Anya cuba melarikan pandangan darinya, tersenyum Bahr melihat telatah Anya yang seakan malu dan dalam masa yang sama marah akan dirinya. Kejadian pagi tadi masih segar diingat Bahr, "awak ingat saya ni macam one of your girls ke yang awak boleh cium sesuka hati?" soal Anya sambil marah. Bahr hanya ketawa, selepas suis lampu dihidupkan.
"Dah, jangan marah. Abang bagi pahala tau dekat Anya.. Sekarang, marilah kita cari pahala dengan solat berjemaah." kata Bahr. "Tak nak, Anya nak solat dengan Ayah." kata Anya, menunjukkan protesnya. "Lebih afdal dengan suami Anya.." kata Bahr, memujuk. "Kalau saya solat dengan awak, apa saya dapat?" soal Anya.
Bahr sedang memikirkan.. "You get your freedom while your working, Anya nak pergi mana pun.. Abang tak kisah even Paris .. Tapi, kena minta izin dengan Abang." kata Bahr. "Yess.. Wooo!" jerit gembira Anya. "Tapi, janji dengan Abang.. Wajib sembahyang bersama Abang.." pujuk Bahr. "Okay.." kata Anya. "That's my wife." kata Bhar dengan pantas dia mengucup sekali lagi bibir Anya. Biarkan Anya menjerit sekuat hati sehingga Ayahnya datang ke bilik mereka kerana terkejut akibat jeritan Anya yang kuat.
***
"Mungkin Bahr tak jadi nak adakan resepsi di hotel." bincang Bahr, dan kesemua mata ke arahnya kecuali Anya yang hanya sibuk makan nasi lemak buatan ibunya. Lebih rela dia makan berbanding mendengar suara itu. Sakit hati masih bermaharajalela di hatinya.
"Anya suruh Abang Bahr ke batalkan?" soal Becky, tersedak Anya apabila dia dituduh begitu, tapi.. memang betul pun idea dari dia. Terasa satu tangan sedang mengusap belakangnya, ingin ditolak sekuat hatinya.. tapi, Ayahnya dengan mereka. Tidak sanggup dia merasai tamparan sulung ayahnya lagi sebab kebiadapannya terhadap Bahr.
"Taklah.. bukan sebab Anya, mungkin terlalu awal. Yang penting ambil yang halal dulu. Nantilah, kami buat.. mungkin tunggu ada Bahr dan Anya junior." Baru sahaja Anya menelan air terbatuk lagi akibat kata-kata dari Bahr. "Sayang.. pelan-pelan lah sedikit." pesan Bahr.
"Kau penyebabnya, gila!" namun hanya bergema di hati. Senyuman palsu diberikan kepada Bahr.
***
Anya menyalam Ayahnya dan Ibu kerana dia akan pulang ke kampung hari ini. Dan, jangan bercerita tentang kenderaan. Zahin guna keretanya dan Becky terpaksa menggunakan kereta Anya. Dan dia? Sudah semestinya mengikut suaminya.. Oppsss! Suami tanpa relanya. Bijak perancangan tiga orang tadi di meja makan. Sangat bijak!
"Hati-hati memandu Bahr, jagalah anak Ayah ini. Dia dah jadi tanggungjawab kamu." kata Ayahnya. "Anya, taatlah kepada suami kamu. Cuba mencintai dia." kata Ayahnya. Anya hanya memberikan senyuman sengetnya.
"Anya balik rumah Abang, Mummy nak sangat tengok menantu dia." kata Bahr, memujuk. "Tak nak. Jangan paksa saya. Bagus kut kalau Mummy anggap saya menantu tak guna, boleh lah kita bercerai." satu nafas kata Anya. "Astagfirullah.. Ada ke cakap macam tu Anya. Bukan dulu Anya rapat dengan Mummy ke? Kenapa anggap Mummy macam tu." kata Bahr.
"Eh, awak kena ingat tau! Yang nak jadi menantu keluarga awak, Sherry. Bukannya saya! Malaslah nak bertekak dengan awak ni, lebih baik tidur!" kata Anya memejamkan matanya. Dan, tak sangka tidur betul Anya.
***
Entah kenapa perasaannya empuk betul tilam yang baharu sahaja dia tidur, bila fikirannya menjadi waras, baru dia teringat.. dia sepatutnya berada di kenderaan Bahr. Dia bangun, dan melihat dirinya berselimut dan cepat-cepat dia membuka suis lampu.
"uish.. nasib bilik aku. Kijap, aku masuk sendiri ke tadi? Parah sangat aku tidur ni.. Kenapa tak perasan pula?" soal Anya, pelik. Tidak lama dia terlihat bungkusan beg dan tapau makanan di atas mejanya.
"Pakai ni dan jangan lupa makan. Abang ingat janji Abang tak akan kacau Anya waktu berkerja. Tapi, ingat janji kita.. dan Sabtu Ahad kita jumpa ya. See you, sayang."
-B.M
Anya membuka dan terkejut rantai Pandora yang entah berapa harga. Dia memang terkejut. "Ingat, aku nak pakai. Pergi mimpi .." kata Anya. Lantas Anya mengambil tuala dan masuk ke kamar mandi. Esok dia akan berkerja dan kuat demi kerjayamya.
***
"Good morning Becky." kata Anya dengan senyumannya. "Morning.." kata Becky. "Kau okay?" soal Becky. "Okay.. Kenapa?" balas Anya. "Yelah kau tidur dekat mana semalam?" soal Becky, menyibuk. "Rumah sewa akulah!" kata Anya.
"Aku ingatkan kau tidur penthouse Bahr. Ya Allah budak ni, kau tu dah jadi isteri dia. Apa pula tidur asing macam tu. Tak pernah dibuat orang lah." kata Becky. "Dan, tak pernah juga dibuat orang.. Bercinta dengan orang lain, kahwin dengan orang lain!" rengus Anya.
"Ehh.. benda tu biasa dah aku dengar. Hhehehhe." sengih Becky. "Ahh.. aku baru teringat, ingat tak aku ada tandatangan dengan pelabur kita sebelum kau kahwin, aku harap kau tak meletup lah. Tapi, aku yakin.. kau akan meletup punyalah." kata Becky.
"Kenapa?" soal Anya. Terus Becky menyerahkan MoU yang sudah ditandatangani. Dia juga tertipu dengan MoU tersebut. Kalau dia tahu, dia tidak mahu tandatngan. Becky sudah membuat kiraan dalam hati, menunggu masa Anya meletup.
"Apa dia tak puas hati ini!!!!" teriak Anya.
***
"Sorry miss. You can't go there. Mr Bahr having a meeting with client." kata SU Bahr. "I don't even care." kata Anya terus merempuh bilik mesyuarat tersebut. Bahr hanya tersenyum melihat Anya, dia tahu persis kedatangan Anya ke sini.
"Sorry. Can we continue later, because I have a visitor. Thank You." senyum Bahr, semua lelaki meninggalkan bilik tersebut sehingga tinggal mereka berdua. Bahr membuka tali lehernya dan melepaskan satu butang baju kemejanya.
"Yes sayang.. Rindukan Abang ke? Bukan Abang ganggu Anya pun waktu kerja. Tengok siapa yang dah ganggu siapa ni?" usik Bahr. "Ek eleh, macam hensem sangat dia cakap macam tu. Ni kertas bodoh ni, kenapa awak yang dapat banyak share dalam butik saya? Awak gila ke apa arhh? Saya bangunkan butik itu bukan setahun dua awak tahu tak! Dan yang paling saya kesah, awak bagi dekat Sherry. Awak gila ke apa ahh??!" amarah Anya sudah menguasai diri.
Anya mengoyakkan kertas bodoh itu. Bahr hanya tersenyum sinis, "Anya koyakkan, Abang ada banyak salinan." kata Bahr. Anya terus menangis. Butik yang dibangunkan senang-senang diserahkan kepada Sherry. Dan, sekembalinya Sherry dari USA, sudah semestinya butik itu milik Sherry, dan dia dan Becky jatuh status kepada pekerja.
Bahr hanya diam melihatkan air mata Anya, hatinya sakit. "Tolong bersabar dengan Abang, Anya. Selagi, kita tak dapat siapa pelakunya. Selagi tu Anya terseksa. Percayalah, ni untuk sementara." bisik hati Bahr.
"Awak hancurkan semuanya, Bahr. Cara ni ke awak nak balas dendam dekat saya. Hancurkan masa depan saya. Hancurkan mata pencarian saya. Apa lagi selepas ni awak nak hancurkan? Benda yang saya paling sayang Bahr, kalau ingatan awak pulih.. awak tahu betapa pentingnya butik itu kepada saya." hancur hati Anya.
Bahr hanya diam.
"Dahlah.. awak menang dan saya kalah. Saya penat! Dari kelmarin lagi saya penat!" luah Anya. Baharu sahaja Anya ingin keluar dari bilik tersebut dengan pantas Bahr menangkap tangan Anya dan memeluknya kuat.
Anya tiada daya untuk melawan hanya menangis di dada Bahr sangat lama sehingga dia tertidur di dada Bahr, dia penat dengan apa yang berlaku sekarang. Dia cuma ingin tidur. "Bersabarlah sayang, Abang janji.. ni cuma seketika." bisik Bahr. Dibiarkan Anya tidur di dadanya.
kesian Anya.. dahlah kahwin kena paksa, butik pula tergadai.. apalah agaknya rancangan Bahr tu ye?
Share this novel