Langsir yang langsung tidak tertutup dari malam tadi membuatkan cahaya matahari terus masuk menerjah ke dalam bilik Hakimi. lalu, membakar perlahan tubuh hakimi dan membuatkan Hakimi tidak selesa dan membuka matanya.
Alahai, baru jam 8.45 pagi. Panasnya macam dah jam 12, gerutu hatinya. Hendak dia bangun terasa malas, rasa terlalu awal untuk dia bangun. Ditarik selimut untuk melindungi tubuh yang tidak berbaju. Entah kenapa terasa panas lagia dalah, namun dia betul-betul malas.
Lagipun hari ini hari cuti. Aaah... setiap hari ialah hari cuti baginya. Apa nak dihairankan… Hakimi seorang pemuda kampung, berusia 21 tahun dan menganggur. Tidaklah menganggur, cuma dia hanya membuat kerja kampung. Kalau ada kerja adalah rezekinya, lebih baik sebegini tidak terikat dengan mana-mana orang.
Dia berpaling ke kiri kemudian sekejap ke kanan, namun matanya agak keras untuk dilelapkan semula. Kepalanya sedikit pening, mungkin semalam dia pulang agak lewat ke rumah setelah berjam-jam melepak dengan kawan-kawannya.
Terlintas di benaknya akan bayangan apa yang telah dilihatnya semalam tadi. Dia tersenyum dan mula berkhayal. Naluri kelakian yang mencecah usia 19 tahun itu mula berkembang jauh. Rasa seronok dalam melayan imaginasi dan fantasi liar yang semakin berterbangan jauh.
"Kau nak mampus ke tak bangun-bangun lagi ni? Pergilah cari kerja tu Kimi." Terdengar jeritan emaknya di sebalik pintu bilik diikuti dengan beberapa ketukan pada permukaan daun pintu biliknya seperti mahu roboh dibuatnya.
Berdecit mulut Hakimi. Emaknya memusnahkan khayalan yang dia baru saja cipta.
Hakimi bangkit daripada perbaringannya. Beberapa kali dia menggelengkan kepalanya. Selimut yang tadinya membaluti tubuhnya dicampakkan ke penjuru katil. Dia beberapa kali menggeliat malas sambil kedua-dua belah tangannya diluruskan ke hadapan.
Dengan malas Hakimi berjalan, menuju ke jendela biliknya lalu dibuka dan dikuak daun jendela dengan seluas-luasnya. Supaya angin pagi dapat menerobos masuk ke dalam biliknya sekali gus memberi udara segar di dalam bilik itu.
Ketika jendela biliknya dibuka dan matanya terpaku melihat satu sosok tubuh seseorang yang sedang leka menjemur kain di ampaian.
Jarak antara ampaian itu dengan jendela rumahnya adalah selebar jalan kampung. Gadis berusia 30 tahun itu tidak sedar bahawa dirinya ralit diperhatikan oleh Hakimi.
Begitu asyik mata Hakimi memerhati gerak tubuh gadis itu yang sekejap membongkok dan kemudian kembali tegak menjemur kain yang sudah dibasuh. Matanya liar meneroka belakang tubuh gadis yang memakai kain batik bewarna coklat dan berbunga hitam kusam dan berbaju t-shirt merah yang agak kecil dan sendat.
Tshirt itu tidak mampu menutupi bahagian punggung gadis itu yang bulat. Mata Hakimi tertumpu kepada punggung yang bulat ketika si gadis sedikit menonggeng apabila membongkok mencapai kain basuhan di dalam baldi. Sesekali gadis itu membetulkan tuala putih yang menjadi seledang kepala. Makin gila dibuatnya melihat setiap gerakan gadis itu, semuanya sangat cantik dan menggoda.
Amira sedang asyik menjemur baju terasa diperhatikan terus saja dia berpusing dan matanya terus menangkap lelaki bernama Hakimi. Baginya Hakimi ini seperti adik-adik sahaja keraja jarak umur yang jauh sedikit.
Dengan pantas Hakimi berpura-pura seperti baru membuka jendela.
“Hai Hakimi, baru bangun ke?” tegur Amira apabila kepalanya sedikit mendongak ke arah Hakimi yang tidak berbaju. Tubuh pemuda itu kurus namun sedikit berotot pada bahagian dada dan lengannya.
“Er, taklah Kak Mira, baru nak mandi ni," balas Hakimi selamba.
“Ooo..tak mandilah lagi..patutlah ada bau semacam jer.” Gadis itu cuba berseloroh.
Amira tersenyum kepada Hakimi.
Dia memerhati tubuh kurus Hakimi yang masih tercegat di birai jendela, sambil dia meneruskan tugas harian.
Sehelai kain batik berwarna merah berbunga coklat dilembarkan ke tali ampaian.
“Amboi seksinya kau Kimi, badan kau berketul-ketul.” Amira memuncungkan bibirnya kepada Hakimi.
Amira adalah seorang gadis berusia 30 tahun, merupakan seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah menengah yang berjarak kira-kira 10 kilometer dari rumahnya. Amira memang agak ramah dengan orang yang dikenali apatah lagi di hadapannya adalah seorang jiran yang boleh dia anggap sebagai seorang adik.
Hakimi tersenyum dan Amira membalas senyuman sambil melirik jelingan matanya ke arah tubuh Hakimi yang tidak berbaju. Dia mengetap bibirnya.
“Kak Mira pun seksi juga… Geram.” Terkeluar perkataan itu dari mulut Hakimi.
“Eh… Kimi kata apa, tak dengar,” balas Amira. Dia mengetap bibir.
“Takde apa-apa lah kak, saje cakap Kak Mira rajin.. banyaknya basuh kain.”
Amira mengenyitkan matanya dan sekali lagi dia tersenyum menyerlahkan kedua-dua lesung pipit yang terletak cantik di pipi gebunya. Gadis itu memang tidak lokek dengan senyuman. Usai menjemur sebakul kain di ampaian yag bertali dawai, Amira mengambil bakul di tanah lalu berjalan lenggang-lenggok menuju ke dalam rumahnya.
Hakimi memerhatikan gadis itu melangkah yang penuh tertib. Perasaan berahi terhadap Amira mula timbul di dalam kotak nafsu Hakimi. Ini bukanlah kali pertama dia berbual dengan jirannya itu, malah bukan kali pertama dia melihat Amira menyidai pakaian seperti itu.
Entahlah mungkin disebabkan naluri kelakiannya kini kian memuncak. Dia menelan liur.
Mungkin akibat perbuatan Hakimi sekarang ini agak kerap melayari video-video pornografi membuatkannya tidak keruan. Wajah anggun Amira mula terbayang di matanya. Hatinya menyanyi merdu manakala nafsunya sedikit memuncak. Adakah ini cinta atau nafsu?
Perasaan aneh itu meresap ke jiwanya.
Hakimi mengakui dia merasakan nafsu lelakinya akan bergoncang apabila melihat gadis memakai kain sarung mahupun kain biasa. Kecendurangan seksual terhadap sesuatu objek bukanlah sesuatu yang normal.
Nafsu pelik itu mulai timbul dan disedarinya dia melayari bahan pornografi. Semalam Budin mengajak dia mengintai sepupunya Zira yang baru berkahwin. Rumah Zira dan rumah Budin hanya berada bersebelahan sahaja. Budin mengajak dia menyusup di celah lorong antara rumah untuk menjalankan projek mengintai. Malam tadi dia mengintai Zira yang hanya berkemban memasuki ruang biliknya.
Lama juga dia mengintai Zira sehingga dia dapat melihat aksi ranjang Zira dan suaminya. Walaupun dia sedari bahawa dia tidak meminati wanita berbadan seperti Zira. Tetapi dia puas!
Budin juga orang yang mengajarnya cara-cara mendapatkan bahan-bahan pornografi. Kata Budin, kita hidup di zaman teknologi jangan jadi kolot. Sebelum ni dia agak bodoh berkenaan perkara-perkara lucah. Kegiatan menonton filem lucah belum pernah dia lakukan sebelum ini.
Semasa dia memerhatikan tubuh Amira tadi, bayangan nakal mula menjelma di fikirannya. Dia tersengih sendirian. Bukan pertama kali dia melihat gadis memakai kain batik. Memakai kain batik bukanlah sesuatu yang asing bagi gadis kampung. Namun di era moden, pakaian tradisi tersebut sedikit terabai. Namun perkara ini mulai berubah, dia melihat pemakaian kain sarung dari segi seksual.
"Kenapa dengan aku ni?"
Tidak mungkin dia akan menaruh hati kepada gadis di sebelah rumah. Walaupun sudah menjangkau usia 19 tahun, namun Hakimi tidak pernah mempunyai kekasih hati. Dia tidak pernah menyimpan perasaan cinta pada sesiapa pun. Malah perasaan itu terlalu asing buat dirinya. Dunianya sekarang sekadar lepak, tidur dan makan. Kerja? Mungkin suatu hari dia akan bekerja dengan lebih baik. Hakimi mencapai tuala dan berlalu dari biliknya. Jika dilayan apa yang dia rasakan ini, memang dia tidak ke manalah jawabnya.
Share this novel