Bab : 5

Action Completed 53513

Eden duduk termenung memandang ke depan tanpa memikirkan apa-apa. Renungannya terarah pada dinding kaca yang berada di belakang meja receiptionist. Pemandangan luar melalui cermin memaparkan suasana luar yang tidak berkabus dan berlangit biru. Dari situ juga dapat di lihat kenderaan dan pesawat Udara turun mendarat dan berlepas. Kapal perang laut juga sedang bersiap sedia di tepi laut tu. Mengeluh dia tak lama kemudian sebelum tundukkan kepala ke bawah bermain dengan jari jemarinya.

Apa khabar agaknya Davina sekarang?

Dia fikirkan Davina Bersama dengan Declan, sekali tu bertunang dengan Kaden pulak?

Apa yang dah terjadi antara Davina dengan Declan?

Dia tak pernah ambik tahu cuma tertanya-tanya sampai sekarang.

Dan sekarang tiba-tiba Declan panggil dia masuk untuk bertugas. Memangnya lelaki tu tak ada orang lain apa nak di mintak tolong. Dia tak kuasa nak hadap muka menjengkelkan tu!Semuanya sebab Declan la Davina pergi dan tinggalkan dia. Kemudian putuskan pertalian mereka macam tu je.

Haih!Susah betul la nak move on ni!

"Lama kau tunggu?"tegur satu suara dengan tiba-tiba di kirinya tak lama kemudian.

Eden tersentak sebelum bangun dan berdiri menghadap lelaki yang segak mengenakan uniform rasmi ketenteraan diraja di badan didepannya. Oleh kerana mereka berdua mempunyai jawatan yang sama, dia tidak beri tabik hormat.

"10 minit."jawab Eden sambil seluk ke dalam poket seluar dan palingkan muka ke kiri sebab tak nak pandang Declan.

Rahang Declan berketik bila Eden acuh tak acuh perlakukan dia. "Kau tahu kau akan berkerja dekat bawah aku. Itu bermakna kau kena beri tabik hormat pada aku selaku kapten kau.." ujarnya. Dia nak jengkelkan Eden seperti mana Eden dah jengkelkan dia gara-gara Davina!

Dengan pantas kepala Eden berpaling memandang Declan keningnya mencerun tak puas hati. "Aku tak mintak untuk berada di dalam kumpulan kau. Kalau kau tak suka, aku boleh tarik diri awal-awal. Kau Ingat aku nak sangat ke bekerjasama dengan lelaki tak guna macam kau ni?" ketapnya.

Garvien muncul di sisi Declan. "Eden..apa kau cakapkan ni. Sedar tak dengan siapa kau bercakap sekarang ni. Hormat sikit!"

Eden berdengus. "Hormat?Dia?"pandangnya ke Garvien dengan reaksi tak percaya. "Sampai aku mati dia takkan dapat penghormatan dari aku." getusnya setelah jeling dengan berang ke Declan.

Berderau terus darah Declan masa dengar. "Kau dah kenapa hah!Aku cakap dengan kau elok-elok..kau tunjuk perangai berlagak kau depan aku apahal!" dia cuba dapatkan Eden.

Tapi Dritan cepat-cepat kekang Declan.

"Apa?Salah ke aku cakap!Kau memang lelaki tak gunakan!"sambung Eden yang turut mahu dekati Declan sebab dia betul-betul nak tumbuk muka syok bagus putera mahkota depannya ini. Sumpah kalau dia ada senjata sekarang ni lama dah kepala ni berkecai!

"Hei!Sudah la!Yang kau orang ni asal jumpa je nak bertekak kenapa!"tegah Garvien yang memegang bahu Eden dan tolak badan tu ke belakang untuk di jauhkan dari Declan.

"Dia yang mulakan semua ni!"tuduh Declan.

"Aku?"Eden tunding jari ke diri sendiri. "Asal aku pulak?Kalau kau tak tunjuk muka kau depan aku, elok je la aku!"

"Kalau bukan sebab kau bawak Davina ke pangkalan tu tanpa pengetahuan aku, Davina takkan tinggalkan aku!"luah Declan dengan berang.

Riuh kawasan koridor tersebut dengan pertengkaran dua orang itu. Staff yang bertugas dekat meja receptionist di situ pula ikut berdiri sebab terkejut melihat sekumpulan lelaki di situ mula saling berasak.

Kening Eden berkerut lepas dengar. "Davina tinggalkan kau?"tanya dia. Tapi kenapa?Dia tolak tangan Garvien jauh dari badannya.

"Ya..dia tinggalkan aku lepas dia dapat tahu kisah silam aku dengan Juliet..kau kan yang beritahu semua tu pada dia sampai dia cari aku dekat pejabat dan nampak aku Bersama dengan Juliet masa tu jugak!"tuduh Declan dengan berang. Kepalan penumbuk di genggam dengan erat.

Eden berdengus tak percaya. "Bukan aku...lepas dia cakap dia nak tinggalkan aku. Dia datang sendiri cari kau...nasib kau tu yang malang sebab dia boleh ada dekat tempat yang salah pada waktu yang salah. Elok jugak dia tinggalkan kau!" tambahnya dengan sinis.

Dritan, Garvien dan Connall pandang silih ganti dua lelaki di depan mereka, Takkan la hanya disebabkan seorang perempuan dua orang ni mahu bertekak. Tak boleh ke mereka ketepikan semua tu dulu dan focus pada tugas dulu.

Kini giliran Declan pulak yang terkejut. Dia pandang Eden dengan muka tak faham. "Apa kau cakap?Dia bukan ikut kau?"dia ingatkan Eden pergi Bersama dengan Davina. Yalah lelaki ni kan abang kepada Davina.

Eden menjuling mata menyampah. Untung kalau Davina ikut dia. Jadi sebab itu la Davina bertunang dengan Kaden?Sebab keparat depan dia ni dah kantoi pernah ada scandal dengan Juliet?Elok sangat la tu. Haih!Dia silangkan tangan ke dada. "Tak...dia tak ikut dengan aku...tapi sebaliknya dengan anak empunya hospital dia berkerja. Kaden. Dan kalau kau nak tahu dia dah bertunang pun."beritahu dia saja nak sakitkan lagi hati Declan. Padan muka situ!Geram je dia!

Bahu Declan jatuh hilang semangat lepas dengar perkataan 'tunang' lepas dari mulut Eden. Dadanya jadi sesak tiba-tiba. "Sejak bila?"tanya dia dengan perlahan. Marah dia surut kerana perasaan terkilan yang datang menerpa dirinya.

Sama seperti yang Declan rasai, Eden buat muka kesal. "10 bulan lepas.."jawabnya mahu tak mahu.

Buat seketika Declan diam tak cakap apa-apa. Lepas dia teringat akan tugasnya, dengusan kasar di lepaskan. Fine!Kalau macam tu!Better dia lupakan Davina macam tu!Senang betul Davina move on. "Ikut aku..ada briefing yang kau kena tahu untuk operasi kita.."arah dia dengan menggerutu sebelum masuk ke bilik berpintu kayu sebelah bangku dimana Eden duduk tadi.

Bila Declan jalan melewati dia begitu saja dan diikuti dengan rakan-rakan lelaki tu, Eden hanya lirik akan langkah mereka bersama ketapan gigi menahan sabar. Tertanya-tanya kenapa la dia beritahu semua tu pada Declan. Patutnya dia diamkan saja.

Ugh!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience