Prolog

Drama Series 17359

KEPULANGAN Uzair disambut mama dengan wajah tegang. Uzair pasti gadis tadi sudah mengadu dengan mama lebih awal lagi. Walaupun Uzair memeluk tubuh mama serta sekilas ciuman dihadiahkan ke pipi mama, mama masih mengeraskan tubuhnya.

"Are you okay ma? Ma, stop. Uzair tak suka dia."

"Uzair, you tengok muka mama ni nampak okay ke sekarang? Ada mama tanya you suka dia?"

Uzair menggeleng. Sungguh malam ini sekali lagi sekali dirinya terpaksa dengar anak perempuan Mikael Khairuddin membebel.

"Uzair, masuk kali ni dah berapa anak dara mama kenalkan pada you. Akhirnya semua jawapan mama dapat menyakitkan hati mama. Apa you nak sebenarnya Uzair Zein?"

Uzair menghempaskan tubuhnya di sofa. Wajah mama langsung tak dipandang. Jam Rolex di pergelangan tangannya dileraikan dan dilempar ke atas meja.

"Apa yang dia mengadu dekat mama? Tuan Uzair tu bosan, tak pandai berbual?" soal Uzair dengan penuh sopan.

Puan Wanda mencekak pinggang melihat sikap anaknya yang suka sambil lewa apabila mahu bahaskan masalah ini. "Setiap kali mama kenalkan Uzair dengan anak-anak kawan mama pasti kawan mama atau tuan badan sendiri yang akan call mama. Mereka mengadu pada mama. Uzair, tolonglah you tu bukan muda lagi."

Uzair terdiam seketika mencari akal sihatnya. "Mama, I tak minat dengan mereka semua. Semua tu pandang harta dan rupa I bukan hati dan perasaan I."

"Uzair! Zaman sekarang dah tak ada dah semua tu. Ada pun semua nak ambil kesempatan dengan kita."

"Ma, cari mesti ada punya. Sekarang ni mama yang tak izinkan anak mama cari macam mana anak mama nak jumpa?" balas Uzair.

"Uzair!"

Uzair mengeluh sebaik mama meninggikan suaranya. Pantas Uzair bangun dan berdiri di hadapan mama. Wajah mama ditenung sekejap. Senyuman nipis diberikan sebelum memulakan bicaranya.

"Stop mama, I penat. Lagipun I dah ikut semua kehendak mama. mama suruh I keluar jumpa semua perempuan, sikit pun I tak bantah. Dah mereka tak suka. Mama rasa tak mungkin I nak kejar pula mereka suruh suka anak mama ni. Lagipun esok ada meeting. Mama tak kisah I lambat bangun kemudian atuk bebel dan marah Uzair, mama boleh teruskan bebel. I sanggup dengar."

"You ugut mama guna atuk ke Uzair?"

Uzair ketawa kecil. "Enough ma, anak mama dah penat sangat. I naik dulu ya. Night mama."

Jam tangan dan beg di atas meja dicapai sebelum beredar. Bagi Uzair lebih baik beredar daripada bergaduh dengan mama. Entah mengapa sejak Uzair kehilangan arwah tunangnya lima tahun lalu, hatinya seperti sudah tertutup untuk semua perempuan diluar sana. Tiada siapa yang boleh menawan hatinya sekarang.

"Uzair, jangan sampai atuk you pilih calon isteri you!"

Uzair hanya ketawa kecil mendengar jeritan mama. "I lagi suka atuk pilih. Pesan pada atuk carikan yang muda dari I ya ma, yang sama dengan arwah. Carikan untuk mama sekali. Mama pun dah lama single mother. Boleh kita sanding together."

Puan Wanda berdecit. "Kita risaukan dia... boleh pula suruh kita kawin. Apa susah sangat budak bertuah ni. Payahnya mama nak baca apa yang ada dalam fikiran you ni Uzair. You masih tak dapat lupakan arwah lagi ke?"

"Salah you juga Wanda. You terlalu desak dia."

Suara garau dan serak menerjah gegendang telinga Puan Wanda. Lambat Puan Wanda menoleh ke ke arah suara itu.

"Daddy juga pesan suruh Wanda carikan Uzair isteri sebelum Daddy serahkan semuanya pada Uzair."

"Wanda, daddy suruh you cari bukan desak dia. You perasan tak sejak dua menjak ni setiap hujung minggu you paksa Ujay jumpa anak kawan you? Ujay tolak semua date tu pernah ke you tanya Ujay ada berkenan pada sesiapa?"

Uzair sedang berdiri di tangga tersenyum senget apabila mendengar perbualan mama dan atuk.

"Love you atuk. Betul cakap atuk, Uzair sokong."

....

Belum sempat Uzair menghabiskan bicaranya, kereta yang dipandu Naim sudah merempuh Toyota Hilux di hadapannya.

"Damn!"

"Maafkan saya Tuan Uzair. Saya tak sengaja. Tuan tenang, biar saya selesaikan dengan Tuan kereta."

Uzair mengeluh kasar. Tiada kata yang mampu diungkapkan lagi. Syukurlah dirinya dan Naim masih selamat. Semuanya sudah berlaku. Uzair hanya mengganguk lambat. Dadanya diurut perlahan.

"Aku baru nak tegur dah kau cium punggung kereta dia," omel Uzair.

Beberapa minit kemudian Uzair keluar dari kereta mahu melihat apa yang telah berlaku. Riak wajah pemandunya kelihatan tegang. Bahu Naim ditepuk sedikit kuat. Matanya melirik ke arah kereta Nissan milik Puan Wanda di bahagian depan pecah dan rosak teruk.

"Matilah aku, kereta kesayangan mama jahanam," bisik batin Uzair.

"Tuan, perempuan tu tengah call towing. Nanti dia bayar katanya," balas Naim gagap.

"Hmm, salah dia so memang patut dia bayar," keluh Uzair.

"Saya dah check semua dia clean. Dia sah atas jalan."

Uzair mengangguk. Muncungnya panjang menghala ke arah gadis itu. "Call siapa? boyfriend? Husband?"

"Call orang yang patut selesaikan kereta ni pergi workshop katanya tadi," balas Naim.

Gadis berkemeja biru dan berseluar hitam tadi menghampiri Uzair dan Naim dengan wajah cemas. Rambutnya yang perang melepasi bahu mengurai ditiup angin petang.

"Maaf ya Encik. Salah saya brek mengejut. Kita selesai sini ya. Tolong jangan buat report polis nanti owner kereta ni marah saya," balasnya terketar-ketar.

"Kau ni ambil lesen terbang ke?" sergah Uzair.

"Tak, saya ada lesen betul. Lesen terbang saya tak akan drive bawah."

Naim dan Uzair terdiam apabila gadis itu menjawab dengan bersahaja. Mereka berpandangan sedetik.

"Hisyh, sengal pula budak ni. Kau sudahkan," keluh Uzair. Bahu Naim ditepuk dan membuang pandangannya ke jalan raya.

"Encik, encik jangan risau ya. Tadi saya dah tunjuk pada kawan Encik lesen saya. Ini kad saya, towing tu nanti datang lagi 30minit. Dah siap repair call saya. Nanti saya bayar semua ya... ya... saya pergi dulu. Maaf ya tak boleh temankan Encik berdua."

Uzair hanya memasang telinga dengar gadis itu membebel dengan Naim.

"Oii... cik adik. Macam mana aku nak pastikan kau tak tipu? Andai kata towing tu tak datang aku report polis terus. Aku kira sebagai kau langgar lari," ugut Naim.

"Jangan risau, saya bukan scammer tipu orang. Saya yakin dia datang. Encik Naim ada nombor saya tu dalam kad tu."

"Huh, yakin sungguh cik adik ni," rungut Naim.

Uzair merampas kad di tangan Naim kasar. Mulutnya terlopong melihat nama di atas kad. Toyota itu dipandang dengan riak wajah mengetat. Berani sungguh budak ni meninggalkan dirinya dengan Naim di bahu jalan.

"Macam ni punya orang pun ada," keluh Naim.

"Nah, simpan kad ni. Dia bukan scammer. Aku kenal dia."

Satu keluhan panjang dilepaskan. Kad itu ditolak ke muka Naim. Uzair melabuhkan punggungnya di besi penghadang jalan.

"Kena jemur aku dibuat minah ni," gumam Uzair.

"Tuan, Tuan kenal? Saya tengok cara dia tadi macam tak kenal Tuan?"

"Dia memang tak kenal aku. Aku sendiri pun tak kenal dia tapi bila aku tengok nama dalam kad tu tahulah aku siapa dia. Dia anak Datuk Maslan."

Naim memandang kad di tangannya. "Patutlah... dia call towing sendiri."

Siapa yang tak kenal dengan Datuk Maslan. Usahawan berjaya dalam bidang pengangkutan di negara ini. Buat pertama kali Uzair melihat wajah anak Datuk Maslan. Cantik tapi tetap tidak dapat mengusik jiwanya.

"Patutlah saya tengok cik adik tadi bergaya sakan. Ingatkan anak orang biasa-biasa. Rupanya anak Tan Sri Datuk Maslan. Takut dengan polis rasanya mesti tak nak malukan bapak dia," bebel Naim.

Uzair hanya diam membisu memandang kereta yang lalu lalang di jalan raya.

Hampir setengah jam Uzair berpanas di bahu jalan bersama Naim. Rokok di tangan entah yang ke berapa kali dihisapnya. Cahaya merah langit kini pudar dan mula bertaut dengan kegelapan.

"Tuan, patutnya tadi Tuan call Ejoy suruh dia ambil Tuan," balas Naim.

"Tak payah mengada. Nanti Puan Wanda kau bebel. Aku malas nak dengar," jawab Uzair dengan tegas.

"Nanti Puan Wanda tanya kereta ni, Tuan nak jawab apa?"

"Pandai aku la nak jawab. Kau ni jangan lepas cakap pula yang kita excident."

Naim mengangguk laju. Tangannya menunding ke arah seberang jalan. "Itu rasanya. Betullah kata Tuan, perempuan tu tadi call bapak dia punya trak."

Naim dan Uzair ketawa kecil melihat trak itu pusing dan menghampiri kereta mereka selang beberapa minit kemudian. Entah mengapa mereka tergumam ketika memandang susuk tubuh pemandu trak tunda itu. Riak wajah mereka jelas kebingungan.

"First time tengok perempuan bawa ni," bisik Naim. Naim bangun menghampiri gadis bertopi itu.

Uzair hanya memandang susuk tubuh gadis itu sedang berbual dengan Naim. Bagaikan ada batu menindih lidahnya saat melihatnya. Kecantikan pemandu trak itu sekali gus menutup kecacatannya sekarang.

"Awak dah lama ke buat kerja ni cik adik?" tegur Naim. Pintu kereta ditutup setelah menurunkan brek tangan.

"Baru tak baru juga la setahun dua bang. Kenapa? Abang nak kerja juga ke?"

"Bukan tu maksud abang. Abang tanya sebab abang rasa...."

"Abang rasa pelik ke bila perempuan bawa trak tunda?" Wajah lelaki di sebelahnya dipandang sekilas.

"Gila tak pelik. Sepanjang abang hidup, baru ni abang jumpa perempuan bawa trak tunda. Hebatlah kau dik. Cik adik ni tak takut ke orang kacau atau ambil kesempatan dengan Cik adik?" Naim seakan teruja dapat berbual dengan gadis trak ini.

Uzair hanya memandang dan memasang telinga ketika Naim berbual dengan pemandu trak itu. Caranya berpakaian buatkan Uzair memandangnya atas bawah.

"Rasa-rasa nak kena duduk tepi jalan dengan kereta rosak cuba la usik saya."

"Huh, betul juga ya!" Naim menggaru kepalanya yang tak gatal. Malu pun ada.

"Abang, Cik tadi ada pesan tak abang yang saya tak cover duit tol ni nanti."

"Tak ada pula dik. Eh, itu adik tak payah risau. Nanti abang bagi duit tol dengan duit tol meminang sekali."

Terbit batuk kesat daripada gadis itu dan Uzair ketika mendengar bicara Naim.

"Abang gurau dik. Jangan ambil hati sangat." Naim cuba betulkan suasana apabila melihat wajah gadis itu berubah tegang.

"Sempat lagi jual minyak Si Naim ni. Asal cantik terus keluar ayat mengayat dia," bisik batin Uzair.

Beberapa minit kemudian, gadis itu menegur Naim setelah siap mengunci tayar kereta. Pada masa sama dia sedar lelaki di bahu jalan itu sedang leka memandangnya.

"Ada hutang ke? Cucuk biji mata tu baru tahu. Ingat kau pakai smart aku kisah. Aku nak kawan dengan kau," bisik batinnya.

"Cik adik, boleh tak biarkan bos abang duduk depan dengan adik. Abang tak apa duduk dalam kereta ni." Naim memandang wajah gadis itu dan Uzair bersilih ganti.

"Patutlah bos rupanya. Argh! aku kisah apa. Lantaklah dia," bisik batinnya lagi.

"Kau nak suruh aku duduk dalam tu? Dengan dia?" sergah Uzair. Rokok di tangan dilepaskan dan dipijak menggunakan kakinya.

"Ada yang kena tinggal tepi jalan kang... bising pula mulut dia," omel gadis itu sedikit kuat. Topi di kepalanya dibetulkan. Menyampah pula rasanya.

"Tuan, saya dah biasa sauna. Walaupun malam, nanti Tuan berpeluh duduk dalam kereta. Tuan duduk la dengan Miss Lorry ni," pujuk Naim.

Uzair meraup wajahnya. Bukan Uzair tidak sudi duduk di depan dengan gadis itu. Dirinya cuba mengepung perasaan yang bergelora dalam dirinya.

"Apa keputusannya? Nak hujan ni?"

Jika betul dia orangnya, Uzair kena lakukan sesuatu. Ini sahaja peluang yang dia ada sekarang. Gadis ini yang selama ini dia cari. Gadis ini yang selalu mengganggu jiwa raganya selama ini.

"Hmm... kau menang. Biar aku duduk dengan dia."

"Cantik. Miss lorry, settle. Bos abang duduk depan," balas Naim.

Assalamualaikum, semoga terhibur dengan baby baru win.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience