BAB 22:Degil Bawa Padah.

Thriller Series 558

BAB 22: Degil Bawa Padah.

PENGARAH urusan syarikat akhbar tabloid misteri SELONGKAR iaitu Encik Daud Junaidi beserta sidang redaksi staf dan wartawannya terkejut besar apabila Yen mendakwa beliau di ganggu oleh kelibat lelaki misteri yang aneh lewat malam tadi.

"Saya tak berani dah nak tinjau ke tapak apartmen Haunted Hills tu Encik Daud..dia dah bagi amaran kat saya"kata wartawan tersebut. Wajahnya pucat lesi.

"Awak jangan nak bagi alasan yang tidak-tidak kat saya boleh tak Yen? Saya tak peduli siapa pun lelaki misteri tu. Yang saya tahu awak dan Izak harus pergi ke tapak tu lagi untuk bongkarkan lebih banyak misteri"tegas Daud Junaidi.

"Maaf Encik Daud..saya tak berani..hal ni melibatkan keselamatan diri saya"

"Saya tak peduli Yen! selaku pengarah urusan dan bos kat syarikat ni..saya ada kuasa untuk arahkan awak menjalankan tugasan awak sebagai wartawan di mana-mana lokasi termasuk apartmen Haunted Hills faham!"tinggi suara Encik Daud.

Wartawan itu tiada pilihan lain selain terpaksa akur dengan arahan bosnya.

"Ingat Yen..tabloid SELONGKAR dah berjaya menapak selangkah maju dalam menyaingi BONGKAR. Saya tak mahu keengganan dan sikap penakut awak membantutkan progresi yang dah kita capai setakat ni..faham?"

Yen terpaksa mengangguk dalam keberatan.

Perbualan itu terganggu seketika apabila wartawan Izak yang sama-sama pergi meninjau ke tapak apartment terbiar Haunted Hills bersama Yen tempoh hari muncul di bilik pejabat terbabit.

"Hah Izak..kamu tak kena ganggu pulak oleh orang misteri yang bagi amaran kat Yen tu?"tanya

"Kena jugak.."

"Kau pun kena?''soal Yen.

Izak mengangguk.

"Dia muncul dekat luar pagar rumah aku malam semalam"jelas Izak.

"Hm dia warning apa pulak kat kamu Izak?"soal Encik Daud.

"Lebih kurang sama seperti apa yang Yen lalui. Dia lempar akhbar tabloid SELONGKAR dan bagi amaran melalui suara dalam minda meminta supaya kami hentikan membuat artikel pembongkaran rahsia tentang Haunted Hills"ujar wartawan Izak.

"Habis tu kamu pun dah rasa kecut lah dengan amaran tu Izak?"

"Tak kot. Saya ni degil sikit Encik Daud. Lagi dapat warning, lagi excited nak pergi ke Haunted Hills dan bongkar lebih banyak rahsia dan misteri yang ada kat sana Encik Daud"kata Izak yang sudah bersiap dengan jaket rasmi wartawan dan beg peralatan kerja.

"Hahaha macam itulah kriteria wartawan SELONGKAR yang kita mahukan. Kamu Yen perlu contohi sikap Izak tu. Sikap berani dan degil tu mesti ada"nasihat pengarah urusan SELONGKAR.

Walaubagaimanapun wartawan Izak hanya pergi sendirian untuk kali ini kerana Yen masih trauma dan tak berapa sedap hati sejak apa yang di laluinya malam tadi.


__________________

PETANG tu langit sedikit mendung. Suasana agak berangin di saat kereta yang di naiki oleh wartawan Yen tiba di tapak apartmen Haunted Hills.

Rakan sejawatnya iaitu wartawan Izak di katakan gagal dihubungi serta tidak kembali semula ke ofis setelah keluar pergi membuat tinjauan ke tapak blok apartmen terbiar itu secara sendirian sejak pagi tadi.

"Izak! oh Izak! Kau ada kat mana?"teriak Yen ketika tiba di kereta milik Izak yang ada di parkir luar pagar kawasan.

Angin menderu-deru kuatnya. Guruh-guruh kecil mendengkur di langit.

Yen memasang langkah berhati-hati sambil meliarkan pandangan ke setiap blok dengan harapan dapat menemui Izak. Dalam pada itu dia juga berasa tidak sedap hati kerana tahu gerak-gerinya di kawasan tapak terbabit pastinya sedang di perhatikan oleh orang misteri yang di temui malam semalam.

"Mungkin itulah orang misteri yang di ceritakan oleh wartawan Yana Maya sebelum ni dalam artikel tulisan dia.."getus hati Yen.

Memang ada dia curi-curi baca artikel tersebut setelah pembongkaran yang di buat oleh Yana agak tular dan mencengangkan ramai netizen. Cuma pada ketika itu Yen kurang mempercayai dakwaan kononnya Yana menerima ugutan sejurus di datangi tetamu misteri. Hanya baru kini setelah melaluinya sendiri barulah dia mulai mempercayainya.

"Izak!"

Berkali-kali di teriaknya nama sahabatnya itu. Tidak juga bersahut. Dalam benaknya berfikir entah di manalah agaknya Izak itu sekarang.

Tiba-tiba suara orang misteri itu bergema lagi. Dia bercakap secara telepati ke minda Yen.

''Kawan kau tu memang degil! Semalam aku dah bagi amaran. Tapi dia tetap nak langgar. Sekarang dia dah terima padahnya.."

Wartawan Yen tersentak!

"Kau dah buat apa kat dia?! mana kawan aku tu?!"balas Yen secara telepati.

"Dia ada kat sisi tepi sebelah kiri blok G. Ingat baik-baik..apa yang dah berlaku kat kawan kau tu di harap menjadi pengajaran agar kau tak berani lagi cuba menghampiri dan terus membongkar rahsia tentang kawasan ini"

Bergegas Yen berlari menuju ke arah bangunan apartmen blok G sebelum terkejut besar setelah menemui wartawan Izak sudah terpacak dekat dinding tepi blok terbabit dalam keadaan kedua tangan dan kaki terdepang.  Keadaannya seperti lembing terpacak. Anggota badannya di telah di benam dengan cakera-cakera tajam seperti bumerang yang pelik dan aneh bentuknya.

Kedua-dua biji matanya sudah di korek. Pakaian wartawan Izak berlumuran darah. Dia tidak tahu bagaimana caranya orang misteri itu menggantung Izak sedemikian rupa. Tapi Yen sedar pada adatnya Izak sudah tiada lagi.

"Izakk? Tidak..tidaaaaaAAAAAAKKK!!!"

Raungan Yen memecah suasana. Kakinya lemah. Air matanya tak mampu di tahan. Kini baru wartawan itu sedar kenapa akhbar tabloid BONGKAR mengambil keputusan untuk menghentikan siasatan dan pembongkaran misteri di kawasan terbabit. Tapak apartmen Haunted Hills sememangnya ada yang 'menjaganya'. Dan 'ia' tidak suka orang luar datang ke situ atau cuba menyelongkar rahsia di sebaliknya. Atau 'ia' akan memaksakan mereka dengan kekerasan dan kengerian.Dan itulah harga yang harus di bayar oleh wartawan Izak.

TIDAK berapa lama kemudian,kawasan tapak itu mulai di banjiri oleh pihak polis,petugas hospital dan tidak terkecuali pengarah urusan syarikat tabloid SELONGKAR iaitu Encik Daud Junaidi dan staf wartawan lainnya setelah di maklumkan oleh wartawan Yen. Kehilangan Izak yang di temui mati tergantung begitu sungguh mengejutkan.


________________

KEESOKKAN harinya di pejabat syarikat penerbitan BONGKAR. Yana sudah bersiap-siap menyarung vest rasmi akhbar terbabit dan menyiapkan kamera digital serta beberapa lagi peralatan kewartawanannya.

Hari ini Yana akan kembali turun ke tapak apartmen Haunted Hills untuk meredah misteri-misteri di sebalik tempat tersebut. Wartawan wanita senior itu berasa terpanggil untuk menyelesaikan tugasan mencabar tersebut berikutan kekecewaan yang di alami akibat penurunan rating jualan dan pembaca dalam dua isu keluaran mutakhir yang berada di pasaran.

Ketika lalu di ruang lobi pejabat,Yana lihat para wartawan dan staf lain bersorak girang sambil menonton siaran berita di kaca televisyen pejabat.

"Wooohooo! Cayalah..SELONGKAR pasti dah tak berani pergi ke tempat tu lagi"teriak wartawan Haziq.

"Buhuhu iya Ziq..huhuhu mintak bior le pendek hayat syarikat SELONGKAR. Huhuhu..itu la..sapa suruh berani-berani sangat nak sailang Kak Yana punya tugas kat Haunted Hills..huhu kan dah terima padah..sekian"Wartawan Yeob ketawa besar sambil krup krap krup krap mengunyah keropok.

"Kan..padan lah muka dia orang"kata wartawan lain pula.

Harun dan Ghani pun ada sekali menonton kat situ.

"Wahh..you all semua berkumpul dan bersorak girang bagai ni apa cerita?"tanya Yana.

"Yana..you tak perlu pergi ke Haunted Hills. Agaknya pihak polis pun masih sedang berkawal kat situ lagi"kata Ghani.

"Kenapa? Apa dah jadi?"soal Yana yang masih belum tahu berita malang yang menimpa wartawan syarikat SELONGKAR yang di tugaskan ke lokasi terbabit.

"Wartawan SELONGKAR di temui mati tergantung dekat bangunan blok G dalam keadaan tangan kaki di pacak bumerang aneh dan kedua biji mata di korek petang semalam. Haunted Hills dah jadi kawasan larangan pihak polis buat masa ni untuk kerja penyiasatan"ujar Harun.

Yana terbeliak biji mata sambil tekup mulut dan menatap ke siaran laporan berita di kaca tv.

"..buat masa ini pihak berkuasa telah memasang pita larangan di tempat kejadian untuk kerja-kerja penyiasatan lanjut. Orang ramai di larang untuk masuk ke tapak apartmen terbiar Haunted Hills..berita selanjutnya.."

Encik Ghani tersenyum sambil menepuk di bahu wartawan Yana.

"Yana..you tak perlu risikokan diri untuk buat tugasan di Haunted Hills lagi. Hopefully dengan berita ni,pembaca BONGKAR akan faham kenapa pihak kita terpaksa menghentikan artikel lanjutan siasatan misteri ke atas Haunted Hills"kata Ghani.

"Yup.."Yana mengangguk.

"Hah,aku pun tak sabar nak tengok apa lagi modal syarikat SELONGKAR nak pakai untuk lariskan tabloid mereka lepas ni"kata wartawan Harun.

"Huhuhu iya bang Harun..surat kabor mereka terjual pun sebab mereka sailang tugas Kak Yana kat Haunted Hills..huhuhu iya lepas wartawan mereka di temui mati cenggitu,aku tak fikir mereka berani nak turun ke Haunted Hills lagi lepas ni.."kata wartawan Yeob Maon.

"Kan..so tanpa artikel tentang Haunted Hills yang boleh mereka tulis lagi lepas ni, menggelupurlah mereka nak jual tabloid baru mereka tu.."celah wartawan Asywina pula.

"Huhuhu iya semoga bungkus le hendaknya syarikat SELONGKAR di mana gulungan-gulungan surat kabor mereka yang tak laku tu dapat di temui oleh anjing-anjing liar yang menyelongkar ke kabin tong sampah lepas ni ya..sekian"kata Yeob Maon berlawak sebelum di sambut ketawa oleh para staf dan wartawan lain.

Hahahahahha

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience