Rate

bab 2

Romance Series 10305

Gulp!.Aku telan air liur,bola mata aku yang masih berkaca terbuntang melihat lima biji cili hijau didalam piring terhidang elok atas meja.Nafas aku mula tidak tersusun kerana resah.

"Hoi,kau tunggu apa lagi.Makanlah cepat! Tadi kau kata kau lapar sangat kan.Hah,makanlah!"

Tegas suara Feqar mengarahkan aku.Duduknya bertengtang mata didepan aku.

Aku alihkan pandangan kepada Feqar raut wajah simpati aku tayangkan.Jari jemari aku kaku.Tak mampu untuk ambil walaupun sebiji cili hijau tu.

"Abang.. Tolong lah maafkan Jannah.Jangan hukum Jannah macam ni.Ye,Jannah mengaku Jannah salah.Jannah tipu abang.Jannah degil.Jannah tak dengar cakap abang.Abang tolong lah maafkan Jannah.Jannah taknak makan cili ni bang.Jannah tak nak."

Dengan air mata yang berjurai turun aku cuba merayu pada Feqar.Mengharapkan belas kasihan dari insan yang bernama suami.

Tapi hati Feqar keras.Langsung tak pedulikan tangisan dan rayuan aku.

"Hukuman tetap hukuman Jannah! Kau dah buat silap.Kau terimalah.Sama ada kau nak atau tak kau kena makan cili ni.Tak payah lah kau bazirkan air mata kau merayu aku.Sebab aku tak ada sikit pun rasa simpati kat kau.Aku dah bagi amaran tapi kau degil.Ini perjanjian kita kan,kau dah lupa.Kau mungkir janji,kau hadaplah."

"Abang tolonglah.Jannah taknak makan.Jannah tak suka cili.Cili ni pedas,nanti mulut Jannah sakit.Abang pukul je Jannah.Tapi tolonglah jangan paksa Jannah makan cili ni."

"Apa? kau nak aku pukul kau? Hoi Jannah,aku ni manusia yang berpegang pada janji.Aku takkan pukul kau lah.Lagipun dayus lah lelaki pukul perempuan.So inilah hukuman yang kau kena terima sebab mungkir janji.Kau kena habiskan semua cili cili tu.Dah makan cepat!"

"Jannah taknak! Abang.. tolong lah maafkan Jannah.Jannah merayu sangat dengan abang.Sumpah bang! lepas ni Jannah tak buat lagi.Jannah janji Jannah akan ikut semua cakap abang."

Sebelah tangan aku angkat.Bersumpah tak akan ulangi lagi kesilapan ini.Kesilapan hanya ingin menikmati mee segera kerana rasa lapar,adalah kesalahan besar pada mata Feqar kerana aku mungkir janji.

"Hei Jannah,kau berhenti menangis.Aku kata makan,makanlah.Atau kau nak aku paksa kau makan.Tak payah kau nak bersumpah bagai.Sekali kau dah mungkir janji,sampai bila bila aku tak kan percaya lah.Nur Safiela Jannah,cepat makan!"

Feqar langsung tak kesiankan aku.Air mata,rayuan dan esakan tangisan aku dia tak pedulikan.Dia terus paksa aku makan cili tu.

Ya,aku tahu aku salah.Aku degil,nak tak nak aku kena terima hukuman ini.Ini janji aku dengan Feqar,bersetuju dengan semua syarat perkahwinan yang kami sepakati.Dan salah satunya aku tak dibenarkan makan makanan segera dan juga makanan ringan seperti keropok dan jajan.Nampak pelik,tapi inilah kenyataan hidup yang terpaksa aku terima apabila begelar isteri kepada seorang usahawan berjaya.

Untuk menjadi isteri Feqar.Aku harus jaga penampilan diri.Aku harus kekal cantik,cantik luar dan juga cantik dalaman.Berat badan aku tak boleh lebih atau kurang seperti yang Feqar inginkan.Bentuk tubuh aku harus kekal langsing.Perut tak boleh buncit,lengan dan paha tak boleh besar.Sebab tu lah Feqar melarang keras aku makan makanan segera dan makanan ringan.Katanya semua makanan tu sampah,punya kalori tinggi dan tak elok untuk kesihatan manusia.Makanan makanan tu juga boleh menyebabkan aku gemuk.

Aku mungkir janji! inilah padahnya.Hukuman berat yang terpaksa aku terima.

Manusia yang pernah hidup bebas seperti aku ni,memang makanan itulah yang akan menjadi santapan aku suatu ketika dulu jika lapar.Salahkah aku ingin menikmatinya.Tekak aku dah tak ada selera,setiap hari aku disajikan dengan makanan rebus,kukus dan bakar.Hanya sayur sayuran dan buah buahan jadi kudapan aku jika lapar.

"Ya" aku akui semua makanan tu baik untuk kesihatan aku,tapi aku ni manusia biasa yang punya nafsu makan sama seperti orang lain.Aku nak bebas makan apa saja makanan yang aku inginkan.

Air mata aku masih jatuh lagi bila kelopak mata tertutup rapat.Aku bukan menangis.Tetapi air mata ini jatuh disebabkan rasa pedas yang tak tertanggung.Lidah aku panas,pedih,sakit.Nak tak nak hukuman tetap hukuman.Tiga biji cili hijau sudah berjaya aku habiskan tanpa sititis air pun.Kini sebiji cili hijau sedang aku kunyah.

"Dah cukup,berhenti makan.Ambil air tu minum."
Kata Feqar dengan ton suara tegas.Duduknya masih didepan aku memeluk tubuh.Bola matanya tajam merenung aku.

Bagaikan seorang hamba yang taat akan perintah tuannya.Aku terus berhenti mengunyah,dengan pantas capai segelas air kosong.Hanya beberapa kali teguk saja habis segelas air itu.Lalu aku bangun dan tambah air kosong lagi dan meminumnya dengan laju,aku tambah air dan minum lagi,tambah dan minum.Tapi rasa pedas itu masih tak hilang.

"Sedap makan cili."

Suara garau Feqar menyindir aku.Berdirinya Feqar disebelah aku ditepi sinki dapur.

Aku tak menoleh kearahnya,nafas aku tercungap
cungap menahan pedas.

"Lepas ni nak buat lagi.Nak makan lagi makanan sampah tu."

Soalnya menyindir aku lagi.

Kepala aku gelengkan berkali.

"Tak.. tak nak.Jannah jannji Jannah tak akan beli dan makan maggi lagi."

Jawab aku,masih tercungap cungap.

"Hurmm.. bagus.Dah pergi masuk tidur.Esok bangun awal.Pukul 4 pagi."

Pukul 4 pagi? Aku menoleh lemah kearah Feqar dengan dahi yang berkerut hairan.

"Awalnya,kita nak pergi mana bang." soalku.

"Jogging." Ringkas jawapan Feqar lalu terus melangkah kakinya meninggalkan aku diruang dapur.

"Allah.." aku mengeluh lemah.Terduduk terjelepuk dilantai.

Hukuman aku belum tamat.Memaksa aku makan lima biji cili hijau belum mampu puaskan hati Feqar melihat aku tersiksa.Esok pagi,hukuman kedua pula bakal aku hadap.Hanya kerana satu kesalahan kecil,aku dihukum sebegini rupa.Bertabahlah wahai hati.

Jam didinding menunjukkan pukul 12 tengah malam.Kedua bola mata aku masih belum mampu terlelap.Rasa pedas dilidah aku masih terasa perih.Dah berkali aku berkumur,minum air tapi rasa pedas itu tak hilang juga.Ditambah pula perut berkeroncong lapar.

"Ya Allah laparnya.."

Aku merungut sendirian,menekan perut supaya berhenti berbunyi.

"Haish.. kenapa lah malam ni aku lapar sangat.Petang tadi aku dah makan.Selalu okey je.Hurm.. kalau macam ni lah,macam mana pagi esok aku nak jogging."

Aku merungut lagi mengomel sendirian.Sesekali aku teguk air kosong untuk menghilangkan rasa pedas dan lapar.

Satu keluhan aku lepaskan.Tubuh yang agak lemah aku sandarkan pada kepala katil.Seketika aku termenung kosong,kenangan tiga tahun lepas aku hadirkan kembali dari kotak fikiran.

"Jannah,awak nak makan apa.Awak oder je hari ni saya belanja.Nah menu,awak tengok lah.Makanan kat kedai ni semua sedap sedap tau.Tapi paling popular kat sini nasi kukus ayam berempah,memang sedap.Hah ni lagi satu menu popular Nasi goreng Cendawan.Perghh.. sedap.Saya rasa memang sesuailah dengan selera awak tak makan pedas."

Aku ukir senyum gembira,sukanya aku melihat dia begitu teruja bercerita.

"So awak nak makan apa." Soal dia selepas habis satu buku menu itu dia bacakan untuk aku.

"Hurmm.. Nasi goreng biasa tak nak pedas tambah telur mata."

Jawab aku kepada dia.Tapi dia tengok aku sambil kerut dahi.

"Nasi goreng biasa telur mata? Makanan yang sama lagi.Awak ni kan,jauh saya bawa awak datang sini.Penat saya tolong review menu kat kedai ni.Las las nasi goreng biasa telur mata yang awak pilih.Awak tak nak ke sekali sekala tukar selera."

Dia dah mula membebel tak puas hati.

Aku tergelak kecil.Kesian pula aku tengok dia tayang muka monyok sambil tongkat dagu.

"Awak,saya bukan tak nak tukar selera.Tapi saya risau kalau tekak saya ni tak boleh terima makanan lain.Kang tak habis,membazir kan.Macam hari tu,awak nak sangat saya makan Nasi goreng ayam madu.Awak cakap tak pedas,sedap.Sebab saya sayangkan awak saya oder lah.Tapi baru semulut saya makan,saya dah tak boleh nak telan.Tak pasal pasal awak yang kena habiskan."

Kata aku dengan nada memujuk.Harap dia cairlah bila aku selitkan perkataan 'sayang'.

Umpan aku berjaya,si dia dah ukir senyum gatal.

"Sebab sayang ye awak ikut cakap saya.Jannah,Jannah.. Awak ni kan memang pandai tawan hati saya kan.Awak sayang saya kan.Apakata hari ni awak cuba makan Nasi goreng cendawan pula."

"Awak.. Saya tak nak lah.Kalau tak kena dengan selera saya macam mana."

"Tak pe,saya tolong habiskan.Awak oder makanan baru."

"Awak ni kan,nanti membazirlah."

"Tak lah,takpa kita oder satu makanan kita kongsi.Kalau sedap kita tambah satu lagi.Kalau tak sedap saya habiskan,awak oder menu baru.Boleh ye sayang."

Ini lah perangai buah hati aku,seorang lelaki 'Food Hunter'.Nak juga aku cuba menu baru.Pantang dengar kedai makanan viral,hujung dunia pun dia sanggup pergi.Jadi sebab sayang aku akur je lah mengangguk tanda setuju.

"Yes! Awak tunggu jap ya saya pergi oder makanan.Eh,air?awak tak oder lagi kan.Awak nak air apa." Soalnya lagi.

"Apa apa je lah air yang special kat sini."

"Apa apa je? Betul ke ni.Nanti tak habis..

"Awak lah tolong habiskan."

Aku terus mencelah mematikan kata katanya sambil ukir senyum dan mengenyit sebelah mata.Dia juga tersenyum ceria menatap telatah nakal aku lalu berlalu pergi untuk memesan makanan.

Aku pula duduk bersahaja menongkat dagu disebuah meja makan kawasan luar kedai.Dari jauh aku perhatikan gerak geri Si dia.

Dia lelaki yang baik,sangat menghormati aku sebagai seorang wanita.Tak pernah sekali pun dia cuba sentuh aku sepanjang kami berkawan.

Dia lelaki yang sempurna sifatnya,kerana setiap langkahnya pasti ada mata mata wanita yang memandang.

Dia lelaki yang lemah lembut tutur bicaranya.Ton suaranya selalu rendah bila kami berbual.Dia juga tak pernah bercakap kasar dengan aku walaupun dalam keadaan marah.

Dialah Zul... Cinta hati aku.

"Huk,huk.. Huk,huk." Tengah berselera menikmati nasi goreng cendawan tiba tiba aku tersedak.Si dia apa lagi,pantas lah bangun dari kerusi beberapa langkah berdiri disebelah aku.

"Eh,awak? kenapa ni?" soalnya cemas.

Tapi aku tak mampu nak jawab kerana masih terbatuk.Lidah aku juga dah terasa panas dan pedih.

"Nak air! Pedas,pedas..

"Pedas? nah air"

Segelas air dia hulurkan pada aku.Macam
kilat aku ambil dan sedut air tu sampai habis.

"Nak air lagi tak." Soalnya apabila habis dua gelas air aku minum.Sekali dengan sirap bandungnya aku habiskan.

Aku hanya menggelengkan kepala tanda tak mahu.

"Betul ni"soalnya lagi masih risau melihat keadaan aku.

Aku mengangguk lemah.

"Awak tak okey lagi ni.Jap saya ambil susu."

Katanya lalu dia terus melangkah laju.

"Nah,minum susu suam ni.Nanti rasa pedas tu boleh hilang."

Susu suam? Berkerut dahi aku hairan.

"Saya tengah pedas ni takkan lah nak minum air suam.Bertambah panas lah lidah saya." Aku merungut bebal.

"Tak lah,susu suam ni boleh hilangkan rasa pedas tu.Awak cubalah dulu,minum pelan pelan."

Ujar dia penuh yakin.

"Susu suam? Hah,susu suam.Betul lah lepas aku minum susu tu rasa pedas terus hilang.Nak cuba lah."

Lepas ja teringat kejadian tu,kejadian aku kepedasan sebab tergigit cili yang terselit dalam nasi goreng cendawan.Aku terus bangun turun dari katil melangkah kaki kearah pintu bilik dan terus membukanya.

"Eh abang!"

Terbuntang bola mata aku terkejut melihat susuk tubuh Feqar berdiri terpacak depan muka pintu bilik.

"Tak tidur lagi nak pergi mana pula ni." Soalnya tegas.

"Nak..nak.. nak tidur lah.Ta.. ta.. tapi nak turun bawah jap.Minum air,haus."

Tersekat sekat suara aku nak menjawab sebab takut.Takut dengan renungan tajam Feqar.

"Dah tak payah turun bawah.Nah ambil susu suam ni minum sampai habis.Lepas tu tidur.Jangan nak buat hal lagi.Ingat! esok pukul 4 pagi aku nak kau tunggu kat bawah,faham?"

"Fa..fa faham."

Berkali aku mengangguk faham sambil
aku ambil segelas susu suam yang Feqar hulurkan.

Feqar terus melangkah pergi balik kebiliknya.Aku juga melangkah masuk kedalam bilik tutup pintu dan duduk dibirai katil.Susu suam ditangan,aku hirup perlahan lahan.Seketika aku termenung,bingung dengan kejadian yang baru terjadi sebentar tadi."Feqar buatkan aku susu suam,siap hantar ke bilik.Pelik.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience