BAB : 01

Family Series 8635

BEBERAPA jam berada di udara. Kapal terbang yang dinaiki mereka pun tiba dan selamat mendarat di Malaysia. Nimrah yang terlelap dikejutkan wanita yang duduk disampingnya itu.

"Bangun Nimrah.." kejut Puan Anara

"Macam mana? Kamu dah ready?" ujar wanita itu tiba tiba. Sambil tangannya merayap membetulkan rambut anak angkat nya yang sedikit kusut itu. .

"Dah mami.." balas Nimrah sambil tersenyum menatap wajah Ibu angkatnya itu.

Setelah beberapa tahun ia tinggal dan menetap Di Perancis bersama ibu angkatnya itu. Akhirnya dia menjejakkan diri kembali ke tempat kelahirannya.

Rindu, dia sangat rindu suasana di negara sendiri. Tiga tahun di negara orang, bukan lah satu hal yang mudah bagi dirinya memulai kehidupan barunya semenjak dia berpindah keluar dari rumah anak yatim piatu.

Mengingatkan kembali tempat dimana dia dibesarkan dan dijaga. Dia jadi teringin sangat pergi ke rumah anak yatim itu semula. Dah lama sangat dia tak jumpa dan bertanyakan khabar dengan mereka. Terakhir berinteraksi sewaktu dia dibawa keluar dari situ.

"Nimrah.. Are you okey?" sergah Puan Anara pada anak angkat nya itu.

"Err.. Okey mami.." balas Nimrah sedikit kalut.

"Dah jom kita keluar.." katanya sebelum ibu angkatnya itu bangun dan berlalu pergi terlebih dahulu.

Nimrah membeku sejenak menarik nafasnya perlahan sebelum ia turut bangun dari situ dan melangkah mengejar kepergian ibu angkatnya tadi.

~

"Bawa masuk semua barang barang tu ke dalam kereta.." arah Puan Anara pada pemandu peribadi yang dihantar suaminya.

"Baik puan.. "

"Nimrah!? Kamu tunggu apalagi dekat situ?" seru Puan Anara pada Nimrah yang hanya berdiri pegun dilapangan itu.

"Ta.. Takde apa mami.." Nimrah mula terkulat kulat menghampiri ibu angkatnya itu bersamaan beg sederhana yang dibawanya.

"Kena cepat sikit Nimrah.." pintanya sedikit ditekankan. Sebelum wanita itu bergegas masuk kedalam kereta.

Nimrah mendengar arahan itu, secepatnya membuka pintu kereta belakang dan memasukkan tubuhnya. Setelah membetulkan pungungnya. Nimrah mendengar satu keluhan dilepaskan oleh ibu angkatnya yang duduk dikerusi depan.

Pelik, padahal tadi dia melihat suasana hati ibu angkatnya itu baik baik saja. Namun setelah mendapat panggilan dan berbual agak lama terus saja emosi wanita itu berubah. Raut wajahnya terlihat ketat dan nada bicaranya terdengar datar.

"Mami. Kenapa?" tegur Nimrah sambil menjengah sedikit kepalanya melihat ibu angkatnya itu. Namun pertanyaan nya dibiarkan berlalu begitu saja. Langsung tiada respon mahupun balasan dari pertanyaan nya.

Dia ada buat salah ke? Ke ibu angkatnya itu marah disebabkan dia berlengah tadi. Atau disebabkan panggilan tadi? Siapa yang menghubungi ibu angkatnya itu? Takkan suaminya? Tuan Azim.

Bercerita mengenai ayah angkatnya itu. Bahkan dia sendiri pun tidak mengenali lelaki itu dengan lebih rapat. Lelaki itu bahkan langsung tidak berapa menegur dan mahu berinteraksi dengan nya waktu itu. Sehingga lah dia terus saja di hantar ke luar negara.

Alasan yang pernah di katakan oleh Puan Anara padanya dulu. Suaminya terlalu sibuk dan banyak kerja yang harus diuruskan. Dan satu kata lagi yang sampai sekarang dia tidak lupakan.

Puan Anara selalu memberitahunya yang menguruskan semua benda tentang dirinya mahupun tentang kos perubatannya sewaktu dirawat dulu semuanya dari Tuan Azim yang merupakan ayah angkatnya itu.

~

Sebaik tiba diperkarangan rumah banglo bertingkat itu. Mereka pun dipersilakan untuk masuk. Untuk pertama kalinya dia menjejakkan kaki ke tempat ini. Jadi inilah rumah sebenar kedua orang tua angkatnya?

Kenapa baru sekarang dia dibawa ke sini? Selama dia dijaga oleh mereka. Dia langsung tidak mengetahui apa apa mengenai tempat ini. Dia hanya dijaga dan dirawat sementara waktu di dekat apartment sebelum dia dihantar ke luar negara.

"Bawa dia masuk ke dalam.." arah Puan Anara sebelum wanita itu melangkah pergi dari situ tanpa menghiraukan nya.

Apa dah jadi? Kenapa ibu angkatnya itu tiba tiba saja jadi sedingin itu padanya?

"Mari cik.. Kita masuk ke dalam." satu pengawal datang menghampirinya sambil menunjukkan arah jalan.

Nimrah hanya mengangguk perlahan. Sebelum ia mengorak langkah berjalan lebih dulu ke arah yang ditunjukkan padanya tadi.

~

"Ini bilik untuk awak Nimrah.. Macam mana? Awak suka dengan bilik ini??" soal Tuan Azim lembut sambil membawa masuk beberapa barang milik anak angkatnya itu.

Nimrah yang sedikit kekok dengan layanan mesra dari ayah angkatnya itu hanya mengangguk perlahan sambil tersenyum nipis. Sejujurnya dia sangat tidak selesa melihat tatapan lelaki tua itu padanya. Lagi lagi untuk pertama kalinya lelaki itu menyapa dan melayannya dengan baik dan mesra.

"Awak rehat dulu okey.. Kalau perlukan apa apa nanti panggil saya.." ujar ayah angkatnya itu lagi dengan senyuman manis yang tak lekang di bibirnya.

"Terima kasih pak.." ucap Nimrah perlahan. Kepalanya hanya menunduk. Sehingga lah ayah angkatnya itu beransur pergi dari situ barulah Nimrah menarik nafas lega. Satu keluhan berat dilepaskan.

"Astagfirullahhalazim.. Kalau tadi dia masih tak pergi, dah mati berdiri aku dekat sini.." gumam Nimrah sedikit tercungap cungap membetulkan pernafasannya yang laju saja berhembus sebabkan dari tadi ditahannya.

Wangian yang digunakan ayah angkatnya tadi betul betul menyengat ke dalam rongga hidungnya. Ingin saja dia bersin tadi, namun terpaksa ditahannya disebabkan tidak mahu membuatkan ayah angkatnya itu terasa.

* * *

Sebaik pintu bilik dibuka. Satu hempasan kuat mengejutkan Puan Anara yang duduk di meja rias menanggalkan perhiasan yang dipakainya. Pantas wanita itu berpaling ke arah suaminya yang laju saja melangkah mendekatinya.

"You ni dah kenapa?! Tak boleh ke nak bertenang sikit? Ni asyik nak ikut emosi you je. You ingat i ni muda lagi ke? Kalau i mati mengejut macam mana ha?" bebel Puan Anara pada suaminya itu. Jelas terlihat dari wajah tegang suaminya itu seperti ada yang tidak kena.

"Sepanjang tiga tahun kau jaga dia. Kau ada cakap macam apa yang aku suruh kau cakap?"

"Apa maksud you? you tak percayakan i ke? Of course lah i cakap dekat dia.. I dah cakap semua apa yang you suruh i cakap." balasnya terus. keningnya mula berkerut menatap wajah tegang suaminya itu. Sebelum Puan Anara bangun dari duduknya dan berdiri menghampiri suaminya itu.

"Kenapa dengan you ni? ada yang kurang dari budak perempuan tu? Or you dah tak sabar sangat nakkan dia??"

Tuan Azim hanya diam tidak membalas pertanyaan dari isterinya itu. Sebelum Tuan Azim berlalu keluar dari situ semula.

Puan Anara hanya mengekori mata kepergian suaminya. Sebelum ia menarik nafas dalam. Dia dah cukup sabar mengadap sikap suaminya itu. Kalau bukan disebabkan kesenangan yang dia dapatkan dari lelaki itu. Sudah lama dia ingin hidup sendiri.

Baru saja ia hendak kembali ke meja solek. Panggilan masuk dari telefon pintar miliknya mula berdering menandakan panggilan masuk. Laju saja ia bergegas mendapatkan telefon pintar miliknya itu, sebelum panggilan yang dia nantikan di jawab.

"Hello. Okey dear, i tunggu you malam ni.. You macam tahu je i perlukan you sangat.. Okey bye see you." ucapnya sebelum Puan Anara meletakkan semula telefon miliknya dan secepatnya melepaskan perhiasan ditubuhnya. Sebelum Puan Anara bergegas masuk ke bilik air untuk membersihkan diri.

* * *

Usai membersihkan diri. Nimrah mula menapak ke arah bilik persalinan untuk mempersiapkan dirinya. Namun sebaik saja almari pakaian kaca itu dibukanya. Mata Nimrah sedikit terbeliak melihat kesemua pakaian itu.

"Ni baju siapa?" getus hatinya sedikit pelik. Matanya melilau melihat satu persatu barisan baju yang tersusun rapi itu dan ke semua nya hampir sama saja.

"Takkan aku nak pakai macamni. Memang taklah. Astagfirullahh.."

Nimrah kembali keluar dari dalam bilik persalinan itu. Dan menuju di tempat terletaknya beg bagasi miliknya. Nasib baiklah pakaian miliknya semasa di luar negara dia bawa kembali.

~
Selesai saja dia mengenakan pakaian miliknya. Nimrah pun mula membawa beg bagasi miliknya itu ke dalam bilik persalinan. Satu persatu almari pakaian dibuka untuk mencari ruang kosong untuk meletakkan segala pakaian miliknya.

Beberapa minit dia mengemas baju baju miliknya. Nimrah melangkah pula ke arah katil bersaiz queen itu. Sebelum ia melabuhkan pungungnya diatas katil yang begitu empuk di rasanya.

"Selesanya.." gumannya sebelum ia pun merebahkan tubuhnya seketika untuk merasakan keselesaan yang ada pada katil itu.

Lama dia terbaring pulas disitu. benar saja tak sampai beberapa minit matanya sudah tertutup rapat hingga membuatnya tertidur lena disitu.

* * *

Puan Anara yang baru saja menuruni tangga sambil berbual dengan seseorang dalam talian sedikit terperanjat bila dimana dia terus saja disergahi dengan suaminya yang tiba tiba saja muncul dihadapannya.

Satu keluhan berat dilepaskan, sebelum ia memutarkan bola matanya malas.

"Hm, you nak apalagi?" soal Puan Anara agak malas

"Budak perempuan tu mana? Dari petang tadi aku tunggu dia keluar, dia langsung tak keluar, keluar.."

"Ehh manalah i tahu. Sekarang ni i dah tak jaga budak tu. You pergilah tengok sendiri. You yang nak sangat jaga dia kan? Untuk apa? Untuk kepentingan diri you sendiri.. So you uruskan sendiri anak angkat you tu. I dah tolong jagakan dia untuk you semalam tiga tahun dah cukup bagus tau.." balas Puan Anara terus. Sebelum ia mengambil langkah pergi dari situ.

Tanpa menunggu lama. Tuan Azim terus saja mengorak langkah menaiki tangga pergi ke arah dimana terletaknya bilik anak angkatnya itu.

~

Pintu bilik yang berkunci itu mula dibuka dengan kunci pedua yang ada padanya. Jadi untuk masuk kedalam bilik itu sangat senang baginya walaupun bilik itu sudah dikunci dari dalam.

Perlahan lahan kakinya menapak mendekat ke arah katil. Pandangan matanya tertuju ke arah tubuh yang terbaring elok di atas katil itu.

Sebaik mendekati katil itu. Tuan Azim mula mengambil ruangan kosong untuk dia melabuhkan pungungnya diatas katil itu.

Dari tadi matanya langsung tak berkedip melihat gadis dihadapannya itu. Dari atas kebawah bentuk tubuh anaknya itu diperhatikan. Berkali kali ia cuba menelan air liurnya sendiri bila dimana tatapan matanya tak lepas memerhatikan tubuh indah di matanya itu.

"Kau memang cantik. Dan aku dah lama tunggu kau untuk balas budi dekat aku.." tuturnya sendiri sambil meleretkan senyuman sinis. Sebelum tangannya naik mengusap lembut pipi anak angkatnya yang masih tidur lena itu.

Rambut yang terurai milik gadis itu makin membuatnya semakin merasa teransang. Untuk pertama kalinya dia melihat gadis itu tidak mengenakan tudung sewaktu tidur. Cantik dan mengoda. Cuma.. Pakaian yang dikenakan gadis itu terlalu longgar. Mana baju baju yang dia sudah sediakan. Kenapa gadis itu tidak mengenakan pakaian itu.

Beberapa minit Tuan Azim merenung. Tuan Azim mula nekad mengelus pipi gadis itu lembut. Dan semakin lama wajahnya semakin didekatkan. Sempat Tuan Azim mencium aroma wangian sabun yang masih melekat pada tubuh gadis itu. Sebelum Tuan Azim semakin merapatkan wajahnya pada wajah anak angkatnya itu.

thnks for read. n support me..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience