"KAU tidur kat mana semalam?"
Melihat Natrah pulang bersama Eirfan, hatinya dijentik seribu pertanyaan. Apatah lagi setelah Eirfan sendiri mengatakan untuk membawa Natrah pulang ke rumah orang tuanya semalam. Sementelah Erman pun bermalam di sana.
"Kat hotel. Bilik yang Eirfan tempah untuk kita semua tu lah. Mana lagi aku nak tidur?"
Fatin menggigit bibir. Kat hotel? Semalam Eirfan cakap lain, harini dia cakap lain. Mana satu yang betul ni?
"Kau biar betul. Jangan nak tipu aku erk?"
"Betullah! Apa yang aku tipu kau?" Natrah sudah masuk ke dalam biliknya. Tudung ditanggalkan dan dicampak di atas katil. Dia ke bilik air. Tak lama kemudian, dia keluar dan melihat Fatin sedang duduk di birai katil.
"Laa masih kat sini lagi?! Ingatkan dah masuk bilik sendiri" Natrah duduk merapati Fatin.
"Mana kau dapat tudung dan baju ni? Setahu aku, kau takde baju macam ni kan?"
"Eirfan yang belikan untuk aku"
Kali ini, Fatin tersentak dengan pengakuan Natrah. Tidur kat hotel, baju bos belikan, balik tengah hari, apa lagi yang berlaku?? Dia tak puas hati.
"Baik kau terus-terang dengan aku! Apa yang jadi semalam? Kau tahu tak, bos takde masa acara semalam. Kau pun hilang. Lepas je dia cari kau di bilik, batang hidung dia terus tak nampak tau? Apa dah jadi sebenarnya?"
Natrah diam. Dia masih mengantuk sebenarnya. Adakah kesan dari pil tersebut? Lantas, dia baring di atas katil dan berkira-kira hendak menutup mata. Namun suara bingit Fatin mengacau-bilaukan semuanya.
"Apa??!" rungut Natrah sambil duduk kembali.
"Kau jangan nak tidur dulu erk? Ngantuk sangat ni apasal? Apa yang dah jadi pada kau dengan bos semalam?"
"Boleh tak bagi aku tidur kejap? Otak aku tak berfungsi waktu-waktu macam ni"
Natrah baring semula. Tak lama lepas tu, dia dah terlena. Fatin mengeluh panjang. Takpe, nanti dia selongkar habis-habis kebenaran dari Natrah!
"MAMA!!"
Natrah terbangun tatkala suara Erman memanggilnya. Dia membuka mata yang masih lagi terasa berat.
"Mama, bangunlah!" Erman menggoncang tubuh Natrah.
"Mama!!" Suara Erman kedengaran kuat dan keras. Mahu tidak mahu, Natrah terpaksa juga bangun dan mendapatkan Erman.
"Ya sayang? Mama dah bangun ni. Kenapa?"
"Papa kat bawah"
"Haaa??" Natrah membesarkan mata. Terus segar matanya mendengar bicara itu.
"Bila Erman sampai? Datang dengan papa ke?"
Natrah bangkit dari katil lantas ke bilik air untuk mencuci muka. Kemudian, dia mendapatkan Erman semula.
"Baru je. Papa datang ambik Erman kat rumah tokmi. Mamalah, janji nak ambik Erman. Tapi tak datang pun"
Nada suara itu seakan merajuk saja.
Natrah menepuk dahi. Dia teringat akan janji yang dibuatnya itu namun dia sendiri yang memungkirinya.
"Mama lupalah sayang! Sorry" Natrah menghimpunkan kedua tangan bersama seraya tunduk mintak maaf pada anaknya.
"Okey Erman maafkan. Tapi mama kena buat sesuatu"
"Haa? Buat apa?"
"Temankan Erman dan papa keluar hari ni"
"NI semua plan awak kan?" Natrah mengecilkan matanya memandang Eirfan.
"Ehh apa saya pulak! Awak tu yang mungkir janji, nak salahkan kita pulak"
Bicara Eirfan membuatkan Natrah terdiam. Sedar akan kesalahan sendiri, dia tak berani nak melawan.
"Hari ni kita jalan-jalan pergi mall dulu. Lepas tu, pergi pantai"
"Tak lewat sangat ke?"
"Sekali sekala apa salahnya!"
"Esok kan kerja?"
"Awak tak masuk kerja pun takpe! Kalau awak kawen dengan saya, tak kerja pun takpe Ara! Saya mampu tanggung awak sampai sepuluh sebelas dua belas orang anak kita nanti!" seloroh Eirfan, mengatur impian di samping wanita yang dicintainya itu.
Natrah membisu. 10? 11? 12? Banyak gila!!
"Awak ingat saya mesin ke? Hasilkan anak sebanyak tu"
Tergelak Eirfan mendengar bantahan daripada Natrah. Dia sekadar bergurau. Saja, nak bangkitkan suasana dalam kereta. Dia kerling Erman yang duduk di belakang, asyik dengan Ipad pemberian tokminya itu.
"Maknanya awak setujulah ni nak kawen dengan saya?" Eirfan memerangkap Natrah dengan kata-kata.
Sedar akan keterlanjuran dalam berbicara, Natrah ambil keputusan untuk berdiam diri saja. Tak kuasa dia nak berhujah dengan lelaki itu!
"Diam maknanya setuju!" tambah Eirfan lagi.
"Eee awak ni kannn!!!" Natrah mendongkol geram.
SETELAH puas berjalan di mall, kini mereka bertiga sudah tiba di pantai. Seronok melihat Erman bermain di gigi air. Sekejap-sekejap dia tergelak, lepastu melarikan diri pula kerana dikepung oleh ombak.
Eirfan mengambil posisi di samping Natrah. Anak matanya terus tertancap pada riak Erman yang berseronok itu.
"Dah lama tak tengok Erman gelak macam tu" adu Natrah tanpa sedar. Rasanya kali terakhir Erman gelak adalah ketika bermain bersama abang Azrul.
"Nampak sangat dia seronok" sampuk Eirfan pula.
"Ya. Dia dah lama rindukan seorang ayah.."
Natrah menggumam tatkala tersedar keterlanjuran kata.
Eirfan senyum. "Tu maksudnya dia nak kita bersatu."
Omongan Eirfan menusuk jauh ke dalam hatinya. Dia juga inginkan perkara yang sama. Rindunya dia pada Eirfan, hanya Allah saja yang tahu.
"Saya pelik masa mula-mula jumpa dia dulu, dia panggil saya papa. Rupa-rupanya sebab dia nampak gambar saya dalam purse awak"
Dua pasang mata bersabung. Terlalu banyak perkara yang belum terungkap di antara mereka. Hati masih menginginkan kasih sayang itu.
"Tapi awak ego. Sangat ego. Degil. Sampai satu saat saya rasa macam tak berguna pada awak. Saya rasa gagal jadi suami awak dulu"
Air mata Eirfan hampir menitik. Jika diungkit kembali kisah lampau, dialah manusia yang paling rapuh sekali. Namun Natrah tak mampu melihat semua itu kerana dia berusaha untuk menyembunyikannya.
"Saya gagal jadi suami yang membahagiakan awak Natrah! Saya tak mampu nak memahami awak suatu masa dulu. Sekarang bila Allah bagi peluang untuk bertemu dengan awak semula, saya tak rasa ianya satu kebetulan. Saya rasa ianya jodoh yang tertulis untuk kita. Awak masih nak menidakkan semua tu lagi ke?"
Natrah menunduk wajah. Dalam tak sedar, dia sudah menangis. Sebenarnya, dialah yang bersalah dalam hal itu. Dia yang menciptakan jurang dan perpisahan itu. Dia sebenarnya yang tak mampu memahami hati Eirfan. Dia yang pentingkan diri sendiri. Dia jugalah yang musnahkan segala impian dan kebahagiaan Eirfan.
"Awak menangis Ara?"
Natrah angkat wajah. Tatapan belasnya beradu dalam anak mata jernih itu.
"Saya yang salah! Kalau dari dulu saya tak pentingkan diri, saya tak ikut nafsu, mesti kita dah boleh bahagia sekarang kan? Saya dah hancurkan hati awak"
Mengakui itu sesuatu yang sangat sukar baginya. Namun setelah melihat keikhlasan dan kasih sayang Eirfan padanya, dia tak sanggup nak berterusan mengagungkan egonya! Dia dambakan kasih sayang dan belaian lelaki itu.
"Ye, memang awak dah hancurkan hati saya. Hancur berkeping-keping! Awak jugak yang musnahkan kebahagiaan yang sedang saya cipta bersama awak. Awak...awak punca segala kemusnahan itu Ara!"
Pedih! Sakit! Itulah yang dia rasakan saat Natrah menuntut perpisahan itu. Dia tak mampu nak berpisah dari Natrah namun desakan Natrah begitu memilukan hatinya.
Pengakuan Eirfan benar-benar bikin hati Natrah robek. Betapa kejamnya dia ke atas lelaki itu. Dia tak beri hak sepenuhnya terhadap Eirfan. Dia yang bersalah! Bukan Eirfan!
"Tapi..awak dan saya boleh betulkan semuanya semula. Kita masih boleh cipta bahagia tu sendiri. Kalau awak sudi, saya lagi sudi berjuta-juta kali"
Eirfan meletakkan satu bungkusan kecil di atas tikar mengkuang itu. Dia pandang Natrah yang turut sama memandangnya.
"Apa ni?" Natrah ambil bungkusan tersebut.
"Open it"
Natrah akur. Ada kotak kecil berbentuk hati di dalam bungkusan itu. Natrah buka dan kaget melihat isinya.
"Do you know a story behind this ring?"
Natrah angkat bahu.
"Dulu kan. Ada seorang lelaki jatuh cinta pada seorang perempuan. Dia kumpul duit untuk belikan segala-galanya pada gadis tu, termasuklah cincin. Sebab masa dorang kawen, lelaki tu cuma bagi cincin arwah peninggalan ibu dia"
Mata Natrah sudah mulai berkaca. Dia seperti dapat mengagak jalan cerita tersebut.
"So, lelaki tu berusaha semaksimum mungkin untuk belikan cincin pada isteri dia. Dan yes!!" Eirfan berjeda. Air mata yang mulai bertakung diseka perlahan. Betapa dia menghargai usahanya demi mendapatkan cincin tersebut untuk Natrah. Membuka kembali kisah lama sungguh menyayat sekeping hatinya.
"Dia berjaya! Dia mampu untuk kumpul duit dan beli cincin tu. Dia tak sabar nak balik rumah sebab nak berikan cincin tu pada isteri dia. Tapi..."
Seketika, memori lama mulai bergentayangan di ruang udara. Kata perpisahan yang Natrah pinta telah meragut separuh dari nafasnya.
"Isteri dia nak berpisah!"
Tak sempat Eirfan menyambung, Natrah pantas mencelah. Masakan dia lupa pada setiap inci memori itu. Seperti Eirfan, dia juga terseksa dan merana.
Eirfan menatap wajah itu. Lama. Bibir terkunci. Cukup sepasang anak mata yang sudah banjir dengan mutiara itu menceritakan segala-galanya.
"It took me years to move on. Tapi saya tak boleh. Awak separuh nyawa saya Ara. Please..jangan pergi lagi!"
Untuk apa semua kemewahan yang dia punya jika dia tak mampu memiliki Natrah?
Melihat anak mata Natrah yang berkaca-kaca, Eirfan seka perlahan dengan jarinya.
"But promise me one thing" Natrah menuntut janji pula.
"Apa dia Love?"
"Kalau awak balik rumah lambat, saya akan kejar awak dengan penyapu!"
Eirfan ketawa dengan kata-kata Natrah.
"Promise tak balik lewat dah!"
"Mama! Papa!!"
Erman menjerit dari jauh. Melihat Erman melambai dengan senyuman, Natrah dan Eirfan berlari mendapatkan Erman.
Sebuah keluarga bahagia hampir tercipta!
NATRAH dan Fatin sama-sama menaiki lif. Ketika pintu lif terbuka, ada beberapa orang pekerja masuk ke dalam lif sambil berbisik. Mereka memandang Natrah dengan pandangan jijik.
"Apasal?! Apa tengok-tengok?" sergah Fatin. Pantang dialah kalau ada yang bergosip pagi hari. Tak masuk rezeki!
"Biarlah dorang!" Natrah mencegah.
"Kau tak cakap lagi dengan aku hal semalam!" Fatin protes. Dari semalam lagi dia mendesak Natrah mengenai perkara itu.
"Nantilah aku cerita! Takkan nak cerita dalam lif ni?!"
Pintu lif terbuka luas. Beberapa orang pekerja tadi keluar. Salah seorang daripada mereka sempat menegur Natrah.
"Seronok ke Natrah, bermalam dengan bos sendiri?"
Setelah itu, pekerja itu cepat-cepat kabur dari situ. Pandangan yang diberikan sungguh sinis.
Natrah tersentak. Bermalam? Apa maksud dia?
Bukan saja Natrah, bahkan Fatin juga menerima reaksi yang sama.
"Apa yang dorang cakap tu?"
Pintu lif terkuak. Natrah cepat-cepat keluar dari lif. Fatin membontoti dari arah belakang.
Ketika Natrah mulai memasuki ruang pejabat, semua mata memandang ke arahnya. Bahkan ada juga yang berbisik sesama sendiri.
Hati Natrah sudah berdebar. Dia tak memahami apa yang sudah berlaku. Kenapa mereka semua memandangnya sinis? Apa kesalahan yang telah dilakukannya?
"Pakaian je bertutup tapi malam hari, jadi kupu-kupu malam!" sindir Zack, salah seorang pekerja di situ.
"Heii!! Apa maksud kau?" Fatin menolak tubuh Zack. Dia tak suka jika Natrah dituduh seperti itu.
"Chillah!!" Zack tepis tangan Fatin.
"Fatin, dah!" Natrah menghalang tatkala Fatin ingin menyerang.
"Natrah, berapa bos bayar kau untuk satu malam haa?" sampuk Andika pula sambil mengekek.
"Harap muka je lawa, comel. Tapi perangai ke laut!!" gerutu Haslinda pula. Dia tak menyangka sikap Natrah sebegitu.
"Nat..Natrah" Tina mendekati Natrah lantas menyerahkan sesuatu kepadanya.
"Ada orang tampal benda ni kat satu ofis" ujar Tina lagi. Dia yakin ada salah faham yang sedang berlaku. Dia sangat mengenali Natrah. Tidak mungkin Natrah seperti yang didakwa.
Tersentap dengan apa yang dilihatnya, Natrah pandang sekeliling. Ternyata semua mata sedang menatapnya. Terpampang jelas wajah dia dan Eirfan keluar dari bilik hotel sambil bergelak tawa. Gambar yang sudah menimbulkan begitu banyak kesalahfahaman!
Fatin juga kaget tatkala melihat foto itu. Namun dia tak boleh mempercayainya bulat-bulat. Pasti ada penjelasan di sebalik semua itu.
"Ara..."
Tak mampu menahan malu dengan esakannya, Natrah berlari keluar namun belum sempat berbuat demikian, Camelia sudah muncul di hadapannya bersama Ratikah dan Fairuz.
Wajah Camelia kelihatan bengis dan menahan amarah saja. Foto mesra Natrah dan Eirfan direnyuk sehingga hancur.
"Dasar perempuan tak tahu malu!!"
Pap! Satu tamparan kuat tepat mengenai wajah Natrah.
"Kau ni memang dasar penyondol!! Aku takkan lepaskan kau harini!!"
Semua tercengang dengan insiden itu. Namun tak berani nak berbuat apa-apa.
"Cik Camelia..." Natrah merintih sayu.
"Aku ni bakal isteri Eirfan, tahu tak??! Berani kau nak ganggu dia??"
Pap!! Sebuah lagi tamparan kuat dilayangkan ke pipi Natrah.
Ratikah senyum mengejek. Padan muka!!
Share this novel
Camelia ni kurang ajar. Cepat la eirfan datang ajar sikit si Camelia sama raudah tu. Sama sama dgn staff yang lain. Biar semua tau siapa natra dan apa hubungan dia dgn eirfan