BAB 7: Tetamu Misteri

Thriller Series 558

BAB 7: Tetamu Misteri

PAGI keesokkannya,di ruang pejabat syarikat penerbitan akhbar tabloid BONGKAR kecoh apabila wartawan Haziq mendedahkan bagaimana dia telah menjadi mangsa suntikkan sedatif oleh seorang pesakit mental yang mendiami bangunan blok hospital kosong sewaktu dia membuat tinjauan ke situ malam kelmarin.

"Hai apa yang riuh-rendah sangat ni?"soal Yana yang baru tiba ke pejabat.

"Tak ada apalah Kak Yana. Ni haa Haziq telah kembali ke opis setelah menjadi tawanan kepada seorang pesakit mental yang tinggal kat bangunan kosong Hospital Ampuan Zahara. Itu yang kecoh sikit pagi ni"kata seorang wartawan.

Yana menoleh ke arah Haziq

"Mmh..so macam mana kes kat sana Ziq?"tanya Yana sambil menyeka-nyeka rambutnya yang masih basah baru lepas mandi.

"Hm..settle Kak Yana. Dakwaan kononnya Hospital Ampuan Zahara tu 'keras' lah..berhantulah..semua tu tak benar. Fakta sebenarnya ialah bangunan kosong tu di huni oleh seorang pesakit psikiatri yang selama ini telah melarikan diri dari jagaan hospital"terang Haziq.

Dia pun ceritalah bagaimana detik-detik dia di cekup sebelum di suntik dengan picagari mengandungi ubat penenang sehingga terduduk lesu di atas kerusi roda oleh pesakit psikiatri tersebut.

"Hai kesiannya nasib awak Haziq"

"Nasib baik Yeob dengan Asywina datang malam tadi. Kalau tidak rasanya tak datang kerja lagilah kot hari ni. Asyik kena suntik je"

Bahahahahaha

Satu opis terlepas ketawa.

-

HUJUNG minggu itu seperti biasa terbitlah keluaran isu terbaru akhbar tabloid BONGKAR menjengah ke pasaran. Akhbar mingguan misteri itu sememangnya mendapat sambutan agak menggalakkan dari para peminat dan pembaca setianya.

Awal pagi lagi Harun sudah bangun dan pergi berjongging di jalanraya sekitar rumah kediamannya. Kesihatan jasmani dan kecergasan fizikal amat di titik-beratkan oleh Harun kerana tugasnya selaku wartawan memerlukan dia bergerak aktif ke sana ke mari.

Suasana pagi agak sejuk dan sedikit berkabus. Setelah penat berlari-lari anak sejauh satu kilometer merentas kawasan jalan berbukit dan berhutan di kiri kanan,akhirnya Harun singgah ke sebuah kedai runcit.

Sebotol minuman isotonik di ambil dari peti sejuk lalu di bayar. Harun melihat ke arah beberapa orang pelanggan yang sedang mengerumuni rak menjual akhbar dan majalah.

Dua orang pelanggan sedang rancak bersembang sambil menatap keluaran terbaru akhbar tabloid BONGKAR. Harun tersenyum dan berpuas hati. Buah tangan terkini dari syarikat penerbitan tempat dia bekerja akhirnya tiba ke tangan pembaca.

Setiap kali hujung minggu tiba,pasti Harun akan pergi meninjau ke kedai-kedai runcit,pasaraya mini atau di mana-mana sahaja kedai menjual akhbar bagi memastikan sejauh mana tabloid mingguan misteri BONGKAR sampai ke sasaran yang sepatutnya.

Malah Harun sendiri akan merekomen mana-mana kedai yang belum pernah tahu akan kewujudan tabloid mingguan misteri itu agar melanggan dan menjual akhbar tabloid BONGKAR di kedai-kedai mereka. Begitu caranya bagaimana Harun dapat membantu sedikit sebanyak dari segi pemasaran.

"Wuih...Harun Nasharuddin ni memang wartawan jenis berani mati betul lah. Setahu aku penduduk kampung Paya Mudik sendiri pun tak berani nak teroka masuk ke kawasan paya hitam tu. Dia boleh redah sorang diri dan amek foto-foto kat ceruk dalam paya tu"kata seorang pelanggan yang sedang menatap tajuk utama keluaran terbaru akhbar BONGKAR berjudul 'Misteri Paya Mudik Terbongkar'

"Aku memang tiap minggu tertunggu-tunggu nak baca artikel terbaru Harun Nasharuddin. Aku ingat kalau dia dengan wartawan Yana Maya berhenti kerja dengan tabloid BONGKAR ni,aku tak baca dah mingguan misteri ni"kata seorang pelanggan lain pula.

Harun yang sedang membelek-belek roti buku dekat sebelah rak akhbar dan majalah di kedai runcit berkenaan tersenyum saja sambil mendengar perbualan dua orang pelanggan itu.

Agaknya kalau dua orang pelanggan berkenaan sedar wartawan yang sedang mereka bualkan itu juga kini sedang berada di kedai yang sama pasti terkejut di buatnya. Akan tetapi hal itu tidak mungkin terjadi kerana para wartawan di syarikat penerbitan tabloid BONGKAR lebih di kenali melalui artikel dan rencana menarik tulisan mereka. Tidak pada wajah dan rupa.

-

HARI cuti minggu begini,Yana meluangkan masanya bersama tiga orang anak. Cadangnya hendak pergi bersiar-siar ke kawasan rekreasi. Selepas bercerai dengan bekas suaminya kira-kira setahun yang lalu,Yana mendapat hak penjagaan anak sepenuhnya dari mahkamah.

"Kita nak bawak alas ni sekali ke ma?"tanya Hana,anak perempuan sulung Yana yang masih bersekolah dalam tingkatan 3 sambil memegang kain alas perkelahan.

"Ya ya bawaklah sekali Na. Mama memang ingat nak buat macam berkelah kat sana nanti"balas Yana sambil memasukkan sebakul besar berisi bekalan-bekalan makanan dan minuman ke dalam kereta.

"Bestnya..mama masak apa je tadi?"tanya Amirul anak lelakinya yang bersekolah dalam tingkatan satu.

"Macam-macam mama masak lah. Sandwich tuna ada..puding jagung,bihun,ayam goreng,kuih-muih..buah-buah"kata Yana.

Anak lelaki Yana yang bongsu sekali,Muiz masih bersekolah rendah dalam darjah empat. Budak lelaki itu agak sibuk memasukkan barang-barang yang hendak di bawanya ke dalam bonet.

Setelah mengunci pintu dan pagar,kereta yang di naiki oleh Yana anak-beranak pun bertolak. Di tengah perjalanan,Muiz pula minta Yana berhenti sebentar di bahu jalan sebab mahu buang air kecil.

"Laa tadi sebelum bertolak kenapa tak kencing dulu siap-siap kat rumah? Kan mama dah ingatkan tadi.."kata Yana sambil memberhentikan kereta di bahu jalan.

"Tadi tak ada rasa nak terkencing pun ma"

"Ouhh iyalah..iyalah..haa pergilah turun kencing. Mirul pergi temankan adik sekali ya"

"Okey ma"

Dua orang budak lelaki itu bergegas turun sementara Yana dan anak sulungnya Hana menanti dalam kereta.

Tak sampai seminit kemudian kedua-dua orang budak itu kembali semula ke kereta dalam keadaan tergesa-gesa.

"Ma cepat jalan ma! Cepat!"kata Amirul sambil tertoleh-toleh ke cermin belakang.

"Hee siapalah agaknya orang tadi tu..buat seram je"kata Muiz.

"Eh kenapa ni Mirul? Muiz?"soal Yana kehairanan.

"Aah korang ni dah kenapa? Macam orang kena kejar hantu je?"celah kakak mereka pula.

"Mama jalan dulu! Nanti kami cerita"

Kereta pun kembali bergerak. Bahu jalan tepi hutan tadi telah pun jauh di tinggalkan kat belakang.

"Waktu Muiz sedang kencing tadi,kami terperasan ada orang sedang berdiri kat balik-balik pokok hutan tu sambil melihat kat kami"ujar Mirul.

"Orang?"soal Yana.

"Iya ma..orang tu pakai jaket kulit hitam panjang sampai paras lutut. Dia pakai topi..cuma..cuma.."kata-kata Muiz terhenti.

"Cuma kenapa tu Muiz?"

"Muka dia..muka dia nampak menakutkanlah..tak nampak macam muka manusia pun"ujar Muiz.

Berkerut dahi Yana.

"Eh korang ni saja nak reka-reka cerita ke ni?"soal Hana.

"Mana ada kak..kami nampak betul-betul dengan mata kami'tegas Mirul.

"Dah dah tu..tak perlu takutlah. Kita dah tinggalkan tempat tadi jauh kat belakang. Forget about it. Jangan rosakkan mood piknik kita okey ya"kata Yana.

"Okey ma"

SEKITAR waktu petang barulah kereta yang di naiki oleh Yana bersama tiga orang anaknya tiba semula di kediaman mereka.

"Yeayyy...dah sampai rumah pun!"kata Hana dengan girang.

"Best tak pergi piknik tadi?"saja Yana bertanyakan hal tersebut pada anak-anaknya.

"Best gila ma..barulah terasa cuti hujung minggu kali ni berbaloi dan tak bosan asyik duduk rumah je"kata Amirul.

"Best lah ma! lain kali kita pergi lagi okey ma?"kata Muiz.

Yana tersenyum puas hati dan mengangguk-angguk.

"Okey..okey..kalau best of course lah kita kena pergi piknik lagi lepas ni"kata Yana.

Barang-barang yang di bawa sewaktu pergi piknik tadi di bawa keluar dari kereta. Senja sudah pun membaluti suasana.


____________________

LEWAT malam,Yana pun menutup pintu. Anak-anaknya yang tiga orang itu telah masuk ke bilik. Lepas menutup lampu,dia pun naik ke tingkat atas dan masuk ke bilik tidurnya.


* * *

"Mmmh..."

Yana terbaring di katil bersama sebatang dildo warna pink sepanjang sembilan inci yang baru di gunakan dan masih basah.

Senyuman puas terukir di bibir.

Filem aksi ranjang dua wanita masih sedang bersiaran di kaca televisyen dalam biliknya. Yana pun menutup video tersebut lalu turun dari katil.

Ketika sedang merapatkan tingkap dan membuang pandangan ke luar,Yana terperasan ada kelibat seseorang sedang berdiri di luar pagar rumahnya.

"Eh siapa pulak datang lewat-lewat malam ni?"getus hatinya sambil terus menatap pandangan ke arah tetamu yang datang itu.

Gelap membuatkan kelibat itu tidak dapat di perhatikan wajah mahupun tubuhnya dengan jelas. Apa yang Yana pasti tetamu itu menyarung tubuhnya dengan pakaian jenis labuh dan serba hitam serta bertopi.

Yana pun turun semula ke tingkat bawah dan pergi membuka pintu. Baru sahaja kakinya melangkah setapak ke luar,tiba-tiba ada suara muncul. Ia muncul dalam benak fikiran Yana.

"..Kau tak perlu tahu siapa aku. Aku ekori kau dan anak-anak kau sewaktu kau sekeluarga keluar ke pusat rekreasi  tu siang tadi"

"Apa tujuan awak datang ke sini? Adakah awak yang muncul waktu anak saya buang air kecil kat tepi jalan tu?"soal Yana.

"Ya..budak-budak tu dah terperasan kehadiran aku. Tapi jangan risau..tujuan aku tiada kaitan dengan anak-anak kau"

"Habis tu apa?"soal Yana melalui perhubungan komunikasi telepati itu.

"Ini berkaitan dengan kerja kau. Aku bagi amaran..tolong hentikan siasatan yang kau buat dekat tapak apartmen terbiar Hunted Hills"

Tiba-tiba tetamu itu pun melemparkan segulung akhbar masuk ke dalam pagar dan jatuh betul-betul di hadapan kaki Yana. Pantas Yana memungutnya. Ia adalah akhbar tabloid keluaran terbaru syarikat BONGKAR.

"Kau tak sepatutnya menerbitkan artikel pendedahan tentang Hunted Hills tu!"keras suara orang tidak di kenali itu. Seakan dia memberi amaran pada Yana.

Yana tersentak!

Memang ada tersiar artikel tentang tinjauannya baru-baru ini ke Hunted Hills serta pendedahan tentang perkara-perkara aneh yang menimpanya sewaktu di tempat itu.

"Ingat baik-baik..aku akan mengawasi gerak-geri dan setiap penulisan artikel kau berkaitan Hunted Hills. Kau harus membuat pilihan bijak samada berhenti dari menerbitkan artikel sambungan berkaitan Hunted Hills atau membuat artikel pembetulan dengan memberitahu kepada pembaca tabloid dan orang ramai bahawa Hunted Hills tak lebih dari sekadar tapak pangsapuri terbiar dan berhantu..atau.."

"Atau apa?!"soal Yana.

Tetamu misteri itu pun terus beredar macam tu sahaja.

BERSAMBUNG...

{AUTHOR: Hai readers..sy lihat jumlah read utk Siri BONGKAR setakat ini(103 read)terlalu rendah. So sy tertanya-tanya cerita ni ada org baca ke tak? kalau tiada,sy fikir eloklah sy publish utk setakat Bab 7 sahaja. Bab seterusnya hanya akan di publish setelah jumlah read mencecah sekurang-kurangnya (100 read) Harap maklum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience