bacdh 'Perjanjiannya'

Drama Series 55610

Yusoff balas lambaian Burhan di dalam kereta yang semakin bergerak jauh.

Yunus sudah tamat kursus keusahawanan di Putrajaya selama tiga hari dan pulang semula ke Perak.

"Okay Yus aku pun nak gerak dulu".

"Eh, kau pun dah nak gerak ke?. Jomlah ngeteh dulu. Lama tak jumpa."

"Tak dapatlah Yus. Aku nak kena pergi rumah mertua lagi kat Sabak Bernam ambik orang rumah. Nanti sampai Parit dah malam sangat."

"Ooo... Sebab tu kau tak saing Ayun?".

"Ha, yelah."

Paan sepupunya, anak Pak Ngah adik beradik arwah Babah. Mengambil kursus keusahawanan yang sama seperti Yunus.

"Okaylah, kirim salam Pak Ngah."

"InsyaAllah."

"Nanti projek ikan sangkar Tok Atan nak jual tu kau cakap aku tau."

"InsyaAllah. Tapi dah ramai tunggu tu"
"Alah... tak apalah. Jangan tamak Yus bagi can orang lain."

"Bukan... aku nak ada income tambahan. Manalah tau dah tua ikut Ayun balik kampung."

"Eleh, masa tu ikan sangkar kau yang ada tu dah bertambah besar. Ayun dah tambah besarkan sangkar yang ada sekarang kan."

Eh! Yusoff ketuk dagu. Dah ada projek ikan sangkar?. Bila masa? Ayun tak pernah cerita pun.

"Err..."

Kenapa Ayun tak pernah cerita. Ke Paan salah faham. Sejak bila?.

"Aku semua harap Ayun."

Harap mengenalah.

"Aku tau. Dulu kan kau belajar. Jauh pulak tu."

Okay... masuk, masuk.
Dulu ya? Dulu bila?.

"Ermm... kau ingat tak dulu Ayun masuk modal berapa?. Tahun bila tu An?. Semua aku harap dia uruskan. Aku lupa dia cerita."

"30 tak salah aku. Sebab tu dapat banyak petak jugak. Harga enam tujuh tahun dulu. Itu pun bapak aku suruh ambik 30 aje. Ayun nak ambik 50. Bapak aku cakap 20 buat duit rolling."

Enam tujuh tahun!?. 50!? Duit itu ke!?. Yusoff rasa badannya mula panas berpeluh. Tak kanlah Yunus tak amanah. Dua tiga kali dia bertanya Yunus dulu. Jawapannya mesti sudah.

"Yus, aku kena gerak ni. Nanti kau baliklah kampung bawak isteri omputeh kau tu. Dah lebih dua tahun kahwin tak pernah bawak balik."

"Haha... Okay Paan, InsyaAllah. Drive baik-baik."

Paan masuk ke dalam kereta kemudian memandu pergi. Yusoff termenung di hadapan bangunan hotel tempat penginapan dan kursus Yunus selama tiga hari.

Nak tanya Yunus ke?. Tak payah?. Nak tanya macam mana? Nanti Yunus fikir dia tidak percayakan abangnya itu.

Enam tujuh tahun dulu mana Yunus ada duit. Dia cuma beri Yunus RM sepuluh ribu. Duit yang mahkamah pulang jaminan Wati kerana pasangan orang kaya menarik kes dari dibicarakan. Cukup hanya untuk membuka sebuah warung kecil dan modal Yunus mulakan hidup baru di kampung.

Dia tidak tahu langsung tentang projek ikan dalam sangkar itu.

Lepas setahun dia belajar di Perancis dan tahu cara mendapatkan duit tepi barulah dia kirimkan lagi dan lagi kepada Yunus sehingga boleh membuka sebuah mini market, dan warung pula sudah naik taraf menjadi sebuah restoran di Parit.

Betulkah Yunus tak amanah?.

@@@@@@@

"Terima kasih sayang."

Khalisya tidak menjawab, hanya memeluk dia dengan erat tidak mahu dilepas.

"Habislah semua duit tabung Sya?."

Dengan soalannya barulah pelukan dilepaskan. Duduk bersila menghadapnya dan mendongak memandang wajah Khaleeda. Comel...

"Tak habis pun."

"Oh ya? Ada baki berapa? Bagi Ibu masukkan dalam akaun SSPN Sya ye?".

"Tak guna duit Sya. Guna duit Ayah."

Pergerakkan Khaleeda yang sedang mengacu baju baru itu ke tubuh terhenti.

"Sya mintak Ayah ke?."

Khaleeda sudah berbunyi bimbang. Yusoff memang tidak akan marahkan Khalisya. Dia pasti tentang itu.

Tapi dia yakin Yusoff akan meminta dia yang membayar semula dengan apa juga cara yang lelaki itu suka agar Khaleeda sedih dan sakit hati.

"Tak... Ayah cakap Sya kena tolong Ayah basuh kereta."

Hmm... yelah tu. Nanti dengan ayat tajam menikam, dengan berkasar cara Yusoff tu... sabar jelah.

"Okay, dengar sini sayang. Ibu tak kisah tak ada baju baru. Baju Ibu banyak, Alhamdulillah. Lepas ni tak payah belikan Ibu apa-apa ye. Sya beli untuk Sya aje okay."

"Sya nak Ibu happy."

Khalisya menjawab dengan wajah sedih dan mulut termuncung comel.

"Ibu happy sayang. Ibu happy selagi Ibu ada Sya yang paling comel dalam dunia ni."

Khalisya peluk Khaleeda erat-erat sekali lagi.

"Jangan..."

Khaleeda terhenti bercakap. Bimbang mahu meneruskan ayatnya akan melukakan hati Khalisya. Tak kan dia mahu cakap jangan meminta.

Khalisya sudah kata Yusoff yang buat perjanjian anak itu menolongnya mencuci kereta sebagai tukaran baju yang Khalisya hadiahkan untuk dia.

"Jangan apa Ibu? Jangan peluk Ibu ke?"

"Bukan..."
"Kalau boleh Sya jangan susahkan Ayah lagi ye. Ayah kan sibuk. Kesian Ayah."

"Okay Ibu."

Khalisya angguk-angguk. Masih memeluknya erat.

"Hmm dah. Sya pergi buat homework, okay."

Khalisya mengangguk dan bangun menuju ke arah meja belajar. Sebuah beg kertas Khalisya ambil dari situ dan hulur kepada Khaleeda.

"Apa pulak ni?. Hadiah lagi?."

"Barang yang Ibu kirim Ayah beli."

Ha? Barang apa?

"Ibu kirim?..."

Bila masa dia ada berpesan mengirim barang dengan Yusoff?.

Khaleeda menyambut beg kertas yang agak besar itu. Khalisya menuju semula ke meja belajar mahu menyiapkan kerja sekolah.
Beg itu berstapler tidak nampak isi di dalam. Isinya terasa lembut seperti kain. Apa jugalah si Yusoff ini, mesti mahu mengenakan dia. Nanti menuduh dia yang tidak-tidak.

Khaleeda tarik dawai kokot stapler membuka beg kertas di atas riba... Mukanya merona merah. Malu yang teramat sangat.

Penuh di dalam beg itu pakaian dalam untuk atas dan bawah. Bermacam warna dan bentuk daripada bahan berkualiti yang berjenama mahal.

Panas muka Khaleeda kerana malu. Agaknya selama ini Yusoff jijik melihat pakaian dalamnya yang sudah lusuh.

Khaleeda rasa mahu menangis kerana terlalu malu. Rasa mahu disumbat mukanya ke dalam beg kertas itu.

Sudahnya Khaleeda tepam mukanya ke baju yang baru Khalisya hadiahkan. Mengeram kuat-kuat di situ.

@@@@@@@

Yusoff memeluk dia dari belakang. Melalukan jarinya berulang kali ke belakang Khaleeda yang terdedah. Awal dulu dia rasa geli jika Yusoff buat begitu. Sekarang dia sudah terbiasa dan dia suka.

Hari ini Yusoff buat kerja sekejap sahaja. Agaknya semalam sudah lama. Tapi tidak logik juga, tiada istilah macam itu jika berkenaan cara Yusoff mendatangi dia.

"Tuan tak kerja ke?".

Khaleeda bimbang berlama-lama di atas katil begini dengan Yusoff. Kalau nasib nak malang tiba-tiba balik Miss May Rose mesti dia kena halau dari banglow ini.

Khaleeda tidak fikir Yusoff akan membelanya. Dia tak mengapa, dia tahu Yusoff sudah bencikan dia dan hanya mahukan tubuhnya sementalah status mereka masih halal untuk hubungan badan begini.

Khaleeda risaukan Khalisya yang sudah gembira dan sudah selesa dengan cara hidup sekarang. Kasihan anak itu jika terpaksa hidup cara dulu yang bercatu semua perkara untuk meneruskan kehidupan.

Tadi dia sudah mahu bangun tapi ditarik Yusoff untuk kekal berbaring di sebelah lelaki itu bermalas-malasan begini.

"Kes tuan Hamdan dulu bayar lawyer berapa?".

Khaleeda celik mata yang terpejam kerana asyiknya dia dengan laluan jari Yusoff.

Besar bukaan matanya. Dah agak dah!.

"Total dalam tiga ribu lebih semua sekali."

Kenapa Yusoff bertanya?. Mesti mahu cari gaduh dengannya. Mesti mahu bertanya tentang Khairul. Khaleeda memang menunggu sahaja saatnya Yusoff akan membuka cerita bertanya tentang Khairul.

"Murahnya! harga kekasih!?".

Kan betul!. Malasnya nak bergaduh dengan Yusoff.

"Bukan..."

Perlahan dan bertenang. Malaslah mahu bercerita. Nanti jadi semakin panjang.

"Apa bukan!?".

"Di guna Biro Bantuan Guaman..."

Kring, kring...

Perdebatan yang mula mahu panas terhenti. Telefon Yusoff berbunyi. Melihat nama pemanggil Yusoff tindih badan Khaleeda yang masih terbaring lalu sebelah tangan menutup mulutnya.

Apa ni!?. Macamlah dia akan bercakap apa-apa!.

"I kat toilet ni."

"..."

"Lunch sama-sama?".

"..."

"I nak ambik Sya tengah hari nanti."

Khaleeda meronta cuba melepaskan tekapan tapak tangan Yusoff di mulutnya. Dia mahu berbisik memberitahu dia boleh mengambil Khalisya dari sekolah. Tidak berjaya.

"Okay... I ambik Sya dulu. Lepas tu I ambik you. Jumpa nanti ya."

"..."

"Okay bye. Waalaikummussalam."

Yusoff terus bangun. Mencapai tuala mandi Khaleeda di belakang pintu dan hilang ke dalam bilik air.

@@@@@@@

"Okay jumpa nanti. Assalamualaikum."

"..."

Yusoff jawab salamnya dan panggilan ditamatkan.

Yusoff suaminya yang kacak. Rakan-rakannya di kolej fesyen di Paris mengatakan dia sangat beruntung mendapat Yusoff. Mereka kata dia dan Yusoff sepadan.

Sepadan ke? Ketika bernikah di Paris dia berumur 29 tahun plus plus. Yusoff pula berumur 23 tahun lebih dan masuk tahun ke tiga berada di Paris kerana belajar.

Bagaimana mereka berkenalan? Agak lama sebelum perkahwinan mereka. Masa tu tahun pertama Yusoff belajar di Perancis. Dia pula pulang ke kampung berjumpa sanak saudara sebelah arwah bapanya selepas beberapa lama tidak berjumpa.

Bapanya orang Perancis. Datang ke Malaysia untuk berniaga akhirnya berkahwin dengan orang Malaysia.

Singkat cerita dia menyelamatkan Yusoff ketika kali pertama pertemuan. Yusoff terkandas di luar ketika musim sejuk dengan pakaian yang tidak sesuai. Hingga terpaksa dia menolong menghantar Yusoff ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Kemudian mereka bertukar nombor telefon. Dia pulang ke Malaysia kerana masih tersangkut di dalam perkahwinan toksik bersama Zaril.

Dengan Yusoff tiada apa hubungan, sekadar ada ketika sahaja dia mengenalkan Yusoff dengan kenalan yang mencari penterjemah untuk urusan rasmi atau tidak di kota Paris.

Sehinggalah dia berjaya menamatkan pernikahan toksiknya dengan Zaril dan melalui episod sedih diburu Zaril yang gila talak. Dia bawa diri menyambung pelajaran ke Paris, juga dikejar Zaril.

Yusoff muncul sebagai penyelamat. Menawarkan dirinya menjadi suami. Kata Yusoff dia mahu mengelakkan diri dari digoda rakan seuniversiti. Dia tolong Yusoff dan Yusoff menolongnya.

Sepatutnya begitu. Perjanjiannya sekadar teman. Lagipun dia tidak sempurna jadi fikirnya tiada masalah jika begitu corak hubungan mereka.

Yusoff sosok teman terbaik pernah dia ada. Hingga dia jatuh cinta tanpa dia sedar dan tanpa dapat dia ungkap kepada empunya diri kerana sudah berjanji.

Dia tahu ada seseorang di dalam hati Yusoff. Seseorang yang sangat Yusoff cinta. Dia sedang berusaha memancing Yusoff agar hati si suami itu dapat menjadi miliknya, tapi nampaknya dia tahu dia gagal.

May Rose alih pandangan ke hadapan, ke arah jalan lalu menghidupkan enjin kereta dan memandu pergi.

sowi lmbt. bnyk keje. tqvm sume kesygn.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience