BAB 17: Pertemuan Yang Mengubah Segalanya

Action Completed 149

Pagi itu, suasana kantin sekolah penuh sesak.
Pelajar-pelajar berpusu-pusu mencari tempat duduk.
Ada yang beratur panjang, ada yang sibuk bercakap-cakap tentang kejadian malam tadi.

Di satu sudut kantin, terdapat sebuah meja khas —
meja yang selama ini direbut-rebut oleh pelajar-pelajar senior.
Kini, meja itu rasmi menjadi milik Faiq Furqan.

Faiq duduk bersandar sambil menikmati roti canai dengan penuh bergaya.
Di sekelilingnya, beberapa pelajar baru dan junior hanya mampu memandang dari jauh, ada yang bisik-bisik mengagumi.

"Faiq lah juara malam tadi..."
"Dia humban Idzlan terus beb..."
"Legend baru sekolah ni..."

Faiq tersenyum sinis.
Ada rasa bangga membuak-buak dalam dadanya.

Imbas Kembali: Malam Perlumbaan

Selepas memenangi perlumbaan malam itu, Faiq sebenarnya terus pulang ke rumah.
Jaket PACITO masih membalut tubuhnya ketika dia menolak motor masuk ke halaman.

Lampu rumah sudah terpasang terang.
Dan sebaik sahaja Faiq membuka pintu...

"Mana kau pergi ha, Faiq?! Dah lewat tengah malam ni!"

Suara Ummi nyaring menyambutnya.

Abi yang duduk di ruang tamu juga sudah bercekak pinggang.
Wajah mereka merah padam menahan marah dan cemas.

Faiq hanya diam membatu.
Ego mudanya terlalu keras untuk meminta maaf.
Dalam hati, dia hanya menyumpah kecil — rasa benci kerana dimarahi seperti budak kecil.

Dia menapak perlahan ke biliknya, menghempaskan badan di atas katil.
Matanya memandang siling kosong.

Tawaran Dragon masih terngiang-ngiang dalam kepalanya.
Tapi Faiq belum buat keputusan.
Dia belum jawab apa-apa... belum berani melangkah lebih jauh.

Perjumpaan Rahsia

Selepas habis waktu sekolah, Khairul Anam mengajak Uwaisy berjumpa secara rahsia di belakang surau sekolah.

Wajah Khairul kelihatan serius, jauh berbeza daripada biasanya.

"Uwaisy, aku nak tanya sikit..."
Suara Khairul perlahan, hampir berbisik.

"Pasal apa?"

"Perlumbaan malam tu... selain kau, siapa lagi yang tengok?"

Uwaisy terdiam sejenak.
Dia memandang kiri kanan, memastikan tiada siapa mendengar.

"Aku dan... abang Faiq.
Abang dia, Amir Furqan."

Khairul Anam Terkejut

Sejurus sahaja mendengar nama itu, Khairul Anam terkaku.
Mata Khairul terbeliak, wajahnya berubah.

"Amir... Furqan?!"
Suara Khairul hampir berbisik, tapi penuh keterkejutan.

Uwaisy mengangguk perlahan, hairan melihat reaksi Khairul.

Khairul mengurut dadanya sendiri.

"Ya Allah... Amir Furqan tu... idola aku sejak aku join Persatuan Remaja Islam Malaysia (RIM) dulu."

Matanya berkaca, seolah-olah tidak percaya dengan apa yang baru didengarnya.

"Selama ini aku kagum dengan ceramah dia, dengan kisah hidup dia...
aku tak sangka, orang yang aku kagumi selama ini... adalah abang kandung Faiq!"

Hasrat Baru

Khairul Anam menggenggam penumbuknya.

"Uwaisy... aku nak tolong Faiq.
Aku nak tolong selamatkan dia dari dunia gelap tu."

Suara Khairul penuh tekad.

"Aku juga... nak jumpa Amir Furqan.
Tolong Uwaisy, perkenalkan aku dengan idola aku sendiri.
Aku nak jumpa dia... nak mintak bimbingan, nak ikut jejak langkah dia."

Uwaisy tersenyum perlahan.
Hatinya sedikit lega.

Kini dia tidak lagi berseorangan.
Kini, ada seorang lagi yang mahu berjuang menyelamatkan Faiq Furqan.

Di sudut dunia yang semakin kelam buat Faiq,
mula terbit secubit cahaya kecil...
yang akan cuba menjemputnya kembali ke jalan yang benar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience