Bab 1 (Follow The Flow)

Romance Series 2490

Khayla termenung sendiri. Mengenang malang apa yang sedang datang menimpanya bertubi-tubi tanpa sebarang belas dan kasih. Khayla dapat merasakan bahawa dia hampir kehilangan akal warasnya. Masalah yang kunjung datang bagaikan tak tahu nak ikut giliran. Semua nak datang serentak! Tak boleh ke tunggu selepas satu masalah tu selesai dulu barulah datang masalah yang lain? Ah, serabut!

Kalaulah hidup di atas pentas dunia ini sama seperti drama, rasanya dia layak menang Anugerah Oscar - "Watak Paling Banyak Masalah"

Perlahan-lahan dia bingkas bangun dan meninggalkan kedai kopi kegemaran Rais. Ya, Rais. Pemilik nama yang telah mencuri hatinya. Membuatkan dia rasa sama seperti insan lain namun ternyata itu cuma sementara kerana realitinya cinta itu hanyalah fatamorgana yang dibayar dengan luka dan kekecewaan.

"You're good at nothing, Khayla. We've been together since two years and you tak habis-habis busy langsung tak ada masa untuk I. Sekarang bila I jumpa someone yang akan sentiasa ada untuk I, tahu pula You nak melenting? Salahkan I dan kata I curang?"

Terkulat-kulat Khayla membela diri. Dah tentulah dia sibuk dengan kerja. Dapur tak berasap kalau dia tak cari duit. Perut dia juga yang terpaksa menanggung lapar. Rais bukannya menanggung makan minum hidup dia pun. Apa boleh buat kalau lahirnya Khayla Nadeera ke dunia ini hanyalah sekadar comel bukannya kaya. Mahu tak mahu kena usaha untuk teruskan hidup esok lusa. Berjuang sehabis baik selagi nyawa ditanggung badan.

Rais - Kalau ada anugerah, selayaknya dia memegang anugerah "Watak Acah-Acah Suci" atas alasan bodohnya yang hanya tahu menyalahkan orang lain. Dia sedaya-upaya meletakkan Khayla sebagai puncanya. Alah, curang itu pilihan. Bertahan juga pilihan. Kalau dia memilih untuk berhenti bertahan demi hubungan mereka, maka Rais boleh saja mengakhiri semuanya tanpa perlu adanya orang ketiga.

"I dah penat, Khayla. I nak someone yang boleh layan I. Boleh spend masa dengan I. Sejak setahun yang lepas I tak nampak yang I boleh go through masa depan dengan you kalau you masih sibuk dengan dunia you. Seolah-olah I tak ada langsung dalam kamus hidup you."

"Apa pula tak ada? Every night kita spend masa pillow talk sebelum tidur. I reply semua teks You...I.."

Belum sempat Khayla menghabiskan ayat membela diri, Rais terlebih dahulu menepis.

"Haa, eloklah tu. Semua through the phone. Kalau macam tu baik I bercinta dengan telefon. Bukan dengan You."

Khayla terdiam. Memang salah dia terlalu sibuk. Rais ajak jumpa pun dia selalu menolak. Nak buat macam mana. Hidup seperti Khayla terpaksa usaha semuanya sendiri. Dia tiada orang tua untuk dijadikan talian hayat. Dia sebatang kara. Dia tak punya apa-apa. Jadi untuk memastikan dia punya sesuatu, maka dia harus berusaha lebih keras dari orang lain. Dia tak boleh santai di posisi kerana semuanya dia harus buat sendiri.

"Rais, we need to talk. Kita perlu berbincang sebelum kita akhiri semua ni. Kita tak pernah bercakap tentang semua ni. Tentang how are we going to overcome this problem. You free sabtu ahad tapi I need to work on weekend. I cuti setiap Isnin but You pula yang kena kerja. Kita kena cari jalan tengah. Bukannya dengan pergi cari orang ketiga."

"I ajak jumpa malam You bagi alasan penat. Tak pun order banyak sampai tak boleh nak spend masa untuk I. Tak habis-habis dengan alasan."

"Rais, I ingatkan You faham. I ada dua kerja yang I perlu hadap. You tahu gaji I tak besar macam You. I kena kerja keras untuk pastikan I boleh hidup dan bernafas dengan tenang untuk hari-hari yang mendatang. Kalau I tak kerja keras macam tu, siapa yang akan tolong I? Siapa yang nak tolong bayarkan sewa I? Nak tanggung makan minum I?"

"Kalau macam tu lebih baik you hidup seorang diri dan bercinta dengan kerja you sampai bila-bila. Bukan ke memang tu yang you buat seumur hidup you selama ni? No wonder you pandai sangat hidup sendiri sebab you memang tak ada sesiapa pun seumur hidup you. Sebab tu lah orang macam you tak reti nak menghargai kehadiran orang lain."

Tersentak Khayla mendengar setiap bait patah kata yang meluncur keluar dari mulut Rais. Ish, boleh tahan bau longkang yang keluar dari mulut Rais rupanya. Kalau ada cili sekarang ni ,mahu saja Khayla tonyoh-tonyoh cili tu dekat mulut longkang Rais. Biar padan muka. Cakap rasa dah lah! Tak payah nak melebih-lebih pula.

"It's over between us! Get out of my face forever. I tak akan menyesal tinggalkan perempuan macam you."

"Fine! Berambus kau sana!" ucap Khayla nyaring namun sekadar di dalam hati. Tak terucap pula secara lisan. Kau ingat seketul Khayla nak merayu? Jangan harap! Kalau orang dah tak sudi, tak payah buang masa nak merayu. Biarlah dia pergi terus. Jangan ditoleh. Jadikan itu sebagai kenangan. Namun rasa pahit yang ditinggalkan bersama kenangan itu bakal menyeksa jiwa dan mampu menyebabkan kekacaun emosi. Hah, itulah masalahnya!

Stupid Rais. Nak nampak dia elok, terus mencari alasan. Eleh, dia yang tak setia kita pula dijadikan asbab. Bertubi-tubi Khayla menyumpah di dalam hati. Kakinya melangkah tanpa arah tuju. Dia tidak tahu hendak ke mana. Tiada selera pula mahu pulang ke bilik sewanya yang sempit. Khayla sekadar mengikut ke mana saja kakinya melangkah. Tiba-tiba tanpa sebarang amaran lengannya disambar seseorang. Tanpa sempat menepis dia sudah pun berdiri di hadapan seorang lelaki asing yang langsung dia tidak kenal.

"Hey, awak nak ke mana? Sampai hati buat-buat tak nampak saya pula."

Hampir bersambung kening Khayla memikirkan siapa gerangan lelaki tersebut. Siapa pula mamat ni? Siapa pula cameo jemputan yang muncul di depannya kini? Kotak memori bekerja keras untuk mengingat siapa gerangan lelaki tersebut. Hasilnya error.

"Nenda, inilah girlfriend Adam. Sayang, perkenalkan diri awak pada Nenda."

Hei, girlfriend kepala hotak dia! Terkulat-kulat Khayla memandang lelaki misteri tersebut. Kau ni siapa? Kau tinggal sini ke?

Lelaki yang menggelar dirinya sebagai Adam itu mengarahkan Khayla untuk memperkenalkan diri kepada seorang wanita yang sedikit berusia yang berdiri di hadapan mereka.

Nenda - wanita yang tampak elegen, aura mahal membuatkan, cantik walau berusia.

"Cepatlah, sayang. Kenalkan diri you. Tak baik buat Nenda tertunggu-tunggu."

Aduh, nak kena kenalkan diri ke? Dah kenapa dia perlu memperkenalkan diri pula? Wanita yang dipanggil Nenda itu memandang Khayla seolah-olah menunggu sesi perkenalan itu berlangsung secara rasmi.

"Saya..saya Khayla." ucap Khayla tergagap-gagap seraya menghulurkan tangannya untuk bersalam. Dah kenapa dia harus memperkenalkan diri pula ni? Masalah apa pula yang sedang melanda?

"Nice. Sepadan dengan Adam. Kenapa tergagap-gagap? Khayla takut ke berjumpa dengan Nenda? Jangan risau Nenda tak makan orang." balas wanita itu seraya tergelak kecil. Nampak benar Khayla gugup.

"Good thing that you found someone, Adam. So please move forward as soon as possible."

"Move apa?" soal Khayla yang masih lagi bingung. Dia seolah-olah masih tersesat. Apa sebenarnya yang berlaku? Hello, is this a prank? Mana kameranya?

"Melangkah ke next step. Kahwin."

"Hah?" Ternganga Khayla dibuatnya. Dah kenapa dia kena kahwin dengan Adam pula. Eh, Adam ni siapa? Khayla tak kenal langsung pun siapa lelaki tu. Ini tak logik! Tak dapat nak diterima akal. Baru saja Khayla cuba untuk menjelaskan situasinya, Adam terlebih dahulu bersuara.

"We'll talk about this as soon as posibble. Nenda boleh gerak dulu. Adam nak spend masa sekejap dengan Khayla."

"No rush. Kamu berdua bincanglah apa yang patut tentang majlis kamu nanti. Lagi cepat lagi bagus. Next month hari lahir Nenda so Nenda harap kamu berdua faham apa yang Nenda inginkan."

"Tapi saya.." sekali lagi Khayla gagal menghabiskan ayatnya apabila Nenda kembali bersuara.

"Nah Nenda tak nak dengar apa-apa, Khayla. Tak kan nak tunggu Nenda mati dulu baru kamu dan Adam nak kahwin? Adam satu-satunya cucu tunggal Nenda. Khayla nampak seperti orang yang baik. Nenda yakin dengan pilihan Adam." balas wanita itu sebelum masuk ke dalam perut kereta. Khayla hanya mampu menghantar wanita itu pergi dengan pandangan matanya sahaja.

"Thanks for playing along."

Mendengar suara itu barulah Khayla kembali sedar bahawa lelaki itu masih ada di situ. Berdiri di sebelahnya. Play along apa kejadahnya?

"So, saya memang tak kenal siapa awak, kan?"

"Yup, ini kali pertama kita berjumpa."

Khayla menepuk dahinya
No wonder langsung tak boleh cam!

"And....apa tadi tu? Saya rasa...bingung sangat sekarang ni..." Khayla mengurut keningnya.

"Sekarang Nenda percaya awak teman wanita saya dan Nenda berharap kita akan berkahwin dalam tempoh masa sebulan dari sekarang.''

Terjatuh rahang Khayla dibuatnya. Sebulan dari sekarang? Ini bukan masalah biasa-biasa tapi ini adalah malapetaka!

"What the? Hei, awak baru saja sahkab yang kita tak kenal satu sama lain dan dah kenapa saya nak kahwin dengan awak?"

"Marrying me might be the best thing that will happen to you."

"Amboi, yakinnya kamu? Ish, tak naklah. Awak ingat saya dah cukup gila ke untuk berkahwin dengan stranger?" Khayla masih berpegang pada secebis kewarasannya yang tinggal. Kalau ikutkan memang dia dah hampir gila pun dengan masalah yang tak henti-henti mendatang.

"Come on, Khayla. Awak rasa saya ada pilihan?"

"Why me?"

"Because I only see you."

Khayla bingung. Dia memerhati kawasan sekeliling. Eh? Tu di seberang jalan sana ada orang. Memandai saja si gila di depan dia ni.

"Tolonglah, Khayla. Tadi awak dah tolong saya. Apa kata alang-alang awak dah play along tadi tu, kita teruskan saja?"

"Ish, tak nak. Apa you ingat nikah kahwin ni kita boleh buat main ke? Tadi tu bukannya saya nak play along pun. Semua tu tadi tak dirancang."

"Baiklah, apa kata kita berkenalan dalam tempoh masa sebulan dari sekarang."

"Kenapa nak berkenalan pula?" Sibuk pula nak ajak berkenalan. Tak tahu ke orang tengah patah hati?

"Lepas tu kita kahwin."

"Ish, gila!" Khayla cuba melangkah pergi namun Adam sekali lagi menghalangnya.

"Lepastu kita kahwin dan I janji I tak akan tuntut apa-apa. Kita teruskan sesi berkenalan untuk satu tempoh. Mungkin untuk sepanjang setahun usia perkahwinan kita."

"Selepas setahun?"

"Kalau kita tak serasi, kita berpisah secara baik."

"Still nonsense. Orang yang tak betul saja yang akan bersetuju dengan semua ni."

"Awak tak rugi apa pun. Apa salahnya mencuba? Atau....awak sudah ada calon pilihan sendiri untuk dijadikan suami?"

Khayla mencebik. Calon tahi kucing. Calon dah pun pergi dengan meletakkan keseluruh kesalahan kepada Khayla. Katanya Khayla punca kepada segala kegagalan hubungan mereka. Bukan salah dia andai hati beralih kepada yang lain. Si dia kata orang baru itu sentiasa ada untuknya. Memikirkan perkara itu saja sudah cukup untuk membuatkan Khayla berasap sendiri. Asap itu pula semakin menebal lalu menyingkirkan kewarasan akal yang sememangnya sudah menipis.

"No wonder you pandai hidup sendiri sebab you memang tak ada sesiapa seumur hidup."

Tiba-tiba kata-kata yang diluncur dari mulut Rais tadi bagaikan pita rakaman yang bermain berulang kali dalam kepalanya. Baiklah Rais, aku akan buktikan yang aku tak akan hidup sendiri!

"Tak, saya tak ada calon! Baiklah, saya rasa saya cukup gila untuk bersetuju dengan semua ni. Hidup saya dah cukup kucar-kacir. Tak salah rasanya kalau saya tambah satu lagi masalah." ujar Khayla yakin.

Adam tidak mampu memahami semua yang Khayla katakan namun persetujuan itu saja yang penting buatnya. Khayla sudah bersetuju dan itu bermakna gadis itu bakal bergelar isterinya pada bulan depan.

Wahai dunia, sila tepuk tangan untuk Khayla, gadis yang baru resign dari kewarasannya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience