Bab 27
Aku bina benteng selama ni. Aku pisahkan diri daripada mama sebab aku nak duduk dekat dunia aku sendiri. Aku pernah rasa yang aku tak perlukan sesiapa tapi aku salah. I need my family very much. Without them, I am nothing.
“Dah makan?”
Aku hanya mengangguk.
“Baguslah.”
Mama mati kata.
Dia duduk di sisiku. Seorang ibu yang melahirkanku, yang menjagaku tidak tahu ingin berbicara apa kerana aku selalu memisahkan diri. Dia selalu cuba untuk memahamiku tapi aku mengelak. Jahatnya aku, derhakanya aku.
“Terima kasih, Jiya.”
Kepala diangkat sedikit. Kelopak mata mama sudah bergenang dengan air mata. Air mata seorang ibu sudah mengalir tanpa henti.
“Terima kasih, Jiya. Terima kasih sangat-sangat sebab tak tinggalkan mama. Jiya anak mama. Mama sayang Jiya.”
Jiya pun sayang mama tapi Jiya tak pernah beritahu mama sebab ego yang menebal. Ya. Ego seorang anak yang banyak menyusahkan ibunya.
“Jiya satu-satunya anak perempuan mama. Mama terima Jiya seadanya. Mama tak peduli orang kata apa sebab Jiya anak mama dan tak ada orang boleh ubah hakikat tu. Mama banyak buat silap dekat Jiya. Mama tak pernah faham jiwa Jiya. Mama tahu betapa susahnya Jiya nak tempuh hidup tapi mama pura-pura yakin yang Jiya boleh jadi macam orang lain.
Mama yang lahirkan Jiya tapi mama tak faham anak mama. Mama gagal jadi seorang ibu,” ujar mama panjang dan air matanya semakin galak menitis.
Aku geleng kepala dan peluk mama.
Tak. Mama tak pernah gagal jadi seorang ibu. Bukan salah mama sebab tak faham diri aku yang sebenarnya. Semua yang terjadi bukan salah mama. Hidup ni memang susah tapi aku tak akan mengalah lagi. Aku takkan tersungkur lagi. Cukuplah aku mengaku kalah selama ini. Cukuplah aku menyalahkan takdir Yang Esa selama ini.
My mum is the best mum in this world.
“Mama tak sepatutnya terlalu memaksa Jiya. Anak mama koma berjam-jam sebab mama suka paksa dia.”
Aku koma kerana salah aku sendiri.
Pelukan kuleraikan. Aku ambik kertas dan pen sebelum tulis sesuatu. Kertas tersebut aku hulurkan kepada mama.
“Semua ni bukan salah mama.” Mama baca apa yang aku tulis.
Mama tengok aku dan aku angguk. Senyuman aku koyak. Aku buat isyarat aku sayang mama. “Mama sayang Jiya jugak.”
Belakang tubuhku diusap lembut. Mata aku dah basah dengan air mata dan Along sedang berdiri di muka pintu. Dia senyum dan aku balas senyumannya. Semuanya akan berjalan dengan lancar, insya-Allah. This is a new beginning for me. Walau aku tak seperti manusia lain, aku ada keluarga yang akan selalu ada untuk aku. Aku tak pernah sepi dan sendiri.
…bersambung
Bab akan datang:
Adakah hubungan Najya akan bertambah baik dengan mama selepas ini?
Share this novel