40 Ada Dia

Family Series 110448

Rhett terjaga bila dengar suara bertengkar. Pantas dia pandang sekeliling. Satu keluhan dilepaskan. Ah, dia berada di hospital, sekali lagi. Keliling dada berbalut bandage, wayar tiub bersirat di lengan.

Jemari naik ke dada lalu Rhett elus bahagian yang disentuh perlahan. Aneh, bahagian itu lebih sakit berbanding belakangnya yang ditembusi peluru. Rhett termangu, cuba ingat kembali apa yang berlaku, mengapa bahagian yang dia sentuh itu terasa begitu sakit.

“Mengapa jadi begitu? Pasti ada kesilapan, Razif! Mardhiah berdarah B, kau juga B! Mengapa Del boleh darah O? Ibu tak kira, ibu nak jumpa doktor tu. Ibu yakin ada kesilapan. Macam mana hospital bertaraf A boleh buat kesilapan kecil macam ni?!”

Suara tempikan Tok Teh yang bergema dari luar bilik sontak menyentakkan Rhett dari menungannya.

Del… Deila Araferro!

Lupa sejenak kondisi diri, Rhett bingkas bangun dari pembaringan. Seluruh tubuh langsung mengejung bila rasa sakit teramat menyengat. Rhett menjerit kesakitan.

Tok Teh dan Dato’ Razif yang sedang bertengkar di luar bilik meluru masuk selepas dengar jeritan Rhett.

“Rhett cucu tok! Kau tak apa-apa?!” Tok Teh terus berlari anak mendapatkan Rhett yang ketika itu sedang tayang wajah berkerut menahan sakit. Rhett dongak, merenung Tok Teh dengan mata berkaca.

“Del, tok! Del kena tembak! Mana Del?! Saya nak jumpa isteri saya!”

“Del masih dalam bilik pembedahan, Rhett. Dia perlukan darah. Pihak hospital kekurangan darah jenis O. Kata doktor tok dan papa kau tak boleh derma darah. Doktor tu pasti silap! Papa kau ayah kandung Del, mustahil jenis darah berbeza.”

Rhett pandang sayu wajah tok. Rahsia, macam mana rapi tersimpan sekali pun, bila sudah tiba masanya pasti akan terbongkar jua.

“Saya nak jumpa Del!” Rhett cuba bangun tapi segera ditahan oleh Dato’ Razif.

“Jangan banyak bergerak, kau juga baru selesai dibedah sejam lalu.” Pujuk Dato’ Razif. Rhett geleng laju. Hampir menitis air mata saat Deila rebah di pelukan dia tertayang kembali di layar minda.

“Papa!” Rhett gamit pergelangan tangan Dato’ Razif. “Tolong selamatkan isteri saya, papa! Carilah siapa saja yang sudi dermakan darah pada isteri saya… please help her, papa! I beg you…”

“Jangan risau tentang Del. Dia dah dapat penderma. Papa tahu Del kuat orangnya. Dia pasti selamat. Sekarang ni kau yang buat papa risau. Doktor dah pesan kau jangan banyak bergerak. Rest assured, Rhett! Yakin dengan Del.”

Rhett buang nafas lega. Mata berkacanya digosok perlahan.

“Siapa penderma tu? Saya akan bayar berapa pun yang dia minta.”

“Amirul.”

Wajah sebak Rhett berubah jadi kelat. Amirul? Kenapa mesti Amirul?! Argh! Dia tak nak! Tak nak darah lelaki itu mengalir di tubuh isterinya. Tak sudi!

“Kenapa Amirul?!” Rhett hampir jerit kerana rasa bengang. Dato’ Razif memicing mata.

“Kalau bukan kerana Amirul datang tepat pada waktunya, kau dan Del pasti dah hilang nyawa. Kau harus berterima kasih pada Amirul.”

“Tak nak! Saya tak nak darah Mirul. Cari orang lain, papa!” Rhett jerit seperti kanak-kanak sedang tantrum. Lupa sejenak yang dia berada di dalam hospital.

Tok Teh hanya diam memerhati. Fikirannya sudah jauh melayang. Ada sesuatu yang tak beres dalam kepala Tok Teh. Naluri tuanya kuat mengatakan bahawa dua beranak itu merahsiakan sesuatu dari dia. Bagaimana mereka berdua boleh pandang ringan tentang perbezaan darah Del?

Setelah Dato’ Razif berjaya tenangkan Rhett dan Rhett akhirnya tertidur, Tok Teh menarik anak lelakinya itu keluar dari bilik. Dia mahukan jawapan. Perjalanan hidupnya sudah terlalu lama. Pengalaman hidup lebih banyak berbanding anaknya. Mustahil dia tidak perasan sesuatu walau pun hati cuba menidakkan.

“Betul ibu… Del bukan anak saya. Del adalah anak angkat Dhiah dan suaminya.”

Tok Teh terpaku. Sukar mahu percaya apa yang dikatakan oleh anaknya.

“Anak angkat? Cucu aku mana, Razif?” Sebak suara Tok Teh bertanya.

“Dhiah mengalami komplikasi, anak itu tidak dapat diselamatkan. Sebelah rahim Dhiah dibuang, menyebabkan dia sukar untuk hamil.”

“Oh, Dhiah… maafkan tok…” Tok Teh meraup wajah penuh kesalnya. Air mata merembes laju. Penyesalan datang bertimpa-timpa.

“Del anak siapa?” Dalam tangisan, Toh Teh tanya.

Dato’ Razif angkat bahu. Dia juga tidak tahu. Dia ada siasat tentang Deila tapi tidak jumpa sebarang maklumat. Yang dia tahu, suatu hari Mardhiah dan suaminya kembali ke kampung bersama seorang bayi. Itu saja.

“Dato’… Tok Teh…”

Perbualan mereka terhenti apabila seorang jururawat memanggil.

“Gadis itu berada dalam keadaan stabil sekarang.”

“Alhamdulillah…” Tok Teh meraup wajah.

“Boleh saya jumpa cucu saya sekarang?” Permintaan Tok Teh kepada jururawat itu buat Dato’ Razif tersentak. Wajah penuh mengharap tok ditenung sejenak.

Ibu masih memanggil Del cucu walau pun sudah tahu mereka tiada sebarang pertalian darah? Tok Teh sedar akan pandangan Dato’ Razif menjeling tajam.

“Del tetap anak Dhiah. Lagi pun, Del isteri Rhett. Del cucu aku! Kau jangan pandai-pandai nak pisahkan mereka. Faham?!”

Tercengang Dato’ Razif dibentak oleh tok. Sayang betul ibu dengan budak tu! Dato’ Razif geleng lalu mengekori Tok Teh yang sudah buru-buru buka langkah, tak sabar betul orang tua tu nak jumpa Deila walau pun jururawat dah beritahu Deila belum sedar lagi.

Deila sudah dipindahkan dari bilik pembedahan ke wad kelas satu atas permintaan Tok Teh. Di depan pintu bilik yang menempatkan Deila, langkah tok dan Dato’ Razif terbantut bila mereka ditahan oleh seseorang.

“Saya akan pindahkan Del, Dato’… tok… saya mohon, uruskan penceraian mereka berdua secepatnya. Cukuplah nyawa Del hampir diragut, bukan sekali tetapi dah dua kali berlaku. Saya takkan biarkan perkara ni berulang lagi. Saya berhak bersuara kerana opah dah titip pesan supaya saya jaga Del sebelum opah pergi.”

Dato’ Razif dan Tok Teh terkesima. Tok Teh tenung wajah anak lelakinya. Selepas dia tahu siapa Del, terasa sungguh dia sudah kehilangan semua hak ke atas anak gadis itu.

"Saya tahu keluarga Dato' bencikan Del. Saya bukan nak menuduh, tapi orang berpangkat dan berkuasa macam keluarga Dato' dengan mudah boleh lakukan apa saja termasuk menghapuskan orang yang tidak disukai. Saya takkan biarkan apa yang berlaku kepada ibu Del berulang ke Del."

Tok Teh tunduk. Terpukul sungguh dengan kata-kata pemuda itu. Sebutir demi sebutir air mata bergolek membasahi pipi tua tok.

"Suruh Rhett ceraikan Del!"

Tok Teh pegang dada! Suara tegas pemuda itu bagai sebilah pedang menusuk ke dadanya.

"Saya ada untuk jaga, lindungi Del! Untuk itu, saya perlu jauhkan Del dari orang-orang berkuasa seperti keluarga Dato." Usai berkata, pemuda itu masuk ke dalam bilik lalu mengunci pintu dari dalam.

Tok Teh dan Dato' Razif terpinga-pinga ditinggalkan di luar bilik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience