"I jumpa your mom aritu."
"Ye? Dekat mana?".
"Sports club. Baru sudah golfing."
"You pun main golf ke?".
May Rose menyakat Ziela yang sedang berdiri tegak macam tiang melihat dia merias gaun yang Khaleeda sudah siapkan jahitan manik di bahagian kaki.
Untuk jahitan manik dan labuci di bahagian lengan dan dada dia mahu buat sendiri.
Semalam bila dia melihat hasil kerja Khaleeda naik seram pula dia mengajar banyak perkara kepada pembantunya itu.
Budak itu semua pandai. Masak, menghias rumah, berkebun, menjahit dan... boleh beranak juga. Heshh! nyah kau fikiran buruk!
"Tak la... I breakfast sana aritu."
"Ooo ye?".
May Rose tahu Ziela memang hanya akan makan di tempat-tempat mewah dan bernama. Warung bukanlah termasuk di dalam kelas pilihan Ziela.
Walaupun Ziela sekadar kerani di sebuah syarikat pemaju perumahan tapi kata Ziela komisen dia tinggi jika berjaya menolong menjual seunit rumah.
Tak pelik pun. Dia kenal siapa Ziela cuma dia berpura-pura tidak tahu. Dia malas tercebur dalam masalah. Lebih baik dia jauhkan diri dari orang-orang yang toksik.
"Ermm... your mom cerita... you nak carikan wife untuk your husband supaya ada anak... betul ke?".
"Tak adalah. I saja menyakat my mom."
May Rose tergelak kecil menutup rasa bengang. Kenapalah Mommy bercerita dengan orang luar. Apa lagilah Mommy bercerita dengan si Ziela. Dia tahu Mommy mahu mengorek rahsia.
Mungkin Mommy fikir dia ada mengadu apa-apa dengan rakan sebaya. Mommy tidak tahu dia sudah meletak tembok di sekelilingnya supaya segala cerita hidupnya tidak ada orang luar yang tahu.
Semua ini berpunca dari fitnah dan lakonan mantap Zaril membuatkan Mommynya sentiasa rasa dia sedang dikawal Yusoff.
Mommynya juga selalu berfikir sedang ada orang luar mendekati dia kerana harta peninggalan arwah bapanya.
May Rose sedang mencari masa yang sesuai untuk bercerita dari hati ke hati dengan Mommynya. Bercerita tentang segala rahsia yang dia pendam kerana kasihan untuk bercerita dengan Mommy yang sejak berapa lama harus menjaga arwah Daddy dan perniagaan seorang diri.
Dia fikir pada masa dan ketika itu cara itu paling baik untuk mereka sekeluarga tapi untuk sekarang tidak lagi. Mommy sudah tersilap faham dan berpihak pada orang yang salah dan pandai memanipulasi keadaan.
Dia tahu Mommy berniat baik kerana Mommy memang baik. Hanya berperasangka kerana terlalu berhati-hati dengan pengalaman hidupnya dahulu. Malangnya Mommy sedang mengulang kesilapan yang sama kerana rahsia yang dia simpan.
"You better hati-hati May. Jangan percaya orang yang you baru kenal. Bahaya tau."
Oh! orang ini ada lagi di hadapannya.
"I percaya siapa?".
Sudah ada nada menyampah di situ. Geram, sibuk aje!. Memandai-mandai sangat campur hal orang!.
"Your mom kata you nak kahwinkan your husband dengan your maid. Jangan May!. Kalau you nak husband you kahwin untuk anak... better you cari orang yang you dah lama kenal. Yang dari keluarga baik-baik, pendidikan baik barulah anak tu nanti bagus."
Kerja tangannya terhenti. Menahan geram. Rasa mahu dihambur segala apa yang dia tahu selama ini di hadapan muka Ziela sekarang juga.
"Kenapa you ada calon ke?".
"I kan kawan you. I boleh tolong you."
"Hahahaha."
May Rose cucuk jarum kuat-kuat ke dada patung kerana terlalu geram. Tapi entah kenapa dia masih tergelak dengan jawapan tidak sedar diri Ziela.
Perempuan ini fikir dia bodoh sangatkah. Tidakkah perempuan ini perasan dia cuma tidak mahu mencari sengketa dengan sesiapa selama ini, dan dia tiada bukti bergambar atau video sahaja untuk dibaling ke muka puaka-puaka.
"Why you laughing?".
"Haha... Yusoff tu muda, handsome. I nak carikan dia wife yang sama muda dan sepadan macam dialah. Buat apa I nak pilih perempuan sebaya I jadi my madu. Apalah you ni Ziela. Agak-agaklah sebelum offer."
"Yusoff tu baik, dia dah tolong I halau Zaril dari kacau hidup I lagi. I nak balas budi kenalah bagi dia the best."
"I bukan nak kutuk you but... I kenal you kot hahaha."
May Rose balas rasa sakit selama ini dengan peluang yang Ziela sendiri buka. Puas juga rasa hati dia.
Ziela ambil beg tangan di atas bangku berdekatan dan keluar dari butik.
Bye bye... kau ingat aku tak tau kaulah salah seekor skandal Zaril dulu!. Padan muka Zaril kahwin orang lain bukan kahwin kau. Zaril pun cari perempuan muda.
May Rose sambung kerjanya menjahit manik dan labuci. Hmm seronok sekejap sahaja. Rasa tak selesa apabila sudah membuat orang terasa dan bersedih.
Sebab itulah dulu Zaril panggil dia bendul dan meremuk hati dia sesuka hati.
Ya Allah, tolong pinjamkan Yusoff sehingga akhir hayatnya. Dengan kekurangan yang ada, dia sudah cukup bersyukur memiliki Yusoff sebagai kawan baik. Cukup-cukup bersyukur.
@@@@@@@
Termasuk dirinya tujuh orang kakitangannya sudah berkumpul di terminal dua KLIA.
Mereka mendapat projek menjadi perunding perniagaan dan penterjemah kepada satu expo perniagaan antarabangsa di Kuching Sarawak selama dua minggu.
Mereka sudah berkumpul di sini sejak awal pagi tetapi penerbangan ditangguhkan selama dua jam kerana masalah teknikal.
Yusoff melihat kakitangannya memeriksa barang-barang dan kelengkapan yang akan digunakan di expo perniagaan antarabangsa.
"Kak, terima kasihlah kau sanggup datang hantar barang ni. Pengsan aku kalau dah tiba sana tengok tak ada."
Seorang kakitangan yang akan mengikutnya ke Sarawak menegur seorang lagi rakan dari Jabatan Admin. Dia mahu berbual dengan kakitangan yang satu ini tapi masih belum berkesempatan.
"Patutnya kau pergi tau Kak. Kau paling faham sistem yang baru ni."
"Aku dah pergi job yang sebelum ni. Asyik aku aje pergi bahaya. Tiba-tiba balik laki aku ada skandal."
Mereka tergelak dengan jawapan rakan kerja itu.
"Kau datang sini sorang ke Kak?".
"Laki aku hantar."
"Mana laki kau? Aku nak tanya pasal jual beli tanah la. Nak pakai lawyer."
"Toilet. Pagi macam ni dia memang penunggu toilet. Pergilah cari dia. Toilet yang dekat ni."
"Malas aku kat toilet. Nantilah balik. Tak urgent pun."
Mereka terus berbual dengan rancak. Yusoff menimbang tara dengan melihat jam di tangan. Sempat ni.
Yusoff bergerak menuju ke tandas terdekat. Sekadar mahu memastikan.
Yusoff tolak pintu tandas. Di dalam ruang tandas hanya ada seorang lelaki sedang membasuh tangan di sinki.
Rezeki dia. Tak salah lagi, inilah orangnya.
"Kenapa kau putus dengan Khaleeda?".
"Sorry...?"
Lelaki itu kelihatan keliru di soal tiba-tiba begitu.
"Khaleeda, dia pilih kau dulu. Kenapa kau tinggalkan dia."
"Ooo! Ooo! I remember you! You ada jumpa Di ke? How is she?".
"Aku nak tau kenapa kau tinggalkan dia.?"
"E'eh kau ni, datang macam lanun. Ada hati nak arah aku jawab soalan kau. Adab mana adab?. Kau tanya dia sendiri la!."
Daripada teruja pada awalnya bercakap dengan dia lelaki itu berubah menjawab bernada sinis lalu bergerak mahu meninggalkan ruang tandas.
Yusoff sudah panas. Ketika lelaki itu melepasi dia segera Yusoff cekak kolar bajunya dan layangkan penumbuk dari tangan kanan.
"Hey! Kau gila ke!?".
Jerit lelaki itu dan ketika yang sama pintu masuk ke ruang tandas di buka dari luar.
"Boss masa dah time."
Encik Saadon yang mungkin tidak perasan apa sudah berlaku terus memberitahu dia, sudah sampai masa untuk masuk ke balai berlepas.
Kemudian pembantunya sempat lagi terpinga-pinga dengan aura tegang di dalam ruang tandas.
@@@@@@@
Khaleeda lap Khalisya dengan tuala basah dari kepala hingga ke kaki. Diulang beberapa kali. Apabila dia lihat Khalisya sudah tertidur barulah dia berhenti.
Seminggu yang lepas demam sekejap sahaja sudah kebah tapi semalam demam semula. Agaknya sebab cuaca bergilir panas dan hujan.
Semalam sudah dibawa ke klinik. Khaleeda harap mudah-mudahan demam Khalisya seperti selalu, ubat belum habis Khalisya sudah sembuh sepenuhnya.
Demam Khalisya kali ini apabila malam mula merengek sakit badan dan minta dipicit-picit.
Khaleeda susah hati, bimbang juga jika Khalisya sudah pandai demam kerana rindukan Yusoff yang berkerja ke luar daerah. Bagaimana dengan rancangannya jika begitu.
Yusoff sudah seminggu pergi. Baru dua kali menelefon. Bukan bercakap dengannya, cuma mahu bercakap dengan Khalisya menggunakan telefon Miss May Rose.
Ada juga Khaleeda sendiri menelefon Yusoff pada waktu yang lain kerana Khalisya mahu bercakap dengan Yusoff, tapi panggilannya tidak berjawab.
Dia ada buat salah apa?. Rasanya sebelum Yusoff pergi mereka baik-baik sahaja dengan 'cara' mereka. Sudah juga dia jamu Yusoff seenaknya malam sebelum Yusoff berangkat.
Khaleeda tidak faham dengan perangai Yusoff, entah apa di dalam kepala Yusoff. Sekejap macam okay tapi lebih banyak masa memang suka menaikkan darah Khaleeda dan sengaja mencari gaduh dengan tuduhan dan bahasanya yang kasar dan kesat.
"Macam mana Di?".
Miss May Rose muncul dari balik pintu. Berdiri di situ bertanya keadaan Khalisya.
"Panas semula Miss."
Miss May Rose melangkah masuk ke dalam bilik. Meraup beberapa kali rambut Khalisya yang basah dijelum air.
"Nak pergi hospital tak Di?".
Khaleeda tidak tahu mahu menjawab. Doktor kata hanya demam virus. Jika nampak teruk baru ke hospital. Hanya perlu jaga waktu makan ubat dengan betul.
"Siang dia okay Miss. Sihat boleh main. Nanti masuk malam melepek panas semula."
"I nak pergi Kuantan. Job yang Tengku Ju tu. You rasa boleh ke I tinggal you dua beranak?".
"InsyaAllah boleh Miss. Tak apa Miss jangan risau. Kalau saya tak boleh saya call Chef mintak tolong."
"I pergi seminggu tau. Job ni royal wedding. Kalau ada apa-apa emergency, call me ASAP."
Khaleeda tersenyum dan angguk-angguk. Cuba menyenangkan hati Miss May Rose yang baik hati.
InsyaAllah dia akan baik-baik sahaja. Selama enam tahun ini dia berdua sahaja dengan Khalisya.
Miss May Rose menata skrin telefon.
"I dah masuk duit dalam akaun you. Guna duit tu apa-apa urusan."
"Eh, tak apa Miss. Di ada duit lagi. Tuan pun ada masukkan duit untuk Sya."
"It's okay. Simpan aje. I kena jalan sekarang tau. You kena keluar dulu cek semua pintu tingkap."
"Baik Miss."
Khaleeda bangun dan membuntuti Miss May Rose yang sudah duluan berjalan keluar. Majikannya akan pergi bersama beberapa orang lagi rakan sekerja di butik.
Selepas Miss May Rose pergi Khaleeda ikut pesan memeriksa semua pintu tingkap barulah dia ke bilik belakang semula.
Ya Allah, sihatkanlah Khalisya.
Nampaknya rancangannya untuk keluar dari rumah ini terpaksa dia tangguhkan kerana kesihatan Khalisya yang tidak menentu.
sdg mencari jln keluar utk mengakhirkan sume ni. bertahan sahabat sume, ckit je lg. terima kasih banyak2 utk donate, masa yg d luangkn dan Komen yg membina. syg uoll. syg sgt2. sokongan kwn2 sgt2 Sy hargai.
Share this novel