BAB 15

Drama Completed 1228

Tok Ali sudah menanti ketibaan Azlina dan Azura. Mereka masuk
ke ruang tamu. Tok Ali menyuruh mereka duduk dahulu.


"Tok Ali, anak saya makin teruk. Tengoklah ini, dia membisu tak cakap langsung. Tak makan hingga kurus kering."

Azura hanya termenung. Azura yang dulunya gempal nampak lebih menawan bila kurus.


"Memang kuat ilmu hitam dia. Nanti
saya bawa dia seorang saja ke bilik
untuk berubat," saran Tok Ali.


"Saya mahu ikut," kata Azlina.


"Tak boleh, nanti hantu di badannya
lari ke badan awak."


"Eh, Saya takut.Boleh lah asalkan
anak saya baik."

Tok Ali mengajak Azura ke bilik.


"Kalau dia menjerit jangan endahkah, syaitan nak keluar dari badannya."


" Baik, baik." Azlina turuti sahaja permintaan Tok Ali.

Tok Ali mengunci bilik. Tok Ali
membaringkan Azura ke atas katil. Tok Ali membuka baju. Tok
Ali memegang kaki Azura, lalu mengurut, lalu tangan dia naik
hingga ke peha. Azura tersadar lalu melihat dia diraba-raba.

Kemudian Tok Ali ingin cuba membuka seluar Azura. Azura terus bangun lalu menepis tangan Tok Ali


"Emak,emak," teriak Azura.


"Dia tidak kisah engkau pekik," kata Tok Ali.

Tok Ali memegang kedua tangan Azura yang mula meronta. Lalu Tok Ali ingin mencium Azura.

Azura nampak gelas berisi air di tepi dan cuba mengambil tapi ditepis Tok Ali. Tok Ali dapat mencium badan Azura. Azura meronta-ronta dan dapat melepaskan diri. Dia nampak bara api , lalu dia mencampakkan ke muka Tok Ali.


"Syaitan,' teriak Azura.

Tok Ali menyapu dan menutup muka kesakitan, Azura dapat membuka pintu. Azura mengajak ibunya keluar dari rumah Tok Ali. Azlina pun takut setelah mendengar Tok Ali meraung kesakitan.


Pada malam hari, Parman, Azlina dan Azura duduk di ruang tamu.


"Kan aku kata jangan percayakan
bomoh," jelas Parman.


"Lina tak tahu Tok Ali ingin perkosakan Azura."


"Nanti besok ke jumpa doktor pakar," kata Parman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience