putuskan hubungan dengan you, Alayna. Oh, pasal mesej dinner tu? Itu silap my PA. Itu sebenarnya untuk Batrisya. Bukan I nak ajak you dinner.”

Alayna kecewa dengan kata-kata Megat Zafran yang langsung tak pedulikan perasaannya ketika ini.

“Sekarang you dah tengok dengan mata you sendiri dan dengar dengan telinga you yang I cintakan Batrisya. So, apa lagi? Berambus la.” Halau Megat Zafran. “Pulangkan kunci rumah I. Jangan nak main redah masuk rumah orang tanpa izin," tengking Megat Zafran dengan wajah tegangnya.

"Ta…tapi..." Teragak-agak Alayna mahu membalas kerana masih tergamam dan tidak percaya dengan mudah Megat Zafran putuskan hubungan mereka.

"Aik? Dah jadi gagap ke?" perli Batrisya dengan sinis.

"Keluar sekarang atau you nak I call polis suruh tangkap you sebab dah ceroboh masuk rumah I!"

"Megat Zafran, you memang lelaki tak guna!" jerit Alayna melampiaskan kemarahannya.

"Alayna, jangan buat diri you nampak lebih menyedihkan daripada apa yang dah ada sekarang. Zafran takkan pernah cintakan sampah macam you. I should name you ’Trash Whore’ from now on. Memang sesuai sangat dengan you."

Alayna dah tak tahan dengan hinaan yang tak habis-habis itu. Dalam geram, Alayna cuba nak tampar Batrisya tapi Megat Zafran cepat-cepat tangkap tangan dia kemudian Alayna ditampar oleh Megat Zafran.

Alayna terkejut sangat sampai dia hilang imbangan dan jatuh kat lantai.

"You trash! Berani you nak sentuh tunang I dengan tangan jijik you?” berang Megat Zafran.. “Baik you keluar sekarang sebelum I bunuh you dengan tangan I sendiri," ugut Megat Zafran sambil dekati Alayna.

Batrisya cepat-cepat tarik tangan Zafran cuba halang lelaki itu. Bukan sebab dia peduli kalau Alayna mati tapi sebab belum masa lagi. Batrisya nak Alayna sengsara dulu sampai adiknya itu sendiri minta mati.

Lagipun, siapa je nak peduli kalau anak luar nikah mati, kan?

"Sayang, janganlah. Dia tak berbaloi pun untuk you kotorkan tangan you," Batrisya cakap dengan nada sinis.

Megat Zafran berhenti dan pandang Batrisya. "Yeah, you are right.”

Batrisya dengan tak malu memagut bibir Megat Zafran di hadapan Alayna yang masih terduduk di atas lantai. Megat Zafran juga membalas ciuman Batrisya tanpa kisah akan Alayna.

"You tunggu apa lagi? Berambus la?" Halau Batrisya setelah mengakhiri ciuman hangat bersama Megat Zafran. Tajan mata Batrisya memandang Alayna yang nampak hina di matanya.

Alayna juga tidak mahu tunggu lama atau biarkan dirinya disakiti lagi. Cukuplah hari ini dia menerima banyak penghinaan dari mereka.

Keluar saja dari rumah itu, Alayna menangis keseorangan meratapi nasib malang yang tak pernah berakhir dalam hidupnya sejak lahir.

Dicemuh sebagai anak luar nikah dan sekarang dikhianati pula…

DI dalam sebuah pejabat, seorang lelaki muda sedang menghadap laptop sambil memandangnya dengan penuh tumpuan. Bunyi ketikan papan kekunci bergema di dalam pejabatnya.

Rambut perang keperangan Tengku Qarizh Shah kelihatan kusut akibat sering diraup tanpa henti. Secawan kopi terletak di atas meja berhampiran telefonnya yang dekat berada di sisi lengannya.

Tengku Qarizh terus fokus buat kerja dia walau telefon pintarnya berbunyi. Dia memiringkan kepalanya ke tepi dan melihat skrin telefon.

‘Unknown number?’

Tengku Qarizh mengabaikan panggilan itu dan meneruskan kerjanya. Dia tidak mahu diganggu kerana kerjanya perlu disiapkan dengan segera sebelum temujanjinya bersama teman wanitanya.

‘Aku ada deadline nak kena kejar dan dating pukul 5 kejap lagi.” Tengku Qarizh ingatkan dirinya supaya terus fokus.

Tetapi gangguan bunyi telefon pintarnya tidak berakhir kerana kira-kira 15 minit kemudian, dia terdengar bunyi lain.

Kali ini bunyi notifikasi mesej pula.

Tengku Qarizh biarkan saja bunyi notifikasi mesej baru tu dan sambung baca balik apa yang dia tengah taip. Kening dia berkerut sikit bila perasan ada kesalahan.

Cepat-cepat dia padam dan betulkan balik apa yang salah.

"Yes, siap pun! Finally dah boleh send fail ni."

Bertubi-tubi Tengku Qarizh terima mesej selepas kerjanya siap.

‘Hisy! Siapa la dari tadi tak habis nak kacau aku?’ Tengku Qarizh tarik nafas panjang lalu capai telefon dia.

Buka je telefon, Tengku Qarizh nampak dua mesej baru. Dua-dua dari nombor yang dia tak kenal. Dia tekan untuk baca mesej tu.

‘Tengku Qarizh Shah! Datang ke Pulau Besar sekarang. Kau ada masa 1 jam untuk sampai, kalau tak nak dia mati.’

Terkejut Tengku Qarizh membaca mesej tersebut. Dia skrol bawah dan nampak satu gambar. Apa yang dia nampak buat mata dia terbeliak besar dan wajahnya terus berubah.

Tanpa buang masa, Tengku Qarizh terus bangun dari kerusi dan keluar dari pejabat dengan langkah tergesa-gesa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience