Kau tetap dalam kenangan

Short Story Series 1475

"waa.. Siput babi la.. Besarnya... Kata si gadis sambil menunjukkan apa yang ada di jarinya kepada lelaki di sebelahnya.. Lelaki itu berpaling padanya dan ketawa.

" Tu bukan siput babi la sayang. Tu siput ntah tak tau namanya.. Hahaha.. Kata lelaki tu seraya ketawa terbahak bahak. Lucu melihat reaksi muka kekasih hati yg dah muncung sedepa.

" Aloloooo.. (sambil mengusap kepala si gadis) panjangnya mulut itik dia.. Haha.." usik lelaki tu lagi..

"Eeeiihhh.. Benci la.. Bukannya nk bagitau pun. Mainkan orang lagi ada la.. Nak balik la.." si gadis merajuk.

"Okay, okay Sayang.. Sorry ya cintaku.. Stop usik..(sambil senyum manis memperlihatkan barisan giginya yang tersusun indah) Tu siput pantai sayang. Sebab dia ada di pantai.. Hihihi.." terangnya sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Dia sendiri pun tak pasti entah betul ke tidak jawapan yang dia bagi tu.
" Hmm.. Mcm tak meyakinkan je jwpn awak td. Tapi... Okay. Boleh diterima.. Hehe... " balas si gadis.

Lalu disepanjang pesisir pantai itu keduanya asyik mengutip siput2 dan cengkerang utk dibawa balik ke rumah. Boleh la diletakkan dlm akuarium nnt kata mereka berdua.. Tetapi malangnya dalam perjalanan balik kereta yang dipandu terlibat dalam kemalangan akibat kecuaian pemandu mabuk. Pekara itu terjadi beberapa minggu lepas namun seperti semalam ia berlaku. Dari luar wad kecemasan unit rawatan rapi itu, sayu hatinya melihat si gadis bertarung nyawa untuk hidup. Tak sanggup rasanya dia melihat orang yang dia sayang terbaring kaku diatas katil tersebut.

"Sayang, please be strong.. Fight sayang.. I'm here for you.. Aku akan selalu menunggumu.. Aku akan menjadi orang yang pertama kau lihat bila kau buka mata nanti.." bisiknya sendirian. Sungguh dia tiada menyangka keadaan kekasihnya akan seteruk itu.

Flashback sebelum kejadian....

" Sayang, dah banyak siput kita kumpul ni. Jom balik. Hari dah nak gelap ni. Lagipun cuaca macam nak hujan.. " ajak sang kekasih.

" Alaaa.. Kejap la sayang.. Sikit la lagi ya? Cantik-cantik siput ni.. Tengok ni sayang.. Cantik kan? Comel je.. Macam saya kan? Hehe... " katanya sambil menunjukkan siput itu kepada lelaki itu.

" Sayang.. Dah lewat ni.. Lain kali kita datang lagi ya.. Tak pergi kemana pun pantai ni sayang.. Minggu depan kita datang lagi ya? " pujuknya lagi..

" Tak best la awak ni sayang.. Orang nak jugak kumpul lagi.. Tak kira.. Nak jugak.. Mana la tau minggu depan saya takde peluang dah nak kesini lagi.. " balasnya merajuk..

" Ishkk.. Mulut.. Suka tau cakap yang bukan-bukan. Dah tak sayang saya lagi ke sampai cakap macam tu sekali.. Hmm.. Yela-yela.. Kita kutip lagi.. Tapi sekejap je okay.. Hari nak hujan ni sayang.. " lelaki itu memujuk. Lebar senyuman si gadis bila kekasih hati beralah dengannya.

" Yeyy! Sonoknyaaa.. Thanks sayang.. I love youuu ketat.. Hahaha.. " balas si gadis dengan ketawa bahagianya sambil membuat tanda cinta di kedua jarinya. (tanda love stail Korea tu.. Hihi). Ketara sangat si gadis ni peminat artis Korea. Bekas tempat letak siput dah dia simpan diatas pasir dulu. Lelaki tu hanya tersenyum geli hati melihat aksi comel kekasihnya.

Melihat hari hampir berganjak ke malam, keduanya pun bergegas ke tempat letak kereta untuk balik kerana hujan dah mula turun. Setelah menyimpan siput tersebut dlm kereta keduanya pun bergerak pergi. Semasa melewati sebuah selekoh di kawasan bukit tak jauh dari pantai tadi hujan tiba-tiba turun dengan lebatnya. Cuak pula rasa hati kedua mereka.

"Tu la saya ajak balik awal tadi awak tak nak sayang. Degil tak dengar cakap.. Hmm.. Tengok.. Hujan lebat dah ni.. Macam mana nak lihat dengan jelas masa memandu ni nanti?" tegur lelaki tu kepada si gadis.

"Maaf sayang sebab degil. Mana la saya tahu hujan akan selebat ni. Tengok cuaca td macam okay je. Takde la mendung gelap sangat.." balasnya masih mempertahankan pendapatnya. Lelaki tu hanya menjeling si gadis disebelahnya. Tak guna dia membalasnya. Mesti gadisnya itu tak mahu mengalah nanti. Perlahan-lahan dia memandu kereta takut nanti akan terjadi sesuatu yang tak elok. Maklumlah hujan lebat. Dengan kawasan jalannya yang tidak rata dan sesekali berbukit. Dalam kereta hanya kedengaran bunyi musik. Keduanya membisu. Memberi sepenuhnya perhatian ke atas jalan raya.

Kata orang walaupun kita berhati-hati bila melakukan sesuatu, malang pasti menimpa. Memang benar. Sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan tiba-tiba membelok kearah keduanya membuatkan lelaki itu memusingkan stereng keretanya menuju ke sebuah gaung dan melanggar sebatang pokok yang ada dalam gaung tersebut. Begitu cepat semuanya berlaku.

"Arghhhh... Sayanggg..." hanya perkataan itu yang kedengaran dari keduanya.

Apa yang terjadi selepas itu pun mereka tak tahu. Tidak berapa lama kemudian lelaki itu tersedar lalu menoleh kearah kekasihnya. Betapa terkejutnya dia melihat wajah si gadis belumuran darah. Darah pekat ada yang keluar dari mulutnya. Meraung dia memanggil nama si gadis dan menggoncang bahunya agar dia sedar. Namun gadis diam tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Dengan sisa tenaga yang masih ada segera dia mencari-cari dimana telefonnya dan segera meminta pertolongan.

Kira-kira tiga jam lebih keduanya selamat dikeluarkan termasuk kereta mereka juga berjaya ditarik keluar dari gaung. Keduanya lantas dikejarkan ke hospital. Kecederaan si gadis sungguh teruk hingga menyebabkan dia koma. Lelaki tu pula patah kaki kanannya kerana terhimpit selain kesan calar dan luka-luka yang tidak begitu dalam. Kata doktor peluang untuk gadisnya hidup agak tipis. Dia hanya bergantung pada mesin bantuan pernafasan. Gugur airmata lelakinya melihat keadaan si gadis.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lamunannya tersentak apabila melihat doktor dan jururawat bergegas masuk ke bilik dimana gadisnya dirawat. Hatinya bedebar-debar takut terjadi sesuatu yang buruk berlaku. Dia melihat mereka berusaha sedaya upaya menyelamatkannya.

" Tuhan.. Tolonglah selamatkan dia. Berilah peluang dia hidup kembali seperti sediakala. Tolonglah... Tolonglah... Aku masih perlukannya dalam hidupku.." sambil dia menangis dan berdoa dalam hati memohon kepada sang pencipta. Namun apa yang dihajati tidak termakbul. Tidak lama selepas itu doktor mengesahkan si gadis yang paling dia cinta meninggalkan dia untuk selamanya.

Terduduk dia sambil meraung menangisi pemergian kekasihnya. Ralat hatinya kerana sepanjang si gadis ditempatkan di wad kecemasan, sepatah kata dari kekasihnya pun dia tak pernah dengar lagi. Sedangkan dia begitu merindui suara dan rajuk manja sang gadis.

Bagaimana hidupnya tanpa gadis yang dia cintai nanti? Terasa kosong sekosongnya hidupnya. Seolah-olah rohnya juga turut dibawa pergi. Yang tinggal hanya jasad bagai tiada nyawa. Dia tidak kuat dan takut untuk menempuhi hari esok seorang diri. Dia buntu.

Esoknya, jenazah si gadis selamat dikebumikan. Bederai airmatanya mengenangkan tiada lagi gadisnya akan menemani seperti selalu. Yang akan menghiburkan dia dengan sikap manja dan rajuknya. Kini semua tinggal kenangan. Terasa seperti semalam mereka berdua bekejaran dan usik-mengusik antara satu sama lain. Sungguh dia rindu.

Apa dayanya nak melawan takdir andai sudah tertulis jodoh antara mereka setakat disitu saja. Dia redha. Dia berdoa kepada Tuhan semoga rohnya dicucuri rahmat dan bersemadi dengan tenang.

" Selamat jalan sayang. Aku takkan pernah mampu untuk melupakanmu. Kaulah jiwaku, Kaulah nyawaku. Tenanglah disana. Sayang, kau tetap dalam kenangan..." bisiknya didalam hati yang merintih pilu kehilangan orang yang dia cintai dan menoleh buat terakhir kalinya sebelum kereta yang dia naiki perlahan-lahan meninggalkan tempat persemadian terakhir si gadis....

Tamat..

-Lavender Ungu-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience