bacdh 'Sampai Hati' Yusoff'

Drama Series 55610

Selipar di hadapan pintu. Pintu papan tidak bertutup hanya pintu grill sahaja. Ada tetamu. Siapa datang? Saudara tuan rumahkah?.

"Assalamualaikum."

"Waalaikummussalam."

Tuan rumah yang baik hati menjawab salamnya. Khaleeda melangkah masuk. Seorang perempuan setengah abad sedang duduk di sofa.

"Ibu Diiii..."

Budak perempuan kecil berumur tiga tahun menerpa dan memeluk kakinya. Kemudian mendongak dan mendepangkan tangan minta di dukung. Khaleeda dukung anak kecil itu.

"Ibu..."

Khalisya berlari dari arah dapur terus memeluk pinggangnya erat. Tidak mahu dilepas. Menangis teresak-esak bergabung dengan anak kecil dalam dukungannya.

"Dari bangun asyik tanya Di. Akak sampai mati akal nak memujuk. Mujur Di dah balik."

Tuan rumah yang baik hati memberi laporan. Sudah tentunya tentang anak kesayangan si Khalisya.

"Di ada tamu. Akak pergi dapur dulu."

Sambung tuan rumah yang baik hati dan berlalu ke arah dapur.

"Khaleeda... Nama makcik Lela. Nenek Camilla."

Perempuan pertengahan umur memperkenalkan diri. Menghulur tangan dan mereka berjabat salam.

"Jemput duduk makcik. Maaf saya baru balik kerja."

Ngilu hatinya dengan perkataan kerja. Kerja apa? Perkhidmatan seorang isteri kepada suami. Kemudian ditinggal hina?.

"Makcik datang sebab duit baki ke?. Saya minta maaf saya belum dapat kumpul lagi."

Suara Khaleeda menjadi garau kerana serasa mahu menangis dan meraung.

Dalam begnya ada rm59. Baki duit rm100 yang Lucy beri kepada dia malam semalam sebagai duit kecemasan kerana dia tidak membawa telefon bimbit dan hanya ada rm29 di tangan.

Rm50 sudah dia gunakan sebagai tambang grab dari pusat bandaraya Kuala Lumpur ke rumah ini dan rm20 sebagai membayar baju sopan yang sudi petugas hotel berikan kepada dia.

Kemudian nanti dia mesti berjumpa Lucy untuk memulangkan rm100 itu, jadi harus mencari rm50 lagi. Dia tidak boleh berhutang apa-apa lagi dengan Lucy. Dia juga sudah tidak mahu rm4000 yang dijanji Lucy.

Selepas dari ini dia tidak tahu apa akan berlaku... Apa yang penting dia tidak mahu pekerjaan daripada atau sama seperti Lucy. Titik!.

"Eh bukan, bukan. Makcik datang ni... Khaleeda duduklah dulu. Penat berdiri dukung Camilla. Sya pun susah nak peluk ibu dia."

Makcik Lela yang lemah lembut menarik Khaleeda di bahagian siku kerana tangan Khaleeda penuh dengan dua orang budak.

Khaleeda duduk di sofa. Sekarang Khalisya di sisi kanan dan Camilla di atas riba di sisi kiri.

"Camilla ni demam sebenarnya. Kejap-kejap karang panas badan dia."

Khaleeda raup ke belakang rambut Camilla yang jatuh menutup mata. Dia yang mendukung dan meriba Camilla dari tadi sudah merasa bahang badan anak kecil itu.

"Makcik rasa dia rindu Khaleeda. Khaleeda dah tak datang kerja sejak Selasa kan. Makcik dengar cerita budak yang Khaleeda jaga semua demam."

"Taklah makcik... mungkin sebab keracunan tu agaknya."

"Ermm mungkin jugak."

Makcik Lela angguk-angguk bersetuju.

"Tapi Camilla ni memang dia rindu Khaleeda. Asyik Ibu Di, Ibu Di aje hari-hari."

Khaleeda cium puncak kepala Camilla dan mengeratkan pelukan kepada Khalisya di sisi kanan.

"Makcik datang ni Khaleeda... makcik nak mintak maaf bagi pihak anak dan menantu makcik..."

Makcik Lela jeda seketika. Diangkat ke atas riba beg tangannya di atas lantai bersebelahan sofa yang dia duduk. Mengeluarkan sesuatu dari dalam beg itu.

"Ni duit Khaleeda rm1850. Cincin Khaleeda tu anak makcik dah jual. Ni duitnya... Ni surat jual cincin. Makcik tak tahu nak cari kedainya di mana. Kalau Khaleeda dapat pergi nanti harga dia dah naik... Khaleeda telefon makcik ye. Nanti makcik tambah."

Khaleeda terkejut besar. Kenapa?.

"Tak apa makcik. Saya dah berjanji dengan anak makcik saya akan bertanggungjawab."

"Barang kemas tu tak hilang Khaleeda... ada makcik simpan. Masa menantu makcik kerja hujung minggu tu makcik ada singgah rumah dia orang."
"Agaknya anak makcik lupa sebab sibuk main game aje. Makcik yang tanggalkan barang kemas tu, makcik simpan. Sebab barang tu dah ketat sampai melecet pergelangan tangan dengan kaki Camilla. Dah banyak kali ingatkan menantu makcik tapi dia asyik lupa aje."
"Maaf ye Khaleeda. Makcik tak sangka jadi macam ni."

Malam tadi malam sia-sia dan nasib malang dia untuk jadi buruk hina di mata Yusoff!?.

@@@@@@@

"Dari awal pagi tadi telefon Di tak berhenti berbunyi."

Selepas makcik Lela balik tuan rumah mengajak Khaleeda duduk berbual dengannya.

"Oh ye ke kak? Maaf ye kak handphone tu dah mula rosak. Nanti tiba-tiba alarm bunyi tak nak berhenti."

"Bukan... Ada perempuan nama Lucy asyik call cari Di."
"Sampai akak terpaksa matikan telefon. Kalau tak Sya tak boleh tidur dia ingat Di yang call."

Meremang roma Khaleeda mendengarnya. Janganlah akak tuan rumah tahu aktivitinya malam semalam. Dia menyesal bukan kepalang. Kalaulah dapat dia undur masa...

Kenapa dengan Lucy ni? Bukankah sudah berjanji tidak akan menelefonnya sehingga dia sendiri menelefon Lucy kerana sudah dia beritahu telefonnya ada pada Khalisya untuk memujuk anak kecilnya tinggal dengan akak tuan rumah.

"Di ada masalah apa-apa ke?".

"Eh, tak adalah kak. Nanti saya telefon dia semula tanya kenapa. Lucy ni yang bagi job semalam pada saya."

Akak tuan rumah terangguk-angguk.

"Akak cuma nak ingatkan Di... jangan sampai terlibat perkara tak elok. Walaupun akak suka Di dengan Sya tapi akak tak akan teragak-agak mintak Di keluar kalau dengar cerita bukan-bukan."

Khaleeda tertelan air liur, kesat. Akak tuan rumah bercakap lembut dan sopan sahaja. Tapi bunyi isinya Khaleeda tahu ianya bukan omongan kosong. Akak ini sikapnya tegas dan serius.

Tidak mustahil akak tuan rumah dapat menghidu sesuatu yang busuk. Kejanggalan paling ketara dia bekerja malam sedangkan dia ada Khalisya yang sebelumnya adalah keutamaan terpenting dalam hidup sehariannya. Pagi ini pula dia pulang tanpa bertudung kepala.

"InsyaAllah tak... tak ada kak."

Khaleeda menjawab tersekat-sekat. Membohong tapi mengguna izin Allah! Seriously Khaleeda!.

"Okay akak ada kerja. Akak keluar dulu."

Khaleeda senyum yang sumbang. Akak tuan rumah sudah berlalu keluar.

Dia mematikan kembali telefon bimbitnya ketika akak tuan rumah masih ada tadi kerana ketika dihidupkan berderet nombor Lucy naik di daftar pemanggil. Bimbang jika Lucy menelefon lagi mahu tahu cerita malam semalam.

Khaleeda masuk ke dalam bilik lalu menutup pintu. Khalisya sedang tidur di sofa ruang tamu. Bimbang anak itu terjaga. Mengikut cerita akak tuan rumah Khalisya tidak dapat tidur lena malam tadi kerana mencarinya.

Anak itu tidak pernah lagi berpisah tidur dengannya. Malam tadi adalah yang pertama kali. Kasihannya anak Ibu. Dia sudah tersilap langkah malam tadi dan Yusoff pula yang terpilih menjadi saksi kebodohan dia.

"Di!!!".
"Thank God!"
"You okay tak?. Almost everyone got arrested last night."
"Where have you been!?".

Tanpa sempat Khaleeda mengucap salam dia sudah disoal bertubi-tubi apabila panggilannya disambut Lucy.

"Okay..."
"Ermm kan dah janji Lucy jangan call handphone Di. Tuan rumah macam dah syak something."

Khaleeda menjawab takut-takut.

"Never mind... yang penting Di okay."
"Macam mana Di lepas?. Semua yang entertain group tu kena tahan. Kecoh tau tak malam tadi!".

"Ermm... Di tak selesa kat karaoke tu. Partner Di tu ajak ngeteh, jadi kami keluar... tengah minum tu dia dapat urgent phone call, dia kena pergi jadi Di duduk kat 7E. Err... Di takut nak balik pakai baju macam tu. Di tunggu sampai pagi."

"Duduk kat 7E sampai pagi?".

"Ermm... ya."

'Temberanglah Di selagi boleh'. Khaleeda bermonolog sendiri.

"Tak apalah yang penting Di selamat. Job lagi satu malam ni cancelled. Job yang semalam pun tak dapat payment sebab kena ambushed."
"Hantu betul!!!".
"Nanti Lucy bagi pinjam duit Lucy dulu untuk Di bayar hutang. Tapi Di kena ganti job lain, Lucy tak nak duit."

"Lucy..."

Khaleeda takut tapi dia harus tegas kali ini. Dia tidak mahu terlibat pekerjaan macam ini lagi. Hanya menjatuhkan maruah yang selama ini dia berusaha jaga selepas kisah hitam hidupnya.

Sudahlah dahulu Yusoff menikahi dia yang telah rosak. Sekarang nama dia bertambah busuk di mata Yusoff.

"Kenapa Di?."

"Di tak nak kerja macam ni lagi. Di takut. Di menyesal. Nanti Lucy bagi nombor akaun. Duit seratus Lucy ni Di bank in akaun Lucy je. Di minta maaf."

"Hey, hey Di!"
"Di tak bolehlah buat Lucy macam ni.!".
"Di susah Di cari Lucy."

"Di tau... Di berterima kasih sangat tapi... Di tak boleh kerja ni. Di ada Sya."
"Maaf Lucy."

"Eh Di..."

Tuuuuutttt

Khaleeda matikan telefon segera. Dia mahu tenangkan kepala otaknya. Sudah terlalu panas berfikir sejak seminggu ini.

Khaleeda melorot di tepi dinding lalu terduduk bertongkat lutut di situ. Khaleeda menangis tanpa suara. Menangis bersungguh-sungguh dan teresak-esak.

Sungguh dia kecewa dengan semua yang terjadi. Diuji dan diuji bertubi-tubi semakin melemah dan mengoyahkan semangat dia untuk terus melangkah.

Sampai hati Yusoff!.

Ahhh! kau pun satu Khaleeda!. Menerima dengan gembira asakan dan kehendak Yusoff. Bukan sekali, tiga kali satu malam yang pendek!. Kaulah yang sampai hati menghina diri sendiri!.

kwn2 bosan ke cite sedih cm ni?. idea ni serpihan dr cite SHBA yg tak sesuai diguna disitu jd Sy buat cite ni. tlg la teman Sy kuar kn sume dlm kepala kt cite BACDH ni. next time Sy Cuba buat cite hepi2 je. yg blom follow pls follow Sy ye. tqvm kwn2. syg uoll

Share this novel

mama lieza
2024-09-10 17:42:23 

best citer ni...sis pun terbawa2 kesedihan Di...sian betul dengan Di ...besar dugaan hidup Di...harap Yusoff dapat cari Di semula

Eztl
2024-09-10 13:14:01 

kami 1 grp hari² tertunggu² cite BACDH ni.

nor1427
2024-09-10 11:26:04 

saya suka cerita ni.


NovelPlus Premium

The best ads free experience