BSID - BAB 2 - MASALAH

Romance Series 3952

"Nite, baby."

"Nite, abang. Hati-hati abang."

"Okey, sayang. Jaga mata, jaga hati untuk abang."

"In shaa Allah, abang. Abang pun, jaga mata, jaga hati untuk sayang."

"I will, baby."

"Okeylah. Sayang nak switch off telefon dulu. Dah ngantuk."

"Okey, sayang. Tapi, jangan switch off phone. Abang nak tengok sayang abang ni sampai terlena. Nak hilangkan rindu abang kat sayang."

"Abang jangan tidur lewat sangat. Esok ada seminar lagikan?"

"Ya, sayang. It's okay. Seminar tu lebih kepada mendengar dan perbincangan je. Don't worry, okay."

"Okey. Sayang tidur dulu, ya abang."

"Ya, sayang. Sweet dream, baby. Sampaikan salam abang pada anak-anak, ya?"

"Ya, abang. In shaa Allah. Assalammualaikum."

"Waalaikumussalam, sweetheart." Zill leka memerhatikan si isteri yang sudah terlena.

"You're beautiful, sayang..." Ujar Zill seraya mengusap gambar isterinya di skrin telefon. Entah berapa lama Zill merenung wajah Maya sehingga dia sendiri terlena.

Sejak melahirkan sikembar tiga, rezeki mereka suami isteri mencurah-curah. Zill dan Maya percaya ini semua berkat menjaga anak yatim piatu seperti Amsyar Asfar yang ditatangnya bagai minyak yang penuh.

Zill telah menyerahkan hak penjagaan kedai makannya kepada Zam, salah seorang orang kepercayaannya. Sebuah syarikat yang berkaitan dengan pengawal keselamatan, diserahkan pada Boy. Namun, syarikat-syarikat itu tetap menjadi hakmilik Zill Zafran.

Maya membantu Zill melancarkan perjalanan semua syarikatnya. Manakala, Zill lebih banyak menumpukan perhatian pada syarikat Tengku Nazrul memandangkan papa kurang sihat selepas disahkan menghidap penyakit kanser pankreas.

Hubungan mereka sekeluarga bersama Tengku Nazrul dan Mama Mas semakin akrab. Ada ketikanya, papa dan mama akan tidur di rumah Zill demi melepaskan rindu pada cucu-cucu tersayang.

Bila teringat semula kisah Maya, terbayang wajah mulus Mona, sahabat baik Maya. Alhamdulillah, perkahwinan Mona dan Arman sudah menjangkau ke tujuh tahun dan mereka telah dikurniakan sepasang cahaya mata yang kini berusia tujuh dan lima tahun.

Alhamdulillah, berkat kesabaran mereka suami isteri, Zill telah menghadiahkan sebuah restoran pada Arman sekeluarga. Betapa gembiranya Mak Ayu dengan rezeki yang diterima mereka. Arman, Mona tinggal bersama Mak Ayu dan Alim disebuah rumah banglo pemberian Zill, sebagai hadiah perkahwinan mereka.

Hubungan kekeluarga mereka semakin utuh. Sehinggakan, anak-anak mereka kadangkala berhubungan melalui telefon bila mereka rindu antara satu sama lain. Setakat tidur rumah Zill dan rumah Arman, tidak menjadi perkara besar bagi mereka sekeluarga. Yang penting, mereka bahagia bersama.

"Hai..."

"Err, hai..." Tersentak Zill bila disapa seorang wanita yang agak daring.

"I, Elina." Sambil menghulurkan tangan.

"Sorry, not interested and I'm married." Ujar Zill seraya menayangkan cincin silver yang tersarung di jarinya. Terus wanita itu menarik muka dan menghadiahkan cerlungan tajam.

"Berani dia tegur aku..." Omel Zill sebaik melangkah masuk ke pejabat.

"Takpe... Nanti kau..." Ujar wanita itu sebelum berlalu. Memandangkan seminar habis awal dari yang dijangka, Zill mengambil keputusan untuk membuat spotcheck di restoran dan syarikat kawalan miliknya.

"Boss..."

"Everything okay, Boy?"

"Alhamdulillah, boss. Business pun semakin maju."

"Alhamdulillah. Bagaimana dengan restoran?"

"Sama, boss. Alhamdulillah. Setakat ni semuanya takde masalah. Semua cawangan income naik, boss."

"Alhamdulillah."

"Konsisten setiap bulan duit keluar masuk."

"Good. Err, Zam, ada apa-apa yang kau perlukan kat restoran, inform aku. bagitahu aku restoran cawangan mana. Nanti aku siapkan peruntukan."

"In shaa Allah. Err, boss..."

"Any problem?"

"Ada sikit, boss. Last month, kita ada ambil pekerja barukan dua orang."

"Ya, kau ada inform aku. Wait, cawangan mana?"

"Cawangan ni, boss."

"Cawangan ni?" Zam angguk kepala.

"Ini cawangan under kaukan?"

"Ya, boss."

"Baik, apa yang berlaku?"

"Err, dorang ni ada masalah sikit, boss..."

"Meaning?"

"Dorang culas."

"Culas? Dari segi kerja atau solat?" Satu sikap Zill yang perlu mereka ketahui. Kepantangan Zill bila mengetahui pekerja-pekerjanya enggan menunaikan solat dan malas buat kerja.

"Both..."

"Tunjukkan aku rakaman cctv." Zam terus menatal komputer dan rakaman cctv terus dimainkan dimana ianya memaparkan rutin harian pekerja bermula dari asrama sehingga ke restoran.

"Stop! Siapa ni?"

"Ini, Badrul, boss. Ini, Syafik, dua orang pekerja baru yang saya maksudkan."

"Oh... Jadi, masalah dorang berdua ni?"

"Dorang banyak mengelat. Ngelat buat kerja. Ngelat bila diarahkan apa sahaja. Belum lagi bila masuk waktu solat. Dorang akan bagi alasan yang berbagai." Zill mengusap dagunya.

"Memang saya tak nampak secara jelas. Tapi, pekerja lain mengadu dorang suka buat masalah dan terbaru, dorang curi makanan."

"Curi makanan?" Bertaut kening Zill.

"Ya, boss."

"Kau dah siasat?"

"Dah, boss. Mula-mula tu saya tak percaya juga. Sebab belum pernah kes begini berlaku dekat mana-mana cawangan. Tapi, saya dah intip dan siasat dua kali. Malam semalam, sekali lagi ianya terjadi. Kebetulan boss datang, saya kena terus-terang."

"Hurm... Banyak ke barang yang hilang?"

"Tak banyak. Tapi, dah dua tiga kali ianya berlaku. Saya dah ingatkan pekerja. Kalau ada masalah, perlukan bantuan, inform saya."

"Takpe. Sekarang ni, dorang tengah buat apa?"

"Kemas restoran, boss untuk team malam." Semua restoran cawangan Zill mempunyai dia bahagian. Di mana bahagian pertama untuk pagi dan makan tengahari. Bahagian kedua untuk makan makan seperti tomyam.

"Okey. Selesai semua, panggil semua menghadap aku kat bilik mesyuarat."

"Baik, boss." Zill berlalu dengan Boy ke dalam bilik mesyuarat.

"Boss..." Boy menghulurkan topeng muka separuh pada Zill. Menjadi kebiasaan Zill sekarang ni yang lebih gemar menutup wajahnya dari ditayangkan pada umum demi keselamatan.

Zill masih merasai ada pihak yang cuba mengekori dirinya sejak beberapa bulan yang lalu. Namun, enggan memberitahu Maya lantaran tidak mahu Maya berasa susah hati.

"Boss..." Pintu bilik mesyuarat dikuak.

"Masuk!" Arah Zill. Berderet pekerja melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat.

"Assalammualaikum..."

"Waalaikumussalam, tuan."

"Well, macamana bekerja di sini? Selesa? Asrama, makan, minum, gaji, semua okey ke?" Soal Zill.

"Okey, boss." Ujar mereka serentak. Mata Zill memerhatikan ke arah dua budak lelaki yang dimaksudkan Zam.

"Aku dengar ada kecurian makanan di tempat aku ni. Betul ke?" Beberapa pekerja bertukar pandangan dan ada yang menundukkan kepala.

"Aku tak suka berkasar. Peraturan aku senang je. Aku dah sediakan asrama penginapan, makan minum, elaun dan gaji yang aku rasa sangat berpatutan. Solat, satu kewajipan agar rezeki kita berkat."

"Dan korang takkan dapat apa yang aku berikan ni di tempat lain. Serius, korang takkan dapat." Zill mengalihkan pandangan ke arah dua orang pekerja tadi. Nafas dihela.

"Untuk pengetahuan korang semua. Belum pernah ada kes kecurian makanan atau apa sahaja dalam syarikat aku. Tapi, bila ianya terjadi disini, direstoran milik aku, aku tak boleh sabar."

"Sebab, ianya dah berlaku beberapa kali. Betul?" Tiada jawapan dari mereka.

"Begini, aku minta korang yang berbuat demikian untuk tampil ke pejabat dalam masa sepuluh minit atau korang akan aku pecat serta-merta tanpa pampasan dan korang juga akan aku sumbat ke dalam lokap." Tegas Zill.

"Keputusan di tangan korang. Ingat, sepuluh minit bermula dari sekarang!" Bentak Zill sebelum berlalu dan masuk ke pejabat.

"Boss, tinggal dua minit."

"It's okay, Zam. Habis sepuluh minit, kau tarik dua mangkuk tu ke sini."

"Baik, boss." Zam dan Booy melangkah keluar. Zill melepaskan keluhan. Kepantangan Zill bila ada yang cuba membuat onar. Kalau lapar sangat pun, makanlah makanan yang disediakan.

Memadai memberitahu pengurus tapi bukan dengan mencuri. Zill buka restoran demi memberi makan pada mereka yang tidak mampu ketika covid melanda negara lantaran mereka kehilangan pekerjaan dan sumber rezeki.

Sebab itu, Zill cukup menjaga disiplin pekerja. Sebolehnya, hal makanan, Zill suka berkongsi dengan semua pihak yang memerlukan. Bukan pada yang tamak dan hanya mementingkan diri sendiri.

"Masuklah!" Boy menolak tubuh Syafik dan Badrul di hadapan Zill.

"Jangan tolaklah, sial!" Zill gelengkan kepala dengan gelagat dua orang pekerjanya yang bakal menjadi bekas pekerja.

"So, korang Syafik dan Badrul." Tiada anggukan mahu pun gelengan. Zill terasa dirinya tercabar lantas bangun berdiri menghadap dua lelaki tadi yang tiba-tiba berundur dua, tiga tapak.

"Kenapa korang berundur?" Soal Zill, sinis.

"Siapa suruh kau tinggi sangat?" Jawapan kurang ajar.

Pak!

"Auch!" Syafik terkejut sambil menggosok kepalanya yang diketuk Boy.

"Kurang ajar!" Bentak Boy seraya mengetuk kepala Syafik. Syafik menjeling.

"Apa alasan korang mencuri di restoran aku?"

"Jangan suka menuduh. Kalau restoran ni hak kau pun, kau takde hak, nak tuduh kami." Zill menghela nafas, cuba menahan amarah yang bertandang.

"Aku punya bukti yang nyata yang korang ni memang pencuri. Dan aku tak nak cerita banyak. Pihak polis dalam perjalanan. Korang ready je." Zill bermain psikologi.

"Fik, macamana ni..." Bisik Badrul.

"Ala, dia tipu je tu. Hei! Kau ingat kau besar, tinggi, kaya dari kami, kau boleh nak aniaya kami?"

"Zam, pasang rakaman cctv." Arah Zill sebelum melabuhkan punggung di kerusi sambil menyilang kaki.

"Cctv?"

"Ya, cctv. Korang tengok sendiri dengan mata kepala korang."

"Alamak!" Suara Badrul baru kedengaran.

"Matilah kita, Fik..."

"Dah tengok sendiri? Apa alasan korang?" Syafik dan Badrul menelan air liur yang berpasir.

"Aku nakkan jawapan atau aku akan serahkan pada pihak polis."

"Ah! Aku tak gentarlah. Kau ingat kau orang kaya, kau boleh gertak kami? Setakat curi makanan, berapa lama je kami kena lokap. Lepas tu, bebaslah, dua, tiga bulan kemudian." Ujar Syafik dengan angkuhnya.

"Ya. Memang aku orang kaya. Aku ada banyak duit. Dengan duit yang aku ada, aku boleh buat korang kena lokap dan penjara seumur hidup bersama sebatan sebanyak tiga ke sepuluh kali. Amacam? Mampu bertahan?"

Berubah riak wajah Syafik dan Badrul dengan ugutan Zill.

"Macamana ni, Fik? Aku tak nak..."

"Woi! Kau ingat aku bodoh ke? Aku bukan baru hari ni keluar masuk lokap!"

"Oh, dah biasa keluar masuk lokaplah ni? Seronok ke? Tapi, kali ni, aku takkan benarkan kau diikat jamin atau mendapat pengampunan dari pihak polis sebab aku akan letak dadah dalam tubuh badan korang dan beg pakaian korang sekali." Air liur ditelan kelat.

"Macam yang kau cakap tadi, aku banyak duitkan? Aku boleh upah sesiapa je untuk buat korang mereput dalam penjara. Berminat?"

"Ya, ya. Kami yang curi makanan dalam restoran tuan." Rintih Badrul, ketakutan sebelum melutut di depan Zill sambil menangis.

"Bad!"

"Aku tak nak masuk penjara! Aku ada tanggungan, Fik. Kalau bukan sebab termakan hasutan kau, aku takkan tergamak nak mencuri. Lepas tu, kau suruh aku jual barang-barang tu."

"Jual? Korang curi barang dalam restoran aku lepas tu korang jual? Mudah betul dapat modal?"

"Maafkan saya, tuan. Demi Allah, dia yang paksa saya. Dia yang ajar saya jangan solat, jangan ikut arahan dari pihak pengurusan. Lawan pengurus. Semua dia yang ajarkan."

"Dasar pengkhianat!" Jerit Syafik sebelum berura-ura mahu menumbuk Badrul.

"Kau diam! Sebelum aku bubuh kau, ada baiknya kau diam!" Ugut Zill sambil menghalakan jari telunjuknhya tepat ke muka Syafik. Syafik menelan air liurnya yang berpasir.

"Jangan berani usik orang lain di depan aku."

"Kau, cakap semua yang kau tahu."

"Saya cakap, tuan. Saya cakap. Saya orang susah. Saya nak kerja sebab nak cari duit untuk tampung keluarga saya."

"Mana keluarga kau?"

"Kampung Gelangi, Jerantut."

"Mak ayah kau?"

"Mak ayah dah meninggal. Saya kerja sebab nak tolong atok nenek yang jagakan dua orang saya yang masih bersekolah."

"Saya..saya curi makanan pun sebab nak hantar kat keluarga saya kat kampung bila dapat cuti nanti. Tapi, Syafik paksa saya untuk ikut arahan dia."

"Kenapa kau ikut?"

"Dia ugut saya. Dia akan pukul saya kalau saya tak ikut arahan dia."

"Huh! Kau gangster?" Syafik beriak selamba.

"Baik. Kau berlagakkan? Aku cuma nak kau mengaku dan berterus-terang atau akan buat apa yang aku kata. Mudah je."

"Saya minta maaf, tuan." Akhirnya Syafik melutut di hadapan Zill bersama esakan.

"Saya terpaksa, tuan. Saya takde kerja. Saya ada tanggungjawab nak jaga ibu yang sedang uzur."

"Kali ni, lakonan apa yang kau buat?"

"Tidak, tuan. Demi Allah. Saya tak tipu. Saya duduk tak juah dari sini. Tuan boleh pergi periksa sendiri rumah yang saya duduki. Ibu saya perlukan duit untuk rawatan penyakit dia." Lemah lutut Zill bila berkaitan dengan ibu.

"Kalau kau berbohong?"

"Sumpah demi nama ibu saya, tuan. Saya takkan tipu jika berkaitan dengan hal ibu. Saya takde cara lain. Seklah separuh jalan." Esakan Syafik meruntun jiwa.

Bab 1 - sehingga bab 4 - free reading guys...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience